Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

26 December 2012

Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

huwaaaaaa letihnya. eh jap jap sebelum tue Alhamdulilah dan nak cakap terima kasih kat Cikgu Areef sudi pilih saya sebagai pemenang untuk contest yang ini. nak tengok saya dan suami menang ape. boleh tengok kat sini. terima kasih kat Puan Hidayah kita tue yang sudi bagitau saya dah menang kalau tidak sampai sekarang saya lupa yang saya ada join contest. terok betul lah =.=

jumaat lepas suami balik keja terus kami berdua gerak balik ipoh. sabtu besoknya dah plan satu family nak ke melaka. Alhamdulilah syukur Allah pelihara perjalanan kami semua satu keluarga dari awal sampai melaka sampailah dah balik penang malam semalam. wahhhh sayang terharu la saya kawen dengan awak, saya yang drive awak yang tolong ambik letih saya tue ye kata suami saya yang setia memandu disebelah. mama gelak je kat belakang semalam. hihi :p


kami semua menyewa kat Farisma Homestay Melaka. selesa la jugak. RM700 untuk 4 bilik tidur dan 3 bilik air. cukup-cukup je kami yang ada 4 family kecik nie. hihi. yang bestnya tuk diorang kaum sejenis dengan suami menda alah atas nie la. kat tingkat atas homestay selain ada 3 bilik kami tuk anak dan menantu mama papa nie. ada satu ruang rehat yang dia letak meja pool tue. eh yeke pool? ke snooker? entah la saya pun tatau :p


haaa nampak tak minah dua orang tue sibok kepit Pakcik depa. siap gaduh dengan achik lagi. yela diorang je boleh nak ngepit dah tue bila pulak turn achik???? #TerokBetoiPerangai hahahahaha. macam gitu la bebudak dua orang tue. bila marah lari sekejap jalan berdua. bila orang leka je mai tarik balik tangan pakcik. marah bukan apa sebab dedua nak bergayut kesian pakcik tue letih nak melayan. padahal achik tue dengki mengaku jela hahahahaha :p


antara jambatan yang menarik perhatian saya masa naik bot river cruise tue. untuk sesiapa yang nak datang melaka. kalau nak merasa naik bot nie saya suggest naik time malam. kalau malam disirami dengan cahaya lampu yang menaikkan lagi tempat tue kalau siang nie dia nampak biasa je. macam kami hari tue. kami ambik pakej 3+1=RM20 per person. boleh naik bot, naik monorel dan rasai pengalaman 6D. nak kata pegi banyak tempat tak jugak. tapi nasihat saya sesiapa yang nak melancong ke melaka keluar dari tempat menyewa seawal yang mungkin.

macam kami satu family. setiap hari lepas subuh dalam pukul 7 lebih macam tue dah siap-siap kuar pegi tempat-tempat tue. kalau lambat terperangkap dalam jem dan takde tempat parking. jem kat melaka memang sangat syahdu la. nak pegi tempat yang sepatutnya dua puluh minit boleh makan masa sejam atau lebih kat situ =.= dan berhati-hati memandu kenderaan anda sebab atas jalan banyak jalan berlubang. suggestion saya pada kerajaan melaka tolong la perbaiki jalan yang berlubang tue, paham kenderaan banyak time siang, bayar la lebih sikit kat pekerja buat keja time malam. bandaraya bersejarah memang tumpuan pelancong jadi sepatutnya anda semua bayar harga hasil kesudian kami melancong ke negeri anda. menaikkan ekonomi negeri anda. 

nak tau kenapa melaka sangat jem? satunya memang la time public holiday dan cuti sekolah ramai manusia yang serbu ke sana. lagi satunya pasal traffic light kat sana ambik masa lebih kurang 2 minit untuk tukar ke lampu hijau. boleh bayang tak simpang empat bila dah lama sangat tunggu kat situ jem dia macam mana? letih duduk dalam kereta lagi dari letih merayau ke sana ke sini =.=

tapi saya tak kata melaka tue terok sangat. melaka memang best dengan tempat bersejarah. Zoo melaka yang mengekalkan habitat haiwan. dan macam-macam lagi la. tapi ini cuma pendapat saya. cuma ada beberapa perkara jela yang kurang bestnya. biasalah semua negeri ada lebih dan kurangnya. tak gitu? ;)


jangan mintak ole-ole. ole-ole yang kami beli tuk family belah suami pun boleh tertinggal entah kat mana =.= semalam sampai penang dah sepuluh lebih. tak tahan sangat dah mata nak teman suami drive kat sebelah. dapat je izin boleh tido. memang lelap sampai tak sedar apa dah. sian kat suami. sabar jela dapat isteri macam nie huuuuu....

haaa nampak tak suami saya makin hengsenggg tue eh Kbai!! :p

20 December 2012

Kistot : Bahagia (versi panjang sikit)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tasha mengamati semula susuk tubuh lelaki yang sedang berdiri membelakanginya. dia tersenyum. dia ingat lelaki itu. dan senyumannya makin melebar bila terpandangkan inai dijemari wanita disebelah lelaki dihadapannya. 

"eh Tasha kecik betol dunia kan. kat sini jugak yang kita boleh terserempak" Zul menghampirinya. Tasha tersenyum tunduk memberi hormat pada lelaki yang masih dengan senyuman dibibirnya.

"Zul, dan nie wife saya Intan" Tasha dan suaminya menyambut perkenalan yang dihulurkan.

"honeymoon kat sini jugak ke?" tergelak mereka berempat. selesai berbual Zul dan isterinya memohon mengundur diri untuk pulang ke Seremban semula.

Laju Lancer berwarna putih itu meluncur pergi membelah dinginnya kabus tebal yang menyelimuti puncak Gunung Jerai. Tasha tersenyum sambil jemarinya kemas bertaut dengan suami disebelah. Kepalanya direbahkan ke bahu si suami.

"kaya kawan sayang tue, rugi kan" segera kepalanya diangkat dan merenung ke dalam mata suami demi mencari maksud.

"rugi kenapa?" akhirnya ditanya kepada si suami mencari maksud yang tersirat.

"yela dia kaya, ex sayang dulu kan?" aroma kopi arabic menyusup masuk ke dalam rongga hidung. segera cawan kopi dihadapan dibawa ke bibir. 

"kaya tak semestinya ada kebahagiaan kita kat situ. ada orang lain yang akan lebih bahagia duduk kat tempat tue. dan kebahagiaan saya ada kat sini" Tasha meletakkan kepalanya ke dada suami disebelah. hangat pelukan suami menghangatkan dirinya yang mula kesejukan di puncak gunung jerai.

"saya sayang awak" suaminya berbisik di tepi telinga. Tasha tersenyum. Tirai jendela yang dibiarkan terbuka tadi di tarik perlahan. Pelukannya diperkemas lagi. Ye. bahagianya ada disini. Bersama suami yang sangat dicintai.

"ops terlupa pulak. dan Abi jugak sayangkan kesayangan abi yang dua orang kat dalam nie. jangan nakal-nakal ye sayang, kesian ummi nanti" tergelak keduanya bilamana terasa si kecil berdua itu memberi refleks pada pesanan abi mereka.

