Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

05 December 2013

Ummi Yang Bersalah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


kemain ceria lagi Fateh Uwais ummi nie pagi nie, Alhamdulilah. kalau semalam balik dari kerja dia langsung tak nak berenggang dengan saya. saya macam terhidu ada benda yang dia tak puas hati, sebab tue dua hari nie dia buat perangai.

rasanya pasal dah dua hari Fateh Uwais nie TERPAKSA minum susu formula kat rumah pengasuh. yang boleh pengasuh dia bagi jugak sebab si bam-bam nie dah menangis tak menyempat2 nak susu. susu saya pam tue pulak belum cair lagi. jadi terpaksa la bagi susu formula. saya memang ada spare kan susu formula kat rumah pengasuh dia, sebab faham sangat peel anak sendiri. saya tau tak sepatutnya bagi susu formula tapi bila time dia nak susu tak menyempat memang boleh terlucut kain dibuatnya. saya tak nak jadi susahkan pengasuh dia walaupun kita bayar tetiap bulan. nanti tak nak pulak orang tue mengasuh. lagi susah. 

Fateh Uwais nie pulak jenis yang tak suka susu formula, bila terpaksa minum jugak tue yang dia buat perangai. konon tanda protes sebab dah tinggalkan dia lepas tue bagi pulak susu formula. hurmm anak anak, panjang sangat akalnya. 

bab susu satu hal, lagi satu bab nya bila saya masukkan dia dalam buai dan pasang motor letrik tue, lagi satu benda yang dia tak suka bila saya pasang motor letrik tue sebelum dia betul-betul lena. dia nak saya sendiri yang enjut buai tue baru dia nak tido. sebab semalam saya pasang je benda tue terus dia mengamuk tak nak masuk buai dah. masuk je buai dia tengok motor kat atas tue terus menjerit nanges2. aduhaiiiiiii. ummi tau ummi dah buat salah ;(


agaknya semalam tue dia protes pasal dua benda tue la. mungkin katanya dah la tinggalkan dia, bagi pulak susu formula suruh pulak main sorang-sorang dalam buai terus tak nak jauh dari ummi. jauh sikit je dia menjerit nangis. tido pun dlm peluk ummi, nipple ummi pun dah rasa nipis je bila dia langsung tak nak lepas. sakit pinggang pagi nie usah cakap la. huuu padan muka ummi buat lagi salah. maafkan ummi yayang.

saya nak ucapkan tahniah dan berbangga dengan diri sendiri sebab bukan senang nak uruskan anak kecik sorang diri. lantak la orang nak senyum sinis pun pedulik ape. sebab yang tak laluinya tak kan tau macam mana besarnya pengorbanan yang dilakukan dan sabar yang dibentang demi seorang bernama anak. sampai tak mandi la ummi semalam, solat pun letak anak atas sejadah. haaaa ambik awak ummi. penangan sorang anak panjang akal si Fateh Uwais tue. 

04 December 2013

Ummi Sebak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sebak sangat nak hantar Fateh Uwais pagi tadi. sampai rasa nak ambik cuti la arini, nak duduk melayan anak. huuu. semalam balik je dari rumah pengasuh dia mengamuk. ingatkan nak tido, masuk buai dia ngamuk. bagi susu dia main-main, letak atas katil terus menjerit nangis. bila pegang baru diam. alahai anak ummi. ummi tau tue bahasa dia nak bagitau yang dia rindu ummi, tak puas main memanja dengan ummi hari sebelumnya tue. ummi layankan aje la walaupun badan letih baru balik kerja. bila tengok anak tersenyum manis tue hilang semua penat kerja.

malam semalam memang mood dia tak berapa nak elok, nak merap je. syukurlah ada housemate sorang tue nak tolong jaga time saya makan dan solat. sebab dia suka tengok tivi dan rumah sewa takde tivi. Kak Yati bagi dia tengok barney kat tab, sekejap je lepas tue dia sambung ngamuk balik. bagi tengok tivi bisu (almari gambar kartun tom & jerry) baru diam, siap jerit-jerit lagi dengan tivi bisu dia tue. sabo aje la budak sorang tue. 


disebabkan duduk rumah sewa, abi dia beli sesiap buai letrik. senang saya nak mandi, makan, solat atau buat pape, dengan harapan tak nak menyusahkan kawan-kawan rumah nak tolong jaga dia. pasang je buai letrik bila dia dah tido dan saya boleh curik-curik buat kerja lain. awalnya dulu saya takde niat pun nak beli buai letrik sebab takut dia biasa berhenjut, nanti susah pulak nak ke klinik atau mana-mananya. tapi takde pilihan lain bila saya dengan dia je kat sini tanpa suami atau family. Alhamdulilah Fateh Uwais anak baik, dia tak menyusahkan ummi abi bila bawak keluar. mekasih yayang ummi abi (selalu ucap terima kasih kat dia, biar dia tau kita hargai setiap apa yang dia buat)

pagi tadi elok lepas mandi, saya intai dalam buai tengok dah jaga. mintak tunggu sekejap sementara saya nak solat. alhamdulilah dia elok je main sensorang dalam tue siap menjerit-jerit lagi. seronok sangat agaknya. mana la ummi tak sebak dengan dia hari nie. sungguh rasa takmau pegi kerja arini. tak boleh lupa muncung dia masa hantar ke rumah pengasuh tadi. muncung tunduk bawak je, mengantok dah la tue. hihihihi

03 December 2013

Fateh Uwais bin Nadzri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tengok ritu Jusiza introduce kenapa dia memilih nama Umar Faiq untuk mujahidnya. Terpanggil pulak nak kongsikan kenapa kami suami isteri memilih Fateh Uwais untuk khalifah kami *ayat skema ntah hape2 :p

Yang sebenarnya sebelum Fateh Uwais macam-macam nama yang kitorang fikirkan. Kadang tue dalam otak terfikir nama yang sama, bila dah terkeluar kat bibir baru tau yang kami ada cadangan yang sama. Sweet tak ummi abi? :p sebelum suami daftar nama kelahiran anak kami jenuh la duk fikir nak letak nama apa, dah sampai dekat jabatan pendaftaran pun still berbincang nak letak nama apa. Nak yang terbaik untuk anak punya pasal. Hihihi.

Adam Uwais, memang kami berdua dah berkenan tapi sebab ada pakcik saya nama Adam terus tak jadi. Nanti  panggil Adam dedua pulak menyahut. Aydin Uwais, abi dia takut nanti orang panggil khalifah dia Din pulak. Uwais tue memang priority kami sebab saya yang paling suka nama tue. Nak jugak nama Uwais kalau anak lelaki yang lahir. Kenapa? Sat lagi saya bagitau.

hari pertama keluar dari rahim ummi

Fateh : Permulaan
Uwais : Pemberian

Fateh Uwais : Permulaan Pemberian, dari Allah untuk kami berdua

Fateh, saya memang ada terfikir nama nie sempena nama Sultan Muhammad Al Fateh lepas suami ceritakan satu masa dulu. Tak sangka yang suami pun berkenan dengan nama Al Fateh. Asalnya nak letak Al-Fateh Uwais bin Nadzri tapi jabatan pendaftaran tak luluskan Al-Fateh untuk awalan nama, kalau Uwais Al-Fateh atau Muhammad Al-Fateh Uwais boleh. Dah panjang sangat la pulak.

Ummi sentiasa berdoa dengan adanya nama Fateh nie keperibadian anak ummi sehebat Sultan Muhammad Al-Fateh yang berani syahid untuk meluaskan empayar islam. Sehebat peribadinya dalam memimpin tentera-tenteranya ketika perang. Kalau pun tak dapat semua dapat ikut sikit pun ummi abi dah bersyukur.

