Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hanya keluhan berat yang mampu dilepaskan. Dalam renungan Firdaus pada gadis kesayangannya. Dalam diam lidah membisik kalimah Allah mengawal gelodak hati yang mula dibisik hasutan syaitan. Menyayangi bukan bererti memiliki. Dia akur.
“maafkan saya awak” suara kesayangan menampar lembut cuping telinganya. Dia bangga dengan ketaatan Syukriyah. Patuh pada kehendak keluarga, mengorbankan keinginan sendiri.
“saya mendoakan yang terbaik untuk awak. Kalau perlukan pertolongan jangan segan nak minta pada saya” Syukriyah memejam matanya rapat-rapat. Doanya biarlah ini hanya mimpi. Keluhan halus dilepaskan ada air jernih yang mula menitik dalam rintik hujan yang mulai turun.
*****
Sudah setahun ikatan perkahwinan yang diatur keluarga berjalan menyelusuri kebahagiaan. Syukriyah bersyukur suaminya mampu menerima dirinya walaupun mereka berkahwin tanpa ikatan cinta. Dia cuba menjadi isteri yang baik, kerana dia tahu syurga isteri dibawah tapak kaki suami.
Panas yang dijangka sampaikan ke petang rupanya hujan ditengahari, semuanya berubah bilamana suaminya mula menunjukkan dirinya yang sebenar. Segalanya bermula lewat petang itu.
“awak tau kan saya nikahi awak tanpa perasaan cinta? Saya terpaksa ajar hati saya lupakan kekasih saya semata menerima pujukan keluarga saya. Saya dah cuba cintakan awak Cuma satu yang saya minta. Izinkan saya berkahwin satu lagi. Saya tak boleh lupakan dia” Syukriyah terpanar. Suaminya meminta izin berpoligami saat usia perkahwinan mereka baru setahun.
Sejak dari itu rumah tangga mereka bergolak. Naim sering pulang lewat malam. Bila ditunggu pulangnya hanya herdikan yang diterima. Bila dia tertidur keletihan tamparan yang dihadiahkan atas alasan dia tidak tahu menghormati suami.
Dia letih. Naim menunjukkan tanda protes bila dia meletakkan syarat menyuruh Naim sendiri berbincang dengan keluarga mereka.
“poligami tue Sunah Nabi! Awak tak mahu payung emas ke kat sana nanti!” hanya itulah yang sering diulang tayang dihadapannya bila Naim tetap berkeras mahu hajat hatinya dipenuhi. Dia bosan.
“setia juga Sunah Nabi. Rasulullah setia pada Siti Khadijah walau usianya jauh berbeza. Rasulullah tak pernah berkahwin lain semasa hayat Khadijah. Rasulullah sendiri tak pernah membelakangkan isteri-isteri yang lain bila baginda nak berpoligami. Dan awak sendiri tahu yang Rasulullah berpoligami bukan kerana turutkan rasa hati bukan kerana cintanya sendiri. Lihat saja dengan siapa baginda menikahi..” belum sempat kata-kata dihabiskan terasa perit pipinya ditampar. Terasa berpinar dunianya sebentar.
Naim seperti kerasukan. Rambut Syukriyah ditarik dan dicengkam dengan kuat, jeritan sakit isteri yang mula disayangi langsung tak diendahkan. Rayuan Syukriyah minta dilepaskan dirasakan seperti mencabar jiwa lelakinya. Akhirnya dia tersedar apabila azan maghrib dari surau berdekatan sayup kedengaran. Pantas isterinya dilepaskan dia segera keluar dari rumah.
Peluh dingin mula memercik keluar dari dahi. Puas didail talian rakan sepejabatnya namun hanya telefonis yang menjawab panggilan. Mahu menjerit meminta tolong pada jiran baru dia teringat jirannya pulang ke kampung usai subuh tadi. Firdaus!! Walaupun berat nama itu disebut namun dia tidak punya pilihan. Darah makin banyak mengalir keluar, dia sakit.
“awak tolong saya” Firdaus kaget. Perasaan kurang enak mula menerpa dalam diri. Syukriyah! Kenapa dengan dia. Tak sempat suara melontar persoalan hanya bunyi talian terputus kedengaran. Firdaus segera mencapai kunci keretanya.