Zul sebahagian kisah lalu Tasha. sehebat mana perancangan manusia lebih hebat perancangan sang pencipta. jodoh tidak ditakdirkan untuk mereka berdua. dan mereka bahagia dengan perjalanan yang lebih indah disediakan sang pencipta. 

#tinggal dirumah yang kecil dan comel juga akan rasa bahagia dan gembira jika penghuni rumah tersebut bersama mengejar redha Ilahi dan sentiasa tidak lupa erti bersyukur. insyaAllah, itu janji Allah ;)


#Kistot : adalah kisah kontot. 

#sebab semalam ramai yang bebai kistot tue kemetot sangat makanya saya pun cuba la panjangkan sedaya yang mungkin. :p

19 December 2012

Kistot : Bahagia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Laju Lancer berwarna putih itu meluncur pergi membelah dinginnya kabus tebal yang menyelimuti puncak Gunung Jerai. Tasha tersenyum sambil jemarinya kemas bertaut dengan suami disebelah. Kepalanya direbahkan ke bahu si suami.

"kaya kawan sayang tue, rugi kan" segera kepalanya diangkat dan merenung ke dalam mata suami demi mencari maksud.

"rugi kenapa?" akhirnya ditanya kepada si suami mencari maksud yang tersirat.

"yela dia kaya, ex sayang dulu kan?" aroma kopi arabic menyusup masuk ke dalam rongga hidung. segera cawan kopi dihadapan dibawa ke bibir. 

"kaya tak semestinya ada kebahagiaan kita kat situ. ada orang lain yang akan lebih bahagia duduk kat tempat tue. dan kebahagiaan saya ada kat sini" Tasha meletakkan kepalanya ke dada suami disebelah. hangat pelukan suami menghangatkan dirinya yang mula kesejukan di puncak gunung jerai.

"saya sayang awak" suaminya berbisik di tepi telinga. Tasha tersenyum. Tirai jendela yang dibiarkan terbuka tadi di tarik perlahan. Pelukannya diperkemas lagi. Ye. bahagianya ada disini. Bersama suami yang sangat dicintai.

#tinggal dirumah yang kecil dan comel juga akan rasa bahagia dan gembira jika penghuni rumah tersebut bersama mengejar redha Ilahi dan sentiasa tidak lupa erti bersyukur. insyaAllah, itu janji Allah ;)


17 December 2012

Dapat Hadiah Lagi Yeayyyy!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


bila opismate tau saya ada kawan nak ajak berulang dari Alor Setar ke Penang ada yang cakap pandai saya cari kawan nak ajak berulang. satu kereta tiga orang kira cukup bersyukur la untuk berkongsi minyak dan tol tiap kali berulang. Alhamdulilah Allah permudahkan.

ramai kawan-kawan, sedara mara yang tumpang simpati saya kena PJJ dengan suami. terima kasih, saya hargai sangat :) dan selebihnya saya bersyukur disebalik Allah uji saya dengan suami yang berjauhan Allah datangkan kebahagiaan dan kemudahan untuk saya. buktinya.

Allah hadirkan saya dua orang kawan untuk diajak berkongsi kos perjalanan. kawan yang saya tak mencari pun sebenarnya. kawan yang memang dah dua tahun lebih kami duduk serumah. suwit kan Allah tue dia tetapkan jodoh saya dengan suami yang asal dan tinggal di penang dan jugak kawan yang kampungnya di penang. aduhaiiii suwitnya Allah ;)

pernah jugak saya terlintas. letihnya kena PJJ nie. letih badan dan letih nak keluar duit tapi cepat-cepat muhasabah diri. duduk diam-diam dan tengok keliling, segala keindahan yang dah dia bagi. cepat-cepat bersyukur sebelum segala nikmat tue ditarik balik. sekurangnya Dia dah bagi saya kemudahan yang lain disebalik ujian yang Dia berikan. 

sentiasa kena ingat. sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan ;)

#semua nikmat adalah hadiah dari Allah, itulah hadiah yang saya dapat tue ;) 

16 December 2012

Jom Join Contest : Fotografi - Ceriakan Hidupmu!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



tengok kak Shida dengan kak Sunah join contest cikgu Areef tue saya pun macam eh nak join jugak lah. hihihi. sesape yang berminat boleh klik sini untuk maklumat lanjut.


ini gambar masa saya dan suami potosut bulan lepas. ekceli ini gambar candid. masa nie suami menyakat apa ntah. suami saya memang rajin menyakat dan akhirnya bila saya geram maka saya picit-picit muka dia jadi begitu. sekian~~~~~~ :D

kepada awak semua sila join sebelum pukul sebelas malam ini. 

pssttt awak semua : entry terbaru ada kat bawah sila baca *dengan nada paksa* :p

Jangan Sombong Untuk Berdoa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


saya tak ingat mana saya dengar ceramah nie. samada Ustaz Azhar Idrus atau Ustaz Kazim yang sampaikan. kisahnya. orang dulu-dulu nie suka bernazar yang merepek-merepek. alaaa orang sekarang pun sama. contohnya kalau mesia menang bola nak kerat anu. memang sesape baca pun kata orang tue takde akal. dah memang bernazar tak guna akal itu la hasilnya. 

ok malas nak cakap pasal tue. dulu ada lah dikalangan orang zaman dulu yang bernazar kalau yang dihajati tercapai dia nak makan dengan syaitan. sekali Allah makbulkan doa dia. haaa dah terkulat-kulat nak bayar nazar. bayar tetap  kena bayar sebab itu dah kira janji.

dalam dia bersusah hati tue dia pun datang berjumpa Rasulluah s.a.w. dan jawapan baginda nabi. "pergilah lah kamu ke masjid dan tunggu sehingga para jemaah selesai bersolat. perhatikan orang yang pertama keluar dari masjid tanpa mengaminkan doa imam. maka ajak lah orang itu makan bersama kamu"

maksudnya. sesiapa yang bersolat tapi tidak mengakhirinya dengan doa bermaksud dia sombong dan bongkak. tujuan berdoa adalah memohon pertolongan dari Allah s.w.t Yang Maha Tinggi dan Terpuji dan membuktikan bahawa awak hanyalah seorang hamba. bila awak solat tanpa berdoa bukankah itu menunjukkan yang awak sombong tak mau mintak tolong dengan Allah. dan salah satu sifat syaitan adalah SOMBONG. maka samalah orang yang tidak berdoa dengan sifat syaitan itu.

atau bahasa kasarnya. awak itu syaitan. haaaa takut kan bila kena gelar syaitan. sape yang nak dirinya dipanggil syaitan? haruslah sape pun tak nak. orang gila pun tak nak ni kan pulak orang yang sihat akal.

saya mengaku saya pun kekadang bila nak cepat macam nak je skip berdoa. pernah buat dulu. moga Allah ampunkan dosa yang dulu T_T tapi bila teringat apa yang ustaz cakap. duduk diam-diam dan habiskan berdoa dalam tenang. alaaaa sebenarnya tak lama pun nak doa. kalau tak dapat doa panjang-panjang. cukup doa yang ringkas. sebab doa tue salah satu cara kita berinteraksi dengan Allah.

wallahualam. betolkan kalau saya silap. entry ditulis untuk mengingatkan saya yang selalu lupa dan awak semua.

