Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

15 October 2015

6 Tahun Di Sini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Dah 6 tahun dekat sini. Alor Setar Kedah. sekejap nya masa. dalam tak sedar dah lama jugak merantau ke negeri orang. manusia yang tak pernah keluar negeri sendiri, tak pernah duduk asrama, tak pernah jauh dari family tetiba ditakdirkan tercampak jauh ke negeri orang. jauh la jugak kena langkau penang dulu baru nak sampai kedah hewhewhew :p

6 tahun. rasanya dah banyak pengalaman yang dikutip, dibelajar. belajar berdasarkan pengalaman. hidup berdikari atas kaki sendiri. memang berdikari sendiri, takde sedara mara pun dekat alor setar ni. lone ranjer. awal menyewa pun menyewa bilik je. dari situ baruuuu lah jumpa kawan. itu pun tak banyak mana kawan. rasa macam alahai sunyi hidup bila weekend terperuk dalam bilik sebab housemate selalu travel balik rumah mak pak deme. dah kampung deme dekat. kita ni nak balik mana dengan kos lagi, masa lagi. awal-awal tu memang takde kereta. dah nak kena susah officemate hantar ambik dekat stesen bus. sebab iols tak reti naik bas lompat-lompat dan takut terlompat entah ke mana-mana nya hewhewhew. mujur masa tu ada kakak ofismate. kak Iffah yang sudi tumpangkan ke ofis sementara nak tunggu papa pos kan motor ke sini. 

takdir duduk kedah, banyak mengubah hidup. satunya memang jadi berdikari, lebih kental, lebih tabah dan lebih menghargai keluarga sendiri. yela orang kata dekat bau taik, jauh baru nak merindu rinduan kan :p kerana takdir duduk kedah jugak terjumpa dengan KBU, Kami Blogger Utagha dan terjumpa dengan jodoh ituuuuu kofkofkof 

Selamat Ulang Tahun Ke-6 bersama LPP dear ummi uwais. moga terus dapat berkhidmat dengan lebih baik, lebih cemerlang, lebih tabah. tahniah untuk diri sendiri kerana berjaya tabah duduk sensorang tanpa sesiapa dekat sini awal-awal dulu dannnnn berubah jadi lebih baik dari sebelum ini. moga hari ini dan akan datang akan lebih baik dan baik hendakNya. aminnnnnnn




post signature

20 comments:

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah..pengalaman mematangkan diri kan ;)

AtieYusof said...

Alhamdulillah..merantau membuatkan kita jadi lebih kuat, lebih berdikari..lebih tabah..moga terus maju dlm kerjaya...
Allah dah tetapkan Kira bertemu jodoh di Kedah.. :)

arzmoha said...

seronok juga merantau ditempat orang

nuyui a.k.a miss YUI said...

alhamdulillah lama dh keja sana ya.. byk pglmn =)

Cik Ash said...

Semoga dipermudahkan urusan kiera ya

Murni Alysa said...

Alhamdulillah..tahniah Kiera..semoga lebih suksess..

QasehnyaRania said...

aamiin
lama gak tu..
kiranya dr zaman bujang la, kan ?

pa pe pin tahniah kira..
dok kedah best gak kan.. kos hidup msh blh dikawal, dpt hirup udara segar bawa anak naik moto tgk sawah..

Zafirah Kama said...

sedar tak sedar je kan masa berlalu.. ^_^

eima said...

tapi org kedah peramah dan baik kan ... sgt jiran2 gitu kan ... hehehe
alhamdulillah dipermudahkan semuanye

Eintan Nurfuzie said...

happy aniversery.. cik en dengan keje pon bru 4 tahun

Jemput singgah blog Nurfuzie.com
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
Shopping di entri Blogshop : Pin Tudung Super Comel by KAWAIDESU CONCEPT
Dan Entri terbaru di Faktor Typing... Lama Gila

Aryan azra said...

pengalaman mengajar kita erti kehidupan kan...

moga kira tabah melalui ujian yg kira lalui sekarang ni, akak dulu pun duji dengan kewangan bila abang akak mula berhenti kerja dan bekerja sendiri, bukan setakat korek tabung, tapi pernah takde duit langsung untuk dikorek, makan pun kadang makan nasi dengan kicap berlauk telur, pernah juga masa pam susu menangis sebab takut susu takde sebab tak makan...sambil pam sambil doa moga susu banyak..alhamdulillah susu keluar mencurah-curah rezeki anakkan...

macam2 lagilah yang dah akak lalui...cuma tak tercerita je kat blog tu, sebab bila akak bercerita sikit,ada yang kata kalau dia takkan cerita yang macam tu,simpan sendiri...jadi akak pun taknaklah cerita, bukan apa akak cerita tu untuk orang ambil pengajaran, tak selalunya hidup kita ni senang..tapi itulah bila kita tunjuk makan sedap...orang kata pulak nampak loaded je...susah jugakan hehehe...

sajalah cerita ni jangan putus asa dengan ujian Allah, Allah tahu kira mampu utk lalui ujian ini sebab tu Allah uji kira...inashAllah satu hari nanti pasti semua ini akan berlalu..

eh dah macam entri pulak...saja nak cerita je, takyah publish ye hehehe...malu pulak akak

Dunia Zumal said...

6 tahun pengalaman yang amat berharga kan ^-^

Nina Mads said...

semoga terus suksess kira !! kejap je dh 6 tahun. hehehe

Lydia Miza said...

6 tahun jd org kedah.

aizamia3 said...

Dari pengalaman kita semakin kuat dalam menjalani rutin harian.
Tahniah dan Alhamdulillah rezeki masih di sana.. ;)
Bila kita bercerita bukan niat nak buka masalah dalaman tapi sebagai pengajaran dan mungkin ada nasihat yang boleh kita jadikan panduan untuk masa depan.

iryantyismail said...

betul tu..pengalaman mengajar erti kehidupan

cik Anggur said...

fuhhh lama merantau banyak pengalaman nie !

huda said...

alhamdulillah, setiap perancangan Allah lebih baik dari kita sendiri...

Siti Yang Menaip said...

alhamdulillah.. doakan CT plak daapt kerja..

Nina Mads said...

6 tahun tu dh banyak pengalaman.. skrg nk keja dgn gov pun susah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...