belek belek kalendar tetiba pulak nebes, banyak benda yang ada kat dalam otak saya nie ha. perkataan "takut" tue selalu datang boleh dikatakan tiap hari. tengok kalendar pun takut? ada monster ke kat kalendar tue? =.='
'tiba-tiba pulak rasa takut bila tengok baju pengantin nie awak' saya kata kat Mastura ritu masa dia teman saya cari busana pengantin. seyes saya tak tipu. bila orang kedai mintak saya cuba baju tue automatik perasaan takut datang. jantung pun rasa debar-debar je. pembantu butik tue gelakkan saya je bila saya kata takut masa nak melangkah tunjuk kat mama busana pengantin yang terpilih tue. yela terpilih i kan cerewet. tue tak nak nie tak boleh. hihihi :p
lagi satu saya takut masa kenduri nanti kalau ada tetamu yang tak dapat makan sebab tak cukup makanan. macam ada kenduri sorang sahabat dulu pukul 2 lebih macam tue katering kata makanan dah habis sedangkan waktu tue waktu kemuncak tetamu datang ke walimah. mujur papa mama kata nak buat masak gotong royong. walau gotong royong perasaan takut tetap ada sebab saya tak nak sampai ada tetamu yang balik dengan perot yang masih kosong. semoga dipermudahkan lah semuanya nanti Amin.
dan saya takut kalau nanti ada 'sesape' yang memandai ubah plan saya yang tak nak itu ini untuk walimah nanti. sebab saya sedang usaha untuk menjadikan walimah saya yang diberkhati dan bukan permulaan dosa. saya takut nanti ada yang memandai suruh bersanding pulak sedangkan saya cuma nak tangkap gambar kenangan je dekat pelamin tue nanti. semoga apa yang saya hajati terlaksana Ya Allah Amin. kalau ada jugak yang memandai suruh bersanding takut nanti timbul kes pengantin bermulut laser pulak dihari bahagia. confirm ramai yang sentap nanti.
dan saya takut andai saya tak mampu jadi zaujah yang terbaik untuk zauj saya nanti. memegang tittle 'isteri' satu tanggungjawab besar sama lah macam memegang tittle 'anak'. perlu lebih banyak study untuk menjadi seorang isteri yang solehah yang tak bagi 'saham' sampai suami boleh terjatuh dalam neraka. memandangkan lepas nikah nanti kami ber PJJ Perkahwinan jarak jauh. lagi mencabar kredebiliti menjadi isteri yang berjarak jauh nie. huuu. tapi saya percaya bakal suami saya seorang yang bertimbang rasa. sebab dia dah sedia maklum cabaran yang bakal dihadapi bila memilih saya sebagai isteri. kan awak kan? hihihihi :p
arghhhh kalau cakap pasal takut nie sampai bebila pun tak habis. nanti dah lepas kawen takut nak melahirkan pulak. =.=' pape pun semoga walimah kami nanti berjalan lancar dan diberkhati Ilahi hendakNya Amin
AWAK AWAK DAN AWAK SEMUA. YE AWAK YANG SEDANG MEMBACA NIE. JIKA TAK KEBERATAN MOHON PM SAYA NAMA PENUH DAN ALAMAT AWAK UNTUK TUJUAN JEMPUTAN WALIMAH NANTI... haaaa caps lock tue pasal nak bagitau tengah seyes nie. rasa mcm kak Shida pulak bila berkeplok2 nie @.@
arghhhh kalau cakap pasal takut nie sampai bebila pun tak habis. nanti dah lepas kawen takut nak melahirkan pulak. =.=' pape pun semoga walimah kami nanti berjalan lancar dan diberkhati Ilahi hendakNya Amin
AWAK AWAK DAN AWAK SEMUA. YE AWAK YANG SEDANG MEMBACA NIE. JIKA TAK KEBERATAN MOHON PM SAYA NAMA PENUH DAN ALAMAT AWAK UNTUK TUJUAN JEMPUTAN WALIMAH NANTI... haaaa caps lock tue pasal nak bagitau tengah seyes nie. rasa mcm kak Shida pulak bila berkeplok2 nie @.@
13 comments:
kene kurangkan perasaan takut tuh....pikir positif jer...
kira nak jemput saya jugak ke?? huhuhu nak2!!! jangan takut2 tauu saya ada ;)
darah manis nie biasa la..takut je...nanti betambah2 lagi elok dah nak sampai hari nya..
uit uit ye la akak kan suka keplok...hahaha...tu tanda kak tgh wat keje
alahai tak payah takut kak
bile da buat keputusan, maknenye kite da sedia
n sediakan diri awl2
#rombongan cik kiah iffah bawak nnti. Insyallah dtg..
tepek jelah jemptan kat sini hehehe
Takut tu mesti Ada sikit sikit, jangan terlampau plak takutnye.. Selamat membuat persediaan ye
Biasalah perasaan takut tu, cewahh ckp mcm la dh berkahwin xD
byk2 bertawakal inshaAllah Allah akan memudahkan segala urusan ^^
Aah tepek je lah kad jemputan kt sini biar ramai2 skit boleh dtg memeriahkan ^^
layangkan lah jemputan nanti....
perasaan takut tu normal...kawal lah dengan baik ok...semoga anda bjaya mengatasinya..:)
heee normal kot bakal pengantin ni takut *ckp mcm ade pengalaman je. hikhik*
apa2 pun sy doakan semuanya berjalan lancar, insyaAllah :)
Insyaallah...xde apa2...just perasaan je...lps je hr tu trus lega
macam panjang plak entri ko yang ni..
InsyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar. jangan takut sgt ye. kalau mama ngn papa ok, bermkna semuanya akan ok. kan setiap perancangan ko tu mendapat restu mama ngn papa. :)
gudluck sayam....hehehehehe.... yg lain insyallah semoga dipermudahkan.... tp yg PJJ tu....hihihihihihi....sabaq la noh....hahhahahaa
makin berdebar debar r kan.. semoga sume berjalan lancar ye.. =)
Post a Comment