Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

05 October 2015

Wean-Off Fateh Uwais : Abi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Proses Wean-Off masih belum berjaya. huwaaaaaaaaa. bukan ape, sebab dah mula rasa sakit bila Fateh Uwais menyusu, makanya memang dah nekad dan tekad nak berhentikan terus susu Uwais. 

Uwais : ummi nak susu

Ummi : ummi buat susu botoi ek?

Uwais : nak susu ummi jap.

Ummi : tak boleh la, sayang kan dah besar. mana boleh susu ummi lagi.

Uwais : bak susu adik!!! bak susu adik!!! (tadah tangan, badan hentak2) 



bila mintak abi slow talk dengan anak, abi pulak yang touching lebih "hishhh abang pulak yang rasa sedih nak putuskan anak dengan susu sayang" =..="

dah tu macam mana nya huuu. cumanya malam aritu bila nampak Fateh Uwais tak kenyang minum susu badan, kejut abi buatkan dia susu botoi. susu pun dalam peluk abi, atas lengan abi, abi tepuk-tepuk. lena dalam peluk abi. muka ngadap ketiak abi =..=

sayuuuu je hati ummi bila tengok dia tido dengan abi. mana pernah hoiii kami berdua beranak bercerai tido. sebab menyusu badan. memang selalu pun dia nak tido akan cari ummi dulu. sanggup heret sejadah ummi masuk bilik tido sebab nak tido dekat ummi walau ummi nak solat dulu. sobssss sedih sangat rupanya nak bercerai susu ni ;((((((

nampak nya kena cuba cara calit2 sesuatu tu jugak la kot. hukhukhuk


post signature

21 comments:

aTieYusof Family said...

uwaa... touching juga erk.. yelah dah lama asyik tido berkepit dgn kita dok..tetiba pi tido dgn abi.. hihi.. lama2 nti biasalah tu Kira :)

Fiza Rahman said...

Bertabahlah mommy. Saya pon baru jer buat entry pasal weaning off breastfeeding sebab anak baru weaning off @ 3 tahun 5 bulan ☺

iryanty ahamad said...

Sebak pulak baca entri ni..kuat kan semangat tau kira...demi uwais...memang kena try calit2..

cik Anggur said...

yg baca ni pn brgenang air mata...

Siti Nurzafirah said...

adehh.. yang membaca ni pun sedih jugak...

sya mimie said...

Asslmkm kira.. Mcm my mum dulu nk cerai susu msa adk kita yng bngsu, dia buh asam jawa. Hehehe.. Berjaya. Sekali je buat. Msa tu adk pn dh 2thun ++ jgk la..

imm hassan said...

same la kita.. belum berjaya jugak.. padahal susu dah kering..anak saya nak jugak ngempeng masa nak tidur..dah calit2 benda pun meraung2 dia suruh kita basuh..huhu xtau nak buat camane dah..

aryan azra said...

memang sedih lah nak bercerai susu nih, akak pun masih belum berjaya lagi, walaupun dah mencuba juga..akak letak sirap buat permulaan ni, harap2 slow2 berjaya la.

betoi tu makin lama terasa sakit juga sebab gigi dah penuh kan..

moga usaha kita berjaya dan moga kita tabah sob3 memang sedih, tapi mujur adleya masih nak tido celah ketiak mama ni, siap suruh mama peluk dia lagi, sedih tengok muka anak.

eima said...

sedihkan ... ramai dah ibu yang lmbt nak berjaya sbb mental tak kuat ayah tak membantu dgn betui... baca kat blog cikgu azrine ade tips die tu ...
aku ni ..aku yg sedih anak yg wean off bkn aku yg nak ...huhu

Murni Alysa said...

tau takpo..memang sedih..tp kita kena kuat smgt..huhuhu

idzwa kamaruddin said...

ala sedih nyer :(

zai zamree said...

bertabah la ummi...k.zai cuma boleh berhuhuhuhu je la

kaknida said...

:-(
sedih pulak baca.
Pengalaman saya pun 3 tahun sebulan baru berjaya wean off dgn sendirinya. Kes xsampai hati + anak pun xsedia nak wean off.
Tak pe puan, moga berjaya ya.
Tahniah sebab berjaya bf sampai 2 tahun!

nur amni said...

Dah ckup dua thn ke?biarla dulu...hehe.bkn apa kesian..

hainom OKje said...

Sedih tu mmg lah sedih Kiera, tp kalau betul betul nk ceraikan susu badan kena hati kering sikit. Nanti lelama biasa ler. Lagi pun sok kalau termengandung anak kedua dah senang!

QasehnyaRania said...

alahai sedeynya kan
ciksu baca pon dh terasa
umi jgn sedey ok.kuatkan semangat
chaiyok chaiyok

semoga dipermudahkan ye kiera. kalau belah kedah org suka calit akaq seruntun.pahit giler katanya..

mcm ciksu skrg walaupon lambat lagi, cuba kuatkan mental dok bgtau rania siap siap. rania kena mnm susu umi sampai 2 tahun je lps tu umi carikan susu kedua terbaik pula ye. kita ganti susu umi.. dengan harapan rania akan memahami

rania skrg mmg tido dgn ciksu je
smlm merengek sbb ap pon tak tau tp ciksu rasa nk tumbuh gigi baru pulakk. sbb bila nangis dia asyik tekup muka pastu dok sapu kat bawah dagu..
lagipon 4 batang gigi sblm ni naik, xda pula demam atau merengek.tup tup tgk dh tumbuh gigi.dgn ayah langsung x mo. nk dgn umi je.

CikSiti said...

saya pon sama..hadi masih nak menyusu lagi..tapi boleh pulak sambil menyusu tu dia duk menyanyi humming hummging riang ria lagu tobot eeee geram betollll

Siti Yang Menaip said...

bhahaha komen Kak Zai skrang dah win win eh..
tabah kak.. nak kasi pandangan ceq takdak pngalaman..

Shahida Dzulkafli said...

Ala.. sedihlak baca... X pernah rasa pengalaman camnie..
Huhuhu...

Cik Ash said...

Ekin xde anak pun touching baca kisah ni

Amanina Mads said...

nasib baik nina senang nk cerai susu bdn.. ohhh dh ada anak bru rasa seksa kira ni kot. ermmm

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...