Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

16 July 2012

Rancangan Dia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

teringat saya satu masa dulu ada sorang sahabat berskype dengan saya. berkongsi cerita kegusaran hati dia sebelum dia bernikah dengan suaminya sekarang, dia punya sahabat rapat, sangat akrab tapi tidak sampai melampaui garis sempadan antara seorang lelaki dan perempuan yang ajnabi. mungkin kerana dulu pernah ada cerita cinta antara mereka yang membuatkan mereka akrab hingga saat nie. 

pernah dia kata, dia tatau macam mana nanti hubungan dia dengan sahabat lelaki tue sebab diorang berkerja ditempat yang sama, dilevel yang sama, juga department yang sama. katanya nanti selepas dia mendirikan rumah tangga dia takut kekok nak berdepan dengan si sahabat. saya diam sekejap sebab tak faham, ohh baru lah saya ingat mereka punya kisah cinta satu masa dulu. biarpun dalam hati sudah tidak punya rasa cinta dan kasih tapi mungkin timbul perasaan kekok andai dirinya dah bersuami. 

mungkin pada sesiapa yang tak berada ditempat dia akan cakap "dah ada suami buat cara ada suami, tak perlu fikir pasal sahabat tue lagi" dan betul lah sebab tue islam letakkan garis sempadan antara lelaki dan perempuan ajnabi takut timbul fitnah kemudian hari. tapi sahabat saya takut silaturahim antara dia dan sahabatnya terputus. ada budi yang dia terhutang pada sahabatnya.  dan kerana dia sayangkan persahabatan yang terjalin antara mereka berdua.

sebenarnya saya sendiri tatau nak bagi penyelesaian pada sahabat saya. cuma apa yang saya pesan kat dia. berdoa agar hati sentiasa tetap, terus berdoa agar hati tak terpujuk dengan syaitan yang menyesatkan. dan jangan lupa sentiasa muhasabah diri. mohonlah pada Allah yang terbaik. 

dua bulan lepas sahabat saya menikah, sahabat lelaki nya berhenti kerja, meneruskan delegasi perniagaan ayahandanya. sebaik-baik perancangan kita hebat lagi perancangan Allah kan.. Alhamdulilah Allah memudahkan urusan mereka. saya tumpang bahagia.

 

9 comments:

Zurina Hj.Zainal said...

Allah maha adil....:)

shida anwar said...

Plan dari-Nya.. :-)

vendoline said...

aik skype ngan sahabat kew? hehehe bukan kekasih ka hehehe

Unknown said...

Ya hebat sngguh prancngnnye. Harap hati xberubah pas kwen tu y pntg

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

tumpang gembira dengan perancangan-Nya

Lydia Miza said...

perancangan Allah adalah sebaik2 keputusan dlm hidup kita. tpi persahabatan antara lelaki dan perempuan tak digalakkan.sedikit sebanyak pasti timbul rasa sayang yang lain erti katanya syg pd sahabat sesama jantina.itu org kata.entahlah..

kay_are said...

mungkin itu yang terbaik unutk mereka.. moga persahabatan kedua mereka akan terus kekal..

Kira Sakura said...

Zurina : betul :)

Kak Shida : ye kak, terbaik kan ;)

Edy : ada tunang je :p

Iffah : insyaAllah :)

GKSB :)

Kak Miza :hurm sebab tue diletakkan garis sempadan kn...

Kay : ye Allah tue kan lebih tau

نورعيم said...

rasanya situasi kwn akak lbh kurang sy :(

yg bezanya kwn sy tu blm kawen lg tp dah ade calon dan kami tak pernah ade hubungn cinta.

cuma kami terlbih akrab berbanding kwn lain sehingga kan ade yg cemburu. hmm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...