Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

11 September 2012

Putus Cinta

Asslamualaikum dan Salam sejahtera


semalam saya bw, usya kat twitter kebanyakkannya berkisarkan kelukaan dan kekecewaan lepas ditinggalkan si dia yang dulu. ala lepas break dengan gepren/boipren mesti rasa sakit hati menyampah meluat benci semua la ada kan. sampai kita lupa yang dulu dia pernah tabur banyak kebaikan untuk diri kita. adat manusia kerana satu kesalahan sampai lupa sepuluh kebaikan yang pernah orang tue bagi ke kita.

ini pendapat saya lah. bagi diri saya. yela kan pendapat semua orang tak sama. betol lah mesti rasa sakit hati menyampah semua tue lepas ditinggalkan. nak pulak kalau ditinggalkan atas sebab yang langsung kita tak boleh diterima. paling sakit hati kalau diri diduakan. ye saya pernah rasa semua tue. sakit memang pedih. luka memang dalam. dan adat saya seorang perempuan mesti nangis bila dikecewakan macam tue, nangis bukan sedih tapi geram dan benci sebab saya yang jadi mangsa. memang time tue maki hamun dendam semua tersulam. sampai rasa kalau jumpa dia exciden tepi jalan nak buat tatau je. terok kan perangai. Astghafirullahalazim

tapi cuba tengok another side. dia dulu pernah buat saya tersenyum. dia dulu pernah jadi warna yang bahagia untuk saya. dan banyak kebaikan yang pernah dia bagi ke saya dulu. yang utama kerana kekecewaan yang saya dapat dari dia yang dulu saya menjadi Syakira Yaakub yang sekarang. dulu saya memang cepat naik angin, cepat melenting kalau ada benda yang tak kena tapi sebab dia seorang panas baran cepat marah, kiranya lagi ekstrem la dari marah saya nie saya belajar jadi orang yang sabar. tersangat sabar sampai saya macam orang takde perasaan kata kawan-kawan serumah saya. ok dari dia saya mampu jadi orang yang sabar. kan sifat positif tue, menguntungkan diri saya jugak.

dulu rasanya saya comot sangat. langsung tak pandai nak bergaya. tapi kerana dia dulu maskulin men, smart, diajarnya saya jadi mementingkan penampilan diri waktu nak keluar rumah. yang tak ambik mudah hal dressing semua nie. dan hasilnya saya jadi lebih kemas walaupun takde la cantik mana pun kan. kan tue pun sifat positif. pernah Pakcik Imam kata ke saya bila dia asuh saya jadi yang lebih baik sekarang nie "kalaupun nanti awak bukan untuk saya sekurangnya awak menjadi yang terbaik untuk dia yang akan datang". 

kesimpulannya cuba usaha jadi manusia yang positif. fikirkan kebaikan dia yang sepuluh tue dari salah dia yang satu. bukan untuk sambung balik hubungan yang terputus tapi untuk mengelakkan dari terputusnya silaturahim sesama islam. bukanlah nak suruh awak closed dengan dia macam sebelum nie tapi supaya takde la perkataan musuh antara awak berdua. saya tau susah nak pujuk hati menjadi yang positif saya jugak memerlukan masa tapi ingatlah bila hati kita dah memaafkan dan diri menjadi positif insyaAllah ketenangan bakal menyusuri hari hari mendatang. 

dan bagi diri saya sendiri nak cuba elakkan jadi kebencian orang lain. biarlah seribu kesakitan pun yang dilemparkan buat diri tapi lemparkan pulak lah sejuta kebaikan buat dia. lebih baik menjadi sisi putih dari menjadi sisi gelap. lebih baik dikenang sebagai yang menyenangi dari yang dibenci. dan jangan pernah lupa kebaikan yang dihulur. apa yang saya sendiri nampak dalam diri saya lebih menghargai si dia yang hadir selepas dikecewakan oleh mereka yang lalu sebab saya tau macam mana sakitnya bila disakiti. saya yakin awak semua jugak macam tue kan? 

#saya bukan menggalakkan kapel sebelum nikah

11 comments:

vendoline said...

siapa tak sakit hati bila kekasih curang.tak kira la laki ke pompuan

nursuriani said...

setuju sangat! setiap yang jadi ada hikmah. kalau kita tengok pada sudut pandang yang betul.pasti kita mampu tersenyum dengan iklas di balik kecewa yang melanda! :)

haniesaad said...

dulu mmg kami rasa marah sgt tp last2 pk blk takdak guna pun. jd yg skrg ni, kami tak selit sket pun perasaan marah. yg penting, hepi! :)

tupperware_merah said...

adalah sangat standart kalau pasangan curang atau MENDUAKAN. normall~~ ;)


* memang serius rasanya sakit. tapi kita kena guna waras dan matang akal sblm lontar emosi. nak meroyan atau nak bertabah hati. kan? aku rasa aku dulu pilih bertabah hati dan bertindak matang. so, org takkan tahu sangat sangat kesedihan kita. tak salah berlakon. hehehe :)

Anonymous said...

sentiasa think positif yek, walau hati luka & sakit!

Unknown said...

nak cari bini terus

kay_are said...

tapi bese nye memang silap tu yang orang akan kenang.. bese r manusia memang camtu kan.. hmm

Unknown said...

amik y baik dr yang lepas

tq kak

Zai Zamree said...

penah putus tunang tp sedih mrh kecewa 3 hr je la...bl pk2 blk dia sronok2 yg kita dok nangis...wt penat ja

Woofer Storm said...

tersenyum membaca entry ini..tak sngka shbt sy ni lebih matang dari yang sy jangkaan..

erm..semua yang buruk datangnya dari kita,dan yang baik datangnya dari allah..terima kasih tuhan.slmt mlm kira..

Hasnul Adin said...

being positive will always keeps u in good form .. emotionally and physically .. =)

have a look :
hasnuladin.blogspot.com/2012/09/cinta-gitar-hitam-part-2.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...