Assalamualaikum semua..
sambungan cerpen yang tergendala buat sementara waktu
...............................................................................................................
Melihat keterujaan umi dan abi nya dalam membuat persediaan pertunangan dan pernikahan nya membantutkan hasrat azhan untuk menyuarakan bantahan pernikahan nya dengan gadis yang disebut oleh umi nya tempoh hari.
Siapa gadis itu, dari mana asalnya, bagaimana rupanya langsung tidak diketahui azhan. Atau lebih tepat lagi azhan sendiri yang tidak berminat untuk mengetahuinya..
“Bahagiakah aku? Arghhhhh bahagia ku tidak penting, apa yang penting kebahagiaan umi dan abi ku” akhirnya azhan meninggalkan ruang tamu rumahnya, membiarkan umi dan abi dengan kegembiraan membuat persediaan perkahwinannya.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Sebulan berlalu….
5 ogos 2011,
Abang sebulan dah berlalu. Sampai ke saat ini maya masih belum mengetahui siapa yang bakal menjadi suami maya. Maya redha abang dengan takdir Allah. Maya dah berjanji dengan diri maya, maya akan cuba mencintai dan menyayangi azhan seikhlas hati. Maya tahu syurga bawah tapak kaki suami. Maya mengejar redha Allah. Dan kerana itu maya redha dengan takdir maya, dan maya akan cuba jadi isteri yang solehah.
Dan maya minta maaf kerana saat maya dinikahi oleh azhan nanti maya terpaksa padam cinta maya pada abang. Maya tak mahu berdosa mencintai lelaki lain sedangkan maya sudah punya suami ketika itu. Abang maafkan maya, tapi maya janji selagi hayat maya, maya tak akan lupakan abang.
Diari ditutup saat ibu melangkah masuk ke kamar ku. Risau jika ibu memikir yang bukan-bukan.
“ibu dah Nampak sinar bakal pengantin baru dalam wajah anak ibu. Ibu harap maya dah lupakan kisah dulu. Dan pasti maya tahu apa yang patut dan tak patut maya buatkan?”
“ye bu, maya faham, ibu jangan risau saat maya sah menjadi isteri azhan nanti. Maya hanya akan cuba mencintai suami maya. Maya tahu siapa diri maya bu”
Dan ibu terus memeluk erat tubuhku. Aku tahu ibu amat risaukan diriku. Dan aku tahu ibu dan ayah terlalu sayangkan aku kerana itu mereka membuat keputusan yang terbaik untukku tanpa membelakangkan ku.
.............................................................................................................
sekian...
3 comments:
maya sakura..ingat kan azhan tu pompuan..hak3
wahh.. ada perkembangan.. ;)
H.J :-
ade2 je la ko nie nk kenekan aku kan.. :p
Nadh :-
yela tue.. =)
Post a Comment