Uwais, nama nie saya dah berkenan lepas baca cerita Uwais Al-Qarni yang dikenali penduduk langit. Rasanya ummi pernah cerita pasal Uwais Al-Qarni dekat anak ummi masa dalam perut. Macam mana setianya Uwais Al-Qarni berbakti untuk ibunya dan macam mana rendah dirinya ketika Saidina Umar nak bagitau wali kota Iraq mengenai dirinya Uwais Al-Qarni dan tentunya kerana tingginya cinta Uwais Al-Qarni pada Rasullulah SAW. Ummi berdoa moga anak ummi tak mendabik dada dan sentiasa rendah diri walau setinggi mana pun anak ummi berada.



Tinggi sangat ke harapan ummi abi? Takde la kan? Sebab ummi tau khalifah ummi nie anak yang baik, hamba Allah yang soleh dan taat, ummi abi tak mintak jadi bulat-bulat macam Uwais Al-Qarni dan Sultan Muhammad Al-Fateh cuma mencontohi keperibadian mereka. Ummi abi sentiasa doakan yang terbaik untuk khalifah kami yang hebat nie. We love u deeply laling!!!!

pernah baca dalam majalah Al Ustaz, sambutlah anak yang baru lahir seperti seorang khalifah Allah, salah satu caranya dengan memberi nama yang baik-baik. Alhamdulilah dah lepas satu tanggungjawab ummi dan abi. 

#klik je kalau nak tau cerita penuh pasal Sultan Muhammad Al-Fateh dengan Uwais Al-Qarni

02 December 2013

Baby PJJ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

petang semalam lepas habis makan kenduri suami terus pecut Nurul Iman untuk hantar saya dengan Fateh Uwais balik alor setar. kalau minggu lepas ada mama temankan kami kat sini, pertama kalinya bermula hari nie cabaran saya tinggal berdua dengan Fateh Uwais di negeri kedah ini. ummi dengan abi belum punya peluang dan rezeki nak tinggal dekat lagi, masih ber PJJ. doakan kami dimurahkan rezeki dapat tinggal 3 beranak sekali ye ;')

disebabkan semalam pau ummi(sebab pipi uwais macam pau hihi) sorang tue letih sangat travel penang-alor setar, dari pagi sampai ke petangnya ke kenduri sepupu. dalam kereta dia tido sakan, siap bunyi dengkur lagi =.= yang boleh lena teruk pun pasal atas riba ummi, bila letak dalam car seat sekejap je lepas tue dia ngeliat2 sikit terus cerah matanya grrrrrr. keluar je kereta ummi terencut-encut, lenguh kaki huuuu

tengok tue letih ya amat. kesian yayang ummi nie

malamnya seronok la dia ada abi melayan, itupun sekejap je, lepas tue sambung beradu sampai la pukul 5 pagi tadi. kejutkan sebab nak hantar abi balik. suami janji dengan kawannya nak balik ke seberang jaya sesama. saya pun angkat la anak dengan berhati-hati dengan kadar senyap. siap bawak masuk car seat dalam rumah sebab nak bagi dia sambung tido. elok je masuk kereta, terus terjaga @.@

pass stereng kereta dekat abi bila Fateh Uwais dah mula menangis, konon sebelum tue nak feel2 la saya yang anto abi tapi dengar je anak nangis terus bagi signal, tukar tempat. bagi susu sekejap ok la dia. lepas je abi gerak masuk kereta kawannya, saya pun bagitau la sebab apa kena keluar awal pagi, sebab apa kacau dia tido. terangkan satu persatu dengan jujurnya. saya tau Fateh Uwais faham, sambil tue dia peluk tangan saya, mata tak beralih tengok ummi drive kat sebelah. sebaknya ummi dengan awak wahai anak.

alhamdulilah sepanjang memandu tue memang senyap je dia, dah masuk rumah dalam bilik baru dia nangis. itupun sebab mengantuk. kesian.... tapi ummi abi terpaksa sayang, insyaAllah ummi abi cuba sebaiknya untuk khalifah kacak ummi abi nie ;)

28 November 2013

First Day ke rumah pengasuh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

selasa lepas hari pertama tinggalkan Fateh Uwais dengan mak dia, pengasuh uwais. disebabkan si sayang kecik tue dah kenal orang dan kawasan persekitaran dia. saya decide bawak jumpa pengasuh dia dulu sebelum nak hantar, untuk sesi suai kenal. masa baru first day balik penang dulu, mata nya memerhati keliling rumah, tengok muka sorang-sorang, bila tak nampak muka saya dengan abi nya terus dia nanges jerit macam ape je lagi. dia ingat dia ntah kat mana-mana. hari kedua ok dah sebab dah kenal tempat. 

Alhamdulilah cara ummi pujuk dia berkesan, first day tinggalkan dia boleh sesuaikan diri. boleh sembang dengan ayah nya. dah memang mulut dia riuh, bila ada yang rajin melayan lagi la dia suka. masa awal pagi dia tido dalam buai, angkat dengan berhati-hati sekali letak dalam car seat elok terbukak mata dia =.=

tengahari opahnya ambik dia baru bangun tido, terus senyum lebaq nampak muka opah. suka beno letewww. bawak mama datang teman saya dengan uwais seminggu dulu. kalau-kalau uwais nangis boleh la opahnya datang tengok nanti. orang kata seminggu sebelum cuti habis hantar anak dekat pengasuh dulu nak bagi rasi. tapi sebab ummi sayang nak habiskan cuti kat rumah sewa ummi bawak la opahnya datang loq staq hewhewhew. yela rumah sewa duduk dengan kengkawan gegirl. mau kebosanan kena duduk sensorang nanti. bijak tak idea ummi? hahahahaha

masam!!! tengah dia elok tido, angkat bawak masuk car seat

balik je kerja saya terus terpa anak. rindu kauuuuu. macam biasa. Fateh Uwais nie pesen kalau nak kemana jangan babai dia. terus merajuk sebab dia kata tinggal dia, tak bawak dia sekali. dengan abi ritu macam tue la. pagi babai abi pergi kerja, abi balik dia merajuk. jenuh pujuk baru nak tengok muka senyum. nak tau dia merajuk. kita pandang muka dia toleh kanan, pandang kanan dia toleh kiri. pegang muka dia, mata pandang tempat lain. kemain awak ye, perangai sebijik abang Afiq Danial!! dan la muka pun serupa.

bagi susu ingat lepas tue hilang la merajuk, tak jugak!!! panggil namanya, cakap sayaangggggggggg anak ummi, geletek2 sikit baru la nak gelak tengok muka ummi. grrrrrrrrrrrrrrrr akal dia tue. ikut ummi ke kuat merajuk tue? lalalalalala :p

Alhamdulilah Fateh Uwais dapat pengasuh yang baik, layan macam anak sendiri. kawan ofis pun kenal pengasuh dia. lega hati kami semua bila dah kenal pengasuh dia. nak pulak uwais satu-satunya hero yang ada dalam rumah tue selain ayah dia, memang jadi kesayangan la si kecik tue. Alhamdulilah syukur Allah makbulkan doa ummi.

mana yang tengah risau nak tinggalkan anak dekat pengasuh. jangan lupa doa pada Allah banyak agar dilembutkan hati pengasuh tue jaga dan sayang anak kita sebaiknya. doa tue kan senjata utama. tapi kalau dah murah rezeki Allah makbulkan jangan pulak diambil kesempatan atas kebaikan orang tue. give and take ok. 

oh ye jangan lupa cari pengasuh sebelum cuti bersalin. sekarang bukan mudah nak dapat pengasuh. saya cari sebelum nak balik bercuti, alhamdulilah Allah mudahkan dapat dekat-dekat rumah, bila datang bawak Uwais hari tue, kak nurul tue kata lepas saya tanya ramai pulak yang datang tanya nak mintak mengasuh. sebab dah janji dia tolak permintaan diorang. 


