Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

30 August 2012

Satu Perjalanan #18 versi Sunat Syukur

Assalamualaikum dan salam sejahtera



selalu lepas akad nikah, pengantin lelaki solat sunat syukur sorang diri sementara pengantin perempuan tunggu untuk upacara batal air sembahyang. sebenarnya sangat sejuk hati bila tengok tenangnya wajah pengantin lelaki masa solat sunat syukurnya. ada satu permintaan saya pada bakal zauj yang tak saya bagitau dia. memandangkan masa untuk saya dan dia agak terhad nak bermesej bersembang, tambah bila ada depan mata saya jadi lupa nak bagitau tak salah kan kalau saya sampaikan rasa hati saya ke dia melalui belog Kiera'Sakura yang saya sayang nie.. 

wahai bakal zauj saya, lagi beberapa hari dan minggu saya bakal jadi zaujah awak. saya mohon untuk awak imamkan saya ketika solat sunat syukur lepas kita diijab kabulkan nanti. jangan buat sorang sorang sebab saya nak lepas je salam kita berdua nanti itulah saat upacara batal air sembahyang antara kita berdua. sungguh saya mohon awak tunaikan hasrat dan permintaan saya nanti.

saya letak permintaan saya kat sini bukanlah sebab saya nak tunjuk bagus atau sewaktu dengannya tapi memang itu yang saya mahukan. sebab saya tau bakal zauj saya selalu stalker belog saya nie walaupun kadang dia tak tinggal jejak. awak awak yang dekat luar tue pun boleh ikut apa yang saya hajatkan nie sebab bagi saya moment batal air sembahyang tue lebih indah kalau lepas sama-sama tunaikan solat sunat syukur. tapi itu pun kalau awak sanggup ketepikan soal mekap ketika bernikah. lain orang lain caranya, ya saya mengaku!!

#moga doa saya ini diperkenankan juga oleh DIA, Amin

La Tahzan! Kerana dulu

Assalamualaikum dan salam sejahtera



dulu pun macam nie jugak walau situasi dan jalan ceritanya tak sama,
dulu pun hati dan kepala saya serabut jugak walau bukan hal yang sama,
dulu pun saya tertekan macam nie jugak walau bukan masalah yang sama,
sekarang Allah berikan ujian yang lebih hebat lagi sebab DIA tau dulu Alhamdulilah saya mampu hadapinya dan bersandar padaNya, 
dulu dan sekarang saya tau saya layak diuji sebab saya hanyalah hambaNya kerana itu DIA bisa menguji walau bila atau dengan apa juga cara sekalipun.

dan kerana ujian kecil dari DIA yang dulu mampu bagi saya semangat dan kekuatan untuk menghadapi ujian yang lebih hebat buat masa sekarang. dan saya tau bila diuji akan datang walau seberat mana saya mampu hadapinya juga kerana pengalaman diuji sekarang. hebatnya Allah mengasuh hati dan diri saya. hebatnya Allah mendidik saya untuk meletakkan DIA sebagai yang utama untuk mengadu nasib. besarnya kuasa Allah yang sentiasa jentik saya bilamana saya terkadang lupa akan DIA. Allah Maha Kuasa. Allah Maha Besar. tiada Tuhan yang layak disembah melaikan Allah. Allahuakbar ampuni segala dosa dan khilaf saya Ya Allah. sesungguhnya saya insan hina yang banyak dosa dan selalu lupa.

Nur Syakira sayang sesungguhnya disebalik kesulitan ada kesenangan. disebalik keperitan ada kebahagiaan dan disebalik pahit yang ditelan ada penawar yang menyembuhkan kelukaan.  bila mana awak berdoa Allah cepat makbulkan permintaan awak beerti DIA sayangkan awak, bila mana awak berdoa lagi DIA lambat makbulkan permintaan awak beerti DIA sedang menguji awak bila mana awak masih berdoa dan DIA tidak makbulkan doa awak bermakna DIA punya perancangan yang lebih hebat buat awak. Allah Maha Mengetahui sedangkan awak tidak. dan sebaik sebaik perancangan adalah dari DIA. bangun dan perhatikan keliling awak kerana disitu banyak kebahagiaan yang DIA berikan bukan. La Tahzan Sayang!!!

29 August 2012

Rasa Yang Bahagia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tok dan cucu keempatnya, kelima keenam ketujuh keseterusnya insyaAllah menyusul nanti *gatai* hahahaha :p

Alhamdulilah pagi nie mood dalam keadaan stabil mungkin sebab minggu nie hujan je jadinya tidur sedap bergulung dalam comfoter tebal, heaven nya rasanya hew hew hew... lagi bertambah gumbiranya hati bila minggu nie insyaAllah balik kampung, selang seminggu balik lagi haishh rasa macam nak nyanyi lagu raya tetiap hari hahaha :p , Pakcik yang memang ada kat kampung tue tak payah nak gelak dengki okey stapler molot tue kangggg

sementara ada mama papa kat rumah tue la nak balik jenguk pun, nak nak pulak ada peluang cuti nie kan. maanfaatkan masa yang ada bersama mereka yang tersayang. takde parents yang tak suka kalau anak-anak semua ada kat depan mata. ditambah buktikan lagi dengan mama masak macam-macam kalau kami adik beradik balik. kalau boleh dalam sehari tue semua makanan fevret kami kami nie je yang mama masak. yang pasti tomyam selalunya jadi menu rasmi saya bawak bekal balik loqstaq. hihi :p

selalunya kita kita yang bergelar anak nie bila parents dah takde baru la hegeh hegeh nak pi ziarah kubur kan. meratap pilu kat situ. bukan lah saya kata salah ziarah kubur tue tapi yang salahnya kalau time depa tue ada masih boleh nampak kita berkira sangat nak balik kampung tue kan. agaknya kalau arwah dalam kubur boleh bangun mesti dah dilempangnya ke muka anak tue, bila aku ada ko tak nak pulak balik rumah menangis rindu kat riba aku nie, bila dah takde baru ko nak hegeh hegeh menangis kat nisan aku nie.. haaa macam gitu la kot contohnya kalau yang dah meninggal boleh keluar dari kubur.

