Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

30 September 2012

Kistot : Maisara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Maisara. Dia adik aku walau dasarnya kami bukan lahir dari rahim yang sama. bukan juga dari ayah yang sama. kami kawan satu universiti. Aku lambat setahun mendaftar disitu. Makanya aku dan Maisara satu sem walau berbeza umur. bersahabat tak kira umur bukan. 

"Mai minggu depan ada check up doktor kan?" Maisara mula membuat muka bosan. Aku cuma tersenyum. Sudah lali dengan perangai dia yang satu itu. 

"akak nie Mai tak nak pergi boleh tak? pergi pun tangan nie bukan boleh baik macam sebelum nie pun" Maisara mula menolak buku rujukannya. 

Dua tahun lalu Maisara terlibat dalam kemalangan jalan raya. keretanya terbakar mujur Allah masih sayangkannya, dia selamat dalam nahas tersebut walaupun jiwanya melayang sama pada hari kejadian. Akibat kemalangan itu jugak tangan kanannya melecur teruk. Kerana kecekalan dan ketabahan Maisara kini dia mampu berdikari dengan tangan kanannya itu. Aku kagum dengan semangatnya.

“majlis akak lagi sebulan kan?” Aku tahu dia cuba mengubah topic perbualan.

“kalau Mai nie sanggup ke suami Mai terima kekurangan Mai nie. Yela Mai kan cacat, auchhhh” Aku menepuk tangannya kasar, ye aku sengaja kerana aku benci dengar dia mengatakan dirinya cacat.

“insyaAllah dia akan terima Mai seadanya kalau betul dia cinta dan sayangkan Mai. Akak yakin Mai akan jumpa seseorang yang macam tue nanti. Akak doakan ye” Aku cuba meyakinkan dia. Dan itu juga doa yang selalu aku panjatkan buatnya.

“tapi kan akak, kalaupun dia sanggup terima Mai yang tetttttt nie” Aku dan dia sama tergelak bila melihat dia segera ‘menyimpan’ tanggannya.

“tapi sanggup ke keluarga dia terima Mai yang macam nie jugak kak? Itu yang Mai risaukan” Aku terdiam.

*****
“selamat pengantin baru sayang, moga Allah memberi barakah pada rumah tangga kalian” Aku tersenyum riang, hari ini hari bahagia Maisara dan suaminya. Ada air jernih yang lahir dari kelopak matanya, segera aku seka. Maisara memelukku. Erat.

“akak kenapa buat macam nie kat Mai. Kenapa paksa diri akak jadi madu Mai?” Suami kami berlalu meninggalkan aku dan Maisara.

Ya, kini aku dan Maisara berkongsi suami yang sama. Kerana aku yakin suamiku mampu menyintai dan menyayangi Maisara seadanya dia. Keluarga mentuaku juga melayan dan menerima Maisara dengan baik sebelum mereka bernikah lagi.

Orang kata madu itu pahit untuk ditelan. Bagiku tidak kerana madu ini mampu merawat kelukaan ku. Aku terluka kiranya Maisara tidak dihargai. Kerana aku terlalu sayang padanya.

Biarpun awalnya suamiku berat menerima cadangan ini. Namun berkat istikharah kami bertiga akhirnya segalanya dipermudahkan Allah. Biarpun ramai yang memandang serong ke arah kami namun aku yakin kerana ini adalah kebahagiaan yang Allah berikan pada kami.

*****
TAMAT

kistot : Kisah Kontot, bukan kisah sebenar :) 

Alhamdulilah 24 dah pun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah syukur sangat dah 24 tahun pun saya bernafas kat bumi Allah nie. banyak amalan atau dosa yang dihimpun wallahualam. hanya Allah yang mampu menghitung. cumanya doa saya untuk diri saya sendiri moga dengan bertambahnya bilangan umur yang diberi Allah saya semakin mendekatkan diri dengan DIA dan bukan semakin jauh. semoga saya jugak terus berusaha mengejar kebahagiaan akhirat disamping menjadi kebahagiaan didunia untuk semua kesayangan. 

buat mama papa terima kasih kerana melahirkan, insyaAllah saya cuba berusaha jadi anak solehah selagi terdaya saya. buat adik beradik yang disayangi terima kasih menyayangi dan menjaga saya, insyaAllah saya akan menjadi yang pertama dan terakhir bersama kalian. buat bakal suami, terima kasih banyak mendidik dan mengingatkan saya supaya menjadi yang terbaik dipandangan Allah, insyaAllah saya berusaha jadi isteri solehah buat awak. buat keluarga bakal mentua terima kasih menerima diri saya seadanya, insyaAllah saya akan menyayangi dan menjaga kalian seperti mana saya menjaga dan menyayangi diri saya sendiri. buat semua sahabat teman rakan taulan adik abang dan kakak terima kasih kerana sudi menjalinkan ukhwah bersama saya yang banyak kurang dan lompongnya ini, insyaAllah saya berusaha jadi teman yang pertama bersama kalian pabila kalian dalam kesedihan.

terima kasih bagi semua yang wish besday dan mendoakan kesejahteraan saya. semoga jalinan ukhwah antara kita berpanjangan hingga ke Jannah Amin. takde apa yang mampu saya balas melainkan mendoakan agar kalian semua berada dibawah kasih sayang dan rahmat dari Ilahi. Amin Ya Rabbal Alamin.

dalam banyak-banyak yang mendoakan saya, saya tertarik dengan dua doa kat bawah nie. bukan lah maksudnya saya tak hargai doa yang lain cuma nya macam tak sesuai nak tepek semua kat dalam entry saya yang secoet nie kan. huuuu


ini dari adik badik KBU saya. terharu pulak dengan ucapan Pakcu Sofi nie. hanya satu doa saya moga jalinan antara kami berpanjangan hingga ke Jannah. Amin. takleh tahan komen Solihin Zubir tue. sabo jela dengan pakcik tue =.='


yang nie dari seseorang yang terpaksa dirahsiakan namanya konon ihihihi :p. doa yang buat saya terharu jugak. "tak ada yang sempurna dalam dunia, tapi bila ALLAH sentiasa bersama yang derita itu jugalah yang bisa jadi bahagia" ye benar bagai dikata. bila kita sentiasa mencari redha dan cinta Allah insyaAllah duduk dalam rumah kecik pun rasa lebih bahagia berbanding yang tinggal di rumah agam yang bertingkat tiga. insyaAllah saya ingat pesanan yang awak selalu kasi ke saya. terima kasih selalu mengingatkan saya :)

terima kasih lagi sekali buat semua!!!