27 November 2013

Ajak Menyembang

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera


Fateh Uwais tue sejak sebulan setengah lagi dah pandai menyembang dengan orang. sekarang nie lagi la. makin galak dia gelak sampai jerit-jerit kalau ada yang rajin melayan dia sembang. hari tue bila saya dah lenguh berdiri dukung dia, duduk rehat dekat kerusi dalam jusco tue sementara tunggu Abi Fateh Uwais selesai membayar.



agaknya sebab dia dah bosan tengok keliling. menjerit-jerit dia panggil pakcik makcik kat kerusi sebelah. jeritan kedua baru makcik tue perasan. makcik tue pun toleh la tengok siapa punya suara halus tue. elok je orang tue tegur dia, menyembang kemain lagi dia gatai tersengih-sengih uuuu aaaaa uuuu aaaaa menyembang. nasib la orang tue mahu melayan dia. jangan tatau kalau orang tak nak layan dia sembang, sentap!!!! terus sebek-sebek nak nanges.

macam masa makan kat kedai ritu. dia menjerit-jerit panggil sape ntah. orang tue tak perasan dan takde masa nak layan budak kecik nie kot. terus dia sebek. sentap letewwww. jangan risau la sayang. abi ummi nie setia melayan awak, janji awak tak meragam je. sebab ummi dah kata. kalau meragam tak tentu pasal ummi tak nak layan. hewhewhew :p

25 November 2013

Behave Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

semalam dah mula masuk kerja, dan terpaksa rela tinggalkan anak dekat rumah. seminggu nie opah datang jaga dia sementara nak rasi dengan pengasuh. pengasuh dah cari awal-awal sebelum mula cuti bersalin hari tue lagi. dan Alhamdulilah hasil maklumat kawan tempat kerja pengasuh yang saya dapat tue jaga anak macam anaknya sendiri, kawan kenal pengasuh tue. Alhamdulilah rezeki anak. 

semalam buat pertama kalinya kena tinggal banyak jam. selalu kalau saya ke mana-mana tinggalkan paling lama pun sejam. merajuk pulak tak nak susu botol. pagi2 ikut abi dia hantar saya ke ofis, menyusu dan tido. bangun je tido langsung tak nak menyusu. tengahari opah dan abinya datang lunch sekali, lepas bagi susu badan sikit saya cuba pujuk bagi susu botol. sambil sumbat susu sambil pujuk "ummi sayang anak ummi, sayang dia sangat" sambil-sambil pegang kepala dia, baru la nak menyusu susu yang dipam tue sampai habis. alahai pandainya awak merajuk lah anak.



semalam ambik half day bila tengok dia menangis takmau menyusu. dalam kereta macam biasa mengorat abi. kata suami "haa elok je boleh senyum gelak ngorat abi, tadi masa ummi takde kemain panjang muncungnya. masam, muncung dan tengok bawah. takde seceria macam nie pun" hahahahaha opahnya pun kata macam tue. macam-macam la awak nie Fateh Uwais

14 November 2013

Satu Tahun Perjalanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

10.11.12-10.11.13 sekejap je dah setahun berlalu. Alhamdulilah terima kasih Allah dah setahun kami menempuh perjalanan sebagai suami isteri. ujian dan cabaran tue perkara biasa, lumrah untuk orang dah kawen katakan. bersyukur diberi peluang untuk saya menjadi seorang wanita yang bergelar isteri.

bukan mudah nak menempuh perjalanan dalam rumah tangga. kena banyak bersabar dan berkorban. berkahwin dan hidup dengan seseorang yang jauh berbeza dengan diri sendiri. banyak pengalaman baru yang dipelajari. dan yang penting hari demi hari makin mengenali insan bernama suami.

waktu mana yang sesuai nak berlawak dengan dia, waktu mana yang boleh memanja dengan dia dan waktu mana yang terbaik untuk berbincang sesuatu yang penting dengan dia. awalnya memang sesiapa pun takkan tahu. tapi percayalah semakin hari semakin diri tahu mencari waktu yang tepat.

perjalanan setahun kami lebih berseri dengan kehadiran khalifah dalam perut (sebelum Fateh Uwais lahir) setiap hari mesti share pergerakan si kecik dalam perut dengan suami. dan bersyukur punya suami yang sudi melayan karenah isteri dia nie. picit kaki lah, duduk rehat dulu lah kalau berjalan kemana-mana, layan je ape yang saya teringin nak makan, bawak je kemana yang saya teringin nak pergi asalkan time tue dia free.

setiap kali ada hero drama kat tv yang orang dok puji kata "romantiknya dia" "berkenan hero tue jadi suami" saya senyum je. sebab hero depan mata nie la yang paling terbaik. dia la sunan, dia la samurai, sebab dia lah Pakcik Imam saya.

sebut pakcik imam teringat kisah sebelum ambik keputusan nak kawen dulu. dari poem terus jatuh ke hati. kalau dulu sebelum jatuh hati selalu merungut awat la dia nie mulut bising sangat. tak letih ke pot pet pot pet. psssstt suami saya peramah pasal tue la Fateh Uwais pun riuh mulutnya hihihi :p

tapi sekarang kalau dia senyap sunyi saya pulak bosan. mesti tanya. "kenapa abang senyap? abang ok ke?" hahahaha. orang kata dah kawen hidup jadi bosan, asyik nak berkepit dengan suami atau isteri je. tapi percayalah memang nak berkepit jela kalau dah suami atau isteri tue sahabat, rakan dan teman hidup kita. tapi takdela sampai takde ruang untuk berkawan dengan orang lain.

pada suami. terima kasih jadi yang terbaik untuk saya selama nie. saya yakin insyaAllah awak jugak akan jadi terbaik sepanjang kita bersama di dunia dan akhirat insyaAllah. maafkan andai ada kurangnya dari diri saya. sama-samalah kita berusaha untuk jadi yang terbaik. "saya akan pastikan takde sape yang mampu mencintai dan menyayangi awak sebagaimana saya" ye benar, awak dah buktikan dan terima kasih untuk semuanya.

terima kasih atas penat lelah awak menghargai saya sebagai isteri. terima kasih atas kata-kata cinta dan semangat dari awak. terima kasih kerana menerima setiap kekurangan dari dalam diri saya. saya terlalu cinta dan sayangkan awak, suami. moga kita bersama hingga ke syurga. amin.

saya selalu cemburu bila teringat yang di syurga nanti akan ada bidadari lain disamping awak. tapi sekarang tak lagi sebab saya tau seorang isteri akan menjadi ketua bidadari untuk suami di syurga kelak. dan saya akan berusaha jadi ketua bidadari yang terbaik untuk awak. insyaAllah

dan semoga dengan kehadiran Fateh Uwais akan lebih mematangkan kita dalam berkasih sayang. moga bahagia milik kita hingga syurga amin



saranghea ;)

07 November 2013

Pengalaman Pertama Bergelar Ummi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

dah cukup lama tak masuk dalam nie dan dah cukup lama tak jenjalan ke blog kengkawan lain. hurmmm maafkan saya ye. in shaa allah akan kembali aktif lepas dah mula berkerja nanti la gamaknya hihihi.

lain benar lepas perasaan dan life lepas bergelar ummi nie. fokus utama sekarang hanya pada anak selain suami dan keluarga. kalau dulu tido malam teramat lena sampai boleh mimpi jenjalan cari makan lagi. sekarang asal terdengar rengekan anak walau pun halus bunyinya terus tercelik mata nie haa. mandi pulak dah tak sempat nak nyanyi madah berhelah kalau tidak ada yang keluar bilik air tak bersabun bila anak menangis panggil ummi. makan dah tak sempat nak kunyah 44 kali sambil kira butir nasi alamat nanti tak sempat la nak abiskan sepinggan nasi bila anak tersebek-sebek mintak susu. 

