Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

29 August 2011

Maksimumkan Masa Bersama Tersayang

Assalamualaikum....

jarang sangat online pesbuk dan update belog bila dah sampai ke kampung halaman... bukan apa, nak balik ke ipoh nie pown bukan senang..
bila dah ada kat kampung kalau boleh nak manfaatkn masa bersama keluarga yang tersayang.. qado balik semua masa yang terlepas sebelum nie..
semalam ade terbaca sorang kawan pesbuk post pasal manfaatkn masa bersama keluarga.. tapi lupa dah siapa die, lupa nk print screen.. tekan like jer..
apa yang die kata tue betol..
 kalau balik kampung dengan alasan nak bersama keluarga tapi 24jam kat kampung tue dok on9 pesbuk, hupdate entry.. mane pointnya yang kata nak bersama keluarga kan?
ibu dan ayah menyambut kepulangan anak yang dirindui dengan senyuman yang mekar dibibir dan doa yang merimbun agar anak tersayang pulang dengan selamat...
apa la salahnya korbankn sekejap masa bersama BB tersayang tue kan..
bukan tak boleh on9, boleh tapi minimumkn masa bersama lappy , maksimumkan masa bersama family..

pesanan untuk kira sendiri dan semua....
maaf jika ada yang terasa... 

..wasalam..

27 August 2011

Macam Kapal Karam

Assalamualaikum semua...

khamis ritu lagi kira dah sampai kampung..
dan hari nie, kami satu keluarga (Alhamdulilah semua ada) berbuka beramai-ramai dirumah papa mama..

macam-macam juadah yang disediakan tapi kalut sangat tadi tolong masak sampai lupa nak tangkap gambar barang sekeping dua.. bukan perihal juadah yang kira nak share kan kat sini... tapi...
kemeriahan berbuka puasa bersama keluarga tercinta tue yang pastinya akan kira rindukan bila dah balik rumah sewa kat alor setar nanti..
suasana masa berbuka tadi memang riuh rendah, dah macam kapal nak karam jer riuhnya kata mama tadi.. hihi
lagi mama menambah.. "nie baru dua anak mama yang kawen, baru 3 cucu mama dah riuh macam nie, kalau tambah lagi nanti.. xtau la macam mana riuhnya pulak"

hihihi.. kira bersyukur punya keluarga bahagia macam sekarang nie.. boleh bertolak ansur, faham memahami, boleh bergurau senda, bergelak tawa.. kenangan berbuka tadi akan kira simpan dan ingat sampai bila-bila..

doa kira moga kebahagiaan dan kegembiraan yang kami kecapi hari nie akan berkekalan hingga ketaman-taman syurga hendakNya... amin2..
**mama  menambah sebelum tido tadi "bakal menantu mama yang lagi sorang tue mulut die riuh tak?bertambah meriah lah rumah mama nanti" ;D .... insyaAllah mama...

23 August 2011

Kembara Ramadhan Selesai Sudah

Assalamualaikum semua....

Alhamdulilah selesai sudah Kembara Ramadhan anjuran bersama Belia AZAMUDA MAYC Padang Melangit dan ahli-ahli Kami Blogger Utagha (KBU).
disebalik tabir program nie kira dah ceritakan dalam entry yang lepas nie..
 kawan-kawan yang laen semua dah hupdate story masing-masing... hari nie baru la kira sempat nak hupdate story versi kira...
orang kuat KBU kata diorang semua nie.. 
 
  1.  Admin KBU... founder
  2. Admin kedua KBU ... gila kosa katanya.. hihihi
  3. Admin ketiga KBU merangkap setiausaha... kakak CAPS LOCK
  4. Bendahari KBU ... cengei kata depa.. hahahaha :p
 tanpa sokongan dan bantuan ahli-ahli KBU yang laen, orang kuat kat atas nie confirm akan rebah jugak. terima kasih yang tak terhingga pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.. terima kasih kerana sudi menyumbangkan tenaga dan buah fikiran.. 

tanpa anda semua program kita tak kan dapat berjalan seperti yang dirancang.. syabas untuk semua.. kira bangga dan bersyukur kenal dengan anda semua...


