Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

01 May 2011

10 Wishes

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Wahhh dah sampai hari yang kelima rupanya…
Ok task untuk hari nie 10 wishes…..
Doakan la semoga 10 Wishes aku termakbul.. Amin Ya Rabbal Alamin…

1)      Aku nak makbulkan semua permintaan mama papa.. kesemua apa jer yang terdetik kat hati mama papa..walaupun permintaan diorang tue sebesar hama…

2)      Aku nak bersihkan hati dan minda dari benda yang negative, dari benda yang tak elok..nak jadi seorang yang kuat menahan ujian, yang sentiasa bersyukur dengan nikmatNya, yang tak akan sesekali melupakan Dia Yang Mencipta aku..dan menjadi hamba yang dekat sepanjang dengan Sang Pencipta..

3)      Aku nak jadi adik/kakak yang baek dan terhebat dekat along, benyah, kakak dan adik aku..walaupun aku jarang sebut pasal diorang dalam blog nie tapi sesaat pun diorang aku tak pernah lupa.. diorang jugak kekuatan aku, diorang jugak keceriaan aku, diorang kebahagiaan aku.. semoga diorang sentiasa sihat, dimurahkan rezeki, berada dalam keredhaan ilahi.. aku sayang diorang semua..

4)      Aku nak adik aku jadi seorang yang matang, aku tak nak die terpengaruh dengan kawan2 die, aku tak nak dia sia2 kan masa depan die, aku tak nak die buat perkara yang bukan2.. weyh baka, dengar nie aku nak cakap.. walaupun aku jarang tunjuk yang aku sayang kat kamu, walaupun aku selalu marah kamu, tapi aku tak pernah berhenti sayangkan kamu.. aku nak kamu jadi matang, aku nak kamu Berjaya,,, tolong la jadi matang dan fikir ikut akal yang waras… aku tak nak kehilangan kamu..tolong jangan hampakan mama dan papa…

5)      Aku nak jadi seorang sahabat dan rakan yang baek untuk semua insan yang ada kat sisi aku.. aku nak jadi seorang pendengar yang baek.. mungkin dalam sesuatu perkara aku tak mampu nak membantu tapi aku mampu menjadi pendengar yang baek buat semua insan yang ada kat sekeliling aku…insyaALLAH…

6)      Aku harap sangat aku boleh jadi sahabat, teman, rakan, isteri serta ibu yang baek untuk keluarga aku kelak..aku nak berikan yang terbaik untuk keluarga aku sendiri.. nak jadi teman setia untuk keluarga aku dalam apa jugak situasi.. semua hambaNya ingin menjadi penghuni syurga sama jugak dengan aku… dan impian aku, aku nak bawak semua keluarga aku menghuni syurga yang mengalir sungai dibawahnya…

7)      Aku nak dapat kerja yang lebih baek dari sekarang nie.. aku bersyukur ada kerja yang sekarang nie tapi aku nak improve kan diri aku sendiri, aku takut lama2 kerja macam nie otak aku tepu dan akhirnya aku jadi malas.. whoooo mintak dijauhkan la..

8)      Nak pindah balik perak, nak dekat dengan mama papa.. tak tahan rindu lama2 macam nie, macam mane la mata aku x jadi mata panda… hohoho

9)      Yang no Sembilan nie lebih pada doa sebenarnya, doa moga dimurahkan rezeki, dimudahkan segala urusan, diperkenankan kesemua doa, diperlicinkan untuk urusan yang satu tue (kawin kowt) =) ..Amin Ya Rabbal Alamin…

10)  Nak menjadi wanita syurga,,, insyaAllah….  =) impian terbesar dalam hidup moga2 termakbul la.. Amin…

Semoga kesemua wishes tue termakbul la hendaknya… Amin2 Ya Rabbal Alamin…


3 comments:

fRaMe+LenSeS said...

Amin. amin. amin yarabbal alamin.
nadh mendoakan kamu.:D

~Kirin Selama Perak~ said...

semoga segala impian kau akan jadi kenyataan.
:)

kira kekuri said...

amin ya robbal alamin :) semoga termakbul~kita merancang Allah yg menentukan :))

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...