kesimpulannya bukanlah saya nak kata saya anak solehah yang balik jenguk mama papa tetiap minggu, tak bukan begitu cuma saya cuba nak manfaatkan masa yang ada selagi saya masih bernyawa dengan berbakti ke mama papa saya. tak naklah saya tergolong dalam spesies manusia yang kena lempang tepi kubur macam saya contohkan kat atas tue kan. nak balas dengan duit semua kasih sayang mama papa memang tak ternilai kan, hanya itu yang mampu saya buat dan semoga ada kebahagiaan dalam hati mama papa saya. 

awak semua. balik la jenguk parents kat kampung kalau ada masa terluang, biarlah senyuman yang lahir dari bibir mereka dapat kita lihat, bagi mereka yang dah tiada banyak lagi cara lain nak berbakti ke ibu bapa. buatlah selagi terdaya, besar ganjarannya bila berbakti ke ibu bapa nie. ingatan untuk saya jugak. 

28 August 2012

Kistot : Sebelas November

Assalamualaikum dan salam sejahtera

dari tadi kad yang berada ditangan ditelek depan dan belakang. sekali lagi nama bakal pengantin disebut. Azalia Alisya. 

"awak nanti kita kahwin tarikh besday saya ye" Alisya tersenyum.

"11.11.11 cantik tarikh tue kan awak" Aizat merenung dalam mata kekasihnya. kasih dan sayangnya mendalam pada Alisya. Gadis biasa tapi mampu mencairkan hati lelakinya. 

Bunyi deruan motor jiran sebelah menyedarkan Aizat kembali. Pantas kaki dihayun menuju ke kamar mandi. Hari nie bertarikh 11.11.11.

*****

Matanya meliar mencari empunya diri. Ramai sungguh tetamu yang hadir. Lebih meriah bila paluan kompang mengiringi sepanjang pengantin duduk dipelamin bergambar kenangan. Matanya tertancap pada susuk tubuh itu. Ya dia sangat cantik walau hanya mengenakan solekan nipis, manis dan ayu wajahnya tetap terserlah. Sungguh menawan. 

"Selamat pengantin baru, saya doakan awak bahagia bersama suami hingga ke taman-taman syurga" Aizat bersalaman dengan pengantin lelaki. 

"terima kasih sudi datang dari jauh" Alisya tersenyum cuma. Matanya jatuh pada raut tenang wajah lelaki dihadapannya.

Aizat melangkah pulang selesai bertemu mata dengan Ibu dan Ayah Alisya. Kunci BMW dikeluarkan dari poket seluar.

"kalau awak nak sangat kahwin awal awak pergi la cari yang lain!" Aizat berlalu meninggalkan Azalia Alisya di tasik lewat petang itu. sungguh dia belum bersedia untuk memegang tanggungjawab sebagai suami. Kerana itu setiap kali Azalia Alisya bertanya perihal hubungan mereka yang telah lama bertaut mampu membuatkan hatinya panas seperti lahar gunung berapi. Dia rimas! 

Kenangan lalu kembali berlegar dimindanya. Nafas berat dilepaskan. Azalia Alisya bekas kekasihnya bernikah pada ulang tahun kelahirannya. Ya hari ini. BMW perlahan meninggalkan Taman Bersatu.

#kistot = kisah kontot

#rekaan semata :)

27 August 2012

Satu Perjalanan #17 versi Kursus PraPerkahwinan

Assalamualaikum dan salam sejahtera


sijil Kursus PraPerkahwinan antara yang wajib ada time nak menikah. takde sijil nie tunda la awak punya majlis pernikahan tue. saya memang simpan sijil nie kat rumah kampung, ritu masa kemas-kemas lemari ternampak la sijil nie.. tahun 2008 dulu sijil nie dah wujud.

orang kata kalau pergi kursus dengan pasangan lagi seronok. memang tak la saya nak pegi kursus nie lagi dengan Pakcik Imam. dia pun dah ada satu. masing-masing pegi dengan kisah lama dulu. ada saya kesahkan, janji sijil nie still laku nak pakai time menikah nanti. sejarah disebalik sijil ketepikan.