13 December 2012

Can Cun Park Yang Saya Sayangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

hari tue masa kemas almari suami nampak album masa dia kat PLKN dulu. belek-belek tersenyum sorang-sorang tengok gelagat suami dengan ex-awek dia masa plkn tue. haippp saya tak jeles la. buat ape lah nak jeles dengan benda yang dah lama lepas. lagi pun dia sekarang suami saya. itu gambar je :D

dah dia balik kerja kami berdua pun berbual la pengalaman masing-masing masa masuk plkn dulu. bila dia tau saya company Delta, dia boooo kan saya =.= helllooo encik suami for ur information kem kitorang dulu tak amalkan konsep percampuran jantina dalam satu company. maksud saya Alfa dan Bravo dimonopoli oleh kaum adam manakala Charlie dan Delta hanya untuk kami yang bergelar gadis ini.. eh kejap rasanya mana-mana kem plkn memang guna empat nama tue untuk setiap company kan? betulkan kalau saya silap.

ok sambung balik pasal Delta tue. maksudnya kami dulu kat sana memang saling mencabar. yang wira mesti akan tercabar kalau kalah kat tangan wirawati. yang wirawati pulak lagi bersemangat nak kalahkan wira tambah-tambah nak kalahkan company Alfa yang poyo tue. dan kalau tak silap saya company saya dapat tempat ke dua bermakna ada satu company wira yang dapat dikalahkan. tapi saya tak berapa ingat sangat yela dah makan banyak tahun kan.

lagi satu kami kalau ada aktiviti kat kem memang tak kan ada percampuran jantina. kalau aktiviti petang wira main bola kat bawah. kami yang perempuan nie buat aktiviti kat padang kawad. memang jauh dari pandangan satu sama lain. cuma waktu kelas dan aktiviti luar je yang baru kami semua bercampur, itu pun ustaz akan jeling tajam dari jauh kalau nampak ada wira dan wirawati yang mula nak rapat-rapat. pernah kami semua kena marah dan ustaz takmo bercakap dengan kami masa aktiviti dekat perkampungan orang asli. yela memang tak patut pun lelaki dan perempuan bercampur masa orang asli tue ajak menari tarian tradisional diorang. ustaz mogok takmo bercakap dan ustaz sapu bersih, marah dan perli semua yang terlibat masa aktiviti. sekali dengan pembantu komandan kena perli. hambikkk padan muka kat semua orang lepas je tue takde sape berani nak langgar peraturan lagi.

memang ustaz sangat tegas kalau melibatkan hal agama. pernah ada wira yang kena kawad time waktu lunch sebab ponteng solat. 3 hari berturut-turut tue. kena mengaji kat tengah padang kawad time waktu dhuha kalau ustaz dapat tangkap ada antara kami yang langsung tak boleh nak mengaji. kena tazkirah bila ada wirawati islam yang degil takmo pakai tudung. dan kami semua kena warning kalau ustaz dapat tangkap ada antara wira dan wirawati yang sibok nak berkapel time plkn. dendanya "kawad gewe" gewe tue bahasa kelantan. sebab kem saya terletak di negeri Kelantan Darul Naim.

mesti ada yang kata no wonders la kalau peraturannya ketat macam tue sebab kat kelantan. kan? sebenarnya kat mana-mana pun kita boleh buat. kat negeri apa pun boleh asalkan kita tau apa sebenarnya tugas kita kat situ. asalkan kita tau yang tugas itu satu amanah.dan kalau kita tau maksud islam yang sebenar. kami bertuah sebab ustaz memang sangat tegas orangnya. dia menjadikan kami hormatkan dia bukan takut. hormat dan takut dua perkataan dan maksud yang sangat berbeza. hasilnya. sebelum keluar kem semua pelatih mampu baca ayat al-quran, semua pelatih lelaki mampu imamkan solat, semua pelatih tahu tepati masa turun solat berjemaah, semua pelatih merasa solat sujud sejadah, semua pelatih tahu erti menghargai keluarga, semua pelatih paham apa itu islam.

hebatnya ustaz kami, dan saya bersyukur dipinjamkan seorang ustaz yang hebat seperti dia. doa saya moga ada ramai ustaz kat seluruh kem plkn di malaysia ini yang ikut jejak ustaz kami. Amin Ya Rabbal Alamin.

mana satu ustaz saya cari la sendiri. :p
*maaf kualiti gambar sangatlah tidak elok* 

12 December 2012

Hati Yang Disakiti

Assalamualaikum Salam Sejahtera


siapa kata salah nak bersahabat atau berkenalan dengan berlainan jantina walaupun awak dah ada si dia yang teristimewa dalam hati. saya tak akan kata salah. tapi yang salahnya kalau awak tatau macam mana nak letakkan batas antara awak dan si sahabat itu. 

macam contoh saya dan suami. saya ambik saya dan dia sebagai contoh bukan sebab nak nampak kami bagus sentiasa. kami baik. kamilah yang paling suwit. tak, langsung tak terlintas. tapi saya ambik kami berdua sebagai contoh sebab itu pengalaman kami yang mungkin awak semua boleh ambik sebagai pengajaran dan tauladan.

sesape yang kenal suami saya mesti tau macam mana cara dia berkawan dengan semua orang. walaupun suami saya ada saya tapi dia tetap berkawan dengan kawan perempuan. sebelum kami kawen pun dia tetap ada kawan rapat yang berlainan jantina. tapi saya bersyukur sebab dia masih manjaga batas antara dia dan kawan perempuan lain.

dari pihak dia. dia hadirkan saya dalam perhubungan dia dan pihak sana. dia bagitau yang dia ada someone special pada pihak sana. dia bahasakan yang disana adik kalau kawannya lagi muda. dan dia kenalkan saya dengan kawan dia seramai mana yang mungkin. dia tetap ambik berat kawannya yang disana tapi masih menjaga batas, masih ingat yang ada sekeping hati lagi yang perlu dijaga perasaannya. 

kenapa kena jaga batas? sebab hati perempuan nie sangat lembut, sangat mudah jatuh sayang dengan perhatian mereka yang berlainan jantina. tak sama dengan lelaki. itu fitrah semulajadi. sebab itu kena wujudkan batas kalau hati awak dah ada yang miliki. kalau awak cuma anggap dia kawan atau adik atau kakak atau sewaktu dengannya jaga batas tue cuma setakat itu sahaja. jangan sampai pihak sana salah sangka dengan perhatian awak. 

jangan mainkan hati seorang perempuan. kalau suka katakan suka dan jaga hati perasaan dia sampai ijab dan kabul. kalau suka kan si dia yang di pihak sana ikut rule yang sepatutnya. jangan mainkan hati sesape. sebab awak sendiri tak nak hati awak dimainkan. saya tak berpihak pada perempuan sahaja. awak semua yang perempuan pun jaga batas kalau berkawan dengan berlainan jantina, tak kiralah kawan, abang atau sesape pun. kalau awak sedar ada insan istimewa lain dalam hati awak, jaga batas tue. jangan sampai ada hati yang terluka kat sebelah sana.

