Asslamualaikum dan salam sejahtera
“Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..” lantas dikucup lembut dahi isteri tercinta. Qasidah, wajah jernih yang sering menemani hati lelaki Adam. Biar Qasidah masih punya kekurangan namun Adam menerima dengan redha kerana Qasidah masih punya banyak kebaikan yang harus disyukurinya. Perkahwinan dan percintaan bukan hanya menerima,tapi juga harus memberi. Salah satu yang masih dipegang Adam hingga kini.
Usai solat subuh berjemaah, Qasidah pantas turun menyediakan sarapan buat suami yang sudah 3 tahun menikahinya. Kini, hatinya mudah terusik mengenang kekurangan diri, satu keluhan berat dilepaskan. Derap kaki Adam mematikan lamunannya pantas dia ke dapur menyembunyikan seraut wajah yang duka.
“Qas tak kerja hari nie?” Adam perasan Qasidah tidak bersiap ke pejabat seperti selalu.
“tak, abang cuti hari nie. Tue yang Qas ambik cuti jugak, bukan senang boleh duduk dating berdua dengan abang sekarang nie” hujung hidungnya dicuit suami tercinta. Kesibukan Adam sebagai Site Engineer sedikit membataskan masa untuk mereka berdua-duaan. Lantas Qasidah cepat memohon cuti rehat bilamana Adam punya waktu yang lapang.
*****
Qasidah pantas memeluk Saffiya. Simpati dengan nasib malang gadis dihadapannya. Tunangan Saffiya maut dalam kemalangan minggu lalu. Kurang 30 hari menjelang hari bahagia buat mereka. Qasidah kagum dengan ketabahan yang dipamerkan Saffiya biarpun Qasidah tahu jauh disudut hati Saffiya, dia menderita dan kesedihan.
“Allah tak kan menguji diluar kemampuan umatNya kan Kak Qas, Fiya yakin Fiya boleh laluinya sebab tue Allah uji Fiya” Saffiya tetap mempamerkan seraut senyuman buat sahabat yang sudah seperti kakaknya biarpun terasa kelat senyuman dibibir.
“betul tue sayang, Kak Qas tak tau nak tolong Fiya macam mana. Tapi Kak Qas nak Fiya tau yang Fiya ada Kak Qas kalau Fiya perlukan apa-apa” Qasidah menepuk lembut belakang tangan Saffiya.
Terhenti gerak jari Qasidah mengacau minum petang untuk Adam. Sudah 2 tahun peristiwa kemalangan maut itu berlalu. Saffiya masih begitu, memilih bersendiri. Bukan menolak jodoh Cuma belum masanya. Alasan yang sering keluar dari bibir mungil Saffiya. Qasidah tahu, Saffiya masih belum mampu melupakan arwah bekas tunangannya.
*****
“apa Qas cakap nie?” mendatar suara Adam.
“Qas redha abang. Qas tak mampu beri abang zuriat, Qas izinkan abang nikahi Saffiya. Kesian Saffiya dia menderita. Kesian abang kesunyian”
“Qas tau abang mampu. Qas yakin abang pandai membahagikan kasih sayang untuk kami. Berpoligami kan sunnah” Qasidah masih berusaha memujuk.
Adam pantas berpaling pada Qasidah. Redup pandangan yang dilemparkan namun bisa menggentarkan hati Qasidah. Dia tau suaminya marah.
“terima pasangan seadanya. Kelebihannya disyukuri, kekurangannya diredhai. Pernah Qas Nampak abang kesunyian bila dengan Qas?”
“betul berpoligami tue sunnah, setia juga sunnah!”
“Qas ingat hati abang banyak mana yang nak dibahagi-bahagi? ada Qas fikir perasaan abang bila Qas mintak bukan-bukan nie?” Qasidah menggit bibir bawah. Adam bangun masuk ke rumah. Diraup rambutnya kebelakang.
Qasidah menangis. Antara suami, sahabat dan perasaan sendiri. Dia dipersimpangan.
*****
Qasidah hanya mampu melihat senyuman bahagia dua mempelai dari jauh. Dia tak mampu turun sama meraikan. Dia tahu dia redha namun hatinya bagai dihiris bila melihat Adam merangkul pinggang Saffiya. Hari ini hari bahagia buat mereka, Qasidah tidak mahu mencemarkan kegembiraan yang baru dibina.