tapi kalau nak hadiri kursus pun tanya pihak yang anjurkan tue sijil tue ada tempoh hayat dia tak. sebab pernah saya jumpa satu kes sijil tue cuma bertahan untuk tempoh dua tahun atau kurang lagi. ada jugak yang sijil tue bertahan untuk seumur hidup. macam sijil saya kat atas tue untuk seumur hidup.  Alhamdulilah tak perlu nak pegi lagi kan. tak payah nak kuar duit bayar yuran dia lagi kan. kursus yang saya pegi nie bawah Hasani Management bayar RM80 untuk dua hari. banyak tempat ada Hasani nie google jela kalau nak tau ;)

kursus kahwin nie yang saya tak gemar kalau penceramah sentuh isu-isu sensitif yang rasanya tak perlu disentuh pun oleh dia. kadang saya pelik bila peserta-peserta pun boleh gelak sama bila diceritakan mengenai itu. tak ada ke perasaan malu ke segan ke.. entah lah

pusing belakang sijil nampak nie haaaa

26 August 2012

Weiii Raya Tak Habis Lagi Lah!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

wahhhh nebes achik lepas sembilan hari cuti baru boleh pegang keyboard nie haaa.. sampai tertypo tertypo la nak menaip.. haishhh =.=' ok memang nak cerita pasal raya pun kan raya tiga puluh hari. hahahaha

insyaAllah next raya bertambah lagi dua ahli keluarga wahh suka suka :p

memandangkan saya je anak perempuan mama yang memegang tittle bujang buat masa sekarang makanya saya memang membizi dirumah la. tahun nie takde open house huwaaaa penatnya nak melayan sedara mara yang datang tetiap hari naik kematu jari nak membasuh pinggan. Benyah saya datang dapur mintak buatkan air. bila saya dah tersangat penat saya balas "air air takde menda lain ke kamu nak mintak, buat la sendiri" sobsobsob #Nanges

last decide dengan mama insyaAllah tahun depan buat open house senang semua mai sekali, tak payah nak masak banyak tetiap hari. lagi pun taun depan mama ada menantu baru dua orang boleh la buli.. hahahaha..


paling seksaited raya taun nie sebab ada budan bambam tue sekali. sape lagi Afiq Danial saya lah. wahhh anak saya tue sangat sentimental okeh sangat sangatlah manja. tidur atas dada kena tepuk tepuk peluk peluk berzikir dengan dia dulu baru la boleh lena. nyanyi lagu Rasulullah dulu sambil henjut henjut buai baru boleh lena dengan lamanya. semoga menjadi anak yang soleh wahai sayang. ramai yang sayangkan kamu nie.

yang penting dia murah dengan senyuman. panggil je senyum dan sekarang dia dah pandai kenal orang. panggil nak ambik dia dah siap hulur tangan suruh dukung.. achik dah mula rindukan kamu la sayang. mana taknya sepanjang masa dia ada kat rumah merap sama. guling guling sama.. nanges pun sama bila dia dah mengamok tak selesa kan satu satu menda. culik bawak balik alor setar kang haaaaa

deme kata muka mereka berdua nie ada persamaan? ye ke ada?

jangan tatau kalau dia dah tidur time mandi pun dia boleh tutup mata lagi. sambung tidur bila tengah siapkan dia pakai baju.. haishhh anak anak. kata mama dia banyak ikut muka saya dan jugak perangai saya... kan anak saya walaupun mak kandung lain :p

#Maaf pakcik tak sempat nak jumpa, belum berjodoh letewww :p

#bebai tak boleh beraya dengan KBU huwaaaa nanges

16 August 2012

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum dan salam sejahtera

rini dah khamis insyaAllah petang sat gi balik ipoh. sebulan lebih dah tak balik huwaaa rindunya.. homesick nie. hukhukhuk. perancangan tue banyak sangat dalam kepala. lap kipas cermin, kemas rumah bilik, keluar pinggan gelas haishhh untung sape beristerikan saya nanti kan #Ehh :p

raya tahun nie bertambah lagi sorang family saya dengan adanya dak kecik bambam Afiq Danial. raya meriah dengan ada bebudak tue. si abang yang banyak karenah, si kakak kembar yang mengamuk kalau salah sorang terlebih perhatian, yang dak kecik bambam tue ape cite tunggu nanti. yang pasti nanti mulut mesti jenuh nak menjawab soklan diorang, nak bebel marahkan diorang. saya rindukan anak-anak saya!!!

selalunya sehari sebelum raya. menantu mama dua orang tue sibuk tolong mama bakar lemang, masakkan rendang. taun depan kita tengok menantu mama yang sorang lagi nie ape citenya pulak. ujung taun nie insyaAllah bertambah lagi sorang ahli keluarga rumah kami, taun depan insyaAllah bertambah dua.. wahh meriah meriah. kalau cite bab family memang sampai taun depan dan depan pun tak abis. hihihi


bila lagi nak online pun saya tak tau kalau dah balik kampung. coverage kat sana tak bape kuat. pasal pe pun tatau la. jadinya saya mohon ampun dan maaf selama perkenalan kita andai ada salah dan silap saya pada awak semua. mohon dihalalkan segala yang dah saya terambik dari awak semua. 

berhati-hati dijalan raya dan walau dimana jugak awak semua berada. jaga keselamatan dan jaga kata-kata dari terguris hati di lebaran nanti. makan semua memang sedap tapi ingat kesihatan pun perlu diutamakan. nak bergaya disepanjang syawal pun jangan sampai menabur fitnah dibibir insan lain. jaga diri, jaga iman, jaga amal dan jaga kelakuan. Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. 

