Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera
Sebenarnya
hajat hati awal nak buat cerpen dari Perjalanan kisah saya dan Pakcik Imam.
Tapi feel nak buat cerpen dah lama tak datang, kang kalau buat jugak takde jiwa
tak best pulak nak membaca nya =.= dan demi membayar janji saya pada adik
Noraim mushuk2 saya tue saya hadirkan la entry nie untuk dia. Adik akak dah
bayar nie ;P ok bagi yang belum tau, tunang saya seorang blogger, saya sedar kewujudan dia lepas dia ping entry kat KBU.
Saya
mula sedar kewujudan dia bila dia selalu sangat suka ngusik kawan-kawan kat KBU
tue. Sesape yang kenal nama Nadzri mesti tau macam mana perangai suka mengusik
tunang saya tue. Pertama kali ke entry dia, entry pasal dia homesick nak balik
Penang. Masa tue dia keja kat KL. Memandangkan saya pun jenis selalu terkena
penyakit homesick kire dia macam jumpa geng la. Hihihi. Dari situ saya selalu
pegi belog dia.
Satu
entry Tak bisa memilihmu. Saya drop komen kat situ. Kira macam
puisi tue tuju ke saya dan saya membalasnya. Pangai ntah pape je kan. Hihihi..
sampai satu satu saat saya dengan dia buat poem berantai. Tajuk dari dia “makcik
tatau nama” dan saya “kerana kau aku jadi minah jiwang” poem yang berkisahkan
dunia khalayan kami berdua. Kalau nak baca sila ke sini. Itu episode terakhir
dari dia dan saya. Ada banyak link yang saya tinggalkan kat situ. Link poem
berantai kami.
Dari
poem tue adik badik KBU selalu usik kami berdua. Konon mengskandalkan kami la.
Padahal kitorang takde pape pun. Dorg memang suka seksaited lebih (kang mesti
ada yang tuju tin nie) :p Selalunya kitorang sembang dekat pesbuk, private
message. Bertukar number masa nak gath KBU kat Tanjung Asam. Bulan March 2011.
Kat situ la baru pestime saya tengok muka dia. Eh kenapa jantung macam degup
lain macam je saya tanya kat diri sendiri. Mungkin sebab masa tue pestime jumpa
kawan-kawan maya. Kan sebelum nie tak pernah jumpa lagi kawan-kawan maya nie
kan. Selalu sembang kat muka buku jer.
Bila dah
balik dari gath jadi makin rapat berkawan. Yela hati kan Allah yang pegang
kuncinya. Kitorang rasa kitorang dah bukan macam dalam fasa berkawan. Eh ada
yang tak kena ke? Tanya kat diri memasing. Dalam awal bulan April 2011, bila
dia mula tanya saya “betol tak kalau Nadh kata Ira dah mula ada hati kat Nadh”
hanya dia sorang je yang panggil saya dengan nama Ira sampai sekarang. Bila
orang lelaki tanya macam tue haruslah saya yang gegel nie ada perasaan malu nak
jawab kan. Hihihi. Bila dia tanya macam tue saya pun tanya la diri sendiri.
Betol ke saya ada perasaan kat dia. Jawapannya jeng jeng jeng. Tunggu la, baca
la sampai habis :p
Bila
hati dah mula ada perasaan cinta rindu pada yang bukan hak, kan tak bagus tue. Dalam
bulan April dia tanya saya macam mana kalau dia nak jadikan saya yang halal
untuk dia. Saya terkedu tak mampu nak kata apa. Hanya yang boleh saya kata.
Izinkan saya istikharah mohon petunjuk Allah dulu. Sebab dulu saya pernah
tersalah buat keputusan. Dulu saya bertunang tanpa memohon pandangan dari Ilahi
jadi sekarang saya tak nak membelakangkan Dia lagi. Tunang saya setuju, saya
kata selagi saya tak dapat jawapan selagi tue dia takkan dapat jawapan dari
saya. Dia kata Ya. Dalam masa yang sama dia mesej mama saya mintak izin nak
berkawan dengan saya. Tau tak masa tue dia ngorat mama saya, sebab dia tau saya
nie anak manja mama. Alaa macam besa la orang kata, nak ngorat anak kena ngorat
mama nya dulu ;) bukan je dia berpeluh mesej mama saya, mama saya pun nebes nak
reply msej. Mama kata “ape mama nak balas, panjang ke mama balas nie ek?”
hahahaha kalut la mama nie :p 11 April 2011 dia kata kat saya dia dah mula
kumpul duit, mungkin hujung tahun 2011 kitorang bertunang.. aishh nebes kemain
saya nie masa tue hihihi.
