Assalamualaikum
Selamat pagi semua!!! Hamboi bukan main bersemangat lagi kira rini.. suara dah agak menampakkan kegarauan akibat menjerit tengok bola Malaysia lawan arsenal semalam. Sampaikan hosmate ingat kira kena hysteria menjerit sorang² dalam bilik.. hahaha.. ok xmo cite pasal bola, dah ramai yg dok ulas pasal tue..
Semalam sembang dengan hosmate pasal kes curang dalam perkahwinan. Yang si suami curang pada isteri tak kurang jugak ade segelintir isteri yang buat benda yang sama pada suami.
Persoalan yang berlegar² dalam kepala kira nie
· Kerja pasangan dia jauh lebih baik dari kerja skandal die. Contoh :- skandal Cuma executive sesuatu jabatan, tapi pasangan dia pensyarah. Tak cukup hebat lagi ke dapat suami seorang pensyarah?
· Skang diorang dah ada dua orang anak. Kalau nak kata suami dia x bagi dia zuriat.
· Suami dia siap bagi duit, tolong jaga anak² kat rumah time isteri pergi straight kan rambut kat salon.
Apa yang kira soalkan kan tue sebab benda tue yang kira Nampak. Ape lagi yang jadi dalam rumah tangga diorang kira x ambik port.
Itu contoh bagi kes curang bagi pihak isteri, yang lelaki jangan pulak nak tuding jari kt perempuan kata perempuan je salah. Ade jer kes lelaki miang yang jadi depan mata kira.
· Dalam tepon bersayang² dengan isteri. “yang balik nanti masak ape?abg lapar”. Tapi bila belakang isteri abis semua no contact staff pmpuan yang muda² dia ambik. Kalau staff tue xnk bagi, siap suruh orang laen tolong mintak lagi.. haiii no makcik cleaner tue kau xnk mintak pulak!! Ape kes?
· Sibok dok jadi paparazzi tangkap gambar pompuan lain, lepas tue bila disoalkan bini kat rumah x marah ke.. jawapan die “orang rumah saya dah tau” kira senang jer nak membalas “memang la orang umah kau tau kau tue gatal!!” … kira kalau dengan orang² macam nie mulut memang insurance terus expired immediately !!!
· Sibok layan video lucah!! Hei kau kawen dengan isteri kau dengan cara yang halal. Allah dah menghalalkan antara kau dengan isteri kau ape lagi yang kau sibok nak tengok kat pompuan lain? Serius kira x paham dengan orang macam nie.
Cukup lah kowt contoh² tue.. banyak lagi isu yang kita semua sendiri sedia maklum. Kira tak salahkan sebelah pihak.. salah si lelaki kerana sibok menggoda perempuan lain dan salah si perempuan kerana melayan orang macam tue.. sebab tue ade peringatan “kalau tak cukup ilmu agama di dada jangan berani nak kawen!” dan pokok tak bergoyang sendiri kalau xda angin atau monyet atau sape² yang tolong goyangkan pokok tue..
Kira beristighfar panjang kalau tau ade segelintir manusia macam nie yang keluar sambil pegang tangan dengan bukan muhrim dia. Sungguhpun tangan pasangan anda tue kasar mengalahkan kertas pasir tapi yang kertas pasir tue lah saham anda nak masuk syurga jika diizinkan Allah s.w.t ….dan tangan yang lembut macam obor² tue lah saham anda nak pegang bara api kat neraka nanti!!!
Rasulluah dah tinggalkan kita teladan yang baik. Al-Quran dan As-Sunah sebagai panduan dan ikutan. Kenapa mesti menghalalkan apa yang haram?
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.
[surah Ar Ruum ayat 21]
Ayat Al-Quran tue sendiri menunjukkan betapa Allah sayangkan hamba-Nya. Memberikan jalan untuk hamba-Nya lebih dekat dengan-Nya. Kenapa mesti memilih jalan yang salah? Tepuk dada tanya iman.
Bukan niat kira nak bukak aib sesiapa tapi kira nak ingatkan diri kira sendiri dan semua yang membaca kehidupan kita didunia nie hanya sementara. Yang abadi tue di akhirat. Kira sendiri dah banyak buat dosa, jom kita muhasabah diri balik.. yang baik kita ambik, yang buruk kita jadikan sempadan.
Ya Allah aku tak layak masuk ke syurga-Mu namun aku juga tidak ingin ke neraka-Mu.. Kau berikanlah petunjuk dan hidayah ke dalam hati² kami.. kami hanya hamba-Mu yang sering melakukan dosa kepada-Mu… Amin Ya Rabbal Alamin.
Yang baik dari Allah dan yang buruk dari kira sendiri…
Wasalam~~
10 comments:
ahaha mmber aku cakap kan..die tgk video blue nak tambah ilmu..erkkkk
Pernah g motivasi. Die kate kalau masuk vdeo lucah dlm rmh. Rmh jadi tak de sinar...
i setia ok...
hahaha
astaghhfirullahal'azim... belajar la menghargai dan bersyukur... ape yang Allah da bagi tu yang tu yang Dia halalkan untuk kita... kenapa nak cari yang haram lagi?
hargai apa yg kita dpt... ada akal kita pk... msing2 kne jga .. suami atau isteri... utk kebaikan bersama...
salam. sudah follow kat sini. jgn lupa singgah ke blog edy ya. tq
tanya sama pokok,
apa sebab goyang,
jawab angin yang goncang.
-lirik lagu pokok, meet uncle hussainft hazama. keh3
ok serius. kalau cakap dorang golongan yang tidak bersyukur boleh tak? =P
tepuk dada tanya iman...
2-2 sm je klu hati x kuat
jiji :: errrkkk aku x setuju!!!
penarozie :: yela video tue kan x elok.. =.="
haziq :: good klu awk setia
kak sunah :: kan kak, diorang nie jenis yg x bersyukur kowt
abu huzaifah :: btol.. sama2 buat sama2 dapat kan..
edy :: tq
kembatolo :: ptt la pokok tue goyang ko yg nyanyi .. hihihi..
btol la tue pe ko kata.. =)
H.J :: setuju
meck :: kan..xleh salahkan 1 pihak jer
Post a Comment