Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
"mama cantik tak yang nie? Ya macam berkenan je" Aku hulur cincin perak yang aku pilih untuk bakal suamiku ke Mama. Mohon pandangan ibunda tercinta.
"cantik mama pun berkenan. size 13 ada tak?" Tanya mama pada tokey kedai emas yang kami kunjungi.
"u pakai ka?" Auntie yang menjaga kedai tersebut menyoal aku sambil dikerlingnya jari manisku ini. Mungkin pada hematnya size yang kami minta tak sesuai dengan jari kurus ku ini.
"eh tak la untuk bakal suami saya nanti" seringkasnya aku jawab dan menghadiahkan senyuman.
"manyak kecik ma jari hubby u" Bising auntie tersebut sambil cuba mencari size yang kami kehendaki. Sementara menunggu wanita berusia lewat 40-an menyiapkan cincin bersaiz tiga belas itu aku dan mama mencuci mata disekitar kedai.
mata kami tertancap pada barisan cincin belah rotan dihadapan.
"sebelum mama mati mama nak beli cincin belah rotan la satu"
"buat pe ma? kan mama dah banyak cincin? bukan mama pakai pun" aku mengomel sambil mata memerhati barisan rantai tangan disebelah.
"yelah nanti bila mama mati kamu hadiahkan lah cincin belah rotan tue untuk orang yang bersihkan tang sulit-sulit mama tue" aku tersentap. Raut muka bonda tercinta aku amati.
"macam mama dah takde anak-anak pulak nak bersihkan diri mama" Hati aku semakin kecut.
Mama tersenyum.
"Alhamdulilah, takde la mama malu nanti kalau anak mama yang mandikan mama"
"kalau ditakdirkan kena cebukkan mama time mama hidup nie pun Ya sanggup ma" kata aku cuba meyakinkan mama.
"tak nak la macam tue, kalau boleh mama taknak lah hidup sampai menyusahkan anak-anak huhuhu" aku tergelak je dengan mama.
Itulah kasih Ayahanda dan Bonda. Kecilnya anak ditatang bagai minyak yang penuh namun sedikit pun tak mengharapkan balasan.
Bukankah menjaga bonda dan ayahanda tanggungjawab kami permata hati mereka. Mana mungkin sanggup aku biarkan kedua orang tua ku bersusah payah dan berkecil hati dengan tingkah laku kami adik beradik. Hanya satu yang aku mohon moga Allah Yang Maha Esa teguhkan hati aku dan adik beradikku yang lain untuk berbakti pada kedua orang tua kami tak kira lah semasa hayat mereka masih ada ataupun bila sudah dijemput Ilahi.
*****
TAMAT
Kistot : Kisah Kontot
11 comments:
tetiba akak rasa sebak baca entri ni.Berbaktilah pada org tua semasa hayatnya masih ada.mak ayah akak meninggal masa akak kecik dulu so hanya doa saja yg akak kirim buat mereka.
huhuhuhu. mak boleh bela anak ramai2. anak ramai2 mesti boleh bela mak yang sorang. huhuhu. kn?? huhuu. pasti boleh!
-huhuhu nanti tahun baru cina kita joget sama2. hikhikhikhik. opsss ke nak masa kenduri kawen nanti??? hihihihi-
waktu susah-senang kita mesti ada dgn mak ayah kan..
tersentak!speechless...
erm memang kecik
iffahnye jari saiz 11 heee
cincin pertungan biasa guna cincin ni kan.. bila kita besar,kita pula berbakti pada mak & ayah..
InshaAllah, biarlah anak2 yg menguruskan jenazah ibu bapanya lebih afdal gitu..
huhhuhuu..
mak aku pun pernah taye soklan nih..
sadis bila kita terkenang kan soklan die..
huhuhuhuu
menarik bila ta bace..nice i like
Bab cebuk tu.. Bukan semua org sanggup tau..hehe
memang tersentuh cite ni cume satu yang aku pelik, nape tajuk die kne cincin belah rotan??? @.@
ok. taknak beli cincin ngn mama aku la. nanti beliau pun cakap macam ni. i is sad nanti.
Post a Comment