dan bagi awak yang dah tahu kawan awak tue dah ada someone special janganlah cuba nak jadi orang ke tiga. tak baik kacau perjalanan dia yang dah memang berniat nak mendirikan masjid tue. sungguh kita tatau jodoh dia dengan siapa tapi jangan cuba memburukkan nama dan diri sendiri. biarlah semua tue Allah yang tentukan. kalau betul awak dah menaruh hati pada dia berdoa dan tanya pada Allah patut atau tidak apa yang awak rasa tue. 

bersahabatlah dengan sesiapa pun asalkan pandai menjaga batas. sebab dalam islam sendiri dah sediakan batas yang sepatutnya untuk mereka yang bukan muhrim bersahabat. ikut jalan yang dah Allah sediakan. insyaAllah perjalanannya mudah dan diberkhati.

apa pun pesan saya. selagi ikatan belum menjadi halal elakkan lah dari mencari murka Allah. berserah sebulatnya pada takdir yang Dia tentukan. redha dengan segala ketentuanNya. awak bukan milik sesiapa. awak milik Allah jadi biar Allah yang tentukan selayaknya untuk diri awak. cuma dari pihak awak sendirik kena selalu ingat segala rule yang dah Allah tetapkan. jangan nak buat rule sendiri.

#Elakkan jadi orang ketiga dalam rumah tangga orang lain. nak berpoligami pun masih ada banyak syarat lain yang kena patuhi. 

11 December 2012

Pesan Ustazah : Senyum

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


semua manusia pun punya perasaan sakit bila dilukai. marah, sedih, kecewa, sakit hati, jeles semua tue hadir sebab hati terluka. tapi ada jugak spesies yang kalau dia sakit hati dia berdendam nak sakitkan hati orang lain jugak. hurmmm kalau macam tue bila nak selesainya masalah tue?

rasanya hari tue Kak Adish Shida pernah sebut yang ustaz dia pun kata kalau marah senyum. bukan saya nak kata saya nie stok baik-baik, tak saya pun banyak kurangnya. tapi saya dah selalu cuba cara nie. bila rasa hati sangat marah dengan seseorang, sangat marah dengan perangai dia yang menyakitkan hati, saya cuba tenangkan hati sendiri, tarik nafas dalam-dalam, mengucap dua kalimah syahadah dan seterusnya senyum. Alhamdulilah hati tak rasa berat lagi, jari pun tak mengeluarkan kata yang berbau emosi di pesbuk, twitter mahupun belog. Alhamdulilah kan terbukti Allah tue suwit ajar kita supaya jadi suwit jugak. 

kalau marah dan mengeluarkan perkataan yang bukan-bukan. percayalah tiada perasaan lain kecuali rasa marah yang lebih membuak dalam diri. sebab apa? syaitan kan dah berjanji yang dia takkan tinggalkan kita untuk membantu kita menjejak kaki bersama dia ke neraka. jadi nak ikut syaitan ke?

menangislah kalau rasa hati terlalu marah dan sedih. sebab Allah ciptakan air mata untuk hambaNya mengeluarkan kesakitan dan kesedihan dalam hati dan diri. menangislah sepuasnya dan percayalah selepas itu insyaAllah awak akan terlupa mengenai kesakitan yang pernah hadir dalam diri awak. 

senyum bukan sahaja untuk membahagiakan mereka yang lain tapi jugak membahagiakan diri awak sendiri. insyaAllah

10 December 2012

Satu Perjalanan #31 versi Sebulan Yang Lepas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

hari nie 10 Disember 2012. kalau sebulan yang lepas tarikh nie hari yang paling sibuk dalam hidup saya dan hari yang paling bahagia. perjalanan saya dan Pakcik Imam yang dimulakan dengan majlis khatam quran, majlis akad nikah yang diawalkan, solat sunat berdua yang seterusnya batal air sembahyang yang hanya ada saya dan dia. menggeletar nak salam tangan suami walaupun dalam bilik tue hanya ada saya dan dia. eh awak semua confius ek? saya pun lupa yang saya tak cerita habis perjalanan hari akad nikah saya.



sabtu 10.11.12 dalam pukul 9 pagi macam tue kumpulan marhaban sampai kat rumah mama papa. untuk majlis khatam quran jugak marhaban untuk anak kecik saya. Afiq Danial. Alhamdulilah bacaan lancar walau ada sangkut kat satu dua surah. khamis atau rabu malam tak silap mak mentua kakak datang rumah check bacaan saya, Alhamdulilah masa majlis takde la sangkut banyak. habis awal tapi makcik tue kata banyak masa lagi dia dan kumpulan sambung bermarhaban sampai pukul 12. habis je doa lepas khatam saya terus lari masuk bilik nak siap pulak untuk akad nikah. janji dengan kadi dalam pukul 11.30 macam tue untuk majlis akad. 

12.04pm waktu yang dirakamkan oleh Fadil. saya dan pakcik imam selamat diijab kabulkan. macam yang saya dengan dia janji. dia mintak izin mama papa, mama ayah dan ahli keluarga kami untuk kami berdua solat sunat bersama. saya dan dia ditinggalkan dalam bilik pengantin untuk menyelesaikan hajat yang dah lama disimpan, melakukan solat sunat bersama sebaik selesai ijab dan kabul kami. solat pertama berimamkan suami. sepanjang solat saya menangis, lagi sebak bila dengar doa yang dipohon suami bersama air mata kesyukurannya. air mata pertama yang saya lihat dari diri seorang suami saya.

kata Maksu "nanti lepas abis solat kome berdua batal air sembahyang sesama kome dulu" sebaik selesai berdoa, suami pusing dan saya sambut huluran tangan suami. Ya Allah sebaknya rasa, menggigil tangan bersalam dengan seorang lelaki yang halal untuk saya. air mata toksah kira la kan. laju je turun. keluar bilik dedua mata merah. hihihi


keluar bilik dan sesi menyerah mas kawin jugak menyarung cincin tanda batal air sembahyang. padahal memang dah batal pun lah :p ada permintaan yang mintak suami kiss dahi saya. tapi maaflah memang perjanjian kami berdua, takde moment kiss yang boleh dirakam oleh sesiapa pun. biarlah moment tue hanya disaksikan oleh Allah, para malaikat, dia dan jugak saya. seboleh mungkin kami nak menjaga redha Allah. dan Alhamdulilah segala yang kami hajati terlaksana walau ada satu dua menda yang tak dapat dicapai. nak pujuk hati sendiri. tak dapat buat semua at least yang wajib tue kita dapat syukur Alhamdulilah.

majlis akad nikah kami dah petang baru selesai tak silap. terima kasih pada kengkawan yang sudi datang time nikah walaupun ada yang tak dapat datang time walimah. kehadiran awak semua dah cukup menggembirakan saya. :) dan hari nie 10.12.2012 cukup sebulan saya dan dia menjalani perjalanan rumah tangga. ramai yang kata baru-baru lagi memang la semua manis tunggu lama sikit. itu kata orang la. tapi impian saya dan suami nak membuktikan apa yang mereka kata tue salah. insyaAllah saya yakin selagi kita jaga hubungan dengan Dia Yang Maha Esa, pasti Dia akan jaga hubungan kita sesama manusia jugak. hati-hati manusia kuncinya ada pada Dia. insyaAllah saya dan suami akan berusaha ke arah itu.