#besday dah lepas tapi baru rini boleh update almaklum lah jumaat cuti takleh curik wifi opis hihihi :p 

27 September 2012

Nak Diet Jugak!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



ekceli jenuh menung sana menung sini fikir nak update amenda. tadi bw ke belog Kak Miza terbaca entry diet dia. perkataan diet tengah menyelubungi hari-hari saya sekarang. eh bukan saya yang diet. saya kan kuruih keng kata Pakcu Sofi, mana lak mau nya nak diet lagi huuu..

dua orang osmate tengah pulun diet. makan acai beri ubat kurus tue, pastu diet malam takmo makan pape. bila weekend langsung takmo makan. makan la sandwich dua keping pagi malam. pastu sup sayur. arghhhh saya yang tak diet nie pulak tekanan tengok menu diet diorang tue. bila tanya 'mau nya tak terseksa tapi dah nak kurus nak buat cam mana' lepas tue tunjuk muka sedih kat saya. hihihi.

Alhamdulilah saya bersyukur dikurniakan metabolisme yang super tinggi yang mungkin sebab itu membantutkan pertambahan berat badan saya. sebab suhu badan saya nie terlampau panas. time tengahari bila saya buat uji kaji pegi pegang tangan papa ritu, papa pun terkejut tanya saya demam ke ape. saya sengih jela pastu cakap boleh mc. kihkihkih :p mama pun selalu bising bila saya peluk dia sebab suhu saya nie panas sangat. yesss dengan suhu badan yang panas boleh pedajal ngusik mama papa hahahahaha :p

bila dua orang osmate tue takmo makan malam makanya saya dengan sifat diri yang amat rajin masak tetiap hari. dan tau dah diorang tekanan pulak dengan saya. balik keja bukak pintu je akan terkeluar ayat yang sama hampir setiap hari "ko masak pe nie wanginya bau, huhuhu" hahahaha saya gelak dalam hati jela kang nampak sangat sifat kejam pulak. bila ajak makan takmo, bukan nak melumpuskan program diet diorang tapi kang sentap pulak bila tak ajak makan. syukur Alhamdulilah saya tak perlu terseksa berdiet, syukur dengan rahmat Mu ini Ya Allah. mama siap pesan lagi "kamu jangan pulak nak diet" siap pakai volume tinggi lagi tue. haishhh mama anak mama nie kuruih keng dah aihh mau merangkak keluar rumah kalau diet jugak =.="

tapi saya cukup meluat kalau yang dah sedia kurus tue sibuk kata diri dia gemok. macam osmate lama dulu. memang kurus kot bukan mata saya yang menipu sibuk beli pil itu ini diet sana sini sebab kata dia dah gemok. saya sound direct jer. "haaaa elok la tue, badan kering tue kata gemok takmo makan, besok-besok Allah tarik nikmat makan baru hampa tau" tapi kan awak awak semua. kalau masa gemok boleh pakai baju longgar jangan la pulak bila dah kurus pakai baju macam sarung nangka. kang Allah tarik nikmat kang haaaa baru nak sedar langit tue tinggi ke rendah.   

26 September 2012

Tolong Kesah Perasaan Orang Lain

tudiaaaaa comotnya. nampak sangat jari bukan jemari seni. ye ngaku gambar atas tue saya yang edit. sebab nak tunjuk contoh apa yang pernah saya tengok. nak print screen bukti nyata lagi kukuh kang kena saman lak kan =.='

awak semua pernah jumpa tak situasi macam saya bagi contoh tue. contohnya kita pos yang kita sakit sekian-sekian lepas tue datang la hamba Allah yang BERJAYA nie spam pos kita promote barang diorang suh kita beli barang tue. saya pernah jumpa dalam satu group yang ditubuhkan untuk mengutip bantuan sebab pesakit tue tak mampu nak tanggung kos pembedahan. tapi ada pihak yang menjengkelkan pegi pos promote barang depa suh beli sedangkan dah terang lagi bersuluh patient tue tak mampu. sakit hati tak kalau jumpa dengan manusia macam nie? dari awak promote itu ini baik awak sedekahkan barang tue ke patient kalau betul boleh bantu hilangkan sakit yang dihadapi tak payah nak promote suh beli pulak. itu namanya menangguk di air yang keruh.

tak salah nak meniaga tapi ikut jalan yang betul la. tak perlu nak spam pos orang lain. tak perlu jadi manusia yang menyakitkan hati orang lain. kalau betul nak bantu patient tue PM dia secara personal. gunakan bahasa yang sopan dan lemah lembut. tapi kalau dah memang tau patient tue tak mampu nak beli barang awak jangan ganggu dia. pergi meniaga kat tempat lain. jangan menambahkan sakit yang dia tanggung. sakit hati sebenarnya lebih perit dari sakit yang memang nampak depan mata tau!! 

semalam saya ada terdengar ustaz ceramah kat surau depan rumah. katanya kita nie jangan menari diatas kelukaan orang lain. kalau orang tue sakit jangan kita nak tambahkan sakit dia lagi. jaga perasaan manusia lain. Allah tambahkan pahala kalau kita jaga perasaan sesama kita. contoh ustaz tue bagi semalam. ada sorang hamba Allah nie dia masuk syurga sebab tolong alihkan kayu yang boleh menghalang umat islam ke masjid. Allah masukkan dia dalam syurga bukan sebab angkat kayu tapi sebab dia jaga kebajikan sesama islam sesama manusia. get it?

25 September 2012

Satu Perjalanan #23 versi Takut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



belek belek kalendar tetiba pulak nebes, banyak benda yang ada kat dalam otak saya nie ha. perkataan "takut" tue selalu datang boleh dikatakan tiap hari. tengok kalendar pun takut? ada monster ke kat kalendar tue? =.='

'tiba-tiba pulak rasa takut bila tengok baju pengantin nie awak' saya kata kat Mastura ritu masa dia teman saya cari busana pengantin. seyes saya tak tipu. bila orang kedai mintak saya cuba baju tue automatik perasaan takut datang. jantung pun rasa debar-debar je. pembantu butik tue gelakkan saya je bila saya kata takut masa nak melangkah tunjuk kat mama busana pengantin yang  terpilih tue. yela terpilih i kan cerewet. tue tak nak nie tak boleh. hihihi :p

lagi satu saya takut masa kenduri nanti kalau ada tetamu yang tak dapat makan sebab tak cukup makanan. macam ada kenduri sorang sahabat dulu pukul 2 lebih macam tue katering kata makanan dah habis sedangkan waktu tue waktu kemuncak tetamu datang ke walimah. mujur papa mama kata nak buat masak gotong royong. walau gotong royong perasaan takut tetap ada sebab saya tak nak sampai ada tetamu yang balik dengan perot yang masih kosong. semoga dipermudahkan lah semuanya nanti Amin.

