Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

04 July 2011

Jika Kambing Ini Aku Curi, Maka Di Manakah Allah S.W.T..?

Satu waktu dulu, Ibnu Mas’ud r.a dan beberapa orang sahabat Nabi S.A.W berjalan-jalan ke sebuah desa berhampiran madinah. Di sana, mereka berjumpa dengan seorang anak penggembala kambing. Kemudian, mereka mengajak anak tue makan bersama namun ditolak oleh anak tue kerana sedang berpuasa.



Para sahabat pun berasa kagum dengan ketaatan anak tue, walaupun waktu bukanlah bulan ramadhan. Lalu para sahabat pun menguji anak tue, mereka mahu membeli seekor kambing dengan menjanjikan separuh dagingnya sebagai hadiah. Namun, ditolak oleh anak tue kerana kambing tue bukan miliknya dan dia xde hak untuk menjualnya..

Para sahabat menguji lagi dengan mengatakan “anak ku, tidak akan ada yang tahu, kau katakanlah pada pemilik kambing itu bahawa kambing nya telah mati dimakan serigala”

Anak gembela tue pown lari sambil menjerit “kalau macam tue, di manakah Allah S.W.T”
Yang dimaksudkan anak gembala tue, Allah kan Maha Menyaksikan setiap perbuatan hamba-Nya.

Akhlah tinggi yang dimiliki anak gembala tue terkesan dalam hati para sahabat dan membuat mereka kagum. Lalu, Ibnu Mas’ud membeli kesemua kambing tue dan memberi kan kepada anak tersebut. Maka, anak tersebut memperoleh keuntungan didunia kerana keyakinan dan kesedaran nya akan sifat Allah Yang Asy-Syahid iaitu Allah x pernah lepas menyaksikan segala sesuatu di dunia nie..

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)",
[Surah Al-A’araf Ayat 172]

Setiap apa yang kita buat akan dicatat oleh malaikat Raqib Dan Atid, tak kan terlepas walau sesaat pown dari pemerhatian Allah.. selalu lah ingat dan yakin akan sifat Allah yang Asy-Syahid tue kelak kita mesti rasa malu nak buat jahat atau kerosakan diatas muka bumi Allah nie…

ASY-SYAHID (Maha Menyaksikan)
Zikirlah sebanyak 319 kali setiap malam, insyaAllah akan meninggalkan segala perbuatan tidak baik dan akan kembali ke jalan yang benar

Yang baik tue dari Allah dan yang buruk tue dari saya sendiri…

7 comments:

hadi Saaidin said...

terbaek. bagus peringatan ni.

shahjiehan said...

nice!

Abu Huzaifah said...

nice sharing :)

Unknown said...

bile dah takder lagi loceng dari tuhan untuk mereka..

EiZaRaZiErYa said...

bagus entry nie~ suke.nak cube amalkan zikir nie~ ^_^

ain revival said...

sentiasalah mengingatiNYA. insyaallah hidup kita akan diberkati~

Kira Sakura said...

hadie :: terima kasih =)

SJ :: thanks ye... =)

Abu Huzaifah :: thnaks... =)

jiji :: semoga aku x kehilangan loceng tue...

EiZaRaZiErYa :: jom jom kita amalkan zikir nie..

ain revival :: betol.. sentiasa ingat Dia kita akan tenang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...