Assalamualaikum dan salam sejahtera
“weyh sedap gila spaghetti kau masak nie, betul ke kau yang masak ke kau tapau je kat mana-mana kedai?”
“kan aku dah cakap, aku memang dilahirkan untuk menjadi seorang lelaki yang pandai memasak” gurau Shakir sambil menghulurkan senyuman menyakitkan hati buat Sofia.
Tersembur air sirap yang baru diteguk Sofia. Pantas jelingan maut dihadiahkan buat Shakir. Shakir dan Sofia sama-sama membesar dikawasan perumahan setinggan sebelum ibu bapa mereka masing-masing berpindah ke penempatan tetap. Dan kini mereka sama-sama merantau, mencari rezeki dan erti hidup.
“kau nie habis kotor baju aku, apa punya perangai ntah, dari kecik sampai besar tak ubah-ubah, asal terkejut jer mula nak tersembur tersedak, dah tue aku nie jugak la yang jadi mangsa kau”
Sofia hanya mampu membariskan gigi putihnya.
*****
“Sofi, kau ingat tak masa kita kecik dulu” redup pandangan mata Shakir dihadiahkan buat Sofia, seredup pandangan hijau yang terbentang dihadapan mereka kini.
“esok bila aku dan kau dah besar mesti kita kena kahwin kan? Kalau kau dah kahwin mesti kau lupa kat aku.”
“kenapa pulak? Kalau dah kau yang jadi bini aku nanti tak kan aku boleh lupa kat kau” pantas satu jelingan dihadiahkan buat Shakir. Shakir sudah berlari menuruni lereng bukit sambil ketawa, faham benar dia dengan Sofia yang rajin mencubit lengannya.
Keduanya tertawa. Kenangan lama menghimpit lagi. Ada rahsia yang tersimpan dihati kecil namun mereka memilih untuk mendiamkannya, bimbang andai rahsia yang tersimpan menjadi duri merosakkan persahabatan yang lama terbina.
“Kir, balik jom aku penat la” belakang baju kurung Sofia sudah basah dengan peluh.
“jom” Shakir meraup rambutnya ke belakang dan pantas mendahului Sofia menuruni lereng bukit. Dia tahu Sofia tidak selesa berjalan dihadapannya.
‘kau memang dah banyak berubah Sofi’ lantas senyuman kecil tersungging dibibir Shakir.
‘Shakir kau boleh tak jangan buat macam tue selalu lama-lama boleh tergoda hati aku nie, hai hati apa la yang kau merepek nie’ tersenyum Sofia mendengar monolog hatinya sendiri.
“kau berangan apa tue? Senyum sorang-sorang” Shakir mempamerkan senyuman mengusiknya.
Nampak saja la dia nie kalau aku senyum pun. Masam mencuka wajah Sofia, penat dia mahu melayan karenah Shakir. Pantang berjumpa ada saja bahannya mahu mengusik.
*****
“kau rasa ada ke yang nak kahwin dengan aku nie? Aku kan tak pandai masak, tak cantik pulak tue tapi comel nya ada” sengaja dia mahu mengusik Shakir.
“ala semua tue kacang jela, bila kau dah jadi bini aku nanti aku ajar la kau memasak. Apa guna ada suami yang pandai memasak kalau tak boleh turunkan ilmu dekat bini dia” Shakir menambah sambil tersengeh.
“hello Cik Sofia kau dengar tak apa yang aku cakap nie?” Shakir mengawang-awangkan tangannya dihadapan Sofia. Nampak seperti hanya jasad gadis itu sahaja yang berada disitu.
Sofia terkejut, ternyata lamunannya telah jauh menerawang. Mujur sahaja lelaki dihadapannya ini tidak mampu membaca fikirannya jika tidak berkecai segala rahsia yang dipendamnya. Sofia hanya mampu tersengeh memandang sahabat baiknya itu.
“maknanya tadi tue aku membebel sorang-sorang lah ye? Haishh apa la nasib”
*****
Sofia melarikan anak matanya dari ditenung lelaki dihadapannya. Shakir tidak seperti selalu. Hari ini dia bengis dan Nampak kemarahan dalam matanya. Sofia akur, dan redha apa saja kemungkinan yang akan terjadi.
Shakir diam merenung sahabatnya. Dia marah namun dia tahu Sofia pasti punya jawapan yang tersendiri. Hatinya kecewa namun dia memilih untuk mendengar penjelasan sebelum meletakkan hukuman. Wajah itu, punya sesuatu yang mampu meredakan kemarahannya. Shakir bangun menuju jendela.
“kenapa tidak? Aku tau kau sembunyikan sesuatu dari aku. Mulut kau mampu berbohong tapi tidak mata kau” Shakir marah.