tido tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. nah!! sekarang baru kau tahu macam mana pengorbanan mama papa menjaga kau sepanjang kau bernafas kat dunia nie. yang baru sorang pun dah terasa lelahnya ini kan pulak mama papa yang lima permatanya. love u keketat mama ;')
 
si kecik uwais nie tak susah dan tak jugak mudah nak menjaganya. alhamdulilah sepanjang malam Fateh Uwais tak pernah buat perangai ajak main berjaga malam, cuma nanges mintak susu bila perot dia dah lapar, tekak pulak dah kering, selesai susu dia pun tido balik. ASALKAN ummi nya ada kat tepi, kalau tak dapat cium bau ummi mula lah mata nya melilau cari kelibat ummi. tido siang macam biasa la sekejap merengek, bila dia mengeliat suaranya pun akan keluar la walaupun dah selesa berbedung. tapi yang mahalnya bila dia tersenyum masa tido. ohh ummi melting hihihi.


kalau masa awal-awal dulu Fateh Uwais tak berapa nak bagi kerjasama bila bawak keluar berjalan tapi sekarang alhamdulilah dah mula boleh senyum duduk dendiam tapi kalau time dia mengantok siap la abi kena jadi pak guard sementara tunggu ummi susukan Uwais sampai tido.

cuma satu je Fateh Uwais nie garang ikut ummi, kalau sesape kacau dia tengah menyusu tue siap le kena marah dengan dia. tapi takde sape pun yang gerun dengar awak tue marah lagi orang geram adalah hihihi. semalam cucuk untuk bulan kedua. kalau bulan lepas beratnya 3.8 bulan nie pulak 5.05. Alhamdulilah semangat anak ummi abi. lepas kena cucuk badan mula suam2 panas tapi check alhamdulilah demam tak jadi datang. dari 36.8 turun ke 36.6 ke 36.5 dan pagi tadi 36.4 cumanya dia merengek bila rasa badannya tak sedap. malam tadi 4 kali jugak la dia menjerit dalam tido. agaknya teringat-ingat sakit kena cucuk kot huuuu sian anak ummi.



bagi para ibu kat luar sana siap sedia la beli termometer suhu untuk anak. termometer ke namanya? ntah saya ikut sedap je panggil hihihi. kalau boleh beli yang digital senang nak pantau bila anak tak sedap badan. cegah sebelum kena ye tak? :) 
 

04 October 2013

Tak Dapat Susukan Uwais

Assalamualaikum dan salam sejahtera

kejadian nie berlaku 5 hari lepas Fateh Uwais bersalin. Macam biasa pagi tue susukan dia walaupun nipple luka teruk. Teruk la jugak bila tersadung dengan baju memang pedih. Asalnya saya tak tau cara yang betul nak cabut nipple dari mulut anak yang tengah menyusu. Main rentap macam tue je sampai la nurse ternampak dan tegur jugak terus diajar cara yang betul nak tarik nipple masa anak tengah menyusu. Huuu mana saya tau. 

Tengahari tue lepas salinkan pampers uwais. Dia tersedak. Ingatkan tersedak biasa. Tapi bila tengok bukan susu yang keluar tapi darah!!! Ada la dalam 2 sudu besar makan darahnya keluar dari mulut uwais  Allahuakbar tatau macam mana nak gambarkab perasaan masa tue. Mama saya pun hampir pengsan tengok cucu dia macam tue. Terus anta gambar kat suami. Suami call saya dia suruh bawak anak ke hospital. Tanya dokte Fana pun dia suruh bawak ke emergency.

Tapi jujurnya saya takut nak bawak ke hospital kerajaan takut diorang kasar buat kat anak. Suami pun risau yang sama. Terus ajak along saya ke klinik raaofah. Klinik yang saya biasa pergi sebelum bersalin dulu. Situ ada sorang pakar kanak2 tak silap. Terdetik kat hati. Saya baru 5 hari dapat anak nie. Sakit bersalin pun tak hilang lagi. Tak sanggup nak terima kalau jadi pape kat kesayangan tue.



jumpa dokte raaofah dia tak pegang babypun cuma dia tanya nipple saya luka tak. Dan katanya normal keluar darah bila nipple saya luka. Dan lebih elok baby keluarkan darah tue sebab badan dia tak boleh terima darah yang masuk.Alhamdulilah semuanya selamat. Dokte sarankan jangan susukan anak sehingga nipple sembuh. dokte suruh pam susu keluar takut nanti bengkak susu pulak. Sampai rumah pam pulak rosak. Pulak dah!!!!

malamnya uwais taknak tido sebab tak puas menyusu. Saya cuma boleh susukan sebelah kiri. Yang itu tak luka teruk macam kanan. Bila tak sanggup tengok anak menangis lapar saya mintak adik belikan susu formula. Dah takde jalan lain. Lepas uwais minum susu tue barulah dia berenti nangis. Tapi saya terus sambung nangis. Awalnya nangis kerana kesiankan anak. Lepas tue nangis sakit bengkak susu. Huuuu mama la yang banyak kali bangun tengah malam basahkan sapu tangan dengan air panas letak pada breast. Barulah saya dapat tido walau dengan linangan air mata.

esoknya dah mula bagi susu ke uwais balik bila tengok nipple macam dah sembuh. Bila lap dengan tisu tengok takde darah melekat baru berani. Kata tukang urut saya bila nipple luka. Sapukan susu kiri di nipple kanan dan sebaliknya untuk sembuhkan luka. Alhamdulilah menjadi. Syukur semuanya pun selamat.

02 October 2013

Menyambut kelahiran khalifah



 Assalamualaikum dan Salam sejahtera


Habis je sesi menjahit dalam labour room nurse terus tolak ke wad bersalin sambil ditemani suami, mama dan along. Suami pun ambikkan uwais untuk di azan. Masa azan tue terdengar suami berhenti sekejap. Sebak rupanya suami sambil mama gosok2 belakang dia nak tenangkan hati abi baru tue. ummi? Haruslah sebak lebih bila abi dah se1bak tue. ummi kan lebih lagi emosinya. Hihihi :p

Masa tengah azan tue suami bagitau mulut si uwais tak berhenti mintak nak makan. Baru je kuar dari perut ummi dah pandai mintak makan ye? Sabo aje la. Terus suami ambik air zam-zam dan kurma untuk belah mulut uwais. Lepas tue terus susukan uwais. Dengan kuasa Allah yang menggerakkan bibir baby baru lahir terus pandai hisap dan saya juga dengan izinNya dan naluri seorang ibu mampu menyusukan uwais. Alhamdulilah.

Sepanjang kat sepital memang suami banyak melayan isteri dia yang tercinta nie, sampai along kata "ira tue takde laki dia elok je nampak kuat datang je si nadh terus xlarat. Manja sangat" hahahaha kau memang mengade lebih bila ada suami depan mata kan Syakira oiiii :p

layanan kat hospital permaisuri bainun ipoh bagi saya sangat baik. Sepanjang diwad bersalin, wad kelas dua dan kelas satu. Awalnya saya ditempatkan di wad kelas dua disebabkan wad kelas satu yang terhad dan takde kosong. Malam first tinggal dengan uwais, dia buat pangai nanges2 tak nak tido sampaikan saya rasa dah tak mampu nak berjalan. Kepala dah sakit sangat akhirnya nurse datang ambik. Dapatlah saya rehat dalam 2 jam sebelum nurse hantar uwais ke saya semula. Makanan not bad. Layanan nurse pada patient pun mesra. Alhamdulilah servis hospital kerajaan sekarang nie dah makin baik dari sebelum2 nie.

malam esoknya saya transfer ke wad kelas satu. Bukan ape dekat wad tue suami boleh tunggu 24 jam teman saya. Takde la saya terkehel2 nak uruskan diri dengan anak sorang diri. sakit jahit takleh nak kejar anak nanges lelaju lagi. Bila uwais nanges jenis selop tue mau tak kena jalan lelaju ambik dia. Macam saya yang ada GL nie sebab kakitangan awam cuma perlu tambah RM80 satu malam untuk wad kelas satu. Makanan dia? First class la jugak dari wad kelas dua. Tapi jangan mimpi la makanan first class tue dapat makan chicken chop atau salmon grill pulak. Hihihi

hari ke 3 lepas bersalin keluar. Lambat sebab lepas je bersalin kena demam. Alhamdulilah takde jangkitan pape dan semua selamat. 

