Assalamualaikum semua...
hari nie 17 ogos 2011 bersamaan 17 ramadhan 1432H bersamaan Nuzul Quran.
hari nie ramai yang cuti kan? 24 jam masa yang ada nie apa kata curi masa tue sikit membaca Al-Quran
Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf
satu huruf bersamaan 10 kali ganda pahala. Ya Allah senangnya nak dapat pahala. tue la buktinya Allah terlalu sayangkan umat-Nya. tapi masih ramai antara kita yang tak gunakan kesempatan tue kan?
dah 16 hari kita berpuasa kan? jom kita sama-sama renungkan...
- 16 hari lalu kita berpuasa kerana apa? adakah kerana semua orang berpuasa maka kita pown ikut berpuasa?
- 16 hari lalu cukupkah solat yang kita dirikan? bagaimana pula dengan solat-solat sunat yang lain?
- 16 hari lalu berapa banyak ayat Al-Quran yang dah keluar dari bibir kita?
- 16 hari lalu macam mana kita manfaatkan ramadhan tue?
kalau nak listkan tak termampu rasanya. kira sendiri tak sehebat mana amalan yang dibuat. tapi kalau kita tak dapat buat banyak, dapat buat sikit pown jadi lah kan? yang sedikit tue kalau dah sebati dengan diri kita insyaAllah akan bertambah jugak nanti.
jom sama-sama muhasabah diri. apa yang baik kita gandakan, apa yang tak elok tue tinggalkan terus.
yang baik dari Allah s.w.t yang buruk dari syakira yaakub sendiri
..wasalam..
2 comments:
sama2 muhasabah...
hi kira.. :)
welcome.. saja menyibuk majlis orang ja hari tu.. insyaAllah kalau panjang umur, berjumpa lagi.. oke. :)
thanks coz invite.. ^^"
Post a Comment