Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

19 March 2015

Pantang Ummi Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kahkahkah dah setahun setengah pun budak debab sorang tu. baruuuuuu teringat nak cerita. itu pun ingatan dah terkikis sikit-sikit. haila ummi. syok ada blog ni. semua cerita sumbat sini dah macam diary. besok-besok kot kalau nak cari pape search aje. almaklum lah kalau tulis kat buku ke hp ke entah mana letak sudahnya lupa jugak.....

saya pantang dekat rumah mama sendiri. mama yang jaga. tapi mama kata dia ingat pesan arwah opah dulu. kalau boleh pantang yang pertama ni jangan ketat sangat, takut nanti satu hari bila saya kena pantang sendiri dan saya terlanggar pantang jenuh badan merana tanggung sakit. biasanya kalau macam mana pantang yang pertama macam tu jugak la kena pantang untuk anak yang lain nanti kalau Allah izinkan, sebab tu kalau terlanggar pantang yang kedua atau ketiga bahana badannnnn

Makan

bab makan yang boleh longgar nya pun. itu pun takde la boleh bedal benda yang memang dah terjamin berangin macam terong ke atau kacang panjang tu. masa saya dulu mama cuma goreng atau panggang ayam, ikan dan daging. kekadang mama buat gulai masam ikan. ayam tengok jugak setengah orang tatahan, boleh gatal. macam saya alhamdulilah tahan kalau tidak kedip mata aje la tengok orang makan ayam hahahaha.

ikan pun ada jenis. bawal, ikan merah, ikan termenung, ikan jenahak, ikan bilis. yang tu jela pun yang saya ingat. haaaa kan dah kata terlupeeeeee. haishhhh. paling suka makan ikan bilis sangai dengan lada hitam. itu pun setengah orang ikan bilis tatahan, tatahan tu macam mana? bila lepas je kita makan tu akan rasa gatal dekat tettttt tu. haaaa tunggu la lepas pantang pulak baru boleh makan. atau rasa tak sedap badan, rasa lenguh badan sakit urat ke atau demam urat. itu pun petanda badan tatahan dengan satu-satu jenis makanan. bihun pun saya dah mula makan masa dalam pantang.

baby dalam pantang satu masa dulu...

Sayur

pun ada beberapa jenis sayur je. yang paling pebret dan terpaksa rela makan sepanjang pantang. sawi lah kan hahaha sawi celur, sawi masak air, sawi sawi dan sawi aje la hahahahaha. tapi iols tak kisah pun sebab sawi celur cicah sambal tu memang pebret dari dulu cumanya sambal jela kena lupakan masa pantang kan. oh ye mama memang sediakan sayur yang boleh tambah susu je. macam sawi tu lah kan, lagi satu lobak putih tapi lobak putih tak berapa sedap. telan aje la demi khasiatnya. bawang putih pun saya telan demi mengeluarkan angin dalam badan. selalu mama gorengkan sekali bersama ikan bilis, cabai dan bawang besar. kalau nak makan macam tu je memang sampai habis pantang pun idak lah kihkihkih

Air Rebusan

Air rebusan kunyit, halia, 3 biji lada hitam yang ditumbuk, air asam jawa sikit, gula merah atau gula kabung pun sikit je dan secubit garam. dah masak atas api sampai mendidih dan kemudian tapis airnya. yang ini minum cuma tiga hari je, dan satu cawan kecik aje setiap kali minum. tapi peritnya nak telan Allah je yang tau huuu. tapi bila mengenangkan untuk kebaikan diri sendiri dan untuk peredaran darah yang lancar telan jugak lah pun. 

Air rebusan daun sireh. yang ini untuk mencuci bahagian luka miss V. guna air rebusan semulajadi rasanya lebih baik dari guna sabun pencuci yang banyak jual dekat toko-toko jamu kat luar tu. huuuuu pendapat sendiri lah haaaa

Mandi

Selain tu, setiap kali mandi pagi suami atau mama akan sediakan air suam untuk saya, dalam air suam tu kadang ada daun sireh yang dah rebus sekali, untuk bagi segar badan. yela kan masa berjuang lahirkan khalifah kecik tu dah berhabis tenaga. saya takde watter heater jadi kena buat sendiri la air suam tu :p masa petang pulak baru mandi air paip biasa. kalau ikut bidan dia tak bagi mandi basah rambut sepanjang pantang tapi sape tahan oiiii kalau tak cuci rambut @.@

setiap kali mandi atau buang air besar kecik memang kena duduk atas kerusi kecik kat bawah kepit2. mama tak bagi saya mandi berdiri takut bentan katanya. tandas rumah mama papa pulak jenis cangkung. suami beli kan kerusi khas yang boleh duduk dalam tandas tu haaa. legaaaa. haaa la masa pantang mana boleh sesuka hati mencangkung, ke ada yang boleh saya tak pasti lah pulak. 