“sudah la Kir, aku penat. Aku tak rasa nak bergaduh dengan kau hari nie. Lain kali kita bincang lagi boleh? Tolong hantar aku balik sekarang.” Sofia mahu segera pulang, kakinya terasa lemah. Bila-bila masa sahaja dia boleh tumbang. Puas dia memujuk tapi lelaki itu seakan tidak mahu berganjak dari tempat mereka berhenti tadi.
“kalau kau tak nak hantar xpa lah, aku balik sendiri” Sofia tidak betah. Dia harus segera beredar.
“Sofia!!” Shakir seperti mahu pengsan melihat Sofia jatuh terjelepuk ditanah saat mahu melangkah mendapatkan teksi. Dia segera berlari mendapatkan Sofia. Ada darah yang mengalir dari hidung Sofia. Shakir mula tidak keruan. Pantas didukungnya Sofia dan segera ke hospital.
Shakir tersandar lesu saat doctor yang merawat Sofia memberitahu separuh rahim Sofia perlu dibuang segera agar kuman tidak merebak ke tisu ototnya yang lain. Dan dia tidak mampu menahan perasaan saat melihat Sofia menandatangani borang pembedahan. Segera dia melangkah keluar dari bilik wad. Tidak mahu Sofia semakin lemah melihat air matanya yang tumpah.
“sekarang kau tahu kenapa aku tak boleh terima cinta kau bukan?” Sofia memberanikan diri bersuara. Segala rahsia yang disimpan kini terlerai.
“izinkan aku jaga kau”
“aku tak perlukan simpati sesiapa. Dari arwah ayah dan ibu aku meninggal aku dah biasa hidup sendiri, aku yakin lepas nie pun aku mampu berdiri sendiri” dia perlu ego demi melihat kebahagiaan sahabatnya dan dia tidak mahu simpati Shakir membuatkan lelaki itu terikat dengan perkahwinan tanpa kebahagiaan.
“kenapa kau degil sangat? Kenapa kau tak pernah Nampak keikhlasan aku mencintai dan menyayangi kau Sofi? Kenapa hati kau keras sangat?” Shakir rimas dengan sikap degil Sofia.
“apa guna kau kahwin dengan aku kalau kau yang kena jaga aku, apa guna aku jadi isteri kau kalau aku tak boleh bagi kau anak. Apa guna aku jadi menantu keluarga kau kalau aku hanya menjadi bebanan dan tidak mampu melahirkan waris ayah kau?” rendah suara Sofia namun cukup menggentarkan hati wanitanya sendiri. Wanita mana yang tidak mahu memiliki cahaya mata sendiri. Dia redha andai itu takdir buatnya.
“Sofia Abdul Majid kau bercakap seperti tiada iman. Kau lupa pada Yang Mencipta? Kau lupa pada kalimah Kun Fa Ya Kun?”
“isteri Nabi Ibrahim, Siti Sarah mandul namun bila mana Allah Maha Berkuasa berkata jadi! Maka jadilah. Siti Sarah melahirkan Nabi Ishak saat umurnya mencapai 90 tahun.” Shakir menambah. Dia sendiri buntu mahu melembutkan hati Sofia.
Sofia tergamam. Dia beristighfar. Air mata mula menghujani pipi mulusnya.
“setia juga sunnah Sofia. Aku setia menemani kau. Aku tahu hati kau menerima kehadiran aku hanya ego kau menolak aku. Aku akan tunggu kau. Aku tunggu jawapan kau yang mampu menggembirakan aku” Shakir menyudahkan kata-katanya sebelum Sofia ditolak masuk ke wad bedah.
“aku sayangkan kau Shakir. Kau jangan tunggu aku” Shakir melepaskan Sofia dengan hujung matanya. Keluhan berat dilepaskan.
tajuk macam tak da kena mengena dengan jalan cerita kan? sebenarnya ada lagi sambungan dia tapi tunggu sampai sini jela dulu, kalau ada sesiapa yang sudi sambung dipersilakan, saya menerima dengan tangan terbuka..hihihihi :D
6 comments:
sofia ada adik perempuan ke tak??haha
hiba..terpesona dgn cinta mereka.tiada wanita nk org yg dikasihi menerima dirinya yg sakit,,huhu.akak tgu kesudahannya.cpt smbung tau.
pehal habis suspen ni? kawin ke tak ni? hidup ke tak si heroin? pening2..
HJ :: aku pn x terfikir die ada pmpuan ke x.. hahahah
kak miza :: hihihi, insyaAllah kak
Kay :: itulah aku pn pening nk buat ending die.. hahaha :p
ok cerita nie sedih......mcm nk nanges jugak
tetiba rasa sedih baca cerita nih..ok nak baca sambungan dia pulak hehehe
Post a Comment