Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

30 November 2011

Cinta Tak Salah

Assalamualaikum semua
Cerpen yang saya join contest tue saja saya panjangkan ceritanya sikit.

Makin teruja lepas Iffah pun panjangkan cerpen die kat sini dengan sini.. thanks Iffah ingatkan akak sambung cerpen nie.. ;)
…..

Hari Pertama : Spaghetti

Hari Kedua : Mee Hailam

Hari Ketiga : Laksa

Hari Keempat : Kek Coklat

Hari Kelima : Cheese Cake

Nadzri menggaru kepalanya yang tidak gatal.Sepanjang minggu nie ada saja bekalan yang “disediakan” di atas meja. Siap ada note yang terselit setiap hari.

“kalau takut saya letak yang tak elok, jangan lupa baca bismillah, doa makan, dan ayat Qursi sekali sebelum makan”

“rezeki dah ada depan mata membazir kalau aku tak makan” gumam Nadzri sambil tersenyum. Namun apa yang menjadi tanda tanyanya, kesemua bekalan tersebut adalah kegemarannya. Pelik.
…..

“class,please submit your assignment before next Sunday”

“dan awak sya, datang ke pejabat saya lepas lunch hari ni” tegas Nadzri sebelum berlalu keluar.

“dia tau ke aku yang selalu buat bekal untuk dia? Mati la aku kalau dia tau,mana aku nak sorok muka nanti?” ngomel Syakira dalam hati, terasa peluh turun macam baru lepas jogging 5km!
…..

Di dalam pejabat En.Nadzri

“Assalamualaikum,eh maafkan saya En.Nadzri,saya tak tau encik tengah lunch,saya keluar dulu la nanti saya datang balik” dan matanya terpandang sambal tumis udang diatas meja.

“eh tak pe, habis dah pun, salah saya terlewat lunch hari ni. Anyway saya nak mintak tolong awak sikit.” Pinta Nadzri.
…..

“fuhh selamat, Tapi kenapa dia suruh aku beli tepung, gula dan semua benda nak masak nie? Musykil dah aku nie” bebel syakira sendirian.
…..

“eh sejak bila pulak level atas nie diorang letak cermin bagai? heran”

“mana pulak En.Nadzri ni tadi beria-ria suruh aku beli cepat, ni dia pulak yang tak ada” peluh yang menitik dikesat perlahan dengan tisu. dalam masa yang sama tudung dibetulkan.

 “Assalamualaikum, ehem” Nadzri tersenyum kecil melihat telatah gadis yang dalam diam telah mencuri hatinya.

“eh waalaikumsalam, maaf saya tak perasan encik dah ada kat sini” terasa seperti muka baru disimbah minyak cap kapak, macam mana la boleh tak perasan yang lecturer nya dah ada dibelakang. Leter syakira pada dirinya sendiri.

“errr nie barang yang encik pesan tadi” hulur syakira sambil tunduk memandang lantai.

“lagi baik aku pandang lantai, sekurang-kurangnya lantai nie beku!! apsal la yang En. Nadzri nie tengok semacam nak menelan aku” omel syakira dalam diam.

“dari awak pandang lantai tue, baik awak lihat dalam cermin dihadapan awak dan katakan padanya yang saya dah jatuh hati pada dia” lancar Nadzri menuturkan isi hatinya. Tiada apa yang perlu disorokkan lagi bila dia sudah yakin pada hatinya sendiri.

Syakira terkebil-kebil melihat dirinya sendiri didalam cermin. Dalam tidak sedar dia tertampar pipinya sendiri.

“ehh jangan la tampar diri sendiri. mesti awak tertanya kan. sebenarnya saya dah tau semua bekalan tu datang dari awak sejak dari hari pertama saya ternampak bekalan awak sama seperti saya. Dan saya minta awak belikan semua tu,supaya awak bekalkan saya setiap hari selepas kita menikah nanti” ujar Nadzri dengan setulus hati. Dalam pada masa yang sama dia tercuit dengan telatah lurus gadis kesayangannya, selalu tewas dengan emosi sendiri. Tidak pandai menyimpan apa yang dirasainya.

Syakira terdiam. Termalu sendiri dengan tindakan spontannya.

“ishhh tangan nie suka tak reti nak cover tuan sendiri!!” bebel Syakira dalam hati.

Namun begitu dia bersyukur kerana Allah dah makbulkan doanya. Air matanya bukti die menerima Nadzri. Hanya itu yang mampu dilakukan sedang bibirnya terkunci rapat dari menuturkan walau sebarang kata.

“tapi satu yang menjadi tanda tanya saya, macam mana awak tau semua makanan kegemaran saya?” persoalan yang menjadi tanda tanya Nadzri sejak dari hari pertama bekalan diterimanya.

“errr dari belog Encik la” ujar Syakira sambil tersengeh.

“saya ada stalker rupanya?” Nadzri tertawa bahagia.
…..

TamaT

puas hati dapat buat panjang-panjang... hihihihi

8 comments:

Sunah Sakura said...

ehem..sweet!

Unknown said...

muhahahaha

lawok je akak ni

kire dendam terbalas eh

K said...

ehem... :P

nadzli azlan said...

miahahahahaha comell !! :D

Kekunci Merah said...

errrr.... suwit!!

* aku kena praktis cenni gak ke? hihi

Kira Sakura said...

kak sunah ::

hihihi, thanks kak :)

Iffah ::

hahaha, tau xpe, puas dpt tulis sumenye..hihihi :p

Keroro ::

:p

Adik ::

hahahaha :p

Ruzz ::

kene praktis? praktis ape ruzz?

cik Anggur said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Aryan azra said...

sweet bangat nih... syakira?nadzri? mcm familiar je nama tu..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...