Mengurut

yang ini memang dah masuk list awal-awal. untuk buang angin dalam badan betulkan urat mana yang terlari atau berselirat. bidan tau la kan kerja dia. lepas berurut memang rasa legaaaa je ringannnn je badan ni. sebelum urut saya alami masalah susah nak buang air besar, jalan pun sakit kat tulang punggung. lepas bidan betulkan tulang punggung, rapatkan baru ok. baru tetiba jadi lawas. katanya sebab saya pernah jatuh masa bujang dulu, tulang tu lari. tapi masa dia rapatkan tu rapat jugak la gigi saya tahan sakit wuuuu. lepas urut susu pun alhamdulilah susu jadi lancar menitik2 mencurahnya. nak nanges rasa tengok susu banyak cenggitu.



Bertungku

untuk lancarkan peredaran darah, untuk keluarkan darah2 beku yang tersangkut dalam rahim tapi nak bertungku pun ada caranya jugak bukan boleh sebarang tungku. alhamdulilah bidan saya aritu ajar cara bertungku yang betul. "kena cangkul korek dia macam ni" sambil ajar kita bertungku. tungku pulak balut dengan daun mengkudu. memang bau dia wangiiiii je.

Keluar Rumah

mama memang tak bagi saya keluar rumah sesuka hati walaupun hanya nak hantar kawan yang melawat kita depan porch rumah. kalau rasa nak tengok matahari tengok aje la dari tingkap rumah. boleh keluar pun masa nak cucuk uwais sebulan aritu dengan check up dekat sepital. selain tu tak payah la merasa nak hirup udara dekat luar. untuk elak dari badan masuk angin dan bentan. tapi nikmatnya bila dapat keluar rumah lepas habis pantang Allah je yang tau hihihi.

saya ni pantang kampung dan ada moden sikit-sikit. ikut cara sendiri kan. cara kita tak sama. saya ni orang perak. orang perak memang pantang nya ketat sikit. tapi takpe lah kan. 44 hari je pun nak pantang nya lepas tu ikut la nak buat macam mana pun ;)))))  

10 comments:

cik Anggur said...

bru teringt nk buat entry time pantang kira dh buat hahahaha

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Dah lapan tahun akak tinggalkan menu berpantang ni KS..
Bagus KS rajin berpantang :)

ummi aqilah (LM) said...

Betul la mmg tgk pd org , sbb klu akk mak x bg ikan temenong(kembong tu) sbb kembong tu gatal. Selar ok la. klu mertua x bg ikan mata merah cam ikan merah dan kisi tp mak akak bg je.

Ada org pisang x smua jenis blh mkn ada org bedal je. Kicap pun dia bedal cili api pun dia ngap.

neesa_jun said...

Leh menjadi panduan utk sy lagi 2 bln..sedih plak memgenangkan nasib diri tak berapa strict bepantang dlu..ada kwn sebulan tak duduk bwh kipas..yg sy siap wush3 ditiup angin..malas pakai stokin..best sbnrnya pntang..rasa sihat ja...huhu...

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam kira,
akak pun dah lopa masa berpantang akak he3

alya said...

comelnya baby ni...

Z@i Z@mR33 said...

akak pon pantang moden gak tp xdela kuar ikut suka ati.time check jundice aqil ja kuar g kinik...lps tu trus blk.bab2 lain lbh kurang sm cam kira ja

CikSiti said...

Mak ai..saya xpantang huhu

aryan azra said...

sama la sayur pantang kita..sawi je hari2 akak dok pulun...tapi tak bape nak layan sebab kita biasa makan pedas,bila takde pedas tak berapa nak lalu la..tapi makan bertambah jugak hahaha acaner tuh??

hainom OKje said...

Kiera....lagi tadi asyik cerita pasal pantang ni, mcm dah plan nak pantang lagi jer hihi....
Eloklah tu masih muda molek sangatlah....

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...