Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

07 May 2012

Satu perjalanan #9 versi Berkongsi Kasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera

berkongsi kasih suami dengan mama dia, berkongsi kasih isteri dengan mamanya? bukan tue yang saya nak highlightkan kat sini. tapi keluarga sendiri berkongsi kasih diri dengan keluarga mentua. ehh apa tue? biasa dengar tak, mak ayah kita jeles bila kita seakan lebihkan keluarga mentua?walau sebenarnya kita tak bermaksud macam tue. terasa hati bila hari raya pertama sesudah berkahwin kita merayakan bersama keluarga mentua? itu antara contoh lah..

saya bukanlah seorang counselor nak nasihat itu ini, sebab saya tahu saya sendiri belum berkahwin dan belum melalui pengalaman tu lagi, saya hanya memberikan pendapat melalui apa yang saya pandang, apa yang saya lihat dan saya buat rumusan apa yang saya rasa perlu saya buat dan saya kongsikan disini sebagai peringatan untuk saya sendiri..

bagi saya, once bila saya dah ada bakal keluarga mentua. saya cuba adil pada keluarga sendiri dan keluarga mentua. kalau kemana, apa yang saya beli untuk keluarga saya, saya akan cuba beli untuk keluarga mentua. apa yang saya buat untuk keluarga saya, saya cuba berikan pada keluarga mentua. walau kadang kuantiti nya tak sama, apa yang penting bagi saya, saya tak lupa yang saya punya lagi satu keluarga disamping saya.

saya berada di Alor setar, keluarga saya di Ipoh, bakal mentua di Penang. saya mula terfikir bagaimana perjalanan dan persinggahan saya nanti. kata Pakcik Imam. jika cuti lama singgah dan bermalam lah di Penang. jika cuti sekejap hanya singgah sebentar sebelum sampai dan balik dari Ipoh pun sudah memadai, apa yang penting mereka tak terasa hati dengan tindak tanduk kita. saya tersenyum dan mengangguk.



berkongsi kasih bukan untuk membahagikan diri menjadi dua tetapi menyatukan dua keluarga menjadi satu. dan kita sebagai anak kena pandai mainkan peranan menyatukan keduanya. memujuk andai raya pertama sesudah berkahwin bersama keluarga mentua. itu hanya pandangan saya. kakak-kakak dan abang-abang yang sudah melalui pengalaman nie pasti lebih arif jika hendak menjawab kan? ;)

semoga perjalanan saya dan dia nanti dipermudahkan Amin

7 comments:

CikUna said...

oic... wewit.. i loike that statement.. kalau beli untuk family sendiri mesti kena beli untuk family mentua even quality tak sama.. tapi... ntahlah.. dalam my family pun baru kakak je yang dah berumahtangga & abang coming soon this year.. huhu takut pule..

Iffah Afeefah said...

kalau cik abg kat kl lg payah

banyak persinggahan kan?

erm susah nk bahagikan masa. ade jugak y akn terase sdikit sbnyk

kay_are said...

err.. lambat lagi kot aku nak pikir pasal ni.. macam belum terpikir lagi je.. so ko try r dulu.. pastu cite pengalaman cane nak adil kat 22 belah famili ok? ^^

Ruzzezanie said...

weyy, kalau aku ni camne plak? perak ganu la ea? perghhhh, dekatnya negeri nak ulang alik -.-

* betul tu kira. tapi mama aku cakap, mama takkan terasa sangat kalau aku lebih ke sana. sebab mama aku cakap, suami aku lebih besar tanggungjawab pada keluarga dia dan aku pulak adalah tanggungjawab dia.jadi, mestilah aku ada di mana suami aku ada. lagipun mama aku cakap, aku anak dia, dari kecik dia bersama aku, jadi tiba masa dia lepaskan aku bersama mentua pula. *tapi aku kan kemanjaan mama, mane leh pisah lelama. meroyan nanti.hahahaha

panjang plak komen aku kan? wakaakaka!

aDisH.sHidA said...

betul tu..akak pun kalau ada peluang mcm nie plan nya...tp dop tahu la bila...


eh ruzz dah tak lama lagi la kita ke tganu erk

Woofer Storm said...

semoga adil itu akan hadir sentiasa..amin3

#moga dipermudahkan..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Yang penting tau jg hati kedua pihak

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...