Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

31 October 2012

Kenapa Sakura

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

entry lepas Kak Sha ada sebut pasal sakura kat saya. ekceli saya ada kisahkan kenapa Sakura kat entry sebelum sebelum nie. tapi sebab saya sendiri malas nak cari link dia mana satu. makanya saya merajinkan diri create the new one for my Kak Sha sayang ;) and Kak Sha janji nak share sesuatu pasal sakura kat saya, Kak Sha saya tunggu ;)

this is for my lovely sister, Kak Sha suka sangat kaler pepel ;)

kenapa Sakura? seyes masa mula saya create belog kesayangan saya nie perkataan pertama yang terlintas dalam kepala saya adalah Sakura. dan macam mana boleh datangnya Sakura dalam diri saya sebabnya mama panggil saya dengan panggilan Sakura. entah la mama lebih suka panggil saya macam tue banding nama saya sendiri walaupun nama Syakira tue mama dengan papa yang pilih. Syakira dan Sakura hurmm mungkin bila sebut tue dah dekat-dekat kot. agaknya lah hihi yang sebenarnya mama sendiri suka bunga Sakura ;)

dan saya seorang gegel yang tak minat apa pun jenis bunga kecuali Sakura. sebab tue bila mama suruh cari bunga untuk pelamin nanti saya pusing satu kedai pun yang ada kat tangan saya tetap sakura. entah la kalau orang lain minat rose, tulip tapi saya lebih suka Sakura. mengimpikan sakura akan berada dalam tapak tangan saya, yela nak ke jepun tue macam tak dapat je dapat mimpi sakura pun jadi la kan. hihihi

untuk walimah saya nanti memang saya ada letakkan elemen sakura. dekat mana? haaa kena datang kenduri lah hihihihi :p rasa saya bunga sakura sejenis bunga yang tak kan boleh dipetik kecuali dia gugur sendiri. betulkan kalau saya silap. dan sakura mula mekar dari awal april hingga hujung april. sebagaimana kuatnya sakura didahan pokok, dan tak lerai kelopaknya ditiup angin sebegitu la saya ekpresikan diri saya menjadi kuat seperti dia. insyaAllah :) jangan tatau saya juga ada kakak sakura, dia lah Sunah Suka Sakura doa saya moga samurainya bisa menjaga kakak sakura saya sebaiknya amin ;) 


ini dari Samurai saya untuk Sakuranya ;)

22 comments:

aku HaniAsyira said...

dekat2 lah jugak syakira dan sakura kan.. comel je..

teringin jugak tgk bunga ni live.. hmm..

Zai Zamree said...

syakira...sakura...ah...mmg mcm sm ja klau sekali dgr...btl x?

Lydia Miza said...

sakura mmg cantik

aDisH.sHidA said...

syakira sakura...kiera kura2 eh eh kiera kira2...

tatau la bila dapat tengok bunga sakura real kan

Anonymous said...

suka bunga sakura juga hehehe

wakgelas said...

wak pon sukak bunga sakura tuuu.. uuuhhhu, wak kok jadik rindu kat nippon pulakkks

cheryna zamrinor said...

Hanami :)

Senyum lebar diri ini membaca. Yes, memang ada sesuatu nak diceritakan pada adik sakura, tak sabar pulak rasanya. Tunggu mood itu sampai, insyaAllah - ku reblog kan semula atau ku tulis semula khas utk Syakira Sakura nieh.

Jgn tak tau...bunga sakura di Canada tak sama dengan yang di jepun. Ada yg cherry blossom ada yg peach blossom ada juga yg apple blossom.

Itu hasil carian seorang yg minat sakura juga. Yg pernah ada cita2 dan cinta :)

Whatever it is...sebenarnya, Kak Sha suka pada org yg ada identiti sendiri. Yg berani berpegang pada itu juga dan belajar mengenai apa yang dipegangnya.

Kalau tak masakan hari-hari...ada peluang datang melawat adik Sakura kan?

Nor Zilla Sensei said...

singgah kiera lg di sini..hehe

cik nana said...

2 tahun lepas nana ke bogor,indonesia ada site visit kat botanical park kat sana. tmpt tu ala2 mcm cameron gitu sejukk. jalan2 behenti kat 1 pokok lepastu lecturer ckp tu pokok sakura. ohh terus feeling2 macam kat jepun gitu. hihi. tapi masa tu bunga nye tgh putik2 x kembang.

OKje said...

Samurai, Sakura dan Shakiera.....3 S tapi berlainan......

Jna marcello said...

sakura x silap na bunga ni lambang bunga mulia untuk pahlawan2 kat jepun x silap na laa..sbb tu kat sane ramai yg pakai bunga sakura! ;D

Ain Norainsyah said...

sweetnya! :)

Unknown said...

wah, cerita sakura dia betul2 mengkagumkan

kay_are said...

aku ingat terpengaruh tengok cite anime cardcaptor sakura tu.. hmm.. yang kat bawah tu bakal husben yang tulis eh? sweet gile bakal husben ko.. semoga kekal.. amin..

Anonymous said...

cantik dan cute nama tu.. :)

mcm ade makna apabila dikatakan sakura itu takkan boleh dipetik kecuali dia gugur sendiri.... i loike it.. :)

mama aryan said...

cantik bunga sakura ni..akak pun suka,

Hafizin Jamil said...

saya tak pernah tengok bunga sakura lagi secara live..ehe

mirmashi94 said...

sakura. teringat movie cina. para para sakura. masa kecik2 memang suka layan cite cina. sebut je nama pelakon cina, memang kenal, masa tue laa. dan masa tengok movie ni, memang tak leh lupa scene dorang menari bawah pokok sakura. bunga2 sakura pulak masa tue tengah gugur. siyes indah sangat pemandangan. sebab tue kot sampai sekarang terlekat lagi scene tue.

bunga sakura does leave a good impression kan? ;)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Saya suka bunga ni.. Cantik..

نورعيم said...

dekat2 dah tu sakura dgn kiera. hee. act, sy tak tahu pn apa bunga sakura tu kak. hihi.

kata2 tu abg ipar bg ke kak? sweet nya!

nursuriani said...

huhuhu sib bek nama cik kira bukan sakura kan??? kalau tak kena panggil cik kura pulak! huhuhu

kyo_9 said...

hmm..
sakura mmg boleh dikatakan bunga kebangsaan Jpon dan mmg cantik bila dia berbunga lebat :)
berdasarkan pengalaman saya..
bunga sakura boleh je dipetik sendiri.. tiada masalah pun ;)
hmm, part mula mekar tu bergantung kepada tempat dan jenis sakura itu sendiri.. ada tempat yg dah mula mekar awal bln 12 lagi.. bunga sakura ini juga ada pelbagai jenis, kalau x silap lebih 50++ jenis :p

ciri yg membuatkan sakura ini hit pada saya ialah dia TAK TAHAN LAMA.. waktu dia mekar dan gugur singkat giler.. x sampai 2 minggu kot dah habis gugur semua daun.. tp part berjalan waktu daun2 sakura berguguran tu memang syahdu aa.. haha~

salah satu part yg membuatkan dia gugur cepat giler ialah faktor angin yang kuat.. FYI, Jpon ada 4 musim, dan musim bunga (Spring) senang citer April~June kan.. Setiap kali pertukaran musim akan ada angin kuat dan hujan lebat..

Kalau kat area Tokyo, biasanya sampai 10hb April je kot Sakura tu dapat bertahan.. tapi ape2 pun bergantung kepada tempat dan jenis pokok sakura :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...