# seminggu cuti mungkin seminggu jugak la tak online ;) 

15 August 2012

Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

tak lama lagi je raya means ramadhan pun dah nak berakhir. perasan tak langit menangis selalunya bila penghujung ramadhan. tapi manusia selalunya gembira sebab nak meninggalkannya. itulah kita, manusia yang selalu lupa diri, termasuk la saya sendiri.

sampai hari nie saya tak rasa ada semangat nak raya, beli kain pasang ritu mama yang paksa suh beli kalau tidak makcik tue tak nak ambik oder dah. mungkin memikirkan yang ramadhan taun nie banyak yang saya miss dengan keadaan kesihatan yang tak berapa mengizinkan banyak masa yang saya habiskan dengan tido awal lepas isyak. seyes rasa tak cukup lagi taun depan ntah dapat jumpa ramadhan ke tak. yela saya nie bukan lah baik sangat time ramadhan la nak cuba kumpul bebanyak pahala. kalau sibok mengeluh tapi tak gandakan usaha baik duduk diam diam la Syakira Yaakub!!!

sebelum saya merantau dulu selalu la jugak mengeluh bila la saya nak dapat perasaan seronok gedik gedik nak balik kampung. lepas je arwah tok meninggal perasaan nak balik kampung hilang terus. kalau balik kampung belah papa pulak jadi tak best bila sepupu mereng dua orang tue tak balik sama. tapi kampung papa yang bestnya sungai depan rumah arwah tok, pastu bunyik cengkerik memalam, menggigil tido malam sebab rumah papan, air kolah pun memang super sejuk, panjat pokok jambu kat kebun kecik arwah tok tue. kampung kan. awak yang dihati nanti saya bawak lalu kat depan rumah arwah tok ye, kat situ banyak kenangan saya masa kecik.

kalau raya belah kampung mama kat Batu Gajah sonok sebab arwah tok rajin melayan. duit raya pun dapat banyak dari arwah. masa kecik duit raya jela pun yang melayang dalam kepala. menda lain mana nak pandang dah. bila dah petang sikit pegi kedai beli bunga api. nak mintak duit kat papa nak beli bunga api takut di api nya jari pulak. beli la senyap-senyap. =.='

kat sana la dulu kitorang bakar lemang sesama, buat rendang tok. pagi raya berebut bilik air nak mandi awal kalau tidak nanti orang lain sibuk bersalam kita hegeh hegeh dalam bilik air lagi. jenis saya jadi panic kalau saya kena tinggal. kalau kuar bilik air tengok orang lain semua dah selamat salam mesti rasa nak nangis.

bila balik kampung papa kat Kuala Kangsar jadi tak best sebab takde kawan kalau sepupu saya sorang tue takde. memang la papa ada anak sedara lain, ramai!! tapi semua perangai macam apa je lagi. haishh malas la cite.. kami adik badik memang rapat dengan anak-anak maksu je. saya dengan sepupu sorang tue tua setahun sebab tue kami rapat terlebih. beraya belah sana selalu la dapat duit raya berat. duit syiling pastu mula muka monyok, pangai tak elok sungguh =.='

sekarang saya pulak take over bawak mama papa balik kampung. first raya memang kat Kg Klebang jela yela anak mama papa semua dah besar, ada yang duduk jauh. kalau time tue turn kakak dengan along beraya umah papa riuh la rumah tue dengan adik badik kami 5 orang menantu 2 orang cucu 4 orang. memang jenuh la kemas umah dengan prangai anak-anak sedara yang rajin mengemas tue. tetiap tahun lepas solat raya balik batu gajah, besoknya tue pulak balik kuala kangsar. seterusnya tertakluk la kat mama papa saya nak beraya ke mana.. saya kan driver kehormat maka ikut la mama papa nak kemana pun. ohh taun depan sape la pulak nak bawakkan mama dengan papa beraya kalau time tue saya kat umah mentua kan.. sayu pulak perasaan.. huuu ;(

   bunyi macam ramai je adik badik 5 orang dengan menantu dengan cucu tapi bila berkumpul, laaa banyak nie je? takde dah yang tertinggal? kata cucu 4 orang, mana lagi sorang? tue dalam perghot kakak saya tue la dia.. hihihi :p

14 August 2012

Satu Perjalanan #16 versi Baju Nikah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ramai yang suggest kat saya, baju nikah sewa la tak payah susah susah nak membeli. tapi lain pulak kata hati saya. saya nak baju nikah yang boleh saya simpan yang boleh saya tengok nanti terus teringat setiap moment yang berkaitan dengan baju tue. macam baju nikah saya dengan Pakcik Imam banyak cerita yang terselit dalam sepasang baju berkaler eksotik tue. kenapa eksotik? baca sampai akhir entry saya nie ;)

konon nak mencari kat KL masa kami ke sana cari barang walimah dulu. jalan TAR, Sogo pastu mana lagi ntah langsung tak berkenan kat mata saya dan dia. oh ye kami dedua cerewet dalam memilih dan Alhamdulilah apa yang dicerewetkan tue bersebab dan bukan suka suka nak cerewet tak tentu pasal. dan akhirnya baju untuk saya kami dapat kat butik kawan saya dekat Ipoh. first time tengok baju tue terus kami berdua decide kata ya.

tapi silapnya kami berdua. patutnya beli baju dia dulu baru baju saya. punya la susah nak dapat kaler eksotik tue. merata pegi sari suntuk dia cari kat jalan TAR tak jumpa, kat tempat-tempat lain pun sama.. saya rasa ada la dalam 2 bulan lebih mencari baju yang berkaler eksotik tue akhirnya Alhamdulilah jumaat lepas dapat jugak. walaupun tak sama tapi dekat-dekat tue ada la.

mulanya kakak kedai tue kata baju tue takde seluar saya dah rasa nak pengsan dah. tapi bila tengok atas terpandang yang sepasang punya.. rasa nak menangis kat situ jugak. seyes sangat lega dan bersyukur dapat baju tue. kalau tidak jalan penyelesaiannya beli kain dan tempah la =.=' kaler apa yang eksotik tue? tunggu saya post gambar time nikah nanti, tau la kaler apa ;)

apa yang pasti saya nak kan baju nikah yang nanti saya boleh pakai pergi ofis pergi kenduri pergi mana mana. tak ada la nanti baju tue just jadi bahan arkib lemari baju dalam bilik, dah membazir namanya. yang pasti baju nikah nie akan dikenang ceritanya satu hari nanti dimasa akan datang. pasti!!