25 September 2013

Pengalaman Bersalin Anak Pertama #Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

maaf dah lama tak berkunjung ke blog kalian. saya ummi baru, baru berpengalaman menjaga seorang khalifah banyak yang perlu belajar terutama berkenaan masa. Uwais pulak jenis yang manja dan merap memang susah nak berjauh dengan dia. tengah belajar asuh yang terbaik kalau tidak susah ummi nak kerja nanti huuuu. ini pengalaman saya sebelum dan semasa melahirkan si kecik nie dulu, sungguh tiap detik dan saat tak pernah saya lupa. terus ke pengalaman jela ek, ini pun tengah si kecik tue tido boleh la curi-curi jeling belog ;)





Jumaat : 30 Ogos 2013

Malam lepas isyak dah mula rasa perut tegang dan mengeras. Tapi lama-lama sekali baru rasa. Masa tue suami ada kat penang lagi. Ikutkan besok lepas selesai kenduri sepupu suami baru nak balik ipoh. Tapi saya mesej suami mintak dia balik malam tue kalau boleh sebab rasa macam masanya dah sampai. Pukul 2 pagi macam tue suami sampai depan pintu rumah.

Sabtu : 31 Ogos 2013 (due date)

Suami sampai je masa tue dah mula sakit lebih kerap. Dalam 5-10 minit macam tue. Tapi sebab boleh tahan lagi dan kesian ke suami dan mama papa postpond dulu nak ajak ke hospital. Tidur memang tak boleh langsung. Asal baring je lagi tak tahan sakit baby mengeras dalam perut. Yang mampu duduk bersandar dan on9 (sempat lagi kan? :p)

Masa dalam pukul 3 pagi lebih macam tue rasa memang tak boleh tahan dah. GKSB suggest pegi hospital masa tue jugak sebab ikut pengalaman ummi dia dulu sakit macam saya rasa tue dah tiba waktu bersalin. Takut kalau lambat nanti baby lemas dalam perut. Dalam pukul 4 saya kejut suami ajak ke hospital. Mama papa pun pegi sama.

Nurse buat CTG untuk tengok pergerakan jantung baby, alhamdulilah normal. Masa tue saya takde turun darah atau air lagi. Cuma perut rasa sakit mengeras. Dalam buat CTG sempat mesej-mesej suami bagitau perkembangan semasa saya. Dokte check bukaan baru 1cm. dokte suruh balik dulu dan kalau ada pape tanda atau contraction yang kuat terus datang hospital. Saya pun sempat la lagi ajak suami, mama dengan papa makan roti telur dulu. Suami gelak, gosok-gosok kepala saya je masa saya mesej boleh balik rehat dulu “yeayyyy boleh makan roti telur dulu” kata saya :p

Masa dah balik rumah tue ambik kesempatan tido dalam dua tiga jam dulu, yela sepanjang malam tadi langsung tak boleh nak lena. Dalam pukul 4 petang macam tue dah mula keluar tanda darah. Macam period hari-hari terakhir. Contraction pun dah kerap dalam 5 minit sekali macam tue. Suami dah gesa ajak ke hospital. Sebelum ke hospital sempat mintak maaf dengan mama papa dan adik badik. Masa tue memang tak boleh tahan sebak dan air mata. Masa peluk abang saya dia kata “kamu mesti kuat tau” lepas tue dia cium saya. Papa mama pun tiupkan kata-kata semangat. Ayah dengan mama mentua dah mintak maaf sesiap sebelum saya balik bercuti ritu.

Petang tue sampai je hospital. Ulang semula proses sama macam pagi tadi. CTG, scan perut, soal selidik dari dokte, check bukaan serviks baru 2cm. masa kat hospital memang darah makin banyak turun. Dokte tanya kalau nak balik dulu pun boleh. Kalau ikut kata nurse labour room tue katanya bila dah datang hospital dua kali hari yang sama memang kena tahan wad tapi mungkin factor patient ramai dan wad penuh saya boleh balik dulu. Bila contraction kuat yang sampai saya tak boleh nak senyum atau cakap dengan sesiapa tue datang baru saya datang hospital kata dokte yang bertugas masa tue.

Sampai je kat rumah saya dah tak boleh duduk, berdiri ataupun baring. Cuma berpaut pada suami. Memang takde satu saat pun yang saya tak berpaut pada dia. Sampai dalam toilet pun berpaut pada dia sebab rasa macam nak buang air besar yang yayik keras tue. Mama takut nak bagi saya sorang dalam toilet takut terbersalin dalam tue. Yang saya ingat masa tue saya Cuma boleh menonggeng je untuk hilangkan sikit rasa sakit tue. Masa petang tue sempat la suami buatkan air selusuh untuk saya. ayah sedara saya pun sempat buatkan air selusuh. Minum dengan sapu jela air selusuh tue untuk tambah semangat dalam diri. mulut memang tak henti baca ayat kursi dengan ayat Nabi Yunus. Segala apa surah yang terlintas dalam kepala pun baca je masa tue. Suami tau bila makin kuat tangan dia saya genggam, dia tau sakit yang rasa pun makin kuat.

Maghrib tue saya cakap dengan suami nak duduk bawah pancuran air dalam bilik air. Teringat yang Liza cakap mandi boleh hilangkan sakit tue sikit. Alhamdulilah memang hilang sikit walaupun bukan semua. Suami jadi pak guard tunggu saya ‘bersiram’ dalam bilik air tue takut jadi pape kat bini dia. Lepas mandi cuba nak baring sebab rasa penat sangat tahan sakit contraction tue. Lepas je suami solat cakap kat dia nak pegi hospital. Lepas azan isyak terus suami dengan mama bawak saya ke hospital. Sampai hospital nurse nak buat CTG lagi sekali tapi saya kata tak larat nak bangun dah. Turun kereta pun suami tolakkan atas kerusi roda sebab tak mampu nak berjalan dah. Lepas check bukaan dokte kata masih 2cm. Allahuakbar!!!

Sebab high contraction dokte suruh tolak terus ke labour room. tapi Sementara nak tunggu dokte check segala macam sebelum kena tolak memang rasa teran baby keluar dah. Dokte kata jangan teran nanti saya lagi susah nak bersalin bila kepala baby masuk angin. Sampai je kat labour room diorang letak peralatan CTG tue kat perut untuk pantau pergerakan jantung baby. Contraction rasanya datang dalam 2 minit sekali. Saya dah rimas ada benda CTG tue. Bila perut mengeras memang rasa lagi sakit sebab gam yang lekatkan benda alah tue pun menegang sama.

Suami dengan mama mesej memang langsung tak boleh nak balas. Duk menahan sakit je. Pukul 11pm tak silap nurse datang check baru 5cm. saya rasa masa tue saya dah macam apa je duk menahan sakit yang amat sangat. Setiap kali dokte berbeza masuk bilik tue check report saya mesti akan tanya soalan yang sama. Rasa nak marah sebab saya tengah tahan sakit diorang pulak tanya soalan yang sama. Terfikir masa tue tak boleh ke refer report dokte sebelum tue je? Mintak ubat tahan sakit diorang kata tak boleh bagi lagi selagi dokte tak tengok report CTG. Tak pasti pukul berapa diorang cucuk ubat tahan sakit kat saya, tapi yang pasti ubat tue memang tak boleh nak tahan diri saya dari rasa sakit contraction tue.

