Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

24 September 2012

Sudip Syakira : Tomyam Putih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah baru lepas bekpes kek Kak Shida kasi semalam. semalam tak sempat habiskan, sedap tak hengat kek dia siap boleh teropong lagi. dengki kek saya tak boleh jadi macam kek dia. semalam dia bagi satu tupperware penuh kot and sekelip mata je dah tinggal separuh. hahahaha mekasih ye akak sebab bekalkan adik akak nie kek tersebut semalam :D tak boleh gitau kek apekah sebab tuan punya badan belum publish lagi entry dia :p

semalam ke pendang sebab ada 'sesuatu' nak ambik dekat Kak Shida tue. dalam perjalanan ke sana jantung saya berdebar-debar. takde pulak terjumpa akasyah kat mana-mana kau ingat kau tiz zaqyah :p sampai rumah sewa pun still berdebar lagi. nasib tak terpotong jari masa hiris serai sebab debar punya pasal tue. last sekali baru saya tau rupanya berdebar pasal pestime nak buat tomyam putih, cehhhh apa punya pangai ntah jantung nie =.='

seyes baru-baru je saya terjatuh cinta dengan tomyam putih, sejak bulan posa ritu tak silap. sampai osmate naik meluat kalau berbuka kat kedai menu saya mesti tomyam putih. ritu ada la google2 resepi dia sebab tanya mama, mama tak pernah buat. mana saya dapat resepi nie pun saya lupa dah, moga tuan punya resepi asal halalkan lah resepi dia nie. Aamiin....

Tomyam Putih : maybe yang berminyak tue datang dari lemak ayam yang secoet tue agaknya

Tomyam Putih

bahan-bahannya ->

2 ketul ayam
sebatang serai -diketuk
4 biji cili padi -tumbuk tapi jangan sampai hancur
5 helai daun limau purut -buang tulang dia kalau tak nanti pahit
3 biji limau nipis -perah ambik jus dia, kulit jangan masuk pulak hihi :p
2 hiris lengkuas -tumbuk
sayur campur
1 kiub ayam
santan -dalam satu sudu

1. rebus ayam bersama lengkuas, tunggu sampai air mendidih masukkan garam sikit jangan byk.

2. pecahkan kiub ayam dan campak dalam air rebusan tue kemudian masukkan serai, daun limau purut. lepas dah mendidih baru masuk sayur campur.

3. sayur dah separuh masak, air pun dah mendidih balik. masukkan cili padi tadi dan jus limau nipis yang diperah tadi tue. tengok dah mendidih baru masuk santan/susu. rasa cukup ke tak masin dengan masam dia. then siap boleh la makan dengan nasi panas.

*****

sebenarnya tomyam putih nie lagi elok dari tomyam biasa tue sebab perencah tomyam yang sedia ada tue banyak ajinomoto. kiub ayam tue pun ada ajinomoto jugak kalau tak nak guna pun boleh. ikut pada selera masing-masing :) maaf Kak Shida tersalah gitau resepi pulak semalam hihihi :p  


12 comments:

Sue PeLik said...

huhuhuhu macam sedapppppp jer!! tapi sue biasanya kalau tomyam puteh neh kurang sikit. huhuhu nak yang warna merah gak. napa erk huhuhu

:: Mrs.Eady :: said...

err..tak pernah rasa tom yam putih..

Kesuma Angsana said...

tq sudi jugak share resepi kat sini ye! menu tomyam ni saban minggu mesti ada dlm menu anak2 KA

dhiashahida said...

nak mencoba juga ni.....nmpak sodap....:)

aDisH.sHidA said...

kira kiera jumpa lengkuas ye..dapat di mana..pasaraya pendang or mesra petronas...a;a semalam awak gtau air limau purut...akak dah blur masa nie..mana plak awk nak cari limau purut tu..xpe..nanti akak cuba...kalau kamu kata sedap mesti sedap nie..

eh main main teropong plak kek kita tu..nak kena buat lagi nie.makan x puas la...x sampai 1 hari dah habis...

Everything's Everythings said...

Tomyam kalau ibu aku yg buat warna dia kuning/oren..
tapi kalau ayah aku yg buat mesti jadi putih.. pelik juga cara masak dia hampir sama je ak tgk xD

Iffah Afeefah said...

mmg kat kedai slalu y ni

ade lengkuas eh?

iffah ingt die xpakai cili boh je

btw, ibu sllu xpakai perisa tu. maybe daun limau tu da bangkit rse kot

Mrs. Norrie said...

boleh try nnti...tq sharing

Fiza Suhaimi said...

kalau tomyam putih sebab tak letak pes tomyam yang merah tu kan.. nyummm nyummm sedapnya ;)

Edy Fee said...

edy tgah kumpul lemak ni.semua mkanan berlemak edy tibai je.ehhehe tomyam my fav

kay_are said...

Tomyam putih tu makanan negeri mane pulak? tak pernah lak aku jumpe tomyam putih kat mane2 menu restoran.. hmm..

Noraim said...

kat kelantan ni byk tomyam putih. lg sedap kot dr tomyam yg biasa tu. sy suka!

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...