Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

02 June 2011

Menanti Pelangi

Jika dulu aku disukai kerana ayunya wajahku
Jika dulu aku disayangi kerana keindahan parasku
Jika dulu aku diberi perhatian kerana kelebihanku

Namun,
Sejak peristiwa itu segala keceriaan ku diragut. Aku bukan lagi menjadi rebutan para ibu. Bukan lagi menjadi kesayangan ramai insan.

Segalanya bermula pabila khairi anak saudara ketua kampung seberang datang menghulur cinta buatku. Namun aku menolak secara lembut, bukan kerana khairi tidak sempurna, bukan juga kerana hartanya yang kurang, bukan itu yang menjadi ukuran cintaku… Kerana didikan dari ayah dan arwah mak yang menjadikan aku takut untuk menerima cinta sebelum ijab dan Kabul.. Aku takut menjadi mangsa hasutan syaitan yang tak akan pernah berhenti menghasut anak nabi adam berbuat kerosakan dimuka bumi Allah ini..

Tapi kerana kurang nya sikap sabar dalam diri khairi. Kerana khairi membiarkan syaitan mengusai diri dan akalnya. Khairi telah mempalitkan titik duka dalam hidupku

Petang kejadian sewaktu aku baru pulang dari kerja, tanpa ku duga khairi telah siap sedia menunggu di depan pejabatku. Khairi masih cuba menghulur cinta buatku, kini aku lebih tegas menolak cintanya juga dengan alasan yang sama, dengan tidak disangka khairi menyimbah asid diwajahku.

Panas, pedih dan sakitnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Sebulan aku mengurung diri, mengasingkan diri dari insan diluar sana. Bukan kerana aku malu dengan wajahku yang buruk ini. Namun, aku harus munajat dan muhasabah diri dahulu, aku perlu lebih kuat untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Aku perlu lebih tabah untuk menghadapi ujian yang Allah turunkan buat diriku..

“Allah tau iesya boleh hadapi ujian nie, sebab tue Allah turunkan ujian nie untuk iesya.. anak ayah kuat, anak ayah boleh hadapi semua nie.. iesya bukan sorang-sorang.. iesya ada ayah.. ayah tak kan biarkan iesya hadapi semua nie sensorang.. iesya ingat tue”

Syukurnya aku punya ayah yang penyayang seperti ini. Ayah tak pernah tinggalkan aku saat semua orang memandang jelik padaku. Ayah lah yang sentiasa menaikkan semangat aku. Walaupun sesekali aku terdengar sendu ayah ditikar sejadah mengadu pada Ilahi memikirkan nasib ku kelak, namun tak pernah walau sekulit duka ayah pamerkan dihadapan ku. Ayah sangat hebat. Aku juga tekad mahu jadi hebat seperti ayah. Aku yakin, Allah ambil sedikit nikmat-Nya dariku, namun pasti dia akan berikan kebahagiaan yang lebih hebat kelak. Satu persoalan yang menjengah mindaku, adakah insan bergelar lelaki diluar sana yang mahu memperisterikan si hodoh seperti ku ini?jika ini takdir-Nya Aku redha.



Kadang kala kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu..
Kadang kala kamu membenci sesuatu namun ia lah yang terbaik buat kamu..
Allah tahu apa yang terbaik untuk kamu, tapi kamu tidak..

7 comments:

Sunah Sakura said...

cerpen karangan sendiri ye kira? nice one... ;)

Kira Sakura said...

ye kak sunah.. terima kasih =)

afzalsukasuki said...

uish aku ingat ko yang kena simbah asid.kuss semangat!!

Mummy LiYzA ^^, said...

suka ayat nih~
Kadang kala kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu..
Kadang kala kamu membenci sesuatu namun ia lah yang terbaik buat kamu..
::kita tataw apa yg dh tertulis wat kita,tp kita boleh berusaha dan bdoa utk yg terbaek::

shahjiehan said...

wah... penulisan yang hebat.. di selitkan unsur2 islamik...


hebat la akak ni


setuju ngan ayat lastu..

Kadang kala kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu..
Kadang kala kamu membenci sesuatu namun ia lah yang terbaik buat kamu..
Allah tahu apa yang terbaik untuk kamu, tapi kamu tidak.....


setuju~

Tuan Hijau said...

terbaik untuk kembo angah nie..

Kira Sakura said...

afzal :: hihihi.. cerpen je tue.. =)

liza : yup betoi.. usaha, doa dan tawakal.. Allah x ske orang yg hanya berserah

sj :: trima kasih dik.. mane la tau cerpen nie blh sedarkn sape2.. insyaAllah... =)

angah :: thanks my kembo.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...