Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

25 March 2015

Sel Otak Dah Berhubung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

asyik cerita pasal anak diaaaaa je? ehhh biarlah blog kita bukan kacau blog awak punnnn. hewhewhew :p nanti mesti ada yang kata. macam anak dia sorang je yang pandai yang cerdik itu ini. yelahhhh sape lagi nak puji anak tu pandai, comey, baik budi pekerti, hensem, cerdik bla bla bla kalau bukan ummi abi dia ni kannnnnn :p


Alhamdulilah dah besar budak sorang ni. dah jadi kawan bergaduh ummi hari-hari sampai abi terpaksa pesan dekat dia "yayang jangan lah gaduh dengan ummi" kahkahkah "ok kita berdamai" sebut je ayat tu mesti automatik tak jadi marah-marah ummi dah kihkihkih. ummi memang kuat nyakat pun :p

sekarang selain mulut beret sebut itu ini tanya itu ini Fateh Uwais dah makin pandai hubung kaitkan sesuatu dengan persekitaran dia. macam contoh gambar atas tu. dia bukak kaki kerusi dia. sambung panjang-panjang dan jadikan vacum =.= macam mana ummi vacum macam tu la jugak dia vacum rumah. cuma bunyi vacum Fateh Uwais keluar dekat mulut. voooommmmmm voooommmmmm buat macam bunyi vacum ummi. adoiiiinyaaaa dalam pada takut bunyi vacum rupanya otak dia ligat berjalan!!!

kalau nampak sungai terus sebut "ikannn ikannn" awal aritu tak perasan. bila dia sebut banyak kali sambil tunjuk parit tepi bendang tu baru perasan. ohhhh ikannn. alhamdulilah maksudnya dia tau ikan tu duduknya dekat mana. kalau longkang pun dia akan sebut ikan ikan sambil tunjuk. kenapa longkang jugak? sebab longkang rumah kitorang link dengan parit sawah. kadang ikan sesat masuk dalam longkang depan rumah. sejak tu nampak je air dalam longkang duk ikan dia tak habis-habis. tapi air dalam kolah takde pulak dia kata ikan hihihi sebab takde ikan kot dalam kolah tu.

semalam sambil teman ummi dekat dapur dengar bunyi kapal terbang kat atas. "apal bang" duk sebut ayat tu. ummi macam haaaahhhh ape benda pulak dah ni. bila tanya dia ape? apal bang apal bang. kapal terbang? "haaaaa" kata dia. ohhhh tau dah itu bunyi kapal terbang. huuuuu nanges ummi ni, sebak rasa bila anak dah pandai macam-macam. ummi yang cenggenggggggggg :p

banyak lagi perkembangan dia tapi banyak nya ummi dah lupa. hahahaha. sebab tu selalu kalau anak pandai buat pape terus lapor dekat abi. anak dah pandai itu dah pandai ini. bila abi balik. abi pulak eksaited suruh anak buat ape yang dia dah pandai tu. hihihihi. macam tu la kisah keluarga kecik kami. kami biasa tak ambik port sangat pasal orang lain. janji kami bahagia bertiga itu dah lebih dari cukup. alhamdulilah ;)))))

ada jugak orang tanya. bagi makan ape sampai pandai macam ni? ummi paksa dia telan kismis 7 bijik hari-hari!!!!! hahahahahaha takde lah. bebudak ni secara umumnya semuaaaaaaa dilahirkan bijak dan pandai cuma yang beza cara kita asuh dan tajamkan akal diorang. apa yang kita sebut, setiap perlakuan kita, setiap langkah kita dorang perhati dan akan ikut. betul, semua yang Fateh Uwais buat dan sebut semua dari ummi dan abi. iye, semua. kami cikgu pertama dia. sebab tu kami saling mengingatkan. jadi role model yang baik pada anak. jadi role model yang baik pada anak. insyaAllah macam mana acuan begitulah kejadiannya. lagi satu jangan sekat pembelajaran dia. kalau dia buat salah atau makan comot biarkan je dulu, lepas tu bagi dia tengok apa natijahnya bila dia dah buat salah tu. 

macam Uwais nak makan coklat sendiri, saya biarkan. kenapa nak sekat, dia nak belajar. dah makan habis comot mulut dengan baju dia. sibuk duk "omot omot" dekat kita suruh lap mulut dengan tangan dia sebab dia jenis penggeli. lepas pada tu bila nak makan saya kata biar ummi yang suap. adik kan tak suka comot. alhamdulilah buat masa ni dia mendengar kata. saya tau saya ni siaplah nak mengajar orang lain kan. tapi ape yang kita ada sama-sama kita kongsi. sama-sama usaha dan belajar lagi jadi ibu bapa yang baik dan hebat kan?! :) 

9 comments:

Z@i Z@mR33 said...

pndainya tau apal bang...Aqil x kenai lg apal bang tu apa.

Dia kenal keta mama dia ja...kah..kah...kah...

juicy X said...

KAMI PULAK RASA, UMI ABI TAK AJAR PON, TAPIIIIIII AWAT ANAK PANDAI MCM2 NI? TETIBA PANDAI BUAT ITU INI SEDANGKAN TAKDE SAPA AJAR PON. SBB TU KAMI RASA ANAK2 NI SEMUA DILAHIRKAN BIJAK, OTAK SUCI. SEBAB TU KITA TAK AJAR PON DEPA PANDAI MCM2 HUUUUUUU

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam kira,
he3
macam2 gelagat lucu bila bebudak ni blajor kan3

aizamia3 said...

eemm.. biarlah dia nak kata apa.. blog kita.. kita yang corakkan.. jadi terpulang nak letak apa entry sekalipun asalkan bukan yang memalukan diri dan keluarga kita.. ;)

Hafizin Jamil said...

dh pandai dah tu fateh. kena masuk sekolah awal ni. haha

alya said...

sebaya dgn anak ppuan saya

ewanthology said...

dah makin cerdik

ummi aqilah (LM) said...

Ooo pandai gadoh dh ye uwais? Ada gak ummi kwn gadoh dh kan? Ehehe

aryan azra said...

pedulikan apa orang nak kata..udah blog kita mestilah cerita pasal anak kita,kot cerita pasal anak orang kang susah pulak hehehe...btoi tu biaq p depa nak comot apa semua boleh dibasuh tp pengalaman macam tu akan mematangkan anak-anak..kalau akak masak pun kadang2 ajak juga anak2 join, tapi tengok la masak apa,kalau yg merbahaya sangat tu takde la bg depa dekat,risau jugakkan...

hai nanti makin lama makin banyak yang fateh uwais teroka makin bijak lah dia..ummi kena bertabahlah selalu..anak2 ni kadang2 memang suka cari gaduh dgn kita,takpun kita yg saja cari gaduh dengan depa...seronok sangat menyakat kan

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...