dan saya takut kalau nanti ada 'sesape' yang memandai ubah plan saya yang tak nak itu ini untuk walimah nanti. sebab saya sedang usaha untuk menjadikan walimah saya yang diberkhati dan bukan permulaan dosa. saya takut nanti ada yang memandai suruh bersanding pulak sedangkan saya cuma nak tangkap gambar kenangan je dekat pelamin tue nanti. semoga apa yang saya hajati terlaksana Ya Allah Amin. kalau ada jugak yang memandai suruh bersanding takut nanti timbul kes pengantin bermulut laser pulak dihari bahagia. confirm ramai yang sentap nanti.

dan saya takut andai saya tak mampu jadi zaujah yang terbaik untuk zauj saya nanti. memegang tittle 'isteri' satu tanggungjawab besar sama lah macam memegang tittle 'anak'. perlu lebih banyak study untuk menjadi seorang isteri yang solehah yang tak bagi 'saham' sampai suami boleh terjatuh dalam neraka. memandangkan lepas nikah nanti kami ber PJJ Perkahwinan jarak jauh. lagi mencabar kredebiliti menjadi isteri yang berjarak jauh nie. huuu. tapi saya percaya bakal suami saya seorang yang bertimbang rasa. sebab dia dah sedia maklum cabaran yang bakal dihadapi bila memilih saya sebagai isteri. kan awak kan? hihihihi :p

arghhhh kalau cakap pasal takut nie sampai bebila pun tak habis. nanti dah lepas kawen takut nak melahirkan pulak. =.=' pape pun semoga walimah kami nanti berjalan lancar dan diberkhati Ilahi hendakNya Amin

AWAK AWAK DAN AWAK SEMUA. YE AWAK YANG SEDANG MEMBACA NIE. JIKA TAK KEBERATAN MOHON PM SAYA NAMA PENUH DAN ALAMAT AWAK UNTUK TUJUAN JEMPUTAN WALIMAH NANTI... haaaa caps lock tue pasal nak bagitau tengah seyes nie. rasa mcm kak Shida pulak bila berkeplok2 nie @.@

24 September 2012

Sudip Syakira : Tomyam Putih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah baru lepas bekpes kek Kak Shida kasi semalam. semalam tak sempat habiskan, sedap tak hengat kek dia siap boleh teropong lagi. dengki kek saya tak boleh jadi macam kek dia. semalam dia bagi satu tupperware penuh kot and sekelip mata je dah tinggal separuh. hahahaha mekasih ye akak sebab bekalkan adik akak nie kek tersebut semalam :D tak boleh gitau kek apekah sebab tuan punya badan belum publish lagi entry dia :p

semalam ke pendang sebab ada 'sesuatu' nak ambik dekat Kak Shida tue. dalam perjalanan ke sana jantung saya berdebar-debar. takde pulak terjumpa akasyah kat mana-mana kau ingat kau tiz zaqyah :p sampai rumah sewa pun still berdebar lagi. nasib tak terpotong jari masa hiris serai sebab debar punya pasal tue. last sekali baru saya tau rupanya berdebar pasal pestime nak buat tomyam putih, cehhhh apa punya pangai ntah jantung nie =.='

seyes baru-baru je saya terjatuh cinta dengan tomyam putih, sejak bulan posa ritu tak silap. sampai osmate naik meluat kalau berbuka kat kedai menu saya mesti tomyam putih. ritu ada la google2 resepi dia sebab tanya mama, mama tak pernah buat. mana saya dapat resepi nie pun saya lupa dah, moga tuan punya resepi asal halalkan lah resepi dia nie. Aamiin....

Tomyam Putih : maybe yang berminyak tue datang dari lemak ayam yang secoet tue agaknya

Tomyam Putih

bahan-bahannya ->

2 ketul ayam
sebatang serai -diketuk
4 biji cili padi -tumbuk tapi jangan sampai hancur
5 helai daun limau purut -buang tulang dia kalau tak nanti pahit
3 biji limau nipis -perah ambik jus dia, kulit jangan masuk pulak hihi :p
2 hiris lengkuas -tumbuk
sayur campur
1 kiub ayam
santan -dalam satu sudu

1. rebus ayam bersama lengkuas, tunggu sampai air mendidih masukkan garam sikit jangan byk.

2. pecahkan kiub ayam dan campak dalam air rebusan tue kemudian masukkan serai, daun limau purut. lepas dah mendidih baru masuk sayur campur.

3. sayur dah separuh masak, air pun dah mendidih balik. masukkan cili padi tadi dan jus limau nipis yang diperah tadi tue. tengok dah mendidih baru masuk santan/susu. rasa cukup ke tak masin dengan masam dia. then siap boleh la makan dengan nasi panas.

*****

sebenarnya tomyam putih nie lagi elok dari tomyam biasa tue sebab perencah tomyam yang sedia ada tue banyak ajinomoto. kiub ayam tue pun ada ajinomoto jugak kalau tak nak guna pun boleh. ikut pada selera masing-masing :) maaf Kak Shida tersalah gitau resepi pulak semalam hihihi :p  


23 September 2012

Baran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ye hari nie hari ahad dimana permulaan minggu saya bekerja dan hari dimana akan blur nak update pasal pe. @.@ plus dashboard baru buat rasa macam nak tendang je dia dengan view baru yang depa bagi. nasib belog pun free.

ada la beberapa sahabat dan adik-adik yang mintak pendapat pasal Istikharah. sebenarnya saya ada bebel pasal nie kat entry Satu Perjalanan #14 versi Istikahrah Cinta. petunjuk yang hadir tue adakah betul petunjuk atau sebaliknya wallahualam payah saya nak menjawab tapi sekiranya awak dah beristikharah dengan tenang ikhlas dan bersungguh insyaAllah Allah tak menghampakan permintaan hambaNya. cuma kalau Dia lambat menjawab bermakna Dia mahu "bercinta" dengan awak lebih lagi la tue. jadi mohon awak semua jangan putus asa ye. saya sentiasa mendoakan untuk awak semua :)

tadi ternampak la tweet sorang adik tue pasal baran. ala malas pulak nak cari print screen kan. teringat saya satu masa dulu sangat takut nak kawen sebab takut bersuamikan lelaki yang sangat panas baran. yang selalu kakinya dimukaku. sebab masa dulu ada satu telemovie suaminya selalu kakikan isteri dia kalau hajat dia tak ditunaikan. sumpah saya sangat takut. kalau dengar geng lelaki gaduh suara tinggi tinggi pun saya dah kecut kalau berdepan dengan seorang suami yang panas baran ntah macam mana pulak jadinya. mintak dijauhkan lah saya dari termasuk dalam situasi macam nie. Amin

dulu ex saya seorang yang panas baran. kalau gaduh-gaduh tue celah gigi jela. kalau tak handphone cium jalan tar memang tak sah. selalu kalau baran dia datang time drive dia akan drive macam drifter tue. maaflah erk saya tak berjanji untuk semati dengan awak kat jalan raya. sampai trafic light saya bukak seat belt, bukak kunci dan saya nak keluar. kang tak pepasal mati kat tengah jalan pulak. dah tue tau pulak dia nak bawak slow motion. =.='

apa yang boleh saya katakan bila berdepan dengan mereka yang jenis panas baran nie. kita senyap time dorang tengah baran tue. jangan layan apa yang depa kata sebab kang ada pulak yang lebam kena tumbuk ke ape ke. dan jangan la api simbah dengan api kang kebakaran pulak, dedua hangus dalam tue sudahnya masuk metro muka depan. bila dah reda baru bincang bebaik apa yang tak kena. kena belajar bersabar yang amat sangat. sebab saya tak mampu sabar sangat la yang jadi ex tue hihihihi :p 