Saya
ambik masa yang lama beristikharah. Saya pernah cerita dalam entry nie. Heyy
jangan suruh saya ulang cerita lagi. Pi baca entry tue, jangan malas!! :p
Alhamdulilah lepas je saya dapat petunjuk dari istikharah saya, saya kata saya
terima dia sebab jawapan yang saya dapat adalah dia. Petunjuk bukan datang
hanya dalam mimpi. tapi kadang Allah jawab dalam pelbagai bentuk, juga Allah
hadirkan ketenangan dalam kita membuat keputusan menerima petunjuk. Saya rasa dalam bulan Julai tak silap baru
saya betol yakin sebulat bujurnya keputusan saya nak bersuamikan dia.
Oh lupa
nak cerita. 23 April 2011 pestime saya jumpa Mama Pakcik Imam saya. Hari dimana
saya pick up dia sebab KBU ada farewell perpisahan Onie, Tatia dan Erika. Mereka
3 orang adik yang dah habis study kat Poli Penang. Sebelum tue dia suruh jemput
dia kat umah mama dia kat Seberang Jaya tue. Ade ke patut saya yang pemalu lagi
ayu nie disuruh ambik anak teruna orang kat umah uishhh nebes achik tau :p tapi
sebenarnya itu cara dia nak kenalkan saya dengan family dia. Ok memang hari tue
saya kenal dengan semua family dia. Alhamdulilah segalanya dipermudah. Sahabat
saya Mastora yang teman masa tue. Cakap dengan Mas, adehhh saya sakit perot la
awak, jantung jalan laju-laju nie. Hihihihi :p terima kasih Mas jadi sahabat saya yang sangat menyimpan rahsia. sampai dia takut nak masuk KBU sebab takut terpecah rahsia saya yang sangat banyak dan lama dia simpan tue. yela bebudak KBU kadang suka korek rahsia kat dia hihihi. saya terharu dengan kesetiaan awak Mas. terima kasih *big hug ;)
bila
saya dah dapat jawapan dalam istikharah saya kitorang decide nak tunang ujung
tahun 2011. Yela kami tak nak berkawan dalam tempoh yang lama. Banyak benda
yang kena pelihara sebelum ikatan menjadi halal. Dalam tempoh beberapa bulan
sebelum bertunang Alhamdulilah perhubungan kami masa tue takde istilah couple
kami kawan macam biasa. Sama macam saya kawan dengan Kay_Are dan sama macam dia
kawan dengan Iffah. Ok saja petik nama dua orang tue hihihihi :p bulan November
2011 pestime dia jumpa keluarga saya, masa tue raya haji. Satu keluarga dia ada
sekali sebab family kami tak pernah bertentang mata. Dari situlah baru buat
keputusan nak tunangkan kami bulan Disember 2011 nanti.
Setiap hubungan
mesti akan diuji Allah kan. Macam tue jugak kami. Hujung bulan November kami
ada krisis yang sampai membuatkan kami hampir tak jadi bertunang. Tapi saya
yakin bila persoalan jodoh dah dijawab Allah saya yakin dengan jawapanNya, dan
jugak saya yakin yang Allah tue dah tetapkan apa yang terbaik untuk kami
berdua. Saya yakin dengan segala aturanNya. Maka seluruh kepercayaan saya
sandarkan pada Dia Yang Maha Kuasa Maha Mengetahui. Alhamdulilah takde la saya
serabut sampai nak kuar post pesbuk “titew nak bunoh diriewwww” :p Alhamdulilah
awal bulan Disember segalanya selesai. Dan kami decide 25 Disember 2011 majlis pertunangan kami.
25
Disember 2011 saya dan Nadzri ditunangkan. Eh baru sebut nama dia ek? Hihi :p
Alhamdulilah segalanya dipermudah Allah. Kami memang decide tak nak bagitau
sesape yang kitorang dah bertunang. Memang ikut islam pertunangan patut
didiamkan kan. Ada la kawan-kawan yang teka-teka betul ke kami dah tunang. Tapi
ada jugak kawan-kawan rapat yang tau hari tue saya bertunang. Disebabkan teknologi
yang canggih skang nie. Nak dijadikan cerita sepupu tunang saya berkawan dengan salah
sorang ahli KBU, Syukri Rosle. Sepupu tunang saya sent gambar cincin tersarung
dijari manis saya ke Syukri. Dalam gambar tue takde gambar tunang saya tapi ada
gambar adik dia, Nadzli. Dari situ la baru diorang dapat bukti yang kitorang
dah bertunang.