  1. sebelum bertolak ke perlis, kami semua berkumpul dirumah sewa kira untuk proses memuatkn barang-barang sumbangan dalam kereta masing-masing.
  2. sangat ceria kan muka semua? yela kira nye ini program amal tersebar kitorang selepas program amal bersama rumah anak yatim Tanjung Asam. masing-masing teruja..
  3. baru sampai petronas Taman Guru Jaya, kangar. sangat ceria muka semua orang kan... very the like picture nie..
  4. antara abang-abang kuat KBU jugak nie...
ekceli suka semua gambar atas nie.. gambar yang menunjukkan masing-masing teruja nak pergi program Kembara Ramadhan nie... ohhh i will miss this moment so much....


KBU...WE CARE....
semoga lepas nie akan banyak lagi program amal yang akan kita anjurkan...
insyaAllah


sesi penyerahan sumbangan untuk anak-anak yatim, warga emas, juga untuk kegunaan masjid kampung padang melangit, perlis

sebak bila tengok gambar-gambar ceria mereka yang terima sumbangan.. 
semoga keceriaan ini akan terus berkekalan bersama mereka..

ingat... bantulah mereka yang kurang bernasib baik dari kita, kerana mungkin satu hari nanti kita pulak yang akan ambil alih tempat mereka..


klu KBU kumpul tak havoc, tak bising bukan KBU lah nama nye tue.. hihihi

havoc tetap havoc... amal tetap amal...
yang tue sebenarnya buat kira sangat bangga...



semoga ukhwah yang terbina antara kita akan berpanjangan bukan jer didunia tapi diakhirat kelak... insyaAllah...

terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi hadir membantu melancarkan perjalanan majlis sekaligus menceriakan majlis...

CIK GKSB     PAKCU SOFI     KAK SHIDA     NORA AMILIA     NADZRI       

MIKRO KOKUS     NADZLI     NAIM     NAQIAH     JUSIZA     FARHANA    ISHAK     
ADAM     HAFIZ RAHMAN     TATIA     FATYN     NUR LINA       CIK ZAI

ANITH     ABIL     AFIFA     ATIN     WANY     NUREDA     NADHIRAH AZMAN

MUNET     KAK SHANA 

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA
INSYAALLAH LAIN KALI KITA JUMPA LAGI..........


21 August 2011

Sebalik Tabir Kembara Ramadhan

Assalamualaikum semua....

entry yang lepas, kira ade bagitau pasal kembara ramadhan yang diadakan pada 20hb ogos,,,

rini baru sempat nak hupdate story mory pasal tue...
hupdate dibelakang tabir kembara ramadhan dulu baru story pasal event tue...
malas cakap banyak, lets picture talk!!!


sesi perbincangan dengan Belia Perlis Padang Melangit mengenai tentatif event yang bakal dianjurkan....



selesai perbincangan rombongan meminang TTM presiden kami gerak ke kuala perlis, berbuka bersama ahli KBU yang laen... yang dari penang pown sanggup turun kola perlis... terbaekkkkkkk!!


selesai majlis berbuka puasa.. Alhamdulilah, terima kasih pada semua yang terlibat memeriahkan majlis...

...........................................................................................................

kata sepakat dah diambik bersama belia perlis... 
ahli-ahli KBU masing2 memainkan peranan sendiri dalam menjayakan program yang julung-julung kali diadakan nie .. awat ayat skema semacam xtau... T.T

ada yang tag banner dekat kawan2 FB, ade yang hantar surat sponsor dekat boss ofis, yang buat entry promot, macam2 lah.. terima kasih semua.. semoga usaha yang kita buat nie dapat meringankn beban mereka yg kurang bernasib baik sekaligus membantu menceriakan aidilfitri mereka semua...