13 August 2012

Dah 24 Hari Pun

Assalamualaikum Salam Ramadhan dan Salam Sejahtera

rini dah dua puluh empat ramadhan kan. masa sekarang nie kejap je.. dalam tak sedar minggu depan dah raya. tapi bukan raya la yang nak saya highlight kan. saya sendiri terfikir dalam masa 24 hari nie, berapa banyak amal yang dah saya buat. lagi baik dari tahun lepas atau sebaliknya. hati lebih terisi dengan yang berfaedah atau tidak. malam diisi dengan berapa rakaat terawih.

hurm yang pasti saya masih tak berpuas hati dengan diri sendiri. masih banyak ruang kosong yang tak saya isi. tahun depan ntah sempat ke tidak nak jumpa ramadhan lagi. sebab dalam bulan ramadhan la kita boleh banyak buat sunat. sekali terawih dah 8 rakaat sunat yang dapat. kalau hari-hari biasa 2 rakaat pun belum tentu rajin nak buat. 

saya tak kata kat orang lain. saya merungut kat diri sendiri. kalau hari biasa nak bangun tahajud mesti selalu terbabas, time bangun sahur bulan ramadhan la kalau nak pulun buat tahajud pun. kalau puasa ganti ke sunat ke kekadang diri sendiri malas nak bangun bersahur macam mana nak selitkan tahajud dalam pagi yang hening tue.

apa pun mulai saat nie doa saya semoga saya awak dan awak semua makin rajin menuju ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. kalau tak diri sendiri yang paksa berubah siapa lagi kan. tak kan nak harap mak ayah berletiaq hari-hari, kalau dah hari-hari for sure jadi mencurah air di daun keladi. kalau tak dapat buat semua at least dapat sikit pun dah syukur Alhamdulilah. lama-lama nanti bila dah terbiasa insyaAllah perasaan suka tue akan datang sendiri. tapi kalau langsung tak mula memang akhirnya tak nampak hasil lah. dan semoga apa yang dah dimulakan berpanjangan hingga nyawa ditarik dari diri kita. saya bukan ape, nak ingatkan kat diri saya sendiri yang utama nya...



"segmen di mana anda beraya tahun ini bersama phat corner"

Assalamualaikum dan salam sejahtera

pagi nie dah decide nak setelkan semua contest yang di tag... adik sorang nie rajin sungguh mengetag akak dia nie.. xpe la demi adik akan akak turutkan #SambilKuisKuisPasirLaut tapi maaf dik sayang, yang lagi satu segmen tue dah tutup kan? x perasan tarikh tutup dia huuuu


sesape yang nak join boleh klik banner.. klu tak boleh klik banner klik sini.. phat tanya raya mana taun nie.. omaaiii sebenarnya soklan nie la yang paling saya menyampah nak jawab dekat ofis nie sebab ofismate semua pulun dok tanya soklan yang sama setiap tahun.. padahal bukan tatau saya masih bujang belum bergelar isteri orang... kalau taun depan tanya logik la jugak.. haaaaa kan dah berletiaq.. maaf maaf huuuu

taun nie memandangkan masih memegang status belum berkahwin.. ada satu kampung je yang saya boleh beraya.. Kampung Seri Klebang, Perak Darul Ridzuan.. insyaAllah khamis nie meluncur lah saya bersama Nurul Iman membelah lebuhraya utara-selatan.. wahhhh tak sabo nak masak lemang rendang kuah kacang... opsss rumah saya takde ketupat ye, anyam daun nyor x siap2 kihkihkih 

#aci x kalau ada yang tanya raya mana lagi saya tunjuk entry nie? :p

#ada lagi satu contest nak kena buat nie =.='  

12 August 2012

Satu Masa Dulu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

sebenarnya kan saya tengah mengalami sindrom homesick nie. dok tringat kat mama papa. anak-anak kecik tue. tringat masakan mama, tomyam mama yang sedap tue. tringat katil queen size yang empuk tue. tringat bunyi cengkerik kat tepi rumah, kat rumah sewa bunyi bebudak press moto jela yang kuat pun =.='

dulu sebelum papa dapat tanah kat tapak rumah sekarang, kami sekeluarga duduk setinggan. berumah papan, letrik dari enjin yang selalu orang berjual pakai tue ape nama ntah tatau, air pam dari sungai yang dulunya bersih, ada telaga kat bilik air, rumah skang x legend macam rumah dulu ye awin jadi jangan mintak nak mandi kat umah saya. hahaha :p

mama kata masa kecik saya tak macam bebudak lain. setakat makan semut kecik saya tak heran. rumah papan tepi sungai kan haruslah banyak menatang lain masuk rumah. mama kata saya korek korek lantai jumpa labah-labah saya makan.. jangan tanya saya labah-labah rasa ape!!!!

