Assalamualaikum...
Hari nie berapa ramai yang…
Call bopren/gepren setiap hari?
Berikan senyuman yang lagi berseri dari mentari dekat bopren/gepren?
Salam tangan bopren/gepren?
Pelok ciom bopren/gepren?
Katakan “aku sayang aku rindu aku cinta” kat bopren/gepren?
hantar report kemana destinasi yang ingin dituju, makanan pe yang korang makan , bape kali dah masuk bilik air rini bla… bla… bla.. dekat bopren/gepren?
Belanja bopren/gepren makan mahal-mahal setiap minggu?
Tapi agaknya hari nie berapa ramai yang…
Call bercerita bergelak bersama kedua ibu bapa setiap hari?
Berikan senyuman ikhlas dari hati anda pada kedua ibu bapa?
Salam tangan kedua ibu bapa dengan kasih sayang?
Pelok ciom kedua ibu bapa dengan limpahan rasa cinta?
Katakan “saya sayang saya rindu saya cinta” kat kedua ibu bapa?
hantar report kemana destinasi yang ingin dituju, makanan pe yang korang makan , bape kali dah masuk bilik air rini bla… bla… bla..kat kedua ibu bapa?
Hang out, bercuti, belanja yang sedap² mahal² untuk kedua ibu bapa?
………………………………………………………………………………………………………
Pernah tak terfikir kalau korang boleh buat semua yang aku sebut kat atas tue dekat kekasih korang.. kenapa tidak korang lakukan yang sama dekat kedua ibu bapa korang? Sedangkan kalau korang buat apa yang aku senaraikan kat atas tue tuk parents korang dah berapa banyak pahala yang korang himpun.. dan betapa gembiranya kedua ibu bapa kalau anak-anak diorang buat macam tue kat diorang..kalau buat dekat bopren/gepren dapat sorakan dari geng iblis dan syaitan jela… Nauzubillah min zalik!!
Bukan wang ringgit yang mereka mahukan hanya kasih sayang dan perhatian dari anda yang bergelar anak..
Renungkan sejenak, siapa yang tak pernah tinggalkan sisi kalian diwaktu kalian sedih berduka kecewa? siapa yang mampu saban hari melayan perangai kalian yang kadang² teruk mengalahkan beruang mogok lapar tue? Pernah tak kedua ibu bapa kalian merungut dengan perangai korang? Pernah tengok tak macam mana kasarnya tangan kedua ibu bapa kalian membersarkan kalian? Muhasabah lah diri balik…
**tak sedap hati selagi keluar rumah tak mintak izin..tak lengkap hari tanpa mendengar balasan “love u, miss u , emmuuahhhh” dari mama saban hari.. terfikir apa kesalahan yang dah dibuat kalau mama x tanya khabar sehari…
Nak call, mesej , jumpa kekasih biarlah berpada beringat… lebih baik gandakan semua tue untuk parents anda sekalian… peringatan untuk aku sendiri dan anda semua…
Jika kedua ibu bapa anda membuat kesalahan pada anda sekalipun, derhakalah anda sekiranya membalas perbuatan tersebut. Sebaliknya berdoalah agar Yang Maha Esa memberi petunjuk pada anda dan keluarga
syukur alhamdulilah kalau ada diantara anda yang menghargai kedua ibu bapa... tahniah untuk anda!!!!
syukur alhamdulilah kalau ada diantara anda yang menghargai kedua ibu bapa... tahniah untuk anda!!!!
Mohon maaf seandainya ada perkataan dalam entry nie yang menyentapkan hati kalian semua.. mohon maaf…
Yang baik dari Allah dan yang buruk datangnya dari aku sendiri….
4 comments:
Tahniah dik.... Entri nie memang terbaik dan penulisan yang bagus...
Semoga ramai yang sedar akan perkara nie...
Love ur parents more than others in this world...
yep..betul..hargai ibu bapa.nasib baik tak de gepren..haha
p/s: so sweet wordless tu
lawa gambar tu.. :P
Pembawa_Wacana :: terima kasih.. semoga ramai yg akan sedar .. amin
H.J :: btol.. mama papa harta yg sgt bernilai..
adam :: thanks to adik akak... :D
Post a Comment