Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

22 October 2012

Mama kata lepaskan dia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

wahhhh sangat sibuk rini. ofis ada KIK. baru nie ada masa nak jenguk jenguk belog. huhuhu.. minggu lepas ada baca kat belog Kak Lydia, dulu saya panggil dia Kak Miza, tapi Pakcik Imam panggil Kak Lydia sudahnya saya pulak terlekat panggil Kak Lydia. hihihi. Kak Lydia cerita pasal dia takut lepaskan Aqilah yang baru 4 taun ikut rombongan sekolah ke zoo. terus saya teringat apa yang pernah mama saya bagitau.

masa balik kampung ritu anak sedara saya yang sulung tue menangis2 pasal ibu dengan ayah dia tak bagi ikut rombongan pegi pusat sains kat kl. anak saya tue dia otak sains mana la tak menangis budak tue bila apa yang paling dia suka tak dapat nak buat. taun nie dia darjah 3. kata mama,

lepaskan lah anak tue ikut rombongan sekolah. dari rombongan tue cikgu akan ajar masa lawatan. dia dapat ilmu kat situ. lagi satu bila masuk sekolah nanti kawan-kawan mesti bercerita apa yang jadi dan apa yang ada masa lawatan tue. nanti kesian kat anak-anak tercangak-cangak (tertanya-tanya) depan kawan-kawan. kesian kat dia.

pasal keselamatan, mama kata percaya kat cikgu. cikgu mesti jaga anak-anak murid dia. cikgu pun mesti ada perjanjian dengan kementerian tuk jaga keselamatan anak kita. mesti ada guru pengawal yang lain yang akan jaga. dan yang menariknya selalunya bebudak nie kalau bawah kawalan guru diorang akan lebih berdisiplin dan mendengar kata.

mama kata lagi. lepaskan dia sebab dari situ dia akan berlajar berdikari dan lebih berkeyakinan insyaAllah. selalu parents nie susah hati bila anak dah besar tapi still takde keyakinan tak reti berdikari. tapi selalu parents lupa yang awalnya diorang tak bagi peluang tuk anak-anak belajar erti mengurus diri sendiri. 

tapi lain orang lain caranya ye tak. ini hanya pendapat mama saya yang saya kongsikan kat sini. tapi apa pun seorang ibu selalunya ada insticnt mereka, jadi buat keputusan yang sebaiknya dan terbaik untuk semua pihak. Mak mana yang tak sayangkan anak kan ;)

anak saya tue dapat la permission dari ibu dia. tapi akhirnya dia buat keputusan tak ikut rombongan lepas saya kata nanti Pakcik dia bawak ke sana. pegi ramai-ramai dengan adik-adik lain. baru la dia berhenti nangis.

"Pakcik Nadh ke achik?" tanyanya. dah tue awak ada Pakcik lain lagi ke selain Pakcik Nadh tue? dah tue dia tersengih-sengih sibuk pulak tanya bila achik nak kawen. sebab yang dia tau bila achik dengan pakcik dia kawen baru dia dapat pegi sana. adoiiiii sabo jela anak oihhhh

13 comments:

Jna marcello said...

;) mmg btul pun kiera..tp na selalu je degil mak kata jgn nk jugak (mase kecik) penah bebtul degil skali jatuh tgn na sendi tercabut sampai skrng tgn na bengkong sikit ;)) *xkn hilang sbb nk suruh beringat kot jgn degil ;))

Kesuma Angsana said...

kadg2 kita perlu beri sedikit kepercyaan pada anak2 hanya sedikit, yng lebihnye kita kena pantau !

aDisH.sHidA said...

lepas nie merap je la pakcik nadh nya...jgn tido pun nak tido dengan pakcik nadh habis la makcik kira mngamuk

ceritera-chinta said...

ermmm selalu apa yang mak cakap n tka bagi tu mesti ada sebb....hari tu mak tak bagi mandi sungai dekat belakang rumah, tapi nk jugak sebb adik gan abg boleh sekali memberontak tumbuk cermin,cermin tu pecah jatuh tepat2 kena dekat kening kiri sampai sekarang ada parut...lepas tu mmg tak berapa nk berani bantah dah hehehe

cik nana said...

nana sejak dari zaman skolah dulu memang tak pernah lepas jauh. skolah pun sampai STPM pun dkt ngn rumah. even masuk U pun still 20 minit je dari rumah. tapi Alhamdulillah even tak pernah jauh dari family, ibu ayah percaya nana boleh berdikari. alhamdulillah ;)

Z@i Z@mR33 said...

abesla makcik kira...anak2 buah dh booking pakcik nadh...

nora amila ghazali said...

ayoookkk... jenuh la mak cik nnti.. pakcik dah kena booking.. muahaha

kay_are said...

aku leh faham sebab aku ngan adik pun rase bende2 macam tu.. even sampai sekarang pun still lagi dihalang dari pergi ke tempat2 yang jauh sikit.. sabar je r..

aku HaniAsyira said...

cepat2 kawan cik anak buah tak sabar nak pergi.. jgn hari ni kawin esok nak pergi sudah..

tp yg umur 4 thn tu nampak muda lagi nak lepaskan dia..

hainom OKje said...

OKje setuju sangat dengan pendapat Mama Kiera tu....biar dia belajar berdikari....exposekan dia dgn benda2 cam tu..... barulah dia dpt membina keyakinan diri... tapi kalau 4 tahun mcm kecik sangatlah pulak!!!

TiranaAduka said...

salam kiera sakura.

Sue PeLik said...

sungguh! kena lepaskan juga anak2. nak bersosial. nak belajar banyak perkara. takut nanti kena kejutan budaya lak tak tahu apa2 bila besar nanti mcm eden. eh. hehehehe

Noraim said...

tu ank akak yg darjah 3 ibunya tak bg pegi. sy ni yg dah 21 tahun pn mak tak relakan sy pegi mane2 tanpa dia.

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...