buat awak yang bernama suami. selamat ulang bulan pertama. semoga kebahagiaan dan kasih sayang yang bertaut antara kita akan berpanjangan hingga ke taman-taman syurga. dan saya yakin nak ke sana kita jugak kena persiapkan diri ke arah sana. semoga saya dan awak sama-sama saling mengingatkan antara satu sama lain, insyaAllah. terima kasih atas segalanya. atas layanan awak. atas sikap sabar awak. atas keprihatinan awak. dan atas segalanya yang tak terucap. terima kasih sayang ;)

terima kasih pada sahabat-sahabat kengkawan dan kakak yang wish tahniah atas sebulan ulang tahun kami. terima kasih ;)

suami saya sangat segak masa nikah ritu. dan hari-hari nampak dia makin segak. nak cakap tue jer Kbai :p

05 December 2012

Satu Perjalanan #30 versi Kenapa Menangis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kalau dulu masa Mira, sahabat saya mula menjadi isteri orang. kami yang lain menangis teresak-esak masa nak tinggalkan dia kat rumah suami dia. gaya menangis macam lepas tue tak jumpa dah =.= tapi sebenarnya menangis sebab lepas saat tue nanti mesti akan ada jarak antara kami bertiga. bertiga maksud saya bersama Liza. kami tiga orang sahabat yang sangat rapat masa sekolah dulu. 

setahun lepas tue Liza pulak menyusul mendirikan rumah tangga. jugak saya menitiskan air mata saat dia diijab kabulkan. ye saya menjadi saksi dan menitiskan air mata saat melihat dua sahabat sah menjadi isteri orang. sebak tentunya kerana sahabat yang disayang, sahabat tempat bermain, sahabat yang menjadi kekuatan satu masa dulu kini menjadi hak orang lain. menangis kegembiraan jugak kesyukuran kerana akhirnya mereka sudah punya imam yang setia berada dibelakang. saat tue saya mula terfikir nanti bila tibanya giliran saya siapa pula yang akan meneman hari bahagia saya.

Mira sudah punya keluarga, Liza jugak sudah punya keluarga pasti mereka punya batas waktu untuk menemani saya. oh ye dulu saya memang ramai kawan tapi kekurangan sahabat. kerana saya dulu spesies yang susah nak rapat dengan orang luar, susah mempercayai mereka yang belum benar dikenali. setelah mereka berdua berumah tangga baru saya belajar rapat dengan kengkawan lain. Alhamdulilah hari demi hari semakin ramai sahabat yang Allah kirimkan buat saya. sahabat yang selalu ada dengan saya. Alhamdulilah syukur Ya Allah.

walimah saya hari tue. saya susah hati sape yang akan teman saya? tapi saya yakin ramai sahabat saya kat luar sana yang sentiasa ada disamping saya. Mastura awalnya lagi dah cakap dia nak ambik cuti panjang untuk walimah saya dan dia buktikan. Cik GKSB jugak kata nak datang awal sebab nak menyaksikan hari bahagia saya dan dia buktikan. Iffah jugak sanggup ketepikan dilema demi bersama dengan kakak dia yang sorang nie dan juga dia buktikan. Ruzz selalu dia cakap dia spend masa dua hari untuk walimah saya dan memang sungguh dia buktikan. sahabat saya yang lain jugak buktikan yang ikatan mereka antara saya sangat utuh sampai sanggup datang dari jauh. luangkan masa untuk saya. melepak kat rumah tunggu sampai habis makan beradab saya bersama suami. sangat terkejut bila sahabat dan teman yang kita tak sangka akan datang tetiba tersenyum menunggu kita depan pintu bilik dan depan pintu rumah.

Allah besarnya kasih sayangMu. dari yang sedikit akhirnya diberikan saya ramai sahabat dibelakang. sangat bersyukur dan gembira. kalau nak tau kenapa saya menangis masa walimah. sebab saya terlampau gembira dan bersyukur ada sahabat,kawan,kakak,adik dan abang macam awak semua. sungguh tak tipu. sape yang tak terharu bila ada yang sanggup bersusah demi kita. doa saya moga awak semua sentiasa berada bawah rahmat Allah dan diberikan kebahagiaan yang berganda buat awak semua Amin.


konon nak letak banyak gambar yang ala-ala ku pujuk hatimu tapi external tertinggal rumah mentua gambar yang nie jela yang ada dalam lappy pun. *mesti Iffah tak jadi terharu kan? kihkihkih :p

04 December 2012

Pinjamkan Kekuatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


itu quote yang saya dapat pagi nie. tapi itu jugak apa yang saya pelajari dari insiden yang berlaku atas diri saya sepanjang diduga dengan ujian beberapa waktu sebelum nie. dalam entry yang ini pernah ceritakan apa yang pernah terjadi pada diri saya.

sebagai contoh yang boleh saya kongsikan kat sini. apa yang pernah jadi kat saya dulu. kereta rosak. Pakcik Imam jauh, papa jugak sedara lelaki semua jauh takde sape yang boleh mintak bantu. kalau saya terus berharap pada mereka semua untuk setelkan masalah saya. cuba bayangkan berapa banyak masalah lain yang akan timbul. jadi jalan yang paling cepat dan mudah adalah dengan berharap pada Allah. Dia perancang terhebat, Dia yang memegang segala kunci, Dia yang Maha Perkasa. dengan kekuasaanNya jugak diberikan kekuatan untuk saya, kekuatan dari jiran tetangga yang sudi menghulurkan bantuan. nampak tak macam mana suwitnya Allah dengan kita. 

lagi satu contoh. awak sedih sebab kehilangan ibunda yang menjadi tulang belakang pada setiap perjalanan awak. memang tipu la kalau saya kata tak sedih andai perkara itu terjadi pada diri saya sendiri. kerana mama salah satu kekuatan saya. tapi harus jugak diingat barang yang dipinjam harus dipulangkan kembali pada yang hak. bila ibunda dah tiada separuh kekuatan dah hilang. semangat hidup jugak makin berkurang pada siapa lagi yang mampu awak berharap melainkan pada Dia Yang Maha Esa. hanya Dia yang mampu memberi awak kekuatan dan semangat.

tapi harus jugak diingat jangan waktu sedih pilu dan kecewa je berharap kat Dia, ingat kat Dia. bila dah senang terus terlupa atau buat-buat lupa. selalu lah ingat. jika awak jaga hubungan dengan Dia insyaAllah Dia akan jaga awak. tapi andai awak selalu lupa kat Dia agaknya macam mana Dia nak ingat awak? itu pun bersyukurlah Dia uji awak dengan berbagai dugaan kalau tidak agaknya sampai bila awak terus terlupa nak bermeeting dengan dia?