Alhamdulilah jodoh saya bukan dengan dia, dah kawen pun dia bulan 3 ritu. walau kekadang gerun tengok Pakcik Imam marah tapi marahnya masih berbatas. dan biasanya memang saya diam je kalau ada sesape yang marah saya, sediakan telinga untuk dibebel @.@ bila dah reda baru la gitau yang saya tak puas hati kena marah tue. macam ritu bila kena marah dengan boss, sejam dua lepas tue saya pulak masuk bilik dia gitau cerita sebenar then Alhamdulilah terbukti salah bukan dari pihak saya. eh nanti la cerita pasal tue erk. pape pun kalau nak marah cuba diam sekejap, istighfar bebanyak sebab syaitan memang suka time awak marah. terkinja kinja dia bila dah berjaya hasut awak. tapi menangis la dia bila awak berjaya jadi anak Adam umat Muhammad yang tinggi sabarnya. indahnya pekertinya ;) wallahualam

20 September 2012

Semalam Ofis Terbakar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ini cerita pasal semalam. sebab semalam dah update entry maka entry nie untuk rini la pulak, awak semua tak marah kan? hihihi :p semalam tengah saya nak letak sos kat beger mekdi saya tetiba ekon opis berenti. dah tue loceng kecemasan dok bunyi keting keting menandakan ada kebakaran. mula ingat pihak pengurusan banggunan tengah check menda penangkap asap tue(ape nama dia ntah tatau) tapi loceng dekat tangga kecemasan pun dok bunyi sakan.

maka cepat-cepat la kami semua nie kemas barang nak selamatkan diri. saya sempat simpan balik beger tadi, tutup lappy simpan dalam beg. Kak Ana osmate saya dah terjerit-jerit panggil suruh saya cepat sikit. "kira cepat lah! yang hang dok selamat mekdi tue buat pa, botol air tue pun bawak sekali buat pa tinggai ja" saya pun dalam dok hentak kaki sebab mulut dia bising tetap jugak usung plastik mekdi dengan botol tupperware pepel saya. tupperware tue pun along yang kasi ingat senang ke nak beli yang mahal-mahal. rungut dalam hati jela kang kalau keluar ikut mulut mau kena cili pulak hihihi :p

turun la dari tingkat tujuh nie haa sebab opis saya tingkat tujuh, turun pakai tangga kecemasan okeh!! kalau dah namanya tangga kecemasan bukan tujuh tingkat tapi sembilan sebab tingkat 6 dengan 1 ada dua lapis ke cam mana ntah. sakit urat kaki makcik nie turun tangga dengan bawak beg lappy nya mekdi lagi, turun hegeh-hegeh tak nak pegang besi tangga sebab kotor huuu sempat lagi tue =.='

sampai je kat bawah sekali tue dalam mengah-mengah pengurusan banggunan nie bagitau KEDA, kemajuan wilayah kedah kot namanya. depa goreng ikan masin kat tingkat 6 tue. asap goreng naik, pengesan asap tue dapat detect makanya sebab tue loceng kecemasan dok bunyi keting keting ......................... arghhhhhhh ape ke halnya cerdik sangat yang pi goreng ikan masin dalam opis!!!!!!! sangat tekanan tau dak, dengan kaki sakitnya, bahu sakitnya, Kak Ana kata dia nak pi tampaq orang yang goreng ikan masin pasal menyusahkan orang lain.

"pala hotak hang la" kata Kak Ana bila saya kata baru rini kira tau rupanya akak sayang kat kira. hahahaahahaha gelak saya dengan dia bila ingat cemas nya kami turun ikut tangga tue. dalam sibok turun mulut dedua pun sibok pot pet itu ini =.=' tapi seyes baru rini saya sedar rupanya masih ada yang sayang saya kat sini hihihihi :p

19 September 2012

Moga DipermudahkanNya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


betul jugak kan apa yang Solihin Zubir tue kata. sebab selalu je kita doa "semoga urusan saya dipermudahkanNya" tapi sebaliknya bukan semua tapi ada segelintir yang tak cuba permudahkan urusan orang lain. sebagai contoh yang paling dekat dengan saya baru je jadi dalam beberapa minggu nie.

semalam ramai calon baru lapor diri kat opis saya nie. minggu lepas diorang call tanya penempatan depa. jawapan EO (executive officer) lapor diri dulu baru tau penempatan kat mana. apa yang jadi isu nya kat sini. boleh dikatakan depa nie semua bukan asal dari kedah. ada yang dari pahang, kelantan, johor, terengganu dan lain-lain.

dan semalam kecoh bila parents risaukan mana anak-anak diorang nak tido. yela rumah sewa takde lagi tak kan nak tido bawah jambatan kot. nak cari rumah sewa awal takut pulak kalau kena anta ke kawasan mana-mananya dah jadi satu hal lain pulak. mama saya pun risau masa saya lapor diri kat sini dulu tapi nasib baiknya saya sebab penempatan saya memang kat Ibu Pejabat Kedah jadi rumah pun boleh la cari awal sebelum datang sini.

apa yang saya pelik pihak pentadbiran opis saya nie kenapa tak decide awal-awal mana nak letakkan diorang tue. kalau keputusan awal keluar boleh la diorang cari rumah sewa awal-awal sebelum datang sebab rata-rata takde sape yang ada sedara mara sepupu sepapat yang boleh mintak tumpang berteduh barang sekejap. takde la risau hati orang tua diorang tue. bukan ke memudahkan urusan orang lain tue.

mungkin sekarang nie awak tak berada kat tempat diorang yang tengah susah tue. tapi satu hari nanti bila awak pun ada kat situasi yang lebih kurang sama baru awak sedar salah yang awak pernah buat dulu tue. sekarang nie Allah bayar cash jer. awak mudahkan urusan orang lain hari nie insyaAllah DIA akan permudahkan urusan awak pulak di lain hari. 