*****
Pintu pagar yang terbuka luas menjentik perasaan Firdaus. Dia tahu ada sesuatu yang tidak elok terjadi. Segera enjin dimatikan. Salam yang diberi tidak bersambut kaki dipaksa melangkah menghampiri pintu utama. Terasa mahu pitam saat matanya mula hinggap pada tubuh kecil Syukriyah yang terdampar diatas lantai. Darah pekat membanjiri tubuh kecil itu. Segera dia menolak daun pintu utama.
“Ya Allah! Riya kenapa nie?” segera tubuh Syukriyah didukung, helaan nafas wanita itu terlalu lemah. Hati membisik memohon ampunan Ilahi, menyentuh bukan mahramnya Dia terpaksa jika tidak dikhuati nyawa wanita itu menjadi galang gantinya.
Mujur Firdaus cepat datang menyelamatkan Syukriyah. Syukriyah kehilangan darah yang banyak dan lagi menyedihkan anak yang baru dua bulan dikandungnya juga gugur. Firdaus keliru apa yang terjadi. Kata doctor Syukriyah seperti dicederakan. Siapa pula yang mencederakannya. Tak mungkin Naim kerana dia tahu Naim sayangkan isterinya.
Lembut wajah Syukriyah dalam lena menjentik tangkai hati Firdaus. Benar dulu wanita itu pernah menjadi kesayangannya namun kini dia hanya menyayanginya sebagai seorang sahabat. Dalam dia tidak sedar ada hati yang terluka melihat adegan itu. Ada dendam yang mula menyulam.
*****
Kaki yang menggeletar terpaksa digagahkan juga. Dia tahu dia salah. Banyak dosanya pada isteri yang dinikahi. Besar dosanya pada Ilahi kerana gagal membawa amanah yang disandangkan pada bahunya. Dia puncanya dan dia harus menjernihkan keadaan kembali.
Keadaan rumah yang gelap membuatkan fikirannya cemas. Apa sudah jadi pada isterinya. Tak pernah Syukriyah bergelap seperti ini. suis lampu utama dihidupkan saat kaki mula melangkah masuk kediaman mereka. Dia terpanar. Bau hanyir darah menyerbu rongga hidung. Puas dicari Syukriyah merata namun langsung tak kelihatan. Dia benar-benar cemas.
“Riya maafkan abang” deringan telefon mematikan persoalan yang berlegar dimindanya. Pihak hospital baru saja telefon memaklumkan perihal isterinya. Wajahnya diraup, air mata dibiarkan turun. Dia menyesal. Kunci kereta dicapai dia harus segera ke hospital.
*****
Dia kenal lelaki itu. Perasaan cemburu mula mengasak menyucuk warasnya hati. Segera dia beristighfar, tak mahu ulangi kesalahan yang sama. Bahu lelaki itu disentuh.
“bro maafkan aku, aku terpaksa bawa Riya ke sini. Dia lemah sangat masa aku sampai tadi. Aku tak tau apa yang jadi. Maafkan aku terpaksa sentuh isteri kau” cepat Firdaus menjelaskan keadaan sebenar dia tak mahu Naim salah faham kebaikan yang dia hulur. Senyuman yang dilempar Naim melegakan hatinya.
“aku yang kena berterima kasih dekat kau sebab tolong bawa isteri aku kesini” hatinya sebak melihat insan yang mula disayangi terlantar lesu dikatil. Dia menyesal lebih menyesal bila doctor memaklumkan isterinya keguguran.
Firdaus menepuk lembut bahu Naim. Segera dia beredar memberi ruang untuk Naim dan Syukriyah. Walau apa pun yang terjadi diluar batas pemikirannya hanya doa yang mampu diiringi. Dia sayangkan mereka.
“maafkan abang Riya, maafkan abang” bersungguh Naim memohon maaf dari isterinya. Jemari isterinya dibawa ke bibir. Sungguh dia menyesal mengabaikan perasaan isterinya.
“awak” segera wajahnya diangkat. Senyuman dari bibir pucat isterinya lebih membuatkan dia sebak. Syukriyah terlalu baik. Dia makin dihimpat rasa bersalah.
“maafkan abang. Abang..” belum sempat dia meneruskan ayat pantas jemari Syukriyah menghalang.
