Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

07 August 2012

Iftar SahabatKBU 15 Ramadhan 1433H

Assalamualaikum dan salam sejahtera


last SahabatKBU bergathering bulan puasa tahun lepas.. mak aiii dah setahun kot baru nak lepak gelak sesama balik. lepas perbincangan antara admin dan saya kami pun rancang buat iftar 4hb ogos hari sabtu, tempat Sungai Petani Kedah memandangkan tahun lepas dah buat dekat Perlis. bukan sekadar iftar antara kami tapi turut mengutip sumbangan untuk membantu SahabatKBU lain yang dilanda musibah. insyaAllah kalau tak dapat bantu banyak sikit pun jadi la kan.. bergelak sesama tak kan nak menangis sensorang?


janji dalam pukul 5 macam tue tunggu kat exit sungai petani selatan, mengaku saya antara yang sampai lambat, maafkan saya.. hihihi.. solat asar kat situ dah cukup qota maka bergeraklah kami ke bazar yang 'damai' kenapa damai? sangat sunyi bazar dia walaupun tapak parking dia sangat luassss.. rasanya mulut saya yang bising kat situ sebab duit tuk iftar tak keluar dari bank lagi. mesti depa sume sakit telinga.. kihkihkih :p oh ye terima kasih Piqah bawakkan akak ke giant korek duit ;)


mujur lah saya sempat oder rupanya kedai makan nie sangat laris kena oder tiga hari sebelum, saya oder hari jumaat nasib dia nak ambik tempahan mungkin sebab kami ramai antara faktornya. Restoran ZnA menjadi serbuan. harga makanan dia standard. Nasi Ayam satu set RM6, air buah RM3. ok la makan pun sedap kata mereka. Alhamdulilah... cuma mungkin struktur meja panjang tak sesuai untuk kami yang masing-masing sibuk nak bercakap nie lastnya orang ujung kanan tak dengar apa orang ujung kiri cakap =.='


selesai solat maghrib semua pun pakat serbu dataran menara jam, macam biasa mesti ada bincang round table kan.. tapi sebab yang ada cuma kotak jadi lah round box. pun bolehhh :p antara isu yang hangat diperkatakan malam tue. masuk wall group ping dan blah.. jaga-jaga jangan sampai awak antara calon yang admin kick dari group ;)


kalau kumpul reramai tak bising memang tak sah kan? lagi satu tshirt kami semua yang sama menarik perhatian ramai orang.. walau apa pun saya sangat sayang SahabatKBU saya walaupun mesra tapi batas masih terjaga, Alhamdulilah tahniah wahai sahabat :)


sakit perot dengan perangai diorang nie sorang sorang.. ada je yang nak buat lawak tue. balik sakit tekak sebab gelak je banyak =.=' rasa macam main bunga api nie acara wajib dan wajib disponser oleh Pakcu Sofi dan Syukri Rosle... hihihihi terima kasih pengsponser :D


dan Light-Painting jugak antara yang wajib dari Iftar tahun lepas lagi.. saya tak reti buat huruf macam depa tue. makanya saya tolong berdiri tepi kotak lampu nak tutup cahaya. dan semestinya bukan saya sorang yang berdiri situ depa yang lain pun sama berdiri sebab saya kan COMEL karang sia-sia je berdiri tegak situ tapi tak mendatangkan hasil.. hihi


inilah kami. walau awalnya tak mengenali sesiapa. berbeza latar belakang. berbeza tempat lahir dan loghat masih mampu bersama membina ukhwah. Alhamdulilah syukur dengan izinNya kami mampu membina persahabatan yang terjalin atas tiket dunia maya.. Kami Blogger Utagha sentiasa dihati..


last but not least, nak tengok gambar yang lain sila klik di sini. saya nak ucapkan terima kasih beribu kasih kerana awak semua sama-sama memberi kerjasama yang sangat baik. terima kasih sudi menghadirkan diri. terima kasih turut sama berkongsi kesedihan dengan sahabat yang lain. terima kasih percaya pada saya nak pegang duit awak semua. dan terima kasih untuk segalanya.. moga ukhwah antara kita hingga ke Jannah. Amin. saya sayang awak semua.. 

#kredit semua pentangkap gambar

#panjang kan entry? :p

10 comments:

kay_are said...

memang meriah! tak nampak pun macam kenal dari dunia maya.. macam dah rapat sangat2 je.. bagus r camtu ^__^

Unknown said...

terbaik.. kita lah family KBU...

Unknown said...

e.ehhh.. nama saya dimention dalam ni?? haaaa yg lain ada?? hihihi *bangga sat :P

Unknown said...

okey sangat heaven

Sweetmango said...

waaa... teringat masa kat perlisss.. :)

Zai Zamree said...

best best...wlau event kecil-kecilan :)

Cik Puce said...

ermm...dah rindu nak gath lg! kenal melalui dunia maya je kan? tp bila jumpa masing2 mcm dh kenal lama..sbb tu kena rajin2 aktif kt group jgk kn..ehee =p

LaDy_aFieFa said...

wahhh bestnyaaaa... rugi xdapat ikut thn ni..nk wt cmna...fifa keje huhu
next year kalu free nk ikut skali...

fRaMe+LenSeS said...

Untunglahhhh leh gegath.

aDisH.sHidA said...

no komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...