Ahad : 1 September 2013

Dalam 12 tengah malam tue nampak suami masuk bilik saya rasa macam nampak malaikat yang datang nak selamatkan saya, walaupun dasarnya malaikat memang ada je kat sekeliling saya. Sungguh masa nampak suami masuk tue rasa separuh semangat datang balik. Terus dia pegang tangan dan peluk saya. Mintak suami air sebab tekak rasa kering sangat. Suami tanya nurse dulu, ikutkan kata nurse tak boleh bagi saya air sebab nanti kalau in case saya tak boleh bersalin normal kena tunggu 6 jam dulu sebelum operate kalau dalam badan banyak air. Tapi sebab sifat kemanusiaan, sister tue izinkan suami saya bagi air 10ml sikit-sikit kat saya. Sebelum tue nurse ajar cara nak hilangkan sikit rasa sakit contraction. Tarik nafas panjangggg dan lepas perlahan-lahan. Saya teringat cara-cara bersalin yang saya study sebelum nie. Sambil bernafas tue saya selitkan zikir Allahhhhhh hu-akh-bar.

Dari pukul 12 lebih bawak ke 2 pagi tue memang saya mintak suami sapukan air kat perut saya bila contraction datang. Untuk hilangkan rasa sakit. Tak kisah dah kalau kena marah sebab benda CTG tue tercabut pun. Sebab sakit sangat. Asalnya diorang anggarkan saya bersalin dalam 3.30 pagi macam tue. Dan sementara tunggu dokte bertugas datang. Tapi pukul 2 pagi tue cakap kat suami saya nak teran. Tak tahan sangat rasa nak teran nie. Suami terus panggil nurse. Nurse check bukaan dah 9cm. terus diorang sedia peralatan nak bersalin sebab dah tiba masanya.

2am-5am (high contraction & masa meneran)

Masa nie saya dah start meneran. Sambil bernafas cara yang sama dengan nurse ajar. Sister yang menunggu depan pintu rahim saya bagi kata-kata semangat untuk teran. Sambil tue suami pun sama bagi kata-kata semangat sambil pegang kuat tangan saya. Bila nafas tak panjang saya berhenti teran dan anak pun masuk semula ke dalam. Bila contraction terasa sangat kuat saya terus meneran. Tapi hampa bila nafas tak panjang dan saya tak pandai nak teran.

Nurse bagi masa sampai 5.30 am. Kalau saya tak Berjaya teran baby sampai keluar diorang nak forsep baby saya. Sementara saya teran dan dengar nurse dengan suami kata kepala baby dah ada kat pintu rahim. Saya pun cuba rasa pintu rahim saya sendiri. Ye saya dapat rasakan rambut anak saya dari dalam. Terus saya teran sehabis tenaga. Tapi masih tak Berjaya. Akhirnya dalam pukul 5 macam tue ketiga-tiga sister nurse tue suruh suami saya keluar, mungkin diorang tengok bila ada suami saya manja, dan mungkin dengan kesiankan suami saya yang kat luar saya boleh jadi lebih kuat. Lepas je suami keluar saya teran sehabis tenaga dan daya. Tepat jam 5.17am alhamdulilah kepala anak saya Berjaya keluar. Terus dorang panggil suami masuk untuk tengok saat tue. Nurse kata teran lagi sikit untuk keluarkan bahu baby dan terus diorang tarik anak saya keluar.

Lega teramat sangat bila dah dengar suara khalifah saya menangis. Masa diorang angkat dia ke saya nampak tangan dia dah macam nak biru. Mungkin sikit lagi nak lemas, syukurlah semuanya selamat. Saya sempat cakap kat baby “ummi mintak maaf, ummi tak pandai teran, baby lambat keluar”. Lepas tue diorang bawak nak cuci baby dan mula lah proses menjahit luka saya. Sakit menjahit luka tue tak terasa sangat sebab sakit bersalin tue lebih lagi. Lepas selesai je khalifah saya keluar terus suami cium dahi saya cakap dia sayang dan cintakan saya. Ye sesungguhnya Kata-kata tue menambah kekuatan dan semangat saya. Terima kasih suami.

Apa yang saya tak boleh lupa bila saya merayu mintak dokte operate saya sebab tak tahan sakit contraction. Nampak muka suami nak marah. Katanya, “abg tak nak syg sakit lagi lebih, bawah dah sakit takkan atas pun sakit jugak. Nanti abg yang sakit hati bila tengok syg sakit”. Dan ayat yang tak boleh lupa masa saya menjawab kata-kata dia. “syg nie sakit sampai rasa nak mati dah tau tak” huuu garangnya saya masa proses nak bersalin ritu. ampunkan isterimu ini wahai suami.

Lepas je selesai semua terus mintak maaf sebab tau saya bukan diri saya masa menahan sakit tue datang. Terus suami tarik peluk saya kekuat, gosok kepala dan cakap dia cintakan saya. Terima kasih lagi sekali suami sebab menghargai saya. Terima kasih ada dengan saya saat-saat bersalin. Terima kasih suami. Terima kasih mama papa keluarga dan sahabat-sahabt yang mendoakan dan menunggu saya sepanjang proses kelahiran. Dan syukur alhamdulilah semuanya selamat.

Banyak lagi nak diceritakan dan disimpan dalam ruangan kesayangan saya nie. Tapi nantilah dulu. Entry yang ini pun berapa kali terhenti bila si kecik tersayang nie menangis. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan baby. Sesungguhnya Allah je yang mampu membalas jasa kalian. macam mana saya tau setiap detik waktu yang berlalu tue pukul berapa? sebab jam tergantung depan mata saya dalam bilik bersalin tue hihihi. oh ye terima kasih pada semua kakitangan Hospital Permaisuri Bainun Ipoh Perak atas jasa, khidmat dan keringat kalian sepanjang saya berada disana.  

nak baca pengalaman seorang lelaki hebat yang menemani isterinya semasa proses kelahiran? baca di sini

11 September 2013

Fateh Uwais bin Nadzri #KhalifahKami

Assalamualaikum dan salam sejahtera

#Day9

alhamdulilah dah selamat melahirkan khalifah kecik. Fateh Uwais bin Nadzri yang bermaksud pemberian pertama. Pada1 september 2013 yg lepas. Moga menjadi anak soleh yang cintakan Allah Rasul dan semua yang mencintainya. Terima kasih pada semua yang mendoakan kami. 

#selamat ulang bulan ke 10 dear abi. Lebleb abi

19 August 2013

Kisah Khalifah #Baby Buat Gempar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

6 Ogos 2013 lepas. dua hari sebelum raya, khalifah kecik nie buat gempar. sepanjang hari selasa saya rasa macam ada lendir keluar dekat bawah tue. sebab kan rasa lain macam dan sebab baby pun dah cukup bulan, petang tue terus ke klinik. mujur ada dokte pompuan kat klinik tue.



kerana kepakaran seorang dokte itu terbatas. dia terus tulis surat suruh saya refer ke hospital hari yang sama jugak. dia tak bagi tunggu dah "you balik dan kemas barang you terus ke hospital, i happy if you do that" katanya. dah dapat surat kat atas tue saya pun terus la call suami bagitau apa yang dokte tue katakan. suami pun dah jadi macam blur, saya tanya dia soalan, dia tanya saya balik. sudahhhhhh, nebes ke ape suami saya nie =.= mama dan family saya kat ipoh masa tue dah tak senang duduk. yela masa tue saya masih berada di alor setar , suami kat penang. family mentua tak tau lagi keadaan yang berlaku.