lepas tue ada satu pagi masa mama sidai kain kat luar. saya cucuk cucuk pampers adik saya yang mama buang kat tempat sampah. sekali bila mama toleh belakang cari saya tak jumpa. mama jerit panggil nama saya, saya menyahut dari dalam longkang besar dan sangat dalam. nasib la longkang tue xde air kalau tidak agaknya saya dah hanyut ke sungai la kot. kihkihkih

tapi mama cerita saya tak kacau time berbuka. mama berbuka saya main kat bawah. ntah-ntah time tue kot saya berbuka kan labah-labah omaiiiiii =.=' lagi mama cerita masa saya kecik belum baligh. time balik kampung dengan sepupu kitorang dah tak toleh kiri kanan, bukak baju campak seluar terus terjun sungai depan rumah arwah tok. bila dah besar tengok gambar lelama dulu, mula malu siap bawak marker hitam get ready nak conteng gambar yang sensored sensored tue =.='


yang paling comel dan suwit tue la saya.. nanti bakal anak-anak saya insyaAllah mewarisi kecomelan saya... #Muntah hahahaha :p


09 August 2012

Sesuatu Yang Indah

Assalamualaikum dan salam sejahtera


macam besa kalau baca entry kat blog kay_are mesti sejenis perasaan nak meniru idea dia tercetus kat kepala saya nie. haiii Kay_are hihihi :p masa kecik dulu saya tak ingat umur berapa, tapi yang saya ingat dulu mama yang ajar baca muqadam. yang saya ingat setiap hari alif diatas A alif dibawah E alih didepan Uu, eh betol ke eja dia macam tue? betulkan kalau saya silap. 

ngaji dengan mama memang jawapan dia lemak la, muqadam tak habis-habis plus mama pun kena cuti. papa nak nganto saya ngaji tempat lain saya malas, degil tak mau dengar cakap =.=' bila darjah 6 ada ujian translate jawi ke rumi saya memang selalu failed, haa la dah malas belajo nasib la kan mana reti nak baca jawi lagi. padan kat muka sendiri.

saya mintak kat papa nak masuk sekolah agama rakyat, papa pun belikan buku bayarkan yuran tapi sehari je saya pegi sekolah, ye saya ulang sehari je besoknya saya anto surat resign kat papa. sebab? sebelum mula belajo ustazah tanya sorang sorang ayat hafazan, saya yang baru sehari masuk kelas disuruh jawab hafazan tak dapat jawab berdiri atas kerusi, tak dapat jawab lagi berdiri atas meja. last sekali besoknya saya terguling atas katil =.='

seingat saya masa tue form three baru saya pegi mengaji dengan imam kat masjid kampung belakang. tue pun lepas kena paksa dengan papa. seminggu papa siap anto depan rumah ustaz tue. saya pun pergi dengan hati yang tak rela. lama-lama tue perasaan seronok mengaji datang sendiri setiap petang lepas zohor saya kayuh basikal. lepas dua minggu saya abis ngaji muqadam saya naik baca Quran. selalu ustaz suruh saya ngaji yang paling last antara bebudak lain sebab dia nak suruh saya ngaji banyak muka surat. macam tau tau je saya nie malas ngaji. 

yang saya ingat tiap kali ngaji ustaz mesti pejam mata,siap tersengguk sengguk lagi, tido la kot, masa tue tak berani bukak mulut nak tanya macam-macam rotan ustaz tue beso =.=' tapi walau pun mata dia tutup macam tido tapi tiap kali saya salah baca mesti rotan dia tak bergerak dari ayat yang saya salah tue. kalau saya salah lagi dia berdehem, kalau saya salah lagi dia la yang betulkan hihihi...

dengan kuasa Allah lepas je saya pandai ngaji Quran, jawi pun saya boleh lancar baca cuma kalau perkataan yang susah macam Globalisasi tue memang berkerut la dahi saya nak ngeja nya. yang bestnya kalau terawih berimamkan ustaz saya tue, bacaan dia pendek pendek sebab dia tau ada yang kurang mampu nak berdiri lama kat belakang saf dia. bacaan ustaz saya pun subhanallah sedap dan terang nak didengar. tahun 2010 tak silap mama call saya gitau ustaz saya meninggal, serangan jantung. sedihnya saya, walau dah lama saya habis baca quran dengan arwah tapi tiap kali jumpa tepi jalan mesti dia ingat saya. semoga arwah ditempatkan bersama para solehin, permudahkan urusannya disana Ya Allah. Al-Fatihah

#Bila di renung balik nakalnya saya dulu, degil semua cukup.. kasihani kedua orang tua saya Ya Allah seperti mana mereka mengasihani sewaktu saya kecil. Amin   

08 August 2012

Saya Yang Bersalah

Assalamualaikum dan salam sejahtera



saya hanya manusia biasa
yang tak lari dari buat salah sepanjang masa
ada ketika saya nampak salah saya dimana
ada masa saya tak sedar oh itu salah saya rupanya
syukur saya tak lokek nak mintak maaf pada mereka
kerana saya takut nanti roh saya tergantung di atas sana
kepada kalian yang saya melukakakan tak kira siapa
dengan hina dan rendah diri mohon ampunkan saya

saya mengaku yang salah sering saya ulang
walau dah mintak maaf berdulang dulang
salah yang sama bukan tak cuba saya dibuang
cuma ada ketika saya tumpas dalam berjuang
kecewa dengan diri sendiri jugak selalu menumpang

mohon bantu sedarkan ketika saya terlena
mohon bantu tamparkan ketika saya alpa
mohon bantu goncangkan ketika saya leka
tapi mohon jangan tinggalkan ketika saya kecewa
kerana saya hanya manusia biasa yang selalu mudah lupa
dan ini hanya coretan biasa dari insan bernama Nur Syakira yang hina
terima kasih kerana sudi singgah dan menyapa
mohon ampunkan andai ada khilaf di mata

