Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

20 October 2015

Jumpa Pakar Tulang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ohh ye pada yang bertanya kami dah cuba rawatan alternatif lain sebelum ke hospital. jawapannya. ye kami dah pergi. dah cuba nak urut jari Fateh Uwais pada sorang tukang urut cina ni. memang keberkesannya ramai yang akui. sementara kami tunggu turn nampak ramai patient yang dia urut. nampak berkesan. sebab dia urut depan-depan orang ramai. bila sampai turn Fateh Uwais. dia pegang jari dan katanya benda ni dah jadi lama dan dia tak boleh buat. dia sendiri jugak mintak kami refer ke hospital sebab Fateh Uwais masih lagi budak-budak. mandi air tersalah urat pun sudah. pun takde jalan penyelesaian yang jumpa. akhir sekali ke doktor la jugak kita. 

arini jumpa pakar tulang. mujur pergi awal. 7.15 kami dah keluar rumah. ini pun dah rasa seriau sebab dah lambat je rasanya. sampai hospital dalam 7.58 pagi. jalan laju-laju ke kaunter pendaftaran. tengok dekat dalam dah penuh dengan ramai orang huhuhu. tapi mujur jugak kaunter pendaftaran tu laju. duduk dalam 25 minit dah boleh daftar dan dapat 'tiket' untuk kami daftar di kaunter ortopedik pulak. 



nombor giliran kami 0664 dan nombor masa tu 0658 makanya cakap ke abi jomlah kita breakfast dulu sementara tunggu nombor giliran sampai. sebab nampak macam nombor tu tak bergerak-gerak dari tadi.  takmo jadi macam dekat KKIA simpang kuala aritu. keras dekat situ tak gerak ke mana-mana berejam-rejam huuuu. elok habis makan tengok nombor kami dah tertera dekat skrin tu haaaa. kelam kabut lari masuk bilik 19. rupanya dah panggil nombor bukan bermakna giliran dah sampai. kena tunggu turn dalam tu pulak hihihihi. penat je lari-lari anak tadi :p

ada la dalam 10 minit kot tunggu. staff nurse panggil masuk jumpa dokte. Dokte tengok dan katanya tak patah tak retak ni. mungkin boleh buat fisio je dengan tarik jari Fateh Uwais perlahan-lahan. ohhh leganya hati bila takde perkataan OPERATION yang keluar. tapi....... tapi katanya tunggu dia nak tanya boss dulu a.k.a pakar tulang 



perkataan yang keluar dari pakar tulang terus buat hati kami rasa nak luruh balik. katanya Fateh Uwais kena buat operation. ada sesuatu macam bijik dekat bawah ibu jarinya, kena buang kalau tidak pembentukkan tulang tangan Fateh Uwais boleh terbantut. atau bahasa mudah cacat. huuuuuu. bagi kanak-kanak tulang atau muscle mereka akan membesar dan membesar lagi. kalau tak buang bijik tu(sebenarnya tak ingat nama yang dokte sebut tadi, tryketam ke ape benda ntah) boleh halang pembentukkan muscle anak. 

tapi Pakar Tulang tu tak boleh set appoitment untuk Fateh Uwais terus. sebab dia hanya boleh buat pada orang dewasa. untuk kanak-kanak ada specialist dia sendiri. dan besok baru boleh jumpa specialist tu. baru boleh set appoitment bila kena operate. 

apa yang pasti. operation makan masa 15-20 minit. fully bius. kena warded selama dua malam. operation tanpa ditemani parents. huwaaaaa menangis terusssss. duduk ofis pun teringat-ingat lagi apa yang dokte kata. ada lagi satu yang buat susah hati. bila dokte kata "kalau orang dewasa kita boleh buat masa ni jugak. kanak-kanak kita kena operate. sebab jari ni(dia tunjuk) kecik. urat darah ada dekat sini. changes nak kena urat darah tak tinggi tapi tetap ada risiko. cuma tak bahaya" 

Ya Allah permudahkan urusan Fateh Uwais. kuatkan dia, kuatkan kami. pelihara dia Ya Allah. Permudahkan jangan lah disulitkan. permudahkan dan sembuhkan lah Fateh Uwais Ya Rabb. amin amin 

**sory ye nanti balas balik bw korang. buat masa ni perasaan bw melayang-layan entah kemana huuuuu. mohon korang doakan Fateh Uwais ye. terima kasih


post signature

13 comments:

Izwa Kamaruddin said...

insya Allah semoga dipermudahkan semua urusun ummi abi fateh uwais.

Zai Zamree said...

Huhuhuhu...nk kena operate ke?iskh...tmbh klau ank sakit demam pon dh rsau ni kn pula operate.

Semoga dipermudahkan segalanya...aamiin

eima said...

Ya Allah semoga dipermudahkan ...
mungkin jatuh katil tu cuma penyebab ... dan muscle tu mmg dah ade ...klu tak kerana jatuh katil dan jari cam tu tak tahu kan ... sbb penah baca dulu pasal ni ...

izzeyda said...

semoga uwais cepat sembuh tanpa apa2 yang tidak diingini..

el said...

Allahhhh sian uwais
xpelah cepat2 lah buat
semoga dipermudahkan ye

Lydia Miza said...

Moga baik2 je dik. Haish sanggup ke tgk ank dibedah dpn mata dik? 15 minit sempat solat hajat dua rakaat dan baca yasin. Pastu insyaAllah dh selesai urusannya. Jgn sedih2 ye. Hugsss

aizamia3 said...

Bertabahlah mama Uwais..
InsyaAllah tiap masalah akan ada jalan penyelesaiannya.

iryantyismail said...

sayu baca..moga uwais cepat sembuh masa fisio..dan tak payah bedah..insyallah..Allahuakhbar..amin

Aryan azra said...

Semoga dipermudahkan segala urusan family kira...inshaAllah fateh uwais akan baik-baik sahaja...

Allah uji kira sefamily sebab Allah sayang kira dan keluarga...

cik Anggur said...

moga Allah permudahkan segala urusan fateh uwais !!!

QasehnyaRania said...

aamiin
risau pulakk bca entry
ciksu doakan dr jauh.. bertabahlah kira.

Siti Yang Menaip said...

moga dipermudahkan ya kak.. tingat dulu ada gak jumpa pakar tulang..
seram nyaaa yakamat..

Nina Mads said...

Allah permudahkan urusan kira sekeluarga. amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...