Dia menguncikan diri dalam bilik. Mula mempersoalkan kewajaran tindakannya sendiri. Dia tenggelam dalam deru air mata.
“Qas, Qas, bangun sayang. Kenapa Qas menangis nie?” Adam terjaga bila mendengar esak tangis disebelahnya.
“Qas mintak maaf abang, betul Qas redha tapi Qas tak mampu tahan air mata nie” Qasidah terus memeluk Adam. Rindunya dia pada Adam. Tak sampai setengah hari Adam meninggalkannya, meraikan walimatul urus dengan Saffiya. Dia sudah kerinduan. Bagaimana pula bila dia dan Saffiya harus bergilir nanti?
“eh mana baju pengantin abang?” Qasidah binggung bila melihat Adam hanya berbaju tidur.
“bukan sepatutnya malam nie malam pengantin abang dengan Saffiya ke?
Adam tersenyum Cuma.
“Astghafirullah halazim, kekasih hati abang mimpi nie. Bilanya abang dengan Saffiya tue menikah?” Adam pantas membelai rambut Qasidah. Cintanya hanya satu.
“dah tue Saffiya kahwin dengan sape tadi?” Qasidah masih mamai.
“dengan suami dia la, Khalif. Sayang lupa ke kita pegi kenduri diorang tengahari tadi?” Adam masih melayan soal jawab Qasidah. Terasa lucu melihat wajah pelik Qasidah.
“nie mesti Qas tidur tak berwudu’ tadi nie?” Qasidah malu ditegur begitu. Merah pipinya.
Adam mencubit pipi comel Qasidah. Biarpun gelap namun kemerahan pipi si isteri masih ketara dimatanya.
“baru dalam mimpi dah teresak-esak, kalau abang betul-betul nikah dengan orang lain macam mana la pulak gayanya tue” sengaja Adam menggiat buah hatinya.
Qasidah menarik panjang muncungnya, entah kenapa hati terusik saat Adam menyebut menikahi yang lain. Pantas tangan sasa Adam melingkari belakang Qasidah.
“hati abang hanya ada satu, cinta abang juga hanya pada seorang. Hanya pada isteri abang yang seorang hingga ke syurga, insyaAllah. Qasidah namanya” Adam pandai memujuk rajuk si kekasih hati.
*****
Saffiya bertemu Khalif dipesta buku islam antarabangsa. Titik perkenalan yang membawa mereka ke gerbang pernikahan. Dia tau Qasidah mahu berkongsi kasih dengannya, namun Adam bukan pilihannya kerana hatinya sudah dicuit. Benarlah jodoh itu rahsia Allah.
“Assalamualaikum anak abi, anak-anak abi sihat ke kat dalam tue?” Qasidah tersenyum
Adam bahagia. Zuriat yang dikandung Qasidah disahkan kembar. Dan dia teruja menanti sat itu.
“susu tak luak pun?” Adam sengaja mengecilkan mata memandang Qasidah. Seperti biasa Qasidah hanya tersengih. Adam pantas mengambil gelas dan meminumnya separuh, separuh lagi dihulur pada bibir isterinya. Begitulah Qasidah, tidak akan minum selagi Adam tidak menghabiskan separuh.
“Qas nak anak-anak hebat macam abang, kalau abang minum separuh dan tinggalkan separuh untuk Qas. Sedikit enzim abang mesti termasuk dalam susu tue, jadi Qas tolong telankan untuk abang la” alasan kebiasaan Qasidah.
Adam menggaru kepala yang tidak gatal bila pertama kali mendengar alasan Qasidah. Ada sahaja modal isterinya kalau nak lari dari buat perkara yang tidak disukainya.
*****
TAMAT
*cerpen lama tak sambung lagi, buat cerpen yang nie dlu ;)
6 comments:
So sweet
mimpi rpenye
enggnr tu cm knl je wakaka
suka.....suka suka
itu je mampu
Iffah : enggnr? errrrr :p
Kak Shida : hihi, thanks kak :)
sweet2.. mimpi rupenye.. aku ingat betul2 kawin r adam tu tadi ngan safiyya tu.. setia betul adam kat isteri die.. aku pun harap aku leh jadi camtu nanti.. amin =)
best cite ni...truskan perjuangan..hehehe
mati2 igt depa kawen betoi2
Post a Comment