#Ingatan untuk saya sendiri dan jugak awak semua :) 

oh ye tahniah untuk adik saya, Noraim yang dah grad satu haribulan hari tue. akak mendoakan moga lepas nie akan menyusul kejayaan dunia dan akhirat untuk awak adik. walau akak tak dapat ke sana tapi tengok adik akak dengan baju konvo pun akak dah cukup hepy. lagi hepy bila boleh tengok adik berdua boleh tangkap gambar sesama buat akak jeles :p

03 December 2012

Kerana dia yang bernama suami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kalau minggu lepas saya dengan lagi dua orang osmate berulang Alor Setar-Penang. diorang berulang pasal anak takde sape nak jaga. saya pasal nak jaga suami, EH! hahahahaha :p takde la sebab lagi sorang osmate saya berkursus, rumah sewa takde sape makanya saya pun merajinkan diri lah join berulang. share2 la duit minyak tol kan janji boleh dapat spend time dengan suami, nak cari masa yang berkualiti walaupun kuantiti nya tak sama dengan mereka yang duduk serumah dengan suami nie.

bila suami dah tido kat sebelah tue saya ambik masa tengok muka dia. yela kalau dia tak tido jenuh saya disakatnya sampai menangis =.= kesian kat dia sepanjang hari yang saya disana. pepagi dah kena bangun mandi hantar saya ke osmate yang sedia menunggu. balik keja pulak cecepat ambik saya kat tempat yang sama. selepas jam tujuh jela masa yang dia boleh spend dengan keluarga, dengan saya, merehatkan kepala dia yang letih kat tempat kerja, melepak main game, tuit bertanya khabar kengkawan yang lain. dalam masa empat jam waktu tue la yang dicuri untuk dijadikan waktu yang berkualiti.

melihat raut wajah letih dia waktu tido memang boleh buat saya menangis. dan dalam hati berdoa moga saya menjadi ketenangannya didunia dan bidadarinya diakhirat dengan izin Allah. dan seboleh mungkin saya cuba sedaya upaya untuk tak menjadi penyebab dia tekanan yela saya kan manusia biasa yang banyak salahnya. Pakcik Imam, maafkan saya andai ada kesilapan saya yang membuat awak tertekan.

ingat lagi hari tue dia pernah cakap. lepas kawen rasa hidup lagi teratur. sampai nak kemana pun cuma ambik telefon simpan dalam poket. dan lepas tue baru kalut tanya, wallet saya ada? tab saya bawak tak? =.= kalau betol apa yang awak katakan tue saya bersyukur sebab memang itu impian saya. untuk menjaga awak. menjaga dalam erti kata meliputi kesemuanya. tapi maaflah saya cuma balik ke sana hujung minggu. tak mampu nak buatkan semua untuk awak setiap masa. huwaaaa sedihnya jadi isteri hujung minggu nie tapi bila fikir balik tengok keliling. ada orang lain yang lagi jauh dari suami. suami dok obersi wife dok mesia. lagi jenuh nak spend time kan. sekurangnya saya cuma perlukan waktu sejam. minyak dua puluh hinggit. tol dua puluh dua ringgit lapan puluh sen. kiranya saya lebih beruntung dari orang lain. Alhamdulilah syukur. 

kena selalu muhasabah diri. bila rasa diri tertekan, sedih, kecewa cuba perhatikan keadaan sekeliling. ramai lagi orang lain yang lebih tertekan sedih dan kecewa dari diri awak. berlajar bersyukur dengan segala nikmat yang Allah pinjamkan. jangan sampai kufur nikmat. nanti tak pasal tempah tiket ke neraka jahanam. tak pasal je Allah tarik semua kenikmatan yang Dia dah pinjamkan ke awak. ingatan untuk diri saya dan jugak awak semua :)

#Eh banyak cerita pasal suami ek? :p

29 November 2012

Duhai Mama Papa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

mesti sebak bila teringat papa mengusik saya hari tue. Alkisahnya waktu tue saya selsema, suara pun bertukar sengau. call mama tapi papa yang jawab. papa tanya saya kenapa, lepas dia tau saya selsema terus diusik nya dengan suara sengau tue. sabo jela papa nie. tapi saya tau sebenarnya papa rindukan. ditambah bukti balik ipoh ritu papa call tanya kat mama saya tido sana ke tak kalau tak tido dia nak balik awal jumpa anak dia. huwaaaa saya dah menangis ;(

jumaat lepas suami izinkan balik ipoh ambik surat nikah. balik sorang sebab suami kerja, minggu sebelum tue dah cuti kawen tak kan nak ambik cuti lagi kan. saya paham mama papa pun paham. dan suami jugak benarkan tido rumah mama papa semalam sebelum balik penang sabtu besoknya. terima kasih Pakcik Imam sanggup korbankan sehari waktu kita berdua walaupun saya tau cuma weekend je waktu kita nak deting pun, yela PJJ kan jadi suami isteri hujung minggu jela. sebab tue saya hargai sangat bila suami izinkan tido rumah mama papa tanpa kehadiran dia kat sisi. ayat macam mintak orang muntah berbaldi baldi hahaha :p

malam tue saya mengekor jela mana mama pergi. dia ke toilet takde la nak ikut, mau kena kuteyh haluih haluih pulak nanti hihihihi. sampai waktu dia nak tido pun saya ikut masuk bilik sekali. last-last bila mama kata "jom la mama tido dengan kamu" yeayyyyy itu yang saya tunggu tue. cepat-cepat turun katil masuk bilik sendiri. hihihihi peluk mama ketat-ketat malam tue. rindu ;)

malam sebelum tido papa pesan suruh bawakkan deyan kat menantu dia. deyan yang gugur kat laman rumah. semua keja mama la tue tanam pokok deyan kat ruang tanah tepi rumah bila gugur senang nak kutip katanya. papa geleng kepala je mujur la tak dekat dengan rumah kalau tidak mau berlubang atap hihihi.

bila papa kata "nanti bawak balik deyan tue bagi laki kamu" terus saya benti bejalan cakap kat papa "papa kupas la pastu letak dalam tupperware, seal betol-betol letak beg plastik banyak-banyak pastu nanti suh mama masukkan dalam bonet" papa geleng je sebab tau anak dia memang liat nak cemar duli Nurul Iman tue dengan deyan. saya tak boleh bau deyan!! huuuuuu

mama papa diorang memang sayang semua menantu. tapi sekali hati terluka mesti diorang sedih sangat-sangat yela hati orang tua kan cepat terasa tue yang kita kena jaga betol-betol. ala apa la sangat nak jaga hati banding pengorbanan diorang yang jaga bini atau laki awak dari kecik dulu tue. sebab tue saya pesan kat Pakcik Imam, mohon jaga perasaan dan hati mama papa sebaiknya sebab terluka mereka terluka lah saya. dan saya yakin Pakcik Imam saya mampu jaga hal yang satu nie ;) 


28 November 2012

Pesan Ustaz : Enjoy Your Life

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


ada dengar pesan ustaz hari tue, katanya senyum dan Enjoy Your Life. saya sharekan contoh yang dia bagi.

harga gula dah naik, for sure semua pun mengeluh tapi kata si penghidap kencing manis "haaa mujur la aku dah tak boleh minum manis tak payah susah hati gula dah naik" sambil tersenyum dan berlalu pergi.

contoh lagi satu zaman sekarang nie sangat takut kan dengan kes budak bawah umur yang buat maksiat macam makan gula-gula jer. parents yang ada anak tentu-tentu takut kalau anak dia terpalit sama gejala macam tue tapi bagi pasangan yang belum ada anak apa katanya "mujur la Allah tak bagi rezeki lagi takde la aku tak tido malam fikir kemana anak melepak"

itu contoh jela nak memperjelaskan apa yang uztaz cuba sampaikan. kalau hari nie awak dilanda musibah atau ujian jangan susah hati. cuba senyum dan bergembira dengan musibah itu sebab boleh jadi sesuatu yang awak benci itu adalah satu kebahagiaan dari Maha Pencipta untuk awak. sebab awak tatau apa rahsia disebalik rencana Yang Maha Esa tapi cuma satu yang awak perlu ingat, setiap apa yang Dia tentukan tak kan merugikan setiap hambaNya sebab Dia takkan menzalimi cuma diri kita yang selalu menzalimi diri sendiri. 

macam contoh atas diri saya sendiri. dulu pernah disakiti oleh bekas tunang yang pertama. Allah bagi saya rasa kekecewaan tue supaya saya tak mengecewakan insan lain dan Allah bagi saya kesakitan itu untuk digantikan dengan kebahagiaan yang berganda masa kini. dan Alhamdulilah saya bahagia dengan suami dan keluarga mentua. sangat bahagia. syukur Alhamdulilah.