plan awal nak packing barang kat kedai kak shida, tapi ada barang yg xde jual kat pendang.. maka keputusan diubah, beli dan packing barang di alor setar... T.T kalau tau xyah cheq angkut 50 kotak soya masuk keta.. tapi nak buat macam mane kan, plan awal x menjadi... 


antara barang-barang yang bakal disumbangkan.. Alhamdulilah kutipan sumbangan mencecah RM13** .. rezeki warga emas, anak-anak yatim dan masjid kampung padang melangit murah sangat kali nie... terima kasih bagi semua yang memberi sumbangan.. semoga anda-anda semua dimurahkan rezeki, seperti kata salah seorang penerima sumbangan semalam..



antara yang dah siap di packing




tengah pulun packing barang sumbangan.. Adam mesej ajak berbuka sekali... kata sepakat diambik, berbuka pose didepan menara Alor Setar..

konsep: hampar tikar, masak sardin, goreng telur, masak nasi, air ribena, ayam berjalan tapi dimasak bergolek, dan ada la sikit-sikit yang diorang beli kat bazar... 

makan dengan penuh berselera kat tengah padang.. kenangan yang sangat manis untuk dikenang... =)



nie lah dia apa yg kami beli untuk warga emas dan anak yatim kat sana.. untuk masjid lupa pulak nak tangkap gambar ritu.. huhuhuhu T.T


diharap usaha yang kita semua lakukan mendapat redha dan berkat Allah hendaknya.. terima kasih pada semua yang terlibat....


17 August 2011

Mencuri Yang Baik


Assalamualaikum semua...

hari nie 17 ogos 2011 bersamaan 17 ramadhan 1432H bersamaan Nuzul Quran.
hari nie ramai yang cuti kan? 24 jam masa yang ada nie apa kata curi masa tue sikit membaca Al-Quran

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf



satu huruf bersamaan 10 kali ganda pahala. Ya Allah senangnya nak dapat pahala. tue la buktinya Allah terlalu sayangkan umat-Nya. tapi masih ramai antara kita yang tak gunakan kesempatan tue kan?

dah 16 hari kita berpuasa kan? jom kita sama-sama renungkan...

  • 16 hari lalu kita berpuasa kerana apa? adakah kerana semua orang berpuasa maka kita pown ikut berpuasa?
  • 16 hari lalu cukupkah solat yang kita dirikan? bagaimana pula dengan solat-solat sunat yang lain?
  • 16 hari lalu berapa banyak ayat Al-Quran yang dah keluar dari bibir kita?
  • 16 hari lalu macam mana kita manfaatkan ramadhan tue?
kalau nak listkan tak termampu rasanya. kira sendiri tak sehebat mana amalan yang dibuat. tapi kalau kita tak dapat buat banyak, dapat buat sikit pown jadi lah kan? yang sedikit tue kalau dah sebati dengan diri kita insyaAllah akan bertambah jugak nanti.

jom sama-sama muhasabah diri. apa yang baik kita gandakan, apa yang tak elok tue tinggalkan terus.

yang baik dari Allah s.w.t yang buruk dari syakira yaakub sendiri

..wasalam..

16 August 2011

Segmen MO (Bloglist) : Saya Anak "ke Empat" dalam Keluarga


banner

Assalamualaikum semua....

nk join segmen Muslimah Optimis? klik jer kat sini...


biasa nya kalau anak ke empat nie panggilan ape erk? kak chik atau abg chik kan? tapi tak bagi kira... adik dan adik sedara panggil "kak ya" jer... cuma anak-anak sedara yang akan panggil "achik"

walau anak ke berapa dalam family pown tetap punya tanggungjawab pada keluarga terutama mama dan papa... ingat jangan abaikan tanggungjawab anda sebagai anda. contoh kalau anak bongsu jangan pulak cakap "along yang sulung along la kena basuh berak ayah!" tue contoh jer, moga-moga kita dijauhi dari berperangai macam tue. amin.

