Assalamualaikum
Jangan menilai seseorang kerana sejarahnya yang lalu, tapi nilai lah seseorang melalui niat nya yang baru itu…
Jika dahulu nya dia menayang segala anugerah Ilahi pada umum, tapi jangan dikatakan dia buang tebiat mahupun berlagak alim sekiranya dia bertudung litup. Doakanlah agar dia terus kekal dalam menjaga auratnya..
Jika dahulu dia seorang penagih dadah, jangan menghina sekiranya dia bekerja di pasar menjual ayam. Doakan lah dia agar terus tabah mencari rezeki Allah dijalan yang Halal..
Jika dahulu dia seorang yang pemarah, jangan diambil kesempatan sekiranya dia berdiam diri. Doakanlah agar dia terus dititipkan kesabaran yang tinggi.
Yang lalu jadikan pengajaran. Belajar lah dari pengalaman.
Pengalaman lalu yang kelam tidak semestinya akan meredupkan masa hadapan.
picture by adik
mendungnya awan dipagi hari tidak semestinya hujan ditengahari...
Tinggalkan lah apa yang salah, selagi dipijamkan Allah nyawa buat kita selagi itulah pintu taubat terbuka…
Kita tak kan tahu menghargai,sekiranya kita tidak pernah jatuh ke bawah.
Peringatan untuk diri sendiri dan juga semua…
Sekian,
Wasalam~~
2 comments:
mentalilit masyarakatu tu susah nak diubah
yup... aku setuju
Post a Comment