Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

05 August 2011

Setia

Assalamualaikum....

sedang terai menerai nak buat cerpen.. jemput-jemput la baca.. tapi cerpen kira nie pendek-pendek jer tak reti nak buat panjang-panjang macam orang nie... =)

................................................................................................................

Baru petang tadi rombongan dari keluarga azhan datang meminang ku.. dan setelah dinasihati oleh ibu dan ayah. Akhirnya aku bersetuju menerima pinangan tersebut.


Mengikut perbincangan yang telah dipersetujui oleh keluargaku juga keluarga azhan. Kami bakal ditunangkan dan disatukan dengan lafaz akad pada hari yang sama iaitu dua bulan dari sekarang.

Walaupun keputusan yang aku buat ini bukanlah diatas kerelaan hatiku sendiri,namun aku ikhlaskan diri demi kebahagiaan kedua ibu dan ayahku. Aku tidak mahu mereka risau mengenai masa depan ku kelak. Juga aku redha sekiranya inilah yang ditakdirkan Allah untuk jalan yang perlu aku lalui. Kerana aku pasti setiap takdir dan ujian yang Allah turunkan buat hamba-Nya tidak lain hanyalah demi kebaikan dan kebahagiaan buat hamba²-Nya.

Dan aku bermunajat biarlah keputusan ku ini akan membawa sinar kebahagiaan buat keluargaku, agamaku, juga diriku sendiri.

“ibu tak nak paksa maya terima pinangan nie, kalau maya tak bersedia ibu akan tolak pinangan nie”

Aku tatap seraut wajah tua ibu tatkala ibu bertanya perihal peminangan tersebut. Bukan sekali ini pinangan yang terpaksa ibu tolak, serasa ku sudah 4 pinangan ibu tolak demi menghormati keputusan ku.

Kini, tidak sanggup rasanya aku melihat keruhan diwajah ibu dan ayah lagi. Sekiranya ibu dan ayah boleh bertolak ansur dengan keputusan aku kenapa tidak aku cuba memberi kegembiraan buat ibu dan ayah yang telah bersusah payah demi kebahagiaan ku.

“Ya Allah aku mohon pada-Mu dengan serendah hatiku. Kau berkhatilah keputusan ku ini. Kau limpahkan keberkhatan-Mu. Kau titipkanlah kebahagian buat kedua ibu dan ayahku juga diriku dan bakal keluargaku kelak. Aku bermohon pada-Mu kerana Engkau Maha Mengetahui Maha Pengasih Maha Penyayang”

Dan malam ini aku tewas lagi. Tewas dengan kenangan dan perasaan ku sendiri. Tewas dengan air mata yang tidak pernah erti jemu mengunjungi diriku.



.............................................................................................................

insyaAllah akan ade sambungan .. terima kasih sudi membaca.. =)

..wasalam..

5 comments:

Hafizin Jamil said...

macam kisah dia je tu..ahaha

fRaMe+LenSeS said...

perghhhhh... kagum3.. :D

shahjiehan said...

macam kisah benar je... hahahhahaha....

Unknown said...

ye ke cerpen ni

Kira Sakura said...

H.J :-

oihhh mane de la.. :D

Nadh :-

ampa lagi hebat... =)

SJ :-

bukan lah..huhuhuhu

Jiji :-

cerpen la xkan biodata kowt.. hohohoho :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...