“awak tak salah, tak ada sape yang salah. Cuma jadi kesalahan kalau awak ulang kesilapan yang sama” walau payah Syukriyah gagahkan jua menyambung kata. Tak sanggup dia mendengar kata maaf dari suaminya lagi. Baginya kekesalan yang terlukis diwajah suaminya sudah cukup membuat dia tahu yang suaminya ikhlas.
*****
Perlahan Atia memasukkan ubat tidur dalam jarum. Niatnya ingin memberi lena yang panjang buat wanita yang dia benci. Kerana wanita itu cintanya ditolak, Firdaus tegar menolaknya demi perasaan cinta dan kasih untuk wanita itu. Syukriyah! Dia benci wanita itu, Firdaus sendiri pernah berterus terang dengan dia.
Tray ubat ditolak dengan berhati-hati, gelodak jantung yang tidak sekata cuba dikawal. Terasa peluh dingin merembes keluar dari dahi. Dari jauh dia Nampak Syukriyah tekun membaca buku. La Tahzan Buat Muslimah. Sempat dia membaca tajuk buku yang dibelek Syukriyah.
“kenapa saya tengok awak senyum dari tadi” Atia pelik melihat senyuman tak lekang dari bibir Syukriyah dari tadi. Hatinya tiba-tiba tertarik untuk bertanya.
“Ya Allah! Maaf saya tak perasan awak datang” terjatuh buku dari tangannya akibat terkejut akan kehadiran Atia yang tiba-tiba.
La Tahzan sekiranya cintamu ditolak. Sempat dia membaca tajuk dari mukasurat yang terdedah. Segera dicapainya.
‘boleh jadi kamu menyukai sesuatu tapi ia buruk untukmu. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal itulah yang terbaik untukmu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak’ Atia tergamam. Jarinya bergetar. Terasa bagai ada sesuatu yang meresap dalam hatinya saat terpandang secebis ayat Quran yang sempat dibaca. Dia terjerit saat jari Syukriyah menyentuh lembut tangannya.
“maaf. Awak Nampak pucat tiba-tiba, awak okey?” segera dia menyusun langkah meninggalkan Syukriyah. Jarum suntik kemas disimpan dalam poket pakaian seragamnya. Dia berlari masuk kedalam bilik air. Tangisan dilepaskan.
Terasa diri teramat kotor kerana membiarkan hati dan akal dikuasai hasutan syaitan. Terus dihayun kakinya menuju surau, dia berdosa. Makin cepat hayunan kakinya saat terdengar suara Firdaus.
*****
Deruman motor Yamaha Fz150 mematikan lamunan Syukriyah. Laju kakinya melangkah turun ke bawah. Senyuman terukir dibibir, suaminya lewat pulang hari ini. ada mesyuarat yang habis lewat katanya.
Terus tangan kasar suaminya disalam, beg kerja lelaki itu berkalih tangan. Terpamer keletihan diwajah Naim. Dibiarkan saja langkah kaki suaminya ke atas. Terasa dingin layanan suaminya malam ini. Naim keletihan. Tiada senyuman seperti selalu, tiada ciuman yang hinggap dipipi seperti kebiasaan. Cuba dipujuk rasa hati agar tidak terus layu dihasut syaitan.
“abang bangun mandi solat dulu, lepas tue abang tidur ye” Syukriyah gelisah sudah 30 minit suaminya tertidur dikatil mereka.
“erm abang bangun la ni” Naim masih begitu, mata masih terpejam rapat. Dia benar-benar letih. Mesyuarat yang panjang namun tiada kata putus yang dicapai. Dia penat.
“abang bangun la sekarang, dah lewat sangat ni abang belum solat kan?” Syukriyah terus berusaha memujuk. Jam didinding dijeling. Jarum menunjukkan 11.45 minit malam. Suaminya juga sudah berpesan agar mengingatkan solatnya yang belum ditunai.
“kan abang cakap abang bangun!” jeritan Naim mengejutkan Syukriyah. Dia terpanar, salahkah dia kiranya mengingatkan kewajipan suaminya. Suaranya mati dihujung bibir. Hanya ekor mata mengiringi Naim memasuki kamar mandi mereka. Ada cecair panas yang lahir dihujung kelopak matanya. Segera dia menarik selimut menahan gelodak hati. Dia trauma.
