Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

21 July 2012

Hadiah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bismillahirahmanirahim.. selamat berpuasa dan selamat pagi semua. semoga ramadhan yang datang membawa seribu satu rahmat pada kita.. dan semoga ramadhan yang mengunjungi membawa impak yang besar pada diri semua. bukan impak negatif sebaliknya impak yang membawa kita menjadi lebih terbaik antara terbaik. 

sempena ramadhan ada sesuatu yang saya nak kongsikan dengan awak semua. Hadiah yang sungguh bernilai bagi diri saya. hadiah yang tak boleh ditukar ganti. hadiah yang membuat saya sebak dan berlinang air mata tiap kali mengingatinya. Hidayah dari Allah, hadiah yang sangat tak terhitung nilainya.

saya akui dulunya saya alpa, leka dengan hiasan dunia yang melalaikan. terlalu leka sehinggalah akhirnya Allah mengetuk pintu hati saya. saya seorang yang degil dan sangat keras hati, mama yang bersama saya selama 24tahun akui takde sape yang mampu tukar hati dan fikiran saya kecuali Dia Yang Kuasa dan diri saya sendiri. oh ye entry nie mungkin panjang sikit, terima kasih kiranya awak semua sudi membaca hingga selesai. bukan niat mendabik dada cuma coretan untuk peringatan saya masa depan dan mungkin pengajaran untuk mereka yang juga dulu seperti saya.  ianya nampak payah tapi tak mustahil kan bila rahmat Allah hadir buat diri.

Dia sering menjawab rasa hati saya melalui pembacaan dan pendengaran lisan saya. tafsiran Al-Quran, tazkirah, slot tanyalah ustazah, entry Pakcik Imam, entry ramai blogger lain, buku islamik, novel dan macam-macam lagi saat hati saya sedang ligat bermain dengan apa yang ada difikiran. hebat kan kuasa Allah, Allah Maha Besar Allah Maha Hebat

TUDUNG
ini langkah awal saya. saya masih memakai tudung yang sama. mujur juga koleksi tudung saya bersaiz M semua, dan kebanyakannya jenis tudung bawal. saya cuma melabuhkan tudung hingga menutup dada. malu sendiri bila tengok gambar dulu, Allah singkatnya tudung saya. =.=

PAKAIAN
Alhamdulilah dari dulu pakaian saya tak ada yang terlalu ketat, cuma kebanyakkannya berlengan pendek. saya cuma perlu pakai inner untuk tutup aurat saya yang terdedah. terasa berdiri bulu roma bila saya belek gambar lama dulu =.=

STOKING LENGAN
awalnya saya pakai inner bila berbaju kurung pahang sahaja, lengannya lebih besar dari kurung biasa. akhirnya bila saya dah terbiasa rasa tak selesa bila inner hilang dari lengan saya.  itu jugak kan aurat yang seharusnya saya jaga. pernah rakan-rakan saya bertanya "sejuk ke", ekon di ofis memang teramat sejuk saya hanya angguk. malas mahu memanjangkan cerita. kisah disebaliknya biarlah saya simpan sendiri.

AURAT DIRUMAH
sebelum ramadhan 1432H yang lalu saya selalu jeles bila tengok mereka yang berstoking kaki. saya pernah cakap kat sahabat yang saya teringin. tapi saya rasa sangat tak sesuai bila saya kalut menjaga aurat kat luar tapi bila dalam rumah aurat saya dengan ipar duai masih belum dijaga. saya jugak masih salam cium tangan ayah sedara yang takde pertalian darah. banyak minggu saya berfirkir, nak mengubah adat yang dah sebati dalam diri umpama menarik kutu babi yang melekat celah kaki.. err err macam hiperbola sangat pulak.. hihi..

sampailah dalam bulan ramadhan tue jugak, lagi beberapa hari sebelum raya. hari jumaat dalam slot tanyalah ustazah. hari tue tajuk dia hidayah dan ada seseorang yang bertanya "macam mana kita nak tau sesuatu yang datang tue hidayah atau bukan" Uztazah Nurhafizah Musa kata, kalau diri terdetik nak buat sesuatu kebaikan, hati gelisah selagi tak dimulakan, itulah yang dipanggil hidayah. rebutlah sebelum terlepas.

Alhamdulilah Allah jawab soklan secara langsung dalam bulan yang mulia. dan saya terus susun kata lanjutkan hasrat hati ke mama. dan Alhadulilah semuanya dipermudahkan olehNya.. 

STOKING KAKI
28sept 2011 besday saya, saya mula menyarungkan stoking kaki. setelah hati sangat gelisah selagi kaki tidak bertutup. Alhamdulilah.. aurat saya semakin hari semakin terjaga. syukur dengan kasih sayangNya saya tak terus hanyut hingga tenggelam. 

hidup saya hampir 50 peratus berubah selepas usia saya 23 tahun. sedihnya umur 23 baru terfikir nak berubah T_T rasa sia-sia masa yang dulu saya laburkan. pape pun saya masih bersyukur dengan rasa yang Dia hadirkan. tersangat bersyukur dengan hadiah yang Dia kirimkan. 