terus decide untuk balik penang dulu, sebab takde pape kontraksi dan takde tanda bersalin yang keluar. tapi decide untuk tidak ke hospital seberang jaya akibat cerita kurang enak yang selalu telinga nie dengar. ajak suami ke dewan bersalin muslimah dekat permatang pauh. kalau ke hospital kerajaan confirm akan ditahan kat wad. sebolehnya saya nak elak benda tue dari berlaku. kalau tidak nanti dedua family jadi kucar kacir dah la lusanya nak raya. kalau kat sepital swasta nie dia akan check dulu, dan kalau perlu baru dia tahan. diperakui oleh senior nurse sepital swasta yang saya pegi tue, dia dulunya nurse klinik kerajaan. katanya "kalau patient datang bawak buku pink memang hospital akan tahan"

lepas berbuka suami terus bawak ke dewan bersalin muslimah tue. tunggu berbuka sebab nanti kesian kat suami dengan diri sendiri mesti tak tentu arah berbukanya. biarlah suami kenyang dulu, dah la dia kerja teruk sehari tue. sakit pinggang memang teramat sangat, sementara nak tunggu dokte bertugas datang. nurse buat CTG(ujian mengesan carta pergerakan jantung baby) dan cucuk ubat untuk menguatkan paru-paru baby. disebabkan baby saya baru je cukup-cukup 36 minggu masa tue paru-paru dia tak kuat lagi. dokte mintak nurse masukkan ubat tue kat saya, takut memang baby dah tiba masanya nak keluar. sakitnya kena cucuk Allah jela yang tau. sampaikan nak mengiring pun tak mampu. sebab sakit sangat ;(

Alhamdulilah bila dokte datang, dia buat scan dan check laluan bersalin. semuanya normal dan belum ada pape tanda kelahiran lagi. lendir yang saya rasa tue cuma lah keputihan. syukur. ujian CTG baby pun ok, baby bergerak sangat aktif. nak2 pulak masa lepas cucuk ubat kuat paru-paru tue lagi dia aktif. air ketuban pun banyak lagi kata dokte, dan diparas normal. kepala baby memang dah masuk ke laluan dia, kata dokte andainya dia meletakkan laluan tue di paras 5. baby dah duduk antara 3/5 dah. mungkin sebab tue keputihan saya makin kerap sekarang nie. berat baby sekarang dah 2.3 kg. jadi semuanya selamat dan normal. Alhamdulilah syukur. 

dan terlihat jugak tanda syukur dan lega kat muka suami. kalau tidak raya nanti dia tak boleh lupa la ada lagi sorang nak kena bayar zakat. hihi. sekarang cuma menunggu saat dan ketika tue tiba. sangat tak sabar nak tengok muka anak sendiri. sungguh!!!


dah 38 minggu, buku pink dah tebal macam tue. tebal dengan report yang macam-macam tue. ingatkan bila makan tak berhenti time raya nie berat naik mendadak, risau la jugak tapi alhamdulilah check up baru nie semuanya pun stabil. berat cuma bertambah sedikit dari sebelum nie, 51.8 kg. tekanan darah dan yang lain-lain alhamdulilah semuanya ok. cumanya yang tak larat sekarang nie nak berulang ke klinik seminggu sekali. sabar aje la for my khalifah sake. 

18 August 2013

Teman Sejati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

lamanyaaaaaaaa cuti dan memaklumkan saya belum lagi bersalin. belum sampai lagi janji baby nak kuar, lagipun ada lebih kurang 13 hari lagi sebelum due nya tiba. takpe kita tunggu dengan sabar dan tabah. banyak benda nak dicerita yang pastinya cerita yang ditangguh beberapa hari. cumanya pagi tadi sementara drive nak balik alor setar terdengar bait-bait lagu nie kat radio. terus teringatkan kekasih hati yang kat penang tue. dan secara tetiba air mata mengalir, hati menjadi sebak. oh ibu mengandung memang suka beremosi. hihihi..

Teman Sejati - Brothers

Selama ini ku mencari-cari
teman yang sejati buat menemani perjuangan suci

kalau dulu saatnya hati mula terdetik untuk berubah menjadi yang lebih baik. sungguh payah mencari seseorang yang mampu sentiasa menyokong apa kata hati dan akal. pastinya untuk berubah menjadi yang lebih baik perlukan sokongan dan dorongan tanpa henti. sedangkan syaitan sedang berusaha menghasut dengan lebih gigih, mengoyangkan hati yang mula terdetik untuk berubah.

bersyukur kini padaMu Ilahi
Teman yang dicari selamat ini telah kutemui


dan sangat bersyukur, Allah kirimkan seseorang untuk sentiasa menyokong dan mengingatkan. selalu dia pesan "lagi dekat kita dengan Allah, lagi hebat dia uji kita" 


Dengannya di sisi Perjuangan ini
Senang diharungi Bertambah murni Kasih Illahi

tanpa sokongan mungkin hati yang baru terdetik mudah ditiup angin syaitan yang tak henti menghasut. 


KepadaMu Allah Kupanjatkan doa
Agar berkekalan Kasih sayang kita

Kepadamu teman Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian Telah ku ungkapkan Segala-galanya

lebih bermakna bila si dia yang selalu menyokong Allah jadikan jodoh yang sentiasa boleh ada di sisi. yang sentiasa boleh hulurkan tangan saat jatuh terduduk. hanya doa yang mampu dititip moga diri terus kekal untuk berubah menjadi yang lebih baik dan baik. dan hanya doa yang mampu dikirim moga si dia juga istiqamah bersama diri mencari cinta Ilahi. 


kepadaMu Allah kupohon restu Agar kita kekal bersatu 
Kepadamu teman teruskan perjuangan pengorbanan dan kesetiaan
telah ku ungkapkan segala-galanya
itulah tandanya kejujuran kita

06 August 2013

Persiapan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

tinggal hari nie dengan besok je lagi kita sempat nak berada dalam ramadhan 1434H kan. langit pun macam sedih je seminggu nie, mungkin sedih mengenangkan yang nanti mesti masjid dengan surau kurang meriah tak sepertimana meriahnya waktu bulan ramadhan. pada yang nak memulakan perjalanan, semoga anda selamat sampai ke destinasi yang dituju hendaknya.

kalau tanya persiapan raya saya, tak semeriah tahun-tahun sebelumnya pun. persiapan saya lebih pada persiapan nak sambut si khalifah kecik nie je yang banyak. sekarang pun dah cukup 9 bulan. anytime boleh keluarnya dia. perasaan? mestilah nervous semua cukup tapi selalu ingatkan diri. relaks ummi, kalau buat kalut tak kena tempat nanti apa pun tak jadi.

tengok gaya suami pun, persiapan raya nie lagi la takde. dok kalut beli untuk mama ayah, mama papa dengan anak bini dia nie je. bila tanya tak nak beli pape kat diri sendiri ke? "abi takde perasaan pun nak beli pape" pulak dahhhh =.=

persiapan nak menyambut khalifah nie alhamdulilah dah boleh dikatakan 100% menepati apa yang disenaraikan. tinggal tunggu masa dan saat si kecik nie lahir ke dunia je. sungguh, sangat tak sabar nak tunggu dia keluar. nak belek muka dia, nak dengki dengan suami kalau dia ikut muka saya. hahahahaha :p

dikesempatan yang ada saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai ada menyinggung hati awak semua, tak kira la dalam entry saya sendiri mahupun semasa meninggalkan komen dientry kalian ataupun tika saat kita bersua muka. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. jangan lupa hati-hati walau dimana jua kalian berada. doakan moga urusan saya nak melahirkan dipermudah ye. doakan juga moga saya dan baby selamat hendakNya, amin. mekasih semua :D

#Senarai Keperluan Bayi Baru Lahir

01 August 2013

Kalau Dah Berada Di Atas Jangan Lupa Yang Dibawah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

saja saya nak berkongsi pengajaran yang baru berlaku depan mata semalam masa kat ofis nie haaaa. sekadar renungan dan ingatan untuk kita semua, walau siapa dan besar mana pun pangkat yang kita ada tolong la jangan sombong diri, angkuh dan lupa diri dengan sesiapa je terutama golongan yang bawah dari kita. ceritanya macam nie...

petang semalam ada la sorang pegawai dari satu jabatan nie datang ofis saya untuk ambik kuih raya dan beras pulut sumbangan dari jabatan kami untuk majlis yang jabatan dia tue anjurkan esok. saya tak pasti pangkat dia berapa cuma yang pasti dia bukan dari kumpulan sokongan la. means bukan penjawat awam yang berjawatan 17 dan ke bawah. 



