اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kepada encik yang aku tak tau nama
Semalam abah dengan umi senyum2 kat aku lepas diorang abis siram bunga
Aku pelik kenapa dengan abah n umi tersayang nie
Semalam jugak abah ada cakap
“uminya tak lama lagi meriah la rumah kita nie”
Kepada encik yang aku tak tau nama
Abah kata hujung bulan nie aku akan dinikahkan
Abah kata lagi aku dah cukup dewasa untuk menjadi seorang isteri
Abah kata lagi abah akan serahkan anak dia dekat seorang lelaki yang dia yakin boleh memimpin aku
Kepada encik yang aku tak tau nama
Aku sedih, kerana aku telah memberi hatiku pada kau
Aku sedih, kerana aku mengimpikan kau menjadi imam solatku
Aku sedih, kerana aku mengharapkan kau yang menjadi papa kepada zuriatku
Kepada encik yang aku tak tau nama
Doakan aku bahagia disamping bakal suamiku kelak…….
Dan aku mendoakan kebahagiaan kau juga…..