07 August 2012

Iftar SahabatKBU 15 Ramadhan 1433H

Assalamualaikum dan salam sejahtera


last SahabatKBU bergathering bulan puasa tahun lepas.. mak aiii dah setahun kot baru nak lepak gelak sesama balik. lepas perbincangan antara admin dan saya kami pun rancang buat iftar 4hb ogos hari sabtu, tempat Sungai Petani Kedah memandangkan tahun lepas dah buat dekat Perlis. bukan sekadar iftar antara kami tapi turut mengutip sumbangan untuk membantu SahabatKBU lain yang dilanda musibah. insyaAllah kalau tak dapat bantu banyak sikit pun jadi la kan.. bergelak sesama tak kan nak menangis sensorang?


janji dalam pukul 5 macam tue tunggu kat exit sungai petani selatan, mengaku saya antara yang sampai lambat, maafkan saya.. hihihi.. solat asar kat situ dah cukup qota maka bergeraklah kami ke bazar yang 'damai' kenapa damai? sangat sunyi bazar dia walaupun tapak parking dia sangat luassss.. rasanya mulut saya yang bising kat situ sebab duit tuk iftar tak keluar dari bank lagi. mesti depa sume sakit telinga.. kihkihkih :p oh ye terima kasih Piqah bawakkan akak ke giant korek duit ;)


mujur lah saya sempat oder rupanya kedai makan nie sangat laris kena oder tiga hari sebelum, saya oder hari jumaat nasib dia nak ambik tempahan mungkin sebab kami ramai antara faktornya. Restoran ZnA menjadi serbuan. harga makanan dia standard. Nasi Ayam satu set RM6, air buah RM3. ok la makan pun sedap kata mereka. Alhamdulilah... cuma mungkin struktur meja panjang tak sesuai untuk kami yang masing-masing sibuk nak bercakap nie lastnya orang ujung kanan tak dengar apa orang ujung kiri cakap =.='


selesai solat maghrib semua pun pakat serbu dataran menara jam, macam biasa mesti ada bincang round table kan.. tapi sebab yang ada cuma kotak jadi lah round box. pun bolehhh :p antara isu yang hangat diperkatakan malam tue. masuk wall group ping dan blah.. jaga-jaga jangan sampai awak antara calon yang admin kick dari group ;)


kalau kumpul reramai tak bising memang tak sah kan? lagi satu tshirt kami semua yang sama menarik perhatian ramai orang.. walau apa pun saya sangat sayang SahabatKBU saya walaupun mesra tapi batas masih terjaga, Alhamdulilah tahniah wahai sahabat :)


sakit perot dengan perangai diorang nie sorang sorang.. ada je yang nak buat lawak tue. balik sakit tekak sebab gelak je banyak =.=' rasa macam main bunga api nie acara wajib dan wajib disponser oleh Pakcu Sofi dan Syukri Rosle... hihihihi terima kasih pengsponser :D


dan Light-Painting jugak antara yang wajib dari Iftar tahun lepas lagi.. saya tak reti buat huruf macam depa tue. makanya saya tolong berdiri tepi kotak lampu nak tutup cahaya. dan semestinya bukan saya sorang yang berdiri situ depa yang lain pun sama berdiri sebab saya kan COMEL karang sia-sia je berdiri tegak situ tapi tak mendatangkan hasil.. hihi


inilah kami. walau awalnya tak mengenali sesiapa. berbeza latar belakang. berbeza tempat lahir dan loghat masih mampu bersama membina ukhwah. Alhamdulilah syukur dengan izinNya kami mampu membina persahabatan yang terjalin atas tiket dunia maya.. Kami Blogger Utagha sentiasa dihati..


last but not least, nak tengok gambar yang lain sila klik di sini. saya nak ucapkan terima kasih beribu kasih kerana awak semua sama-sama memberi kerjasama yang sangat baik. terima kasih sudi menghadirkan diri. terima kasih turut sama berkongsi kesedihan dengan sahabat yang lain. terima kasih percaya pada saya nak pegang duit awak semua. dan terima kasih untuk segalanya.. moga ukhwah antara kita hingga ke Jannah. Amin. saya sayang awak semua.. 

#kredit semua pentangkap gambar

#panjang kan entry? :p

06 August 2012

SahabatKBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera


kalau dulu masa saya memula sampai bumi Kedah Darul Aman. dimana saya tak langsung kenal sesiapa, tak tahu langsung yang saya ada sedara dekat sini, yang tak tahu langsung selok belok dan tempat-tempat disini. saya ada simpan satu doa semoga satu hari nanti Allah berikan saya teman dan sahabat yang boleh saya tumpang mengadu tumpang gembira, yela family saya kan jauh di Perak nun.

pernah saya berimaginasi joging kat taman lepas tue terserempak dengan sorang dua yang boleh dijadikan teman. tapi itu imaginasi saya jela. syukurnya Allah kurniakan saya teman sahabat dan rakan tanpa saya perlu letih berjoging. sahabatKBU antara kurniaan Allah yang tak terhingga pada saya. sahabatKBU saya bukan je yang berasal dari Kedah tapi dari Penang Perak, Perlis dan merata negeri lagi. Allah besarnya kasih sayangMu, saya mintak satu tapi diberikan saya lebih. syukur Alhamdulilah.





inilah sebahagian keluarga KBU saya, sahabatKBU.. tawa riang disini banyak dikongsi dengan mereka. sampai kalau family saya, ofismate, osmate mesti akan tanya saya keluar dengan KBU ke bila nak kemana-mana nya. moga ukhwah yang terjalin antara kami berpanjangan hingga ke jannah hendakNya, syukur Alhamdulilah dengan izin Allah kami berkenal dan berkongsi sedih tawa dan riang. saya sayang semua sahabatKBU saya. 