18 September 2012

Kistot : Hanya Aku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

perkarangan Masjid Usuludin kampung Cempaka dipenuhi sanak saudara dan rakan taulan kedua pasangan raja sehari. masing-masing berwajah ceria meraikan hari bahagia kedua pasangan pengantin. 

Sah!! kata tok kadi. terpamer wajah lega diraut muka pengantin lelaki. menitik juga air mata si pengantin perempuan, kalimah syukur dipanjatkan pada Yang Esa. akad sudah diangkat maka bermula lah saat kedua mereka memegang tanggungjawab suami dan isteri.

Rahimi hanya memandang dari jauh kedua pengantin berjalan berpegangan tangan. Erat sekali. senyuman bahagia terpamer di wajah mereka yang berseri. Dia benci melihat wajah-wajah itu. pisau rainbow disimpan kemas di dalam poket. 

"tak kan ada sesiapa pun yang boleh miliki kau selain aku Salina" Rahimi mula berjalan mendekati majlis persandingan dihadapannya. dia berpura-pura tersenyum menghampiri kedua mempelai.

Izwan tak selesa bila lelaki yang baru memperkenalkan diri sebentar tadi berada dekat dengan isterinya. bukan dia cemburu tapi seperti ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku. hatinya tidak sedap.

"Allahuakbar" memancut darah keluar dari perut Salina. sakitnya hanya Allah yang tahu. tangannya lekas berpaut pada suaminya. Izwan kaget dia terkejut. Jemari isterinya yang berinai merah bercampur dengan pekatnya darah yang keluar.

Rahimi berundur setapak demi setapak sebelum orang ramai cepat menangkap dirinya. majlis yang meriah dengan hilai tawa tadi bertukar riuh rendah. masing-masing keliru apa yang sedang terjadi. Salina sedang bertarung nyawa. Rahimi memandang dari jauh sambil air mata mula merembes keluar. Jarinya yang dipenuhi darah meraup rambutnya ke belakang. 

"apa yang aku dah buat nie" siren polis mula memasuki kawasan perkarangan kejadian. orang ramai mula berkerumun membuat tafsiran yang tersendiri.

*****

Hilai tawa Rahimi mula kedengaran semakin kuat dan kuat. gambar yang dipegang sedari tadi sudah renyuk namun masih kelihatan senyuman bahagia dia dan Salina. 

Salina memutuskan hubungan mereka kerana sikap cemburu buta Rahimi. Salina tidak boleh bergaul dengan sesiapa walau rakan perempuan nya sendiri. Rahimi menetapkan Salina hanya untuk dia. hanya untuk dia.

TAMAT

kistot : kisah kontot ;)

17 September 2012

Satu Perjalanan #22 versi Cincin Buat Bakal Suami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

ekceli kan dari pagi tadi otak tepu tak boleh nak update belog. bila tak update rasa sasau pulak. penyakit apa pun tatau la =.=' 3 hari cuti makanya 3 hari la cuti berbelog. tue pun opis baik hati bagi cedok sikit wifi depa kalau tak haruslah sambung cuti berbelog kihkihkih :p

sabtu lepas ajak mama pegi cari cincin tuk bakal suami saya. apa yang saya tau haram lelaki pakai apa jenis cincin pun yang ada campuran emas walaupun hanya sikit emasnya. kecuali kalau dileburkan kembali hilang sifat emas tue boleh la pakai. suasa jugak ada campuran emas. sila rujuk di sini untuk maklumat yang lebih lanjut. lama saya research cari maklumat pasal cincin untuk lelaki muslim. nak bagi sesuatu untuk yang disayangi biarlah sesuatu tue tak menolak dia masuk ke neraka. itu prinsip saya lah. dari apa yang saya cari perak dan platinum dibolehkan untuk lelaki muslim sebab takde campuran emas.

platinum sangat mahal, nangis sekejap tengok harga dia nasib Pakcik Imam kata setuju bila saya kata nak beli yang perak kat dia. bukan lah wajib bagi suami cincin tapi tak salah kan kalau saya pun nak bagi hadiah kat dia walaupun tak mahal mana. last decide beli perak dan Alhamdulilah dapat dah pun. tauke kedai tue bising kata jari bakal suami saya tue kecik sangat. kecik ke? tengok dia macam 'sihat' je hihihihi #JahatBetol :p

pernah saya pergi satu kedai nie tanya ada tak dia jual platinum kat situ, dia kata takde dan memang saya akui nak dapat cincin platinum yang dah siap memang susah kecuali kalau awak sanggup abiskan duit lebih tempah dia. dan penjual bukan muslim tue suggest kat saya beli suasa. saya tanya dia suasa ada campuran emas kan? dia angguk lepas tue dia kata, tapi melayu banyak beli maa. saya tegaskan lelaki islam tak boleh pakai cincin ada campuran emas walaupun sikit. lepas tue dia ajar saya time nak solat bukak cincin tue saya senyum je dan cakap tetap tak boleh.

dan entry nie bukanlah nak menunjuk atau nak berbangga diri atau pape je. tapi saya sekadar nak berkongsi yang cincin suasa tue haram dipakai untuk lelaki muslim walaupun time nak solat awak bukak cincin tue. kat link yang saya higlight kan tadi ada soal jawab yang dijawab oleh banyak pihak. boleh la rujuk kat situ ye.

  
kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yang bermaksud :
"Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samada emasnya sedikit atau banyak"

#line tenet tak bpe laju susah nak bw T.T

13 September 2012

Sardin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

esok raya yeayyy, hihihi :p ntah pasal pe rini boleh pulak terjaga 5 lebih, nak bangun sahur malas, usaha pejam mata nak tido pun takmau jugak, laslty 7.40 dah terpacak kat opis rekod la tue selalunya lagi 2 minit ke 5 minit baru nak sampai opis. tue pun dah usaha bawak Nurul Iman tue slow yang mungkin. mama kata "amboi kemain awal kamu sampai opis rini mentang mentang la nak balik kampung" kihkihkih memang sindrom nie selalu datang kalau khamis tue adalah hari tuk balik ke kampung :p

sebut sardin teringat semalam dok mengadu kat mama sepanjang berbuka makanan tak berapa nak best, bila sebut berbuka dengan sardin mama kata "ok la tue kan ada kalsium kat situ" huuuu sampai hati mama. bukan tak rajin nak masak menda menda lain yang lebih protein cuma malas nak ke tesco beli barang basah. kalau penyakit malas lagi banyak memang susah nak tolerate lah.

pebret saya la tue, papa suka makan yang dalam tin bujur tue apa yang bestnya ntah nak try la nanti

dulu masa kecik kecik kalau mama masak sardin hari tue mesti kami adik badik kata hari nie makan lauk orang kaya sebab jarang dapat makan sardin. padahal  hari-hari selalu tue ada je ayam ke ikan yang mama masak cuma mama tak suka bagi kami makan sardin bukan sebab mahal ke ape. dasar bebudak betol =.='

tapi seyes saya amat suka kan sardin yang dalam tin tue. nak pulak kuah dia pekat cicah dengan roti perghhh boleh sampai 5 keping selamat masuk dalam perot. cicah roti jala ke kan, haishh meleleh pulak air liur. tapi tak suka masak laksa pakai ikan sardin, kecik susah nak korek isi dia walau ramai yang kata kalau pakai ikan sardin lagi sedap, saya kan pemalas banyak kihkihkih :p Pakcik sila jangan mintak laksa b'ikan kan sardin boleh? :p

#rini boleh berbukakan rendang udang mama kiera'sakura yeayyyy. 

