Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

31 March 2012

Bertunang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

ada seorang teman yg ingin bertunang hujung tahun nie pernah bertanya pada saya. budget saya hari tue. saya berterus terang dengannya. apa yg saya belanjakan. dia terkejut, katanya budget saya sangat jauh dari budget yang dia perlukan.

saya tanya padanya berapa pulak budget dia, saya pulak yang terlopong dengarnya. budget yg dia perlukan sampai ke angka empat. saya pulak yang pening bila dengar budget yang dia sebut tue. saya ada juga kongsikan pengalaman saya yang dah lepas dengan dia. katanya dia juga mahukan begitu tapi desakan si Ibu yang mahukan kemeriahan untuk anak sulung memaksa dia turutkan. dalam hati saya bersyukur kuluarga saya turutkan kemahuan saya (saya degil dan keras hati).

saya kongsikan disini apa yang saya kongsikan dengannya. bukan niat mendabik dada tapi sekadar perkongsian untuk yang mahu bertunang. terus terang budget yang saya gunakan dalam 500-600 ringgit sahaja. majlis saya hanya antara keluarga saya dan dia, mungkin bila ada yang tengok majlis saya seperti majlis merisik tapi saya kisah apa, redha Allah yg lebih penting bukan? Alhamdulilah hari tue ramai juga yang datang sponser macam2..

makanan : saya beri pada mama RM300, keluarga saya masak sendiri(mungkin disini lebihnya saya puya keluarga yg sudi membantu)

hantaran : 8 dulang hasil kerja tangan saya sendiri + barang makanan yang diisi dalam hantaran. saya kira2 habis dalam RM2** sahaja. yang lain-lain buah tangan dari keluarga terdekat.

baju + mekap : saya sendiri

pelamin : TAK PERLU

khemah : Alhamdulilah rumah papa saya boleh muat untuk dua keluarga.

"bestnya kalau aku boleh dapat macam ko" kata teman saya hari tue. saya kata bagi saya pilihan utama ada pada tangan kita. kalau ikut islam dah bertunang pun kita, bilamana terima propose dari si lelaki, majlis hanya adat yang melengkapkan dan perkenalan antara dua keluarga. bila nak buat majlis ada juga guideline dalam islam. ikut apa yang ditetapkan insyaAllah tak ada siapa yang tekanan kan?

"kalau awalnya kita dah buat Alah murka, agaknya ada keberkhatan lagi ke dalam perhubungan kita nanti tue?" kata Tunang saya, dan saya mengiakan.

12 comments:

juicy X said...

bajet kami ponnnn seket ja

Unknown said...

adik shark punya majlis br nie x cecah 4 angka..
tp hampir2 ler..
pelamin + makeup saja Rm500
baju dia beli sendri..
makan mmg masak sendiri
tp skarang majlis bertunang dh macam majlis kawin plak.
siap ada pelamin.

Faizatun Zahidah said...

x perlu membazir.. yg penting redha ALLAH yg kite mahukan.. :)

fRaMe+LenSeS said...

ye ke? untunglahhhh~~

Unknown said...

Da tau da tunang akak tu cakap ape. Hope so. Adek iffah haritu xkluar duit sen pon. Cincin ibu beli. Baju gne y lame je. Makan family. Hantaran 5bakul y dihias ibu jugak haha

H Y D E said...

hmmm k

tupperware_merah said...

err..tayah tunang lagi senang! anta risik n tetap tarikh. kalu aku, mg tak la nk tunang2, aku malu.

Zai Zamree said...

xpe...biar ringkas dr mbazir

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

klau la kami dapat sponsor dari KBU macam yg kami kata hari tu lagi untung haha

Unknown said...

Pandai-pandai kawal, bukan dengan nafsu tapi Iman...kan.. untunglah encik tunang kiera.. :)

Kira Sakura said...

Jusiza : Alhamdulilah murah rezeki kita :)

Shark : seeloknya yg berlebih2 tue yg kita elakkan kan?

Iza : betul tue :)

Nadzri :p

Iffah : wahhh untungnya...

Ruzz : pn blh.. :)

Cik Zai : betul tue :)

GKSB : berangan la ampa.. hahahaha :p

Lin : setuju ngn awak.. saya yg beruntung ada dia :)

cik Anggur said...

lawak baca komen gk hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...