pape pown kira bersyukur dilahirkan sebagai anak ke empat dalam family..
sebab kira punya dua orang kakak tempat mengadu, tempat nak menangis, tempat mintak duit kalau sesak, hihihi.. punya sorang abang yang amat sayangkan kira walaupun dia jarang tunjukkan sifat penyayang dia tue dan punya sorang adik yang boleh la jugak diharap dalam satu-satu hal tue.

bila kira duduk ditengah-tengah antara adik beradik. setiap pengalaman yang diorang lalui tue kira perhati dan amati. apa yang elok kira ikut, tapi apa yang kurang elok tue kira tinggalkn. dan kira akui sendiri.sedikit sebanyak matangnya kira sekarang nie bila kira jadikan pengalaman adik beradik kira sebagai pengajaran.

walaupun kira hanyalah anak ke empat. tapi Alhamdulilah along kakak abang kira yang lebih tua hormat kira dan juga pendirian kira. x pernah lagi ada yang tertindas dalam family kami. semua saling sayang menyayangi antara satu sama lain. hurmmm tak sabar nak tunggu balik raya nie, nak kumpul satu keluarga... 

disebabkan masa nie adik tak lahir lagi... gambar die kena la duduk diam-diam kat atas tue... hihihihi


..wasalam..


14 August 2011

Degil Tak Mau Dengar Cakap


Assalamualaikum semua…

Keputusan jangan diambil time hati tengah panas. Sabar dulu, duduk tenang², fikir elok². Atau cuba keluar dari masalah tue sekejap. Sebab selalunya kalau hati tengah panas nie, keputusan yang diambil tue akan makan diri sendiri.

Dan lagi satu. Kalau rasa pala otak tue tak boleh sangat nak fikir apa yang patut apa yang tak. Cuba mintak nasihat kawan² yang boleh diharap. Bila kawan tue dah nasihat, masuk kan dalam pala otak tue fikir baek² boleh ke tak guna nasihat die tue. Jangan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Takut nanti menyesal kemudian hari.

Dan cara yang paling berkesan. Mintak dekat Allah, mintak diberi petunjuk macam mana nak selesaikan masalah tue. InsyaAllah akan dapat jawapan yang terbaik. Jangan sesekali buat keputusan membabi buta.



Peringatan untuk saya sendiri dan anda semua…

Yang baek dari Allah yang buruk dari saya sendiri…

Sekian

Wasalam………

Kembara Ramadhan


Anjuran Belia Negeri Perlis (KBU join Venture)

TEMPAT: KG Padang Melangit, Perlis
TARIKH : 20 Ogos 2011
HARI : SABTU
JAM : 6.00 ptg -9.00 malam

KELEBIHAN: Makanan untuk berbuka telah disediakan

TINDAKAN KBU: Kumpul sumbangan dari semua ahli Minimum RM 10.
Sumbangan boleh di bank-in kn di 

CIMB: 08240004875529
Nur Syakira Bt Yaakub (Bendahari KBU)

TARIKH AKHIR BAYARAN: 17 OGOS 2011

Bila dah bank-in nanti inbox syakira Yaakub tarikh, jam 

Pada yang tak dapat hadir, sumbangan adalah dialu-alukan. 

Perjalanan
Berkumpul di tempat Majlis pada jam 5.30ptg, dijangka pulang selepas Isya' (sapa nak terawih kat sana bleh stay)

COPY PASTE DARI DOCS. KBU

pengangkutan boleh hubungi AJK setiap negeri :-

PERLIS 
  1. NUR SYALIZA
  2. MUHAMMAD ISHAK 
  3. NORA AMILA

KEDAH
  1. NAQIAH
  2. HADI SAAIDIN
  3. MUNET
PENANG
  1. ERIN AZIZAN
  2. MIKRO KOKUS
  3. NADH ZHER EE
PERAK
  1. KIRIN 
  2. NOR AZLAN MAT ISA (NAMI)

JOM SAMA-SAMA KITA MENCERIAKAN MEREKA YANG KURANG BERKEMAMPUAN DARI DIRI KITA.. SEMOGA KEIHKLASAN DARI ANDA SEMUA DIBERKHATI DAN MENDAPAT REDHA ALLAH S.W.T 

11 August 2011

Tugas Kita

Assalamualaikum

Jangan menilai seseorang kerana sejarahnya yang lalu, tapi nilai lah seseorang melalui niat nya yang baru itu…

Jika dahulu nya dia menayang segala anugerah Ilahi pada umum, tapi jangan dikatakan dia buang tebiat mahupun berlagak alim sekiranya dia bertudung litup. Doakanlah agar dia terus kekal dalam menjaga auratnya..

