Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

24 July 2011

Tak Malu Betol

Assalamualaikum…

Pernah tak dengar situasi yang kira nk sebut kt bawah nie:-

Datang kenduri jiran, mengata menu jiran hidang tue x sedap, x grand.. tapi mkn jugak. Siap mintak tapau bawak balik rumah lagi. Mengata souvenir yang jiran kasi tue old school, tapi orang tue bagi ambik jugak. Kalau ade tetamu yang tertinggal souvenir tue cepat² kidnap masuk dalam beg.

Manusia spesies nie kita nak kategori kan macam mane? Sombong, tak tau berterima kasih, x reti bersyukur kan?

……………………………………………………………………………………………………

Itu contoh hubungan sesame manusia. Tapi mcm mana hubungan dengan Allah s.w.t

picture by adik

Kita dah pakai nikmat yang Dia bagi secara percuma. Matahari yang menerangi hidup kita. Udara yang membolehkan kita menyedut dan melepaskan angin tue. Anggota tubuh badan yang kita gunakan sepanjang hari untuk kegunaan seharian kita. Segala rezeki yang Allah kurniakan buat kita.. semua tue kita dapat free dari Yang Maha Pencipta Maha Memberi.

Tapi kita lupa pada Dia. Lupa nak sujud, selalu buat² lupa nak mengucapkan syukur alhamdulilah.

Dah la tido tak solat isyak. Boleh pulak buat² terlepas subuh, dah tue dengan muka tak malunya mengadap bekpes dengan lahapnya.. bekpes tue datang dari mana? Bukan dari rezeki Allah?

Dah pakai nikmat Allah tapi sombong angkuh bongkak nak sujud pada Allah. Bukan nya lama pown.. kalau boleh duduk 8 jam kerja kat ofis. Tengok tibi 30 minit . Mengadap laptop tak terkira jam. Tak kan tak boleh luangkan masa barang beberapa minit untuk Allah yang memberi segala nikmat kurnia dan rezeki buat kita?

Allah tak mintak kita bayar setiap pancaran matahari yang kita guna, setiap helaan nafas yang kita sedut. Susah ke kita sebagai hamba nie nak melakukan amal ibadat, mengucapkan syukur pada Allah?

Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.
[surah al baqarah ayat 110]

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
[surah al baqarah ayat 277]

Segerakan sebelum kita kehilangan peluang tue. Peringatan untuk kira sendiri dan semua..

Jom muhasabah diri!!!

sumber :: usrah(rezeki)

3 comments:

H.J said...

saya terasa...haha

JIJI YU said...

kalo ko wat butang like ke share ke..kompom aku tekan ni..ramai y ang terasa ni

kiera'sakura said...

H.J :: hihihi... :p

jiji :: aku x reti buat... T.T

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...