Allah uji dengan satu kesulitan tapi Dia gantikan dengan dua kebahagiaan. wallahualam :) 

27 November 2012

Suami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



nampak komen suami terselit-selit kat entry yang lepas-lepas. contohnya macam kat atas tue. tapi saja malas layan. kang sudahnya saya jugak yang kena bahan. jadi baik buat senyap jer. hihi :p

jumaat lepas lepas sementara suami keluar sempat la sembang dengan mama mentua. yang berkisarkan perihal suami. dicerita macam mana susahnya dia menjaga suami dari kecik sampai besar. apa yang selalu dibuat untuk suami. apa yang patut dan tak patut dibagi pada suami. saya dengar, tulis note dalam hati dan simpan kemas-kemas. saya tau itu nasihat untuk saya bukan sesaje mama bercerita.

saya tau jauh di sudut hati mama inginkan saya menjaga suami seperti mana telitinya dia menjaga suami. insyaAllah saya ingat pesan dan nasihat mama. cuma maafkan saya kalau ada yang kadang saya terlepas pandang. saya sedang usaha menyesuaikan diri dengan status baru. Alhamdulilah mama mentua saya sangat baik, dilayan macam anak sendiri. disayang macam anak sendiri. moga kebahagiaan dan tautan kasih antara kami sekeluarga berpanjangan hingga jannah. amin

saya ada dengar pesan ustaz. jangan biarkan suami dalam dilema memilih antara isteri dan ibu. eh bukan bermaksud saya ada masalah dengan mama mentua atau sewaktu dengannya. ini cuma ingatan saya pada diri sendiri. hari tue saya ada baca kat mana ntah soalan dia saya tak ingat tapi jawapan dia saya ingat. kira halal la ek hihihi.

pesan ustaz jangan biarkan suami dalam dilema memilih antara isteri, anak dan ibu sebab itu akan memburukkan perjalanan rumah tangga. isteri dan ibu dua wanita yang penting dalam hidup suami. sebaiknya bantu suami untuk tak berada dipertengahan simpang. sama la jugak dengan suami. jangan biarkan isteri terpaksa memilih antara suami dan ibu sebab keduanya adalah tonggak utama dalam hidup seorang wanita.

insyaAllah saya ingat pesan tue dan cuba usaha sebaik mungkin untuk jadi isteri dan menantu yang baik untuk kesemuanya. mama saya selalu pesan dah jadi bini orang, dok umah mentua jangan bangun lewat sangat, ringan tulang jangan biar mak mentua buat semua kerja, rajin-rajin turun dapur masak bekpes suami, dengar cakap laki jangan nak ikut kepala sendiri jerr. errrrr ape mama nie anak mama nie rajin la bukan malas sangat sikit jerrrr :p

balik kampung ritu lelaju cakap kat mama "rini anak mama buat bekpes kat suami" mama tanya apa yang saya masak "roti telur jer" ingatkan masak nasi lemak ke nasi ayam ke kata mama. mama nie!!!! =.= sobsobsob

kepada Pakcik Imam saya, terima kasih sudi hadir dalam hidup saya. sudi lafazkan ijab dan kabul bernamakan nama saya. sudi coretkan tentang diri saya di laman kesayangan awak tue. terima kasih terima saya seadanya, melayan perangai saya yang kadang senget, yang kadang suka belasah awak, yang melayan perangai manja saya. terima kasih melengkapkan hidup saya. semoga ikatan rumah tangga kita mendapat rahmat dari Allah, segar mewangi di dunia jugak di akhirat hingga ke taman-taman syurga hendakNya. insyaAllah sama-samalah kita usaha baja rumah tangga yang kita bina dengan iman dan taqwa sebab dekat situlah ada keredhaan Allah kan :) saya bukan yang terbaik tapi insyaAllah sedang berusaha menjadi yang lebih baik :)

26 November 2012

Dari Mereka Untuk Kami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

rasa macam belum habis lagi mood nak bercerita perihal walimah hari tue. aci tak kalau nak cerita pasal walimah sampai taun depan?! wahahahahaha. bila teringat saat sebelum sampainya hari nikah dan walimah. tersangat la bizi sampai tido pun kul dua tiga pagi, terkejar ke sana sini, dengan veil nikah yang lambat sampai, pelamin yang pusing ikut tue tak kena ikut nie tak kena akhirnya Alhamdulilah siap jugak tue pun dah pukul satu. inai tak sempat nak pakai itupun Mas yang sudi berjaga pakaikan inai kat kaki dengan tangan. itu salah satu sebab kenapa inai saya tak merah. pakai pukul 3 subuh dah tanggal.

mama kata dia bersyukur sangat ada Mas, Gksb dengan Iffah yang teman saya kat rumah. yang tolong saya itu ini, kalau tak mau pengsan pengantin time pengantin lakinya sampai. hihihi. kata mama lagi dia suka kawan-kawan saya datang, awak semua la yang datang hari tue. semuanya jenis cepat mesra. kata mama nanti datang la lagi kalau sudi mama sedia menerima anak-anak angkat mama yang ramai tue datang. untungla orang ada anak angkat :p

terharu jugak bila ramai kawan blogger yang sudi mencoretkan serba sikit perjalanan saya dan suami dalam entry mereka. nak baca? tapi maaf lah saya tak ikut susunan sape yang buat entry dulu. main pick up jer.  