12 September 2012

Satu Perjalanan #21 versi Kad Kahwin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

itu kad Irma Hasmie bukan kad kawen saya dengan Pakcik Imam :p

Salam dua puluh lima syawal. lusa saya dah boleh raya insyaAllah yeayyyy, padah dari awal liat nak pose dah ujung-ujung baru hegeh hegeh, orang lain lama dah raya, padan kat muka sendiri =.=' oh ye terima kasih kat sahabat sahabat dan akak akak saya yang dok kejar suruh saya cepat setelkan urusan walimah. Alhamdulilah banyak yang dah setel. terima kasih ye sudi bertanya dan mengingatkan saya, ekceli saya setelkan semua tue pelan pelan cuma nampak kat mata orang lain macam saya nie terlampau releks sediakan preparation. dah memang macam tue perangai saya susah nak elakkan lagi huuu. pape pon terima kasih bagi yang mengambil berat. saya hargai sangat ;)

sabtu lepas baru je tempah kad kawen. katanya siap dalam seminggu sempat la saya nak pos ke kawan kawan awal bulan depan. nak bagi by hand pun sempat banyak lagi masa. hihihi.. oh ye pada awak awak semua sila PM saya alamat ye saya nak pos kad, nak jemput awak ke walimah saya nanti. :)

cerita pasal kad kawen, saya dengan Pakcik Imam dah decide nak buat yang simple dan murah. ok murah tue penting sebab nak jimat kos, apa ingat nak buat kenduri nie pakai seribu dua je belanja. takde kad wangi, takde kad special tuk vvip, takde kad yang ada gambar. hanya sekeping kad yang sama design sama material untuk diedarkan pada semua jemputan. bagitau siap siap nanti ada pulak yang mintak kat saya kad wangi, saya spray perfume je kat situ tak pun tabur bedak nanti hihihi :p 

bukan lah kedekut sangat nak buat kad yang super duper cantik lain dari yang lain tapi nanti kad tue tempatnya tong sampah jugak. yang sanggup simpan kad tue bertaun taun pun rasanya saya dengan dia je. jadi rasanya baik buat yang simple dan murah kalau nanti kita nampak kad kita di kaki sesiapa pun at least takde la sakit hati sangat kan.. hihihi.. dan bagi kami, saya dengan dia lagi suka habiskan belanja jamu tetamu makan atau something yang boleh jadi darah daging. kan itu lebih berkat. ye tau lain orang lain cara. dan cara kami memang tak sama dengan yang lain. mungkin disitulah uniknya kami #Muntah

11 September 2012

Putus Cinta

Asslamualaikum dan Salam sejahtera


semalam saya bw, usya kat twitter kebanyakkannya berkisarkan kelukaan dan kekecewaan lepas ditinggalkan si dia yang dulu. ala lepas break dengan gepren/boipren mesti rasa sakit hati menyampah meluat benci semua la ada kan. sampai kita lupa yang dulu dia pernah tabur banyak kebaikan untuk diri kita. adat manusia kerana satu kesalahan sampai lupa sepuluh kebaikan yang pernah orang tue bagi ke kita.

ini pendapat saya lah. bagi diri saya. yela kan pendapat semua orang tak sama. betol lah mesti rasa sakit hati menyampah semua tue lepas ditinggalkan. nak pulak kalau ditinggalkan atas sebab yang langsung kita tak boleh diterima. paling sakit hati kalau diri diduakan. ye saya pernah rasa semua tue. sakit memang pedih. luka memang dalam. dan adat saya seorang perempuan mesti nangis bila dikecewakan macam tue, nangis bukan sedih tapi geram dan benci sebab saya yang jadi mangsa. memang time tue maki hamun dendam semua tersulam. sampai rasa kalau jumpa dia exciden tepi jalan nak buat tatau je. terok kan perangai. Astghafirullahalazim

tapi cuba tengok another side. dia dulu pernah buat saya tersenyum. dia dulu pernah jadi warna yang bahagia untuk saya. dan banyak kebaikan yang pernah dia bagi ke saya dulu. yang utama kerana kekecewaan yang saya dapat dari dia yang dulu saya menjadi Syakira Yaakub yang sekarang. dulu saya memang cepat naik angin, cepat melenting kalau ada benda yang tak kena tapi sebab dia seorang panas baran cepat marah, kiranya lagi ekstrem la dari marah saya nie saya belajar jadi orang yang sabar. tersangat sabar sampai saya macam orang takde perasaan kata kawan-kawan serumah saya. ok dari dia saya mampu jadi orang yang sabar. kan sifat positif tue, menguntungkan diri saya jugak.

dulu rasanya saya comot sangat. langsung tak pandai nak bergaya. tapi kerana dia dulu maskulin men, smart, diajarnya saya jadi mementingkan penampilan diri waktu nak keluar rumah. yang tak ambik mudah hal dressing semua nie. dan hasilnya saya jadi lebih kemas walaupun takde la cantik mana pun kan. kan tue pun sifat positif. pernah Pakcik Imam kata ke saya bila dia asuh saya jadi yang lebih baik sekarang nie "kalaupun nanti awak bukan untuk saya sekurangnya awak menjadi yang terbaik untuk dia yang akan datang". 

kesimpulannya cuba usaha jadi manusia yang positif. fikirkan kebaikan dia yang sepuluh tue dari salah dia yang satu. bukan untuk sambung balik hubungan yang terputus tapi untuk mengelakkan dari terputusnya silaturahim sesama islam. bukanlah nak suruh awak closed dengan dia macam sebelum nie tapi supaya takde la perkataan musuh antara awak berdua. saya tau susah nak pujuk hati menjadi yang positif saya jugak memerlukan masa tapi ingatlah bila hati kita dah memaafkan dan diri menjadi positif insyaAllah ketenangan bakal menyusuri hari hari mendatang. 

dan bagi diri saya sendiri nak cuba elakkan jadi kebencian orang lain. biarlah seribu kesakitan pun yang dilemparkan buat diri tapi lemparkan pulak lah sejuta kebaikan buat dia. lebih baik menjadi sisi putih dari menjadi sisi gelap. lebih baik dikenang sebagai yang menyenangi dari yang dibenci. dan jangan pernah lupa kebaikan yang dihulur. apa yang saya sendiri nampak dalam diri saya lebih menghargai si dia yang hadir selepas dikecewakan oleh mereka yang lalu sebab saya tau macam mana sakitnya bila disakiti. saya yakin awak semua jugak macam tue kan? 