kredit gambar : Syukri Roslee

#entry iftar sabtu ritu pending sampai saya dapat gambar dari adik saya... ;) 

05 August 2012

Pagi lagi dah gaduh

Assalamualaikum dan salam sejahtera

kalau ada yang pernah membaca saya pernah kongsikan sakit hati dengan satu owner kereta myvi merah kcb nie, bagi sape yang belum pernah baca boleh la baca kat link yang saya tinggalkan tue. guess what, pagi nie tadi saya bergaduh dengan dia. ye! saya bergaduh mulut dengan dia.

awalnya saya memang dah lama sakit hati dengan dia, elok pulak dia mencucuk cucuk belakang kereta saya masa nak keluar taman. tengok jam awal lagi nak sampai ofis saya saja bawak slow, bila dia nak memotong dalam laluan yang sempit tue saya sengaja ke kanan sikit. ye saya dendam dengan kelakuan dia. 

sampai trafic light dia berhenti tepi kereta saya, memang saya turunkan cermin nak sangat dengar apa yang dia nak cakapkan. dan saya nak tengok macam mana la rupanya manusia yang tatau adab tue. dan dia lelaki. dia sembur saya dengan kata kalau dah bawak slow jangan nak marah bila dia nak potong.. ohh ye saya letakkan dialog la biar awak semua senang nak faham.

saya : cik yang kalut sangat bawak kereta tue kenapa? setiap pagi saya tengok cik menyusahkan orang lain. bawak kereta sesuka hati cik tak fikir orang lain.

dia : ada ke saya buat macam tue kat awak. lagi pun suka hati saya la kereta saya.

saya : ye ada yang cik masuk depan sesuka hati tue ape dia dan suka hati saya jugak la nak bawak kereta saya macam mana pun.

dia : saya nak cepat pegi kerja

saya : saya pun nak cepat pergi kerja jugak

akhirnya lampu hijau dan saya teruskan perjalanan sambil dengar dia kata baru bawak kereta sehari jangan nak berlagak. saya dah malas layan orang macam tue. niat saya cuma satu saya nak dia tau yang tak semua orang 'bangga' bila tengok dia boleh bawak kereta macam pelesit tue. titik  

01 August 2012

Saya Sangat Rindukannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

arwah tok, ayah mama saya antara seseorang yang sangat saya kagum. tak pernah lagi saya jumpa umat Nabi Muhammad yang saya kenal peribadinya sehebat arwah tok saya. biarlah orang nak kata apa pun saya tetap kagum dengan peribadi arwah tok saya.

sepanjang nafas dia tak pernah lagi saya tengok dia tinggalkan suruhan Allah. kalau arwah dijemput kenduri pun tak pernah arwah menghina makanan orang lain walaupun makanan tue yang arwah tak makan, walaupun makanan tue sangat pelik dimata kita. tetap arwah kata sedap dan arwah makan dengan berselera. itulah arwah tok saya.

layanan arwah tok dekat arwah opah pun tak kurang macam melayan permaisuri raja. barang dapur barang rumah walaupun sebiji bawang tak pernah arwah opah saya beli, semua arwah tok yang manjakan. walaupun pakaian besar atau kecik arwah opah semua arwah tok yang belikan. sampai arwah opah tak pernah keluar pekan beli barang dan tatau macam mana nak beli barang kat kedai pun. arwah tok sangat manjakan dan layan isteri dia macam menatang minyak yang penuh. saya tersentuh, padan lah arwah opah tersangat rindukan arwah tok lepas pemergian dia dulu. 

adik beradik sepupu sepapat mama saya tak pernah bertengkar semasa hayat arwah tok saya ada. semua dia layan sama adil, semua hormat pada arwah. setiap kali bulan puasa kami cucu cucu arwah tak pernah kurang dengan kasih sayang, dibelikan bunga api sama banyak. dibelai sama rata. seminggu sebelum raya mesti semua anak menantu cucu arwah berkumpul dan tido dekat rumah arwah nak sambut raya bersama. setiap kali sesi kira duit raya mesti arwah tambahkan duit kat kami nak bagi cukup genap. walau pun seminggu kira 4 kali, 4 kali jugak la arwah tambahkan duit dia.. hihi

dalam bape jam sebelum arwah meninggal. arwah siap mandi wajib, cukur segala janggut dan rambut, dan solat. lepas je arwah selesai solat arwah mengadu sakit dada, kami bawak ke hospital dan hayat arwah sampai disitu sahaja. Allah mudahnya jalannya, tak ada langsung arwah menyusahkan semua anak menantu cucunya. jenazahnya pun sangat ringan kata mereka. apa yang saya ingat waktu tue cuaca sangat redup, tak hujan tapi sangat mendamaikan. Ya Allah rindunya saya pada arwah tok. tersangat rindu. biarpun dah dua belas tahun arwah pergi meninggalkan kami semua tapi redup wajahnya, garau suaranya masih jelas dimata dan telinga saya. kalau dulu sebelum adik arwah tok saya meninggal pada dia la saya lepaskan rindu sebab wajah diorang saling tak tumpah walaupun ada bezanya sikit. kalau arwah masih ada saya pasti arwah antara yang akan sibuk menguruskan walimah saya nanti. tempatkan roh arwah tok saya bersama para solehin, ampuni segala dosanya, ringankan azabnya Ya Allah Amin Ya Rabbal Alamin. Al-Fatihah~~  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...