bila dah selesai urusan dorang. pegawai jabatan saya nie panggil la ofis boy kami untuk tolong angkatkan kotak sumbangan tue tadi. bukan banyak pun. ada la dalam sekotak. yang jadi berbulu mata bila pegawai yang tadi tue boleh tunggu dan tengok je budak ofis boy dan akak dari jabatan saya nie angkat kotak tue naik atas troli. sementara nak tunggu ofis boy kami datang angkat tue ada la dalam 5 minit sebelum dia settlekan keja dia sikit. dalam masa tue takde pun si pegawai tue offer diri nak tolong angkat kotak tue sendiri. 

dalam hati istighfar je bebanyak. tapi terdetik jugak. nama je laki, badan beso tapi boleh buat buta perut macam tue. sambil tue gosok-gosok perut berdoa dan ingatkan baby dan saya nanti jangan sombong sangat macam tue. cumanya dalam masa yang sama saya cuba berfikiran positif. mungkin tulang belakang dia rosak dan tak boleh nak angkat benda berat sikit. 

pangkat darjat keturunan dan semua pinjaman kat dunia nie hanya ujian semata untuk kita. pangkat tinggi ujian, yang berpangkat rendah pun diuji jugak. sama-samalah kita muhasabah diri. 

31 July 2013

Iftar Bersama Kami Blogger Utagha (KBU)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah sabtu lepas berkesempatan ikut serta majlis iftar bersama Kami Blogger Utagha (KBU), bertempat di restoran tepi sungai, alor setar kedah. sebenarnya dah lama KBU tak anjurkan gath. mungkin atas faktor admin yang sorang travel ganu-sitiawan-kl, sorang lagi kat KL yang tengah bizi uruskan persiapan walimah, sorang kat kedah yang tengah rancak membaking, sorang yang dimurahkan rezeki bukak kedai taun nie, dan sorang lagi yang tengah memboyot membawak perot. nak mencari masa yang sesuai tue memang payah, memasing ada komitmen sendiri. takpe la kan. tak dapat selalu macam sebelum nie at least dalam setahun tue ada sekali kira ok la tue :P

saya dengan suami sementara ada masa terluang dan takde terikat dengan aktiviti family untuk tarikh tue, ambik la peluang turun alor setar beriftar dengan diorang. bila free je boleh la lelaju join, tapi kalau dah terhalang dengan aktiviti keluarga tak dapat la nak membantu.


antara yang hadir, saya dengan suami belum sampai lagi waktu nie. bukan terlewat dari penang tapi sebab singgah tesco beli barang dulu. hihihi. ampunnnnn :p 


sebelum iftar kak shida ada bagitau nak bawak kek karamel pelangi. nasib Oshin tak makan kek, dapat la merasa saya. kalau tidak sungguh saya pegi potong orang lain punya sorang sikit kek tue. depa dah bahagi awal-awal sebelum kami datang. sampai hati tau tak taruh kat kita sikit!!! :p Kak Shida memang dah biasa ambik tempahan kek, banyak jenis lagi kek dia. kalau nak oder sila pm di sini.


bila tengok gambar nie mesti tergelak. agaknya memasing dah MATANG kot kan. posing gambar pun tegak semacam je. macam nyanyi nasyid kata kak shida. kalau tidak gath sebelum-sebelum nie gambar macam-macam pesen ada. 


ramai yang nak balik awal lepas je solat maghrib dan sesi bergambar tue. saya dengan suami memang nak stay kat alor setar memandangkan ahad besoknya hari saya berkerja. pelan awal kami suami isteri memang nak makan kat beger bakar abg burn cawangan alor setar. elok Solihin pun join iftar terus tanya dia kat mana lokasi yang sebenarnya. dia pun nak lepak makan situ katanya. terus la kami pun decide nak melepak sekali. 

mulanya kak shida takmau join tapi lepas kena cucuk-cucuk akhirnya dia pun tersangkut. yang bestnya kawasan beger bakar tue black out =.= tapi masih lagi beroperasi dengan lilin yang menerangi. tapi cuma dapat oder beger bakar biasa dan meatball jela. takpe la janji dapat makan meatball memang tingin dah lama huuu. oh ye air yang boleh dipesan cuma 3 jenis sebab gelap diorang tak nampak nak bancuh air lain. ok la tue dari air kosong je ye tak? :p

walaupun bergelap tapi rasanya itu antara kenangan terindah kami semua yang hadir malam tue. paling tak boleh lupa bila kertas lapik meatball terbakar disambar api lilin. jenuh keras perot gelak kat situ. insyaAllah ada masa, ada rezeki lagi kita akan berjumpa lagi. insyaAllah :)

terima kasih pada semua yang sudi hadir. 

Tempahan Tshirt KBU dan Sticker Kereta / motor

Assalamualaikum semua

saya nak bukak tempahan sticker kereta dan shirt KBU (Kami Blogger Utagha)..
bagi sesiapa yang berminat nak beli shirt dan sticker KBU boleh bank in kat akaun saya dan isi form bawah nie,  lepas tue klik SUBMIT..
semua kotak tue wajib isi jangan skip2 ok... -mood cengei mai dah- hihihi. kualiti tak perlu disangkal lagi, sebab tahun lepas saya buat kat kedai yang sama dan memang berpuas hati insyaAllah.


Harga Baju lengan pendek :: RM28

Harga baju lengan panjang :: RM30

Kos Penghantaran bg yg nak saya pos :: RM6 ; kalau dua helai dan ke atas nilai kos penghantaran akan bertambah

untuk ukuran Tshirt Muslimah :: penambahan RM1 untuk seinci (terpulang nak tambah berapa inci pun) 

Material :: cotton

Warna :: Merah

url Link PENAMBAHAN RM2 :: kaler putih (link perempuan akan diletakkan dibahagian depan baju, link lelaki akan diletakkan dibelkang baju)

kolar :: roundneck 

SIZE XXL  ke atas :: penambahan RM3


 design yang serupa seperti di atas. cuma baju bertukar kaler MERAH dan logo berubah kaler HITAM. untuk baju perempuan logo akan dibawak ke bawah baju sedikit (takde la komplen logo tertutup dengan tudung kannnnnn :p )


PERHATIAN!!!! sila ukur size di badan sendiri, jangan malas!! sebab ukuran baju kat kedai nie tak sama dengan baju yang standard beli kat kedai-kedai biasa tue. baju ritu ada yang kata bila pakai besar sebab size dia tak sama dengan size biasa.

akaun maybank : Nur Syakira binti Yaakub
158172923744

akaun Cimb : Nur Syakira Binti Yaakub
08240004875529

dah bank in, mesej atau pm saya inform tarikh, masa dan nilai korang bank in tue ataupun copy paste je detail nya.. sebarang pertanyaan blh pm saya kat sini..

tarikh akhir tempahan dan bayaran pada 30 SEPTEMBER 2013

tinggalkan kosong kotak address bagi yang nak ambik baju by hand.. untuk yang nak ambik by hand boleh ambik di Pekan Rabu Alor Setar atau di tesco extra Seberang Jaya.

**TERBARU
tempahan sticker KBU untuk kereta dan motor





 sekeping :: RM3

bagi sesiapa yang berminat nak dapatkan sticker nie isi dalam form bawah, untuk yang oder baju boleh isi form tempahan baju KBU di bahagian Quantity dengan perkataan seperti contoh di bawah nie 


Quantity : 1 beserta sticker kereta

atau 

Quantity : 1 beserta sticker motor

atau

Quantity : 1 beserta sticker kereta dan motor (*untuk yang nak beli dedua sekali)

tapi kalau yang nak beli sticker sahaja tidak berserta dengan baju boleh pm kat sini

 






Name:




Phone Number




Address




Size

s

M

L

XL

XXL



Facebook Name
(e.x : Syakira Yaakub)




Url Link




Lengan Baju

short sleeve

long sleeve



Quantity















Click here to put a form like this on your site.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...