#saya bukan menggalakkan kapel sebelum nikah

10 September 2012

KBU : Aidilfitri 1433H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sabtu 25 ogos lepas on the way nak balik LoqStaq dari Ipoh saya pun singgah la join sekali beraya dengan bebudak KBU tue. seminggu tue depa pi beraya saya tak join memandangkan saya anak perantau yang bila balik kampung memang merap dengan mama papa je kihkihkih :p


tadi sementara lepak dalam kereta saya terfikir jalinan ukhwah antara Kami Blogger Utagha. sape sangka dalam awalnya tak kenal sape, lain loghat, berbeza asal usul dan adat. akhirnya berkat kasih sayang yang Allah limpahkan kami semua boleh berkumpul lepak bergurau yang kadang boleh buat sesape sentap kalau tak kena gayanya. tapi sebab pegang tittle "adik badik" perasaan sentap tue agak susah nak wujud kekadang. Alhamdulilah



saya tatau apa jadi sebab masa raya seminggu tak online kat kampung. plan awalnya potluck kat pantai merdeka lastnya tukar open house rumah Finaz. disebabkan Finaz dekat Sungai Petani, petang lepas lepak makan merapu sat sat terus ke Titi Semeling Sungai Petani. tempat tue sangat cantik ok. sangat ramai pengantin berpotosut kat situ petang tue. saya yang bakal pengantin nie pun mula la tergedik gedik rasa nak potosut kat situ jugak kihkihkih :p "nanti hampa potosut kami nak mai sekali" kata bebudak KBU nie... 


kenapa saya sayang KBU sebab dekat situ saya boleh tengok bermacam jenis kaler perangai. yang pembising, pendiam, pengacau, pembuli semua ada lah dan yang penting semuanya peramah penyayang dan pemesra alam ;) serius!! saya sayang adik badik KBU saya.


ekceli kan dah tatau nak isi ape dengan entry nie. sebab dah lama sangat dia terperok dalam draft tue. disebabkan hati masih terkinja nak sharekan gambar2 kat titi semeling yang cantik tue makanya saya gagahkan jugak jari nie menaip entry. huhuhu



last but not least. balik dari keja beraya ke open house Munet. kebetulan Naim pun nak kesana mintak dia tunggu sampai saya datang. almaklumla cheq kan pemalu. hahahaha... ayam masak jawa mak munet sangat sedap. mintak resepi mak dia kata main campak campak je tak reti nak kasi resepi.. huwaaaaa #Nanges

06 September 2012

Satu Perjalanan #20 versi Saya Terima Awak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kay_Are mintak saya sharekan pengalaman macam yang dia req atas tue. errr errr tetiba pulak jadi segan nak cerita. padahal sebelum nie share macam-macam boleh pulak!!! #LempangDiriSendiri. ekceli saya nak ceritakan pasal saya dan Pakcik Imam bila dah dekat-dekat tarikh nikah nanti tapi takpe la saya ceritakan sikit. mungkin dari pengalaman saya boleh jadi panduan dan contoh untuk sesape yang membaca kan.

tunang saya juga seorang blogger, dan perkenalan kami memang dari alam maya. macam mana boleh rapat? mungkin sebab tunang saya mesra alam dan saya takde la pendiam sangat. macam mana boleh trust dia? senang je. saya mula kawan je dengan dia. jenis saya memang tak memilih kawan, bila saya dah kenal dia,  tau dia jenis macam mana baru la decide nak percaya dia atau tak. bila dah pernah jumpa baru decide nak jadikan dia kawan rapat atau tak. 

keputusan saya nak percaya kan dia bila dia melamar bukan dibuat suka suka. saya istikharah sebelum terima dia. ada saya ceritakan dalam entry nie pasal istikharah cinta sebelum saya bagi jawapan ke dia saya terima dia. sebab hanya DIA saja yang tau apa dan siapa yang terbaik untuk saya. lepas Allah menjawab baru la saya berani melangkah untuk ke seterusnya. kahwin sekali seumur hidup jadi jangan pertaruhkan masa depan awak dengan tidak memohon petunjuk dari Allah Yang Maha Esa. 

blogger atau siapa pun jodoh yang Allah pilihkan untuk awak percayalah pasti dia yang terbaik untuk awak. dan awak jugak kena jadi yang terbaik untuk dia. umpama mata dan kelopak mata. mata tak kan boleh berkelip tanpa kelopak mata yang menutupkannya. dan ingatlah bila istikharah dah dibuat insyaAllah segalanya pasti berjalan lancar, hati pun tenang dan senang dalam melalui dugaan dan ujian yang seterusnya. kat situ lah Allah sembunyikan kemanisan dan keindahan bila kita bersandar padaNya.    

Hati yang membebel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Abang Long : opah kata pejam celik pejam celik dah bulan sebelas, nie atan pejam celik mata nie (sambil pejam celik mata dia) ....

Saya : haaaaa dah bulan sebelas, bulan sebelas lah sekarang nie

Abang Long : ishhh achik nie!!!

hahahaha suka saya menyakat anak-anak Along dengan Kakak saya. itu jela buah hati yang saya ada pun. kadang depa menangis kadang depa geram kadang dengan saya lah nak merap bermanja pun. sebenarnya diorang eksaited nak tunggu walimah saya. sibok dok tanya "bila achik nak kawen? besok ke" haishhh sabo sabo bawak bertenang jangan tanya banyak kali kang Achik pening huhuhu

perasaan nak kawen tue kan sebenarnya indah. time macam nie la nak menikmati perasaan kalut buat persiapan. pening fikir nak rancang yang terbaik. bergaduh mulut dengan sesape je yang nak argue apa yang saya dah  tetapkan. dan saat nie la yang penting kita rancang walimah nanti permulaan dosa atau sebaliknya semuanya kita boleh tentukan sendiri sebab kita pengantinnya.