Sebenarnya
bukan bajet retis ke ape nak sorok status tue tapi sebab perjalanan kami jauh
lagi. Kita tatau apa akan jadi masa akan datangnya. Boleh dikatakan 50% kawan-kawan
saya dan dia adalah orang yang sama. Andai kata Allah tak mengizinkan mesti
malu nanti kan. Jadi sebab mengikut syariat dan demi menjaga segalanya kami
sorokkan status kami. Maaf bagi ada yang terasa dengan apa yang kami buat. tapi bagi ada yang perasan saya pernah update status saya “engaged” atas sebab
tertentu yang terpaksa saya simpan sendiri. Lepas “hal” tue selesai baru saya
hide kan status saya. Cuma skang je baru saya publish kan balik lepas event
jemputan walimah di create. Eh macam panjang je kan cite pasal status nie =.=
Dalam bulan
March atau April saya tak ingat sangat baru kitorang tetapkan tarikh pernikahan
saya dan dia. Selesai berbincang itu ini, semak calendar tengok cuti umum bulan
mana yang banyak. Akhirnya kitorang decide pilih bulan November 2012.
Alhamdulilah segala urusan persiapan walimah berjalan lancar dan dipermudah
Allah. Nak kata serabut sangat tue tak sebab kami berdua jenis tak suka
beratkan kepala dengan benda yang tak sepatutnya.
Dan hari
nie, saya dan dia sedang bersedia memperkemas diri menunggu hari ijab dan Kabul
kami pada 10.11.12 nanti insyaAllah. Walimah kami pada 11 November 2012
insyaAllah. Jemput hadir ye semua. Terima kasih pada yang sudi mendoakan kami
berdua. Dan doakan agar perjalanan kami dipermudah selepas berumah tangga nanti
untuk menuju ke syurga Ilahi, insyaAllah.
Untuk si
dia bakal suami saya,
Terima kasih
kerana menerima pilihan yang Allah pilihkan untuk awak. Terima kasih menerima
diri saya seadanya. Terima kasih jugak menerima keluarga saya seadanya. tak banyak yang mampu saya janji, cuma saya hanya akan berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk Dia yang diatas, insyaAllah bila dah jadi yang terbaik untuk Dia pasti dipermudahkanNya dan diingatkanNya saya untuk menjadi yang terbaik untuk awak jugak keluarga kita nanti. insyaAllah
#muntah tak baca panjang2 nie? hihihihi :p
34 comments:
yg leh agak kiera n nadh ada apa2 ms majlis dgn anak yatim kt Perlis tu...
Sm la...k.zai tunang pon x rmai yg tau...just post kt blog...kwn2 keja rmai xtau psai blog.sapa baca depa tau la...
Tahniah...moga segalanya berjalan dgn lancar...Amin :)
Semoga di mudahkan urusan 11.11 nanti.. Tahniah yea :-)
hee..tahniah~11/11 jgk eh..special btol tarikh nih..kad kira dah smpai~TQ ^_^
tahnaih... moga dipermudahkan semuanyer ye dear
wahh cantik tarikh 11.11 ;) semoga semua nye berjln dgn lancar kiera ;D *hapy for you -OVer TAK?
sweetnye akak...:D
sweetnye akak...:D
Saya gembira bila kawan2 menemui cinta, tak pedulilah walau orang kata itu cinta manusia.
Sbb bukan semua manusia bertuah. Ada yang terpaksa melalui pelbagai dugaan dan kegagalan (mungkin anda juga, wahai sayang), ada juga mati tanpa ada cinta manusia selain ibu bapa.
Tp saya kagum sebab awak masih meletakkan Tuhan dan ibu bapa di depan cinta terhadap si dia.
Itu yang penting. Syurga kita yang disitu dulu harus disentuh sebelum kita hidu syurga yang lain pula.