Alhamdulilah ramai yang sudi menghulur tangan membantu saya, mama papa dan keluarga yang banyak membantu dan memahami kehendak hati saya, bersyukur dihadirkan Pakcik Imam yang sentiasa menyokong disaat ramai yang terkejut dengan perubahan saya. vlog dari dia jugak banyak menyumbang langkah saya yang dulunya sumbang. terima kasih awak sudi membantu. dan terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung dan dibalik tabir. saya bersyukur dikurniakan awak semua dalam hidup saya.

pasakkan niat berubah kerana cintakanNya, tanamkan niat berubah untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. biarpun awalnya terasa diri hipokrit, terasa tiada keikhlasan dalam diri. pedulikan semuanya kerana saya yakin ikhlas akan datang sendiri, bila kita dah berusaha memperbaiki diri. CintakanNya, kasih pada Dia insyaAllah dilimpahkan selautan cinta dan kasih sayang untuk diri saya dan awak semua. insyaAllah... moga saya dan awak semua sentiasa istiqamah dalam melakukan kebaikan. Amin2

"Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, berikanlah kepada kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat, peliharalah kami dari siksa dan azab api neraka, Amin Ya Rabbal Alamin"

"tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji"

Maha Suci Allah, terima kasih Allah

   

9 comments:

juju said...

Salam...

terasa sayu baca entry kiera...alhamdulillah..kiera dh berjaya jaga semua aurat tu...sy pn macam kiera...kalo dlu brtdung xttup dada...skrg akn rse sgt janggal kalo xttup.maluu...huhu..n sarung tgn pn sama...mmg kwn tnye sy jwp yg sama ..sejuk.hehe...cuma...sy lom btol2 istiqomah utk bersarung kaki..ada sy mula pakai..tp...lepas2 tu xpakai..n tudung sy mmg sy labuh2kan ttup dada..cuma kadang ade yg nipis...kene crik inner neck pula..huhu...ape2 pun..rasa syukur lom trlmbt utk brubah..moga ramadhan kali ini mmberi lebih kekuatan utk menutup semua aurat..insyaAllah..doakan saya juga ye kiera...n sy juga sdg mncari imam saya...msih belum jumpa...mgkin msih dlm perjalanan...=) moga Allah SWT kurniakan sy jodoh yg dpt terus membimbing sy ke syurga bersama-sama....aamiin...

tahniah kiera...moga kiera terus menjadi muslimah yg sejati...aamiin..=)

Unknown said...

Alhamdulillah.. Allah swt dah izin kita menjengah ke dalam bulan yg benar2 mulia di sisiNya -Ramadhan- ^_^

Tinggal pilihan kita.. berusaha mengotakan perasaan excited tadi kepada amal soleh atau masih memanjakan diri~~ Allahu Musta'aan..

"Ya Allah bantulah aku untuk terus mengingati-Mua (berzikr), bersyukur padaMu dan melaksanakan ibadah dengan baik kepadaMu."

Bermula ke gerbang Ramadhan Kareem. Bermula satu penilaian. Penilaian pada nafsu kita. Sama ada selama ini banyak terpengaruh dengan didikan syaitan laknatullah atau didikan Islam~

Allahu Musta'aan.. Bulan yang bukan tahan lapar dahaga. Bulan yg lebih dari itu. InsyaAllah ke arah hambaNya yg lebih baik ^^

eheh,,panjang komen.. takpakan.. Ramadhan kareem buat kiera sekeluarga...

vendoline said...

eh tatau lak tudung pon ade saiz
M ..hehe lawak.ehhe

mintak tolong
promote n sudi2 la join my 1st give away

http://edyfee.blogspot.com/2012/07/my-first-give-away.html

Unknown said...

Iffah pon dlm proses kak

tp y sedihnye kekwn xgalakkan pon

gelakkan adela. Kate cm ustazah sbb tdung labuh sngt

iffah da cube pakai saiz l. Cume stongan ngn stokin lom cube blik

tringat zmn dlu, mse pakai sume tu hurmm

Cik Rose said...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dapat melaukan perubahan.. Saya pun masih lagi dalam proses untuk berubah ke arah itu..

kay_are said...

waahh.. memang bertuah kerana diberikan hidayah untuk berubah menjadi semakin baik dari ari ke ari.. semoga perubahan ko akan kekal dan menjadi lebih baik selepas ini. amin =)

cimöt said...

tahniah sis..sye jg cbe ke arah tu.. tp tu laaa asyik kejap on off.. cbe utk istiqamah.. alahai.. Allah kuatkan hamba-Mu ini..

نورعيم said...

entry yang baik kak!

alhamdulillah Allah masih beri peluang dekat akak utk berubah :)

sama2 kita tlg berubah ke jalan Allah. sy pn masih dlm proses itu, cuma bezanya tersasar sikit dr sekolah ke zaman uni. huhu.

semoga istiqomah kak!

mirmashi94 said...

alhamdulillah. indah kan hidayah tu? perasaan bila kita betul2 paham Islam, indah sangat, tenang, un-describe-able. tak tahu la wujud ke tak perkataan tu. haha. satu benda yang istimewa pasal hidayah, selalunya kalau kita dapat something yang buat kita bahagia, susah untuk kita nak bagi kat orang lain, contoh macam brg2 yg kita sayang.

tapi hidayah, pemahaman pasal Islam. perasaan nie sangat istimewa. ia buat kita bahagia, dan ia buat kita rasa nak kongsi dengan orang lain. rasa macam nak semua orang rasa apa yang kita rasa. dan itu lah panggilan dakwah ;D.

semoga kita sama-sama istiqamah dan sentiasa membaiki diri untuk menjadi lebih baik. nak sangat padam masa lalu yang buat saya rasa malu, tapi masa lalu la yang membentuk diri saya sekarang. susahnya untuk mendapat hidayah, itu la yang akan lebih kita hargai. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...