"kalau ada yang banyak cakap sangat nak bantah itu ini suruh je depa mai cakap ngan ya sendiri jangan nak bebel ke mama" itu yang saya kata ke mama bila mama cakap ada someone2 yang dok bantah apa yang saya dah tetapkan. bukanlah saya nak bantah suka2 apa yang diorang cadang dan nasihatkan tue tapi kalau saya rasa apa yang saya tetapkan tue lagi baik maka saya akan pertahankan pendirian saya. ye saya memang keras kepala dan keras hati mama pun tau kalau saya kata A memang susah nak tukar jadi B.

dan saya tengah menikmati perasaan sebelum bergelar isteri kepada suami. bermacam dugaan dan ujian yang datang saya tak suka panggil masalah sebab nampak macam sesuatu yang buruk. satu hari nanti bila saya recall balik moment nie mesti saya tersenyum sendiri. awak semua nikmati la perasaan sebelum berkahwin sepuasnya, senyum lah dalam dugaan, ketawalah dalam ujian, tenang lah dalam menyelesaikannya. sebab bila awak tenang insyaAllah awak tak terasa berat nak melangkah ke satu fasa baru. fasa indah yang Allah ciptakan untuk adam dan hawa. fasa yang menyeronokkan untuk dilalui bukan menserabutkan. bila kita set ia sebagai positif mesti akan jadi positif, kalau sebaliknya macam tue la jugak sebaliknya. ingat tue.

adat bertunang mesti la ada ujian dan dugaan kalau tak kurang la kemanisan alam pertunangan tue. dugaan datang dalam pelbagai bentuk cuma diri kita sendiri kena kuat nak hadapi sebab ingat kita ada Allah DIA tak menguji kalau kita tak mampu. DIA tak kan turunkan ujian kalau tak ada penyelesaian, dan DIA nak bagitau yang DIA sayang kita DIA dekat dengan kita jadi bersyukur bila kena uji supaya kita tau siapa DIA dan siapa kita. "inilah dugaan kita" kata saya ke Pakcik Imam ritu. dan semoga saya dan dia kuat nak hadapi dugaan yang datang nie, moga dugaan nie menjadikan kami matang dan lebih dewa hendakNya Amin.


05 September 2012

Satu Perjalanan #19 versi Pelamin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ada lagi kira-kira dua bulan nak setelkan banyak benda. haa time time macam nie la saya baru nak kalut buat preparation sebab saja nak menikmati kekalutan menyediakan persiapan walimah kalau semua sedia awal awal nanti saya takda tekanan pulak nak kawen kan #Mereng hahaha. 

dari awal lagi saya dah letakkan sasaran kalau boleh biarlah semuanya saya sediakan dan tentukan sendiri, takda weeding planner sebab saya nak saya yang kalut sediakan untuk hari bersejarah saya, indah kan bila nak dikenang penat lelah nanti mesti time tue rasa berbaloi. tapi maksud semua sedia sendiri bukanlah sampai takda yang tolong walimah nanti. gila ke apa sampai nanti masak pun pengantin berpeluh ketiak kacau gulai dalam kawah. memang cari nahas la tue. 

maksud saya ada certain part jela yang saya sediakan dengan hasil tangan saya. yang saya mampu sediakan yang tak mampu tue saya upahkan ke mereka yang lebih arif saya nie takde la kreatif mana pun. contohnya pelamin nie saya ada sebab tersendiri nak buat sendiri, tak sewa kat mana-mana butik pengantin. Alhamdulilah mama pun sudi membantu. lagipun pelamin untuk port tangkap gambar simple je.

barang-barang untuk pelamin Alhamdulilah semua dah ada. badget yang saya keluarkan kira-kira RM600 lebih. banyak tue memang lah banyak tapi nanti bila selesai majlis tabir belakang tue saya boleh gantung jadi langsir tingkap rumah atau sliding pintu. bunga-bunga yang ada tue boleh letak kat penjuru rumah buat hiasan. lampu gantung boleh cantikkan lagi ruang tamu mama, sportlight yang ada boleh letak kat garaj kereta papa. kerusi mama memang dah ada lama recycle je balik.

sebab tue la saya beli sendiri semuanya tak nak sewa sewa. sebab nanti selesai majlis semua barang tue saya boleh gunakan. keluar duit banyak tapi akhirnya barang tue dapat ke saya. kalau sewa keluar duit banyak tapi selesai majlis semua kena pulangkan balik. jimat tue penting oihhh kalau dah berumah tangga hihihi bilik pengantin saya nanti pun xde kelambu separuh gantung kat dinding tue membazir je sebab bukan boleh guna pun kelambu tue. buat yang simple sudah janji akhirnya nanti jadi hak milik sendiri. ada la macam kedekut tapi kesah apa sebab yang keluar duitnya dari poket sendiri... ;)

Terima Kasih #Terharu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

selamat hari rabu, hari nie dah lapan belas syawal pun sesape yang nak buat puasa enam tue elok la dipercepat cepatkan #CakapKatDiriSendiri. banyak hari menghilang 3 hari cuti merdeka 2 hari cuti sakit, 5 hari la saya kat kampung duduk bawah ketiak mama jadi kawan gaduh mama kat kampung jadi achik yang kuat menyakat ke anak-anak kat rumah tue, sampai menangis budak tue saya kerjakan hihihi

anyway terharu bila ada yang mencari kehilangan saya, kak Lydia Miza saya yang mesej risaukan adik dia, adik Anith adik Lina J #NaikPangkatLepasAdaAbangDepa #Pengsan yang cari kat twitter, kak Shida Anwar yang cari kat pesbuk. terima kasih semua dan sesape yang terniat dihati mencari saya yang tetiba hilang. big hug untuk awak awak semua ;)

pintu lemari bilik terjatuh atas kaki, kata dokte ligamen lari jenuh la saya nak kejar balik hihihihi :p mama papa bising macam mana pintu tue boleh tercabut saya kerjakan nak buat macam mana anak mama papa nie kan "lemah lembut" memang gitu la jadinya hihi. mangga solex pagar luar pun sebelum saya balik elok je boleh bukak lembut lembut, balik je saya nak bukak dia kena kasar kasar rentap rentap sikit haaaa baru boleh, abis jahanam harta benda aku bila dia balik kata mama hahahahaha

hari tue mama belek belek Nurul Iman saya, bising mulut mama bebel Nurul Iman saya calar banyak kat bawah tue bila mama tanya macam mana boleh jadi macam tue, kata saya Tak Nurul Iman kalau tak calar, kena la jadi macam tuan dia nampak sweet tapi kasar. mama geleng kepala je dengan perangai saya nie hahahaha. nak buat macam mana dah memang saya nie luar je nampak lembut tapi perangai sebenar hanya mereka yang kenal je tau :p

dan terima kasih bagi yang mendoakan saya dan menasihati kat entry La Tahzan tue. Iffah, Kesuma Angsana, Noraim, Sue, Kay_Are, Ruzz ... terima kasih ye betul tue ujian Allah menunjukkan kasih sayangNya dan bila ditimpa ujian kena bersyukur sebab tanda Allah masih ada dengan kita. Alhamdulilah..

#banyak benda yang nak diceritakan tapi tatau nak mula ikut mana

#Teman Pengganti, mungkin ada cerpen yang bakal menyusul, insyaAllah 

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...