Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

28 August 2012

Kistot : Sebelas November

Assalamualaikum dan salam sejahtera

dari tadi kad yang berada ditangan ditelek depan dan belakang. sekali lagi nama bakal pengantin disebut. Azalia Alisya. 

"awak nanti kita kahwin tarikh besday saya ye" Alisya tersenyum.

"11.11.11 cantik tarikh tue kan awak" Aizat merenung dalam mata kekasihnya. kasih dan sayangnya mendalam pada Alisya. Gadis biasa tapi mampu mencairkan hati lelakinya. 

Bunyi deruan motor jiran sebelah menyedarkan Aizat kembali. Pantas kaki dihayun menuju ke kamar mandi. Hari nie bertarikh 11.11.11.

*****

Matanya meliar mencari empunya diri. Ramai sungguh tetamu yang hadir. Lebih meriah bila paluan kompang mengiringi sepanjang pengantin duduk dipelamin bergambar kenangan. Matanya tertancap pada susuk tubuh itu. Ya dia sangat cantik walau hanya mengenakan solekan nipis, manis dan ayu wajahnya tetap terserlah. Sungguh menawan. 

"Selamat pengantin baru, saya doakan awak bahagia bersama suami hingga ke taman-taman syurga" Aizat bersalaman dengan pengantin lelaki. 

"terima kasih sudi datang dari jauh" Alisya tersenyum cuma. Matanya jatuh pada raut tenang wajah lelaki dihadapannya.

Aizat melangkah pulang selesai bertemu mata dengan Ibu dan Ayah Alisya. Kunci BMW dikeluarkan dari poket seluar.

"kalau awak nak sangat kahwin awal awak pergi la cari yang lain!" Aizat berlalu meninggalkan Azalia Alisya di tasik lewat petang itu. sungguh dia belum bersedia untuk memegang tanggungjawab sebagai suami. Kerana itu setiap kali Azalia Alisya bertanya perihal hubungan mereka yang telah lama bertaut mampu membuatkan hatinya panas seperti lahar gunung berapi. Dia rimas! 

Kenangan lalu kembali berlegar dimindanya. Nafas berat dilepaskan. Azalia Alisya bekas kekasihnya bernikah pada ulang tahun kelahirannya. Ya hari ini. BMW perlahan meninggalkan Taman Bersatu.

#kistot = kisah kontot

#rekaan semata :)

4 comments:

Unknown said...

amboi berkisah kontot nampak

em geram lak ngn laki tu
grrr

tp kalo bukan jodoh kan kak?

#eh BMW keriangan iffah...=P

nursuriani said...

cerita rekaan neh macam best jerrr huhuhuhu :))

kay_are said...

dah ade bmw pun tak ready nak kawin? kawin r ngan bmw tu.. memang sesuai sangat ending yang laki tu dapat..

tupperware_merah said...

comey plak aku rasa kisah kontot ko ni. kalo ko nak mcm ni, ko kena kawen bulan ni.hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...