Jika dahulu dia seorang penagih dadah, jangan menghina sekiranya dia bekerja di pasar menjual ayam. Doakan lah dia agar terus tabah mencari rezeki Allah dijalan yang Halal..

Jika dahulu dia seorang yang pemarah, jangan diambil kesempatan sekiranya dia berdiam diri. Doakanlah agar dia terus dititipkan kesabaran yang tinggi.

Yang lalu jadikan pengajaran. Belajar lah dari pengalaman.
Pengalaman lalu yang kelam tidak semestinya akan meredupkan masa hadapan.

picture by adik 

mendungnya awan dipagi hari tidak semestinya hujan ditengahari...
Tinggalkan lah apa yang salah, selagi dipijamkan Allah nyawa buat kita selagi itulah pintu taubat terbuka…

Kita tak kan tahu menghargai,sekiranya kita tidak pernah jatuh ke bawah.

Peringatan untuk diri sendiri dan juga semua…

Sekian,

Wasalam~~

10 August 2011

Jeles Jugak Rupanya

Assalamualaikum....

ritu mama sent gamba nie kat kakak kira

baby baru makcik elly kat kampung

kakak pown tunjuk la gamba nie kat anak sedara kira,,, ika nama die..mcm gini la gaya deme berdua tue sembang.. lupa dah sebenarnye..hihi

ika :: ehhh mama achik(kira) dengan sape tue? achik ade baby? bila achik mengandung?

kakak :: bukan la tue anak makcik elly kat kg.. ok tak?

ika :: hurm ok la.. tapi............... kita tak nak kawan achik dah!!!!

hahahaha.. kalau kira dengan kakak kembo dia si alya tue pown dia jeles.. nie kan pulak orang laen.. ntah-ntah balik raya nanti si ika nie merajok tak dengan kira.. :p

nie lah Aida Zulaikha

rindu tersangat2.. T.T

wordless wednesday #11

Assalamualaikum


Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.
[Surah Al-A'raaf : ayat 31]

09 August 2011

Environment vs Mood

Assalamualaikum semua…

Dalam banyak² , tesco lah tempat kerja yang paling kira rindu. Rindukan suasana kerja yang sangat menyeronokkan. Kerja pasaraya, banyak pengalaman yang kita boleh belaja..

SABAR melayan karenah customer , rakan sekerja, jugak orang atasan. Karenah customer la yg paling penat nk layan.. nak² pulak time musim barang² kawalan…

contoh minyak masak. Pernah kena maki, kene marah, macam² lagi lah.. tiap kali musim tue datang kitorang mesti dah lali dengar ayat nie..

“saya ada duit , saya boleh bayar”

COMMUNICATION SKILLS. Tak boleh nak cakap ikut sedap hati dan mulut jer.. kena selalu ingat yang “customer is always right” walaupun kadang² tue dah sah² cust. tue yang salah.

Kalau silap cakap alamat kena mengadap duty manager lah..
Pernah kawan kira kena minta maaf dan salam tangan customer depan kaunter customer service  sebab die tersalah cakap. Tapi kadang² salah pekerja tue jugak.. mulut lancang sgt berkata² sampai hilang budi bahasa.

Tapi kalau kita layan customer tue baik, confirm bila diorang soping, akan jadi regular customer kita. Mana tau untung boleh jadi calon menantu hahahaha(nie dah jauh menyimpang :p )

Banyak lagi lah sebenarnya..terpulang pada individu tue sendiri samada nak jadikan pengalaman tue sebagai pengajaran atau sebaliknya.