Tahniah:)
p/s: kesedihan yg sepatutnya kegembiraan. terima kasih sebab memahami saya. Nanti lah kita cerita yg itu ok:)
He..he..terbongkar sudah kisah cinta Kiera Sakura he...he...
wahhh.. sonok baca.. moga semua nya bagus dan diberkati ei.. bukan untuk sekarang tp untuk selamanya
Tahniah... semoga berkekalan selamanya :)
alhamdulillah... nie entry paling di tunggu2 nie.. nanti lynn pm alamat ok. tahniah! moga sampai syurga. ^_^
alhamdulilah semoga kekal sehingga anak cucu :)
waaa... tahniah.. pandai simpan eh.. tapi still dapat detect walaupon tuan badan tak mengaku ngeee...
kad dah sampai.. tq antar tapi maaf nora tak boleh pi.. hhuhuhu.. moga semuanya berjalan lancar,,, nora doakan dari jauh jer.. :)
how sweet..hehe..
Kiera... bermaknalah cuti nikan Kiera... boleh jumpa tunang...he..he..
nak nanges baca part akhir sekali... T_T
akak! hari ni jugak sy nak kawen. haha. igt tau janji tlg carikan tu. muahahaha.
ok, sweet kot cerita akak. takde la compllicated sgt. hee. betul tu, seeloknya pertunangan tu dirahsiakan. respect pendirian akak :)
panjangnya perjalanan tu. insyAllah Allah akan permudahkan jalan akak dgn bakal abg ipar tu. hihi.
hye blogger
kunjungan malam aya
SELaMAT HARI RAYA AIDILADHA
---------------------------
tahniah sgt2.hehehehe pilih yg terbaik....amin..moga bhgia
waaa, berjumpa cinta di blog rupenya, sweet, hihi semoga di panjangkan usia perkahwinan sampai ke ank cucu cicit
tahniah kak kira and pakcik iman hee
semoga dipermudahkan semuanya =)
So sweet both of you kiera...
Congratz... semoga berkekalan hingga ke syurga... Amin..
** time walimah kiera tu una ada final tournament untuk olahraga... fuuhhh..sorry =(
tahniah kak kiera dan abg nadzri. walaupun kita tak pernah rapat tp sy doakan kak kiera and abg nadz bahagia sentiasa. btw, sy boleh nmpak k anda berdua sedang ehem2. heheheh. :)) selamat berbahagia hingga ke anak cucu !! :)
OWHHH gitu kisahnyaaa! boleh buku kan neh! huhuhu. cik kira, huhuhu selamat berbahagia yer :) semoga kekal ke akhir hayat :) taw! opss. selamat hari rayaaa!!!
so sweet. doakan hubungan kira n nad berkekalan.amin
dapat gak bace sampai habes..
siap bace link2 awk bg tuh..
sungguh indah cerita cinta awk..
saya nages tauuu..
sob sob sob..
alhamdulillah semua nya dipermudahkan..
alhamdulillah..congrats kiera...
seronok baca kisah kiera..bermacam-macam cara Allah SWT nak temukan kita dengan jodoh kita tu kan..so sweet..ehhe....semoga berbahagia hingga ke anak cucu..aamiin... =)
lagi panjang lagi aku suka bace.. sweet gile cite ko ni weh.. seronok aku bace.. confirm ko senyum2 konon malu mase taip entri ni kan.. ape pun, tak lame dah tu.. semoga dipermudahkan.. amin
sampai dah kad ko akhirnye.. thanx!
akak! mane hilang ni. cepatan update belog ni. heee.
tahniah kak kira. kami memang dah tau lama dah :P
semoga pernikahan akak nanti diberkati oleh-NYA. Aminnn Ya Rabbal Alamin.. :)
aku baru komen rini. pdhl last week dah bace. kahkah!!
errr, semoga semuanya dipermudahkan ye sahabat. jmpe masa nikah nanti. tak sabo ni!! weeeee :')
Wahhhhhhhhhhhhhh. Pnjgnya lah entry awak ni. Sonok noh. Bjmpa n akhrny mlgkh ke alam baru. Sy doakn y tbaik,
Jaga ALLAH n Dia pasti jaga kamu n enchik suami. ;)
uniknya kisah cinta kamu sis kiera...boleh lak kenal melalui blog ye.tp,ni la g di katakan jodoh.slalu percaya dengan ketentuan Allah.dan yakin,setiap pemberian Dia adalah himkah g ternilai untuk future kita.anyway,tahniah sis..
Post a Comment