Isteri yang terbaring dikatil dipandang sayu. Dia tahu dia bersalah. Tak patut dia melampiaskan amarah ditempat kerja pada isterinya. Dia mengeluh, kecewa dengan sikap baran sendiri. Pipi mulus isterinya dibelai.
“sayang, abang minta maaf. Abang tak sengaja tadi” dia tahu isterinya belum tidur. Segera tubuh isterinya ditolak membelakangi dirinya. Perlahan juga tubuh wanita itu dipeluk dari belakang. Dibiarkan sahaja isterinya menangis. Mungkin dengan cara itu boleh membuang segala perasaan sedih dalam diri isterinya.
Makin erat pelukan pada buah hatinya saat esakkan kecil kedengaran, hatinya makin dihurung rasa bersalah. Pipi kekasih hatinya dikucup lama.
“abang betul-betul minta maaf, abang sayangkan Riya, abang tak sengaja tadi, abang letih sangat. Maafkan abang ye” perlahan dia memujuk di hujung telinga Syukriyah. Sungguh dia beku dalam memujuk.
“dah la jangan la minta maaf lagi, saya yang salah sebab terasa hati tak tentu pasal” segera tubuh suaminya dipeluk, tangisan pecah didada sasa lelaki itu. Belaian lembut dirambut membuat dia tenang. Dia tahu suaminya tak sengaja. Kemas pelukan suaminya. Dinginnya malam membuat mereka hanyut dengan selautan rasa kasih dan cinta.
*****
Firdaus masih begitu. Dia lebih selesa bersendiri buat masa ini. bukan dia menolak pernikahan namun dia mahu menebalkan ilmu didada dahulu. Biarlah segalanya datang sendiri, dia percaya pada takdir Allah. Jika jodohnya sudah tiba nanti pasti hatinya juga bisa menerima.
Atia malu dengan tindakan yang cuba dibuat dahulu, mujurlah dia cepat tersedar jika tidak pasti dia dihantui rasa berdosa seumur hidup. Sekarang masanya banyak dihabiskan dimajlis-majlis ilmu. Hatinya makin tenang, jiwanya tidak gelisah seperti dulu. Dia bahagia.
“Eh maafkan saya cik” Atia tergamam. Firdaus juga. Dia kaget melihat penampilan gadis itu. Berbeza sungguh. Tudung labuh dan auratnya ditutup kemas. Hatinya dijentik perasaan halus. Yang pasti perasaan yang indah. Keduanya berbalas senyuman..
TAMAT
dah dekat 3 minggu cerpen nie terperuk dalam draft. tak ada jiwa nak selesaikan sebenarnya. huhu.. kritiklah saya terima :) *jeling2 budak sorang yang dah ada 84 cerpen tue* hihihihi :p
17 comments:
nice...tersentuh hati, hampir menitik air mata...hurmmm...
tapi duk kat lab, so kene cover tak bagi nangis..wakaka
87 la kak'
haha
btw cite best
sedih
tak ngis pon. bkn cm sunah
ske tacing
haha but dendam tu xksmpaian la kak. tajuk cm xkne je
sbb more pde kasih syg sorng isteri sbnrnye
ooowww cerpen kat sini :)
Nice adik ni nak tacing ni
Nice adik ni nak tacing ni
Nice adik ni nak tacing ni
nice story. awat la org lelaki ni kl bab kawen lain mesti nk ikut sunnah nabi.. yg lain tak nak ikut plak
best cite ni...:')
kalau dah jodoh,tak kemana..mgkn ada yang lagi baik menanti dihadapan,tak perlu nak berdengki2^^..
#cool cerpen..suka3 sahabat..
nape kne guna salah satu name aku untuk suami yang garang tu? terase ni =P heroin tu memang sabar ngan tabah betul. kalau aku jadi die mau kne tinggal si naim tu. Tapi aku laki so takkan jadi r kot.. cam bese ko memang pandai wat ending yang sweet so teruskan =)
weiiiiiiii.. kak ipaq... suka kami baca.. hehehe.. La Tahzan
nanges ~
I like cara lelaki ni pujuk isteti dia waww 5 star muhaha
Nissan+
Best
best nyewww😆😊
Apa jadi kat syukriah ?
Post a Comment