Tapi apa yang kira nak highlights kan.. kalau kita berada dalam environment dan team work yang bagus, happening semua yang pahit tue akan jadi manis. Yang susah akan jadi senang.. nak datang kerja pown rasa happy jer.

Walaupun kira dah lama berenti kerja tesco tapi bila datang soping kat situ still akan dilayan baik dan disapa kawan²  yang masih mengenali. Macam la peribahasa harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Kita buat baik, insyaAllah orang lain pun akan baik dengan kita.



Serius rindukan envoriment dan team work masa kat tesco dulu. Walaupun penat, gaji tak seberapa tapi sangat seronok.

08 August 2011

Tahniah Abg Ben!!

Assalamualaikum semua...

suka nya kira bila dapat tau good news dari kawan-kawan....
terutama sekali kalau berita kawan-kawan nie dah pregnant..

cari gambo pregnant xde, pakai gambo nie pown kire buleh la erk..hihihi :D

buat abg ben dan isteri tahniah kerana bakal dapat ben ashaari jr.
Alhamdulilah rezeki akak ngan abang dah sampai..

doa kira biarlah anak tue nanti menjadi penyejuk buat akak n abang bukan jer didunia tapi juga diakhirat sana..

semoga semuanya akan selamat... amin

dan terima kasih abang ben sudi follow belog kira yang x seberapa nie... =)


Setia III

Assalamualaikum semua..

sambungan cerpen yang tergendala buat sementara waktu 


...............................................................................................................

Melihat keterujaan umi dan abi nya dalam membuat persediaan pertunangan dan pernikahan nya membantutkan hasrat azhan untuk menyuarakan bantahan pernikahan nya dengan gadis yang disebut oleh umi nya tempoh hari.


Siapa gadis itu, dari mana asalnya, bagaimana rupanya langsung tidak diketahui azhan. Atau lebih tepat lagi azhan sendiri yang tidak berminat untuk mengetahuinya..

“Bahagiakah aku? Arghhhhh bahagia ku tidak penting, apa yang penting kebahagiaan umi dan abi ku” akhirnya azhan meninggalkan ruang tamu rumahnya, membiarkan umi dan abi dengan kegembiraan membuat persediaan perkahwinannya.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Sebulan berlalu….

5 ogos 2011,

Abang sebulan dah berlalu. Sampai ke saat ini maya masih belum mengetahui siapa yang bakal menjadi suami maya. Maya redha abang dengan takdir Allah. Maya dah berjanji dengan diri maya, maya akan cuba mencintai dan menyayangi azhan seikhlas hati. Maya tahu syurga bawah tapak kaki suami. Maya mengejar redha Allah. Dan kerana itu maya redha dengan takdir maya, dan maya akan cuba jadi isteri yang solehah.
 Dan maya minta maaf kerana saat maya dinikahi oleh azhan nanti maya terpaksa padam cinta maya pada abang. Maya tak mahu berdosa mencintai lelaki lain sedangkan maya sudah punya suami ketika itu. Abang maafkan maya, tapi maya janji selagi hayat maya, maya tak akan lupakan abang.

Diari ditutup saat ibu melangkah masuk ke kamar ku. Risau jika ibu memikir yang bukan-bukan.

“ibu dah Nampak sinar bakal pengantin baru dalam wajah anak ibu. Ibu harap maya dah lupakan kisah dulu. Dan pasti maya tahu apa yang patut dan tak patut maya buatkan?”

“ye bu, maya faham, ibu jangan risau saat maya sah menjadi isteri azhan nanti. Maya hanya akan cuba mencintai suami maya. Maya tahu siapa diri maya bu”

Dan ibu terus memeluk erat tubuhku. Aku tahu ibu amat risaukan diriku. Dan aku tahu ibu dan ayah terlalu sayangkan aku kerana itu mereka membuat keputusan yang terbaik untukku tanpa membelakangkan ku.

.............................................................................................................

sekian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...