adik nie dia eksiden masa on the way nak mai kenduri kami. sangat terkilannya rasa. sempat jugak mintak maaf dengan parents dia ritu. kata parentsnya jangan cakap macam tue benda dah nak jadi kita nak buat macam mana lagi. huuu semoga adik kami tue cepat sihatlah hendakNya. terok jugak ritu tengok dia. #Salam Pengantin Baru

lepas belek entry adik saya tue baru tau rupanya ada dilema sebelum dia nak datang walimah saya. antara keluarga dan kakak. antara vacation dan walimah. huuu bersalahnya rasa bila buat adik saya tersepit. kenapa tak cerita kat akak dik oihhhhh ;( sayang awak dik #Hanya Demi Mereka

sedih la jugak bila adik sayang saya lagi sorang nie tak dapat datang. parents dia tak bagi, saya pun susah hati nak lepaskan dia naik bus sorang-sorang dari kelantan tue. mesej dengan dia sedih je adik tue. akak pun sedih dik tapi sehebat mana perancangan kita hebat lagi perancangan yang Allah aturkan. insyaAllah walau awak tak dapat hadir hari bahagia akak tapi akak yakin awak dapat rasa kebahagiaan yang hadir dalam diri akak kan ;) #Selamat Pengantin  Baru

seyes teruja bila nampak blogger nie datang kenduri saya. pestime jumpa dia dan akhirnya gelaran blogger pertama kawen yang dia datang dapat kat saya. cehhh macam apa je kan perangai =.= ayat pertama yang kuar dari bibir saya "wehhh tingginya ko, aku ingat rendah je" hahahaha seyes memang apa yang diucap itulah yang difikir :p #Pronouns

rasanya dalam bebanyak sahabat. dia nie lah antara yang paling eksaited dengan walimah saya. ke saya je yang perasan? =.= walaupun jauh tapi sanggup dia bersusah payah demi saya. sanggup menelan perasaan sakit hati dengan perangai saya yang banyak karenah nie huuu. yang rajin buat video kat kami berdua. sayang ampa ketat ketat tau #Coret Coret Sepanjang Majlis dan #Video Wedding Nadh dan Kiera

akak sorang nie dia tak dapat datang sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. dan lagi satu mesti dia berbelah bahagi nak attend kenduri mana satu sebab tengok pada entry dia nie ramai sangat yang jemput dia ke kenduri. takpe kak, saya paham. pape pun terima kasih sudi mendoakan dari jauh :) #Barakallahulakum

awal lagi sahabat nie dah mesej saya tanya ada pape ke nak tolong sebab rumah kitorang dekat je tapi saya nie jenis selagi mampu tak sanggup susahkan orang sebab tue saya kata "ko datang hari akad dengan kenduri je" dan dua hari dia sudi datang bawak si peneman. yang saya harap nanti saya dijemput ke kenduri mereka jugak kalau Allah mengizinkan ikatan antara mereka :) #Semoga Kekal Hingga Jannah

saya tempah bunga pahar kat mak kakak sorang nie. sempat lagi tue dia pekena mee kari sebelum datang kenduri ahad tue. hihi. terharu la jugak dia sanggup berkejar ke ipoh walau sabtu tue ada kenduri yang dijemput. mekasih ye kak :) #Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

sungguh tak sangka jugak adik sorang nie sanggup mai kenduri kakak dengan abang dia. nie mesti plan mengejut dengan Munet sebab hari sebelum-sebelum tue depa kata takde transport nak datang. sedar-sedar diorang gitau kata nak naik bus hari sabtu. Alhamdulilah selamat sampai. terima kasih adik-adik sanggup bersusah payah demi akak. #Perutusan Untuk Raja Sehari, Permulaan dan #Perutusan Raja Sehari, Mejelis

adik sorang nie pun tak dapat datang pasal dia kena kerja hari tue. takpe la dik. nak buat guane kan. doa pun akak dah hargai, terima kasih :) #Selamat Pengantin Baru Nadzri dan Syakira

okeh yang saya senaraikan tue yang buat entry maka kerana saya hargai saya selitkan di entry baru saya nie. mana la tau ada antara awak yang nak baca versi lain pulak boleh la jejak entry mereka yang saya tinggalkan link tue :)

terima kasih pada semua yang sudi hadirkan entry untuk kami, yang mendoakan, yang datang ipoh, yang berkampung kat sana, yang segala-galanya lah terima kasih sekali lagi, hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kalian semua.

#Sila tinggalkan link anda dibawah kiranya ada entry awak yang saya terlepas pandang :)  



25 November 2012

Kerana dia yang terindah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

disebabkan hari nie ahad, bukan la tak biasa keja ari ahad. 3 taun dah pun tapi hari nie sebab tengok suami sakan lena kat sebelah saya dah kena bangun nak pegi keja rasa macam nak cucuk je mata dia tak bagi tido sebab dengki. hahaha :p

boleh tak nak cerita pasal kawen lagi? boleh la ek kasi peluang la ek, jangan cemuih tau!! hahahahaha :p entry nie nak bergambar je boleh tak? sebab dalam banyak-banyak gambar yang di shoot oleh adik ipar ada beberapa keping yang saya suka sangat. yang lain tue suka jugak tapi boleh beza tak suka jugak dengan suka sangat? tak paham? ok abaikan :p


tunjuk kat mama gambar nie kata mama "kasarnya bini dia ye long" sambil jeling-jeling along kat belakang. haaa la kena buli dengan suami mau tak saya hambuger kan muka dia :p ayat hambuger dapat dari Kak Sunah hihihi :p


adik suruh sembang. tapi bila sembang mesti suami suka kacau buat gelak. bila dah gelak jadilah muka pelik =.=


haaaa nampak tak bunga yang berterabur tue. hasil dari campak sejambak tue tapi takdan nak sambut hasilnya berderai jatuh bawah. berapa kali kena campak sebab adik komplen kata tangan tak sama, mata tak pandang tempat sama, kepala tak sama. baling adik kang haaaaaaa!!! :p


bila dah berderai. suami kumpul kelopak tue dia buat love. auchhhh suwit jugak suami saya nie. confirm kembang hidung dia kena puji nie. wahahahaha :p nak tau tak sanggul saya melekat kat rumput-rumput tue jenuh adik ipar lagi sorang nak angkat kepala kakak dia =.=


speechless tak reti nak bagitau kenapa suka gambar nie. yang pentingnya suka. ok tue je nak bagitau :p


lepas je lepaskan pelukan memasing mata sembab. huwaaaa sangat tacing kot masa nie. sape yang ada dalam majlis tue mesti tau macam mana cenggengnya saya masa tue. cenggeng tue Iffah yang kasi sebab kakak dia dok nangis je hari tue hihihi :p


entah la kenapa suka sangat gambar nie. mungkin tengok muka sendiri chubby sangat. boleh tak nak kata bahagia sebab ada kesayangan kat sebelah? confirm korang muntah kan? hahahaha :p


ok kasi pose romantik sikit. errrr romantik ke nie? :p nak bagitau satu rahsia. saya nie bukan reti berjalan dengan high heels. time nak bergambar je ada kasut kat kaki. lepas tue tinggal kasut tue jalan dengan kasut bata saya sendiri. puas hati kalau tak jenuh nak kemut kaki sebab tak reti jalan =.=


dia lah sahabat, teman, kawan, kekasih, tunang, suami dan yang pasti dia lah kesayangan saya dunia akhirat dengan izinNya ;) terima kasih sudi terima pilihan yang dipilihkan untuk awak. walaupun kadang saya macam senget sikit perangainya tapi saya tau awak tak kisah sebab awak pun kadang lebih senget dari saya :p


ini gambar dari sahabat saya Cik GKSB. suka gambar nie. tapi sayangnya gambar masa hari nikah tak banyak sangat. huuu itulah sape suh kejanya nangis je hari tue!!! padan muka kat diri sendiri.

sebenarnya kan ada banyak lagi cerita kawen yang tak habis cerita. tapi nanti-nantilah kalau rajin nak bercerita :p nak lebih gambar lain sila ke akaun pesbuk saya. sekian terima kasih :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...