Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

08 May 2011

day one = 10 things about nur syakira yaakub

Assalamualaikum....



tetiba tergerak terasa terajin nak join 10 perkara tentang diri sendiri anjuran tuan tanah eyes of miyuki nie..
lepas tengok mak cik dengan pak cik nie update entry pasal benda best nie...
sory kira x reti la nk wat entry permulaan,, kira terus buat entry 10 things about me la ye...


Day one = 10 things about syakira yaakub

1)      Nur Syakira Binti Yaakub nama yang diberi oleh mama dan papa.. ade cerita disebalik nama syakira tue.. mama cita masa mengandungkan aku dulu, mama budget anak laki la dalam rahim mama tue, dah siap2 nak letak nama syakir sekali keluar perempuan da.. malas nak fikir panjang gamaknya mama papa pown tambah “a” belakang tue jadi la syakira…

2)      Mungkin disebabkan mama budget anak die laki, yang menyumbang perangai aku ke arah kejantanan sikit, sebab kadang2 aku tengok perangai aku nie kurang sifat kelembutan dan keayuan macam akak2 aku.. contoh nye kalau bagi pilihan mase kecik2 samada siram bunga atau panjat pokok,, aku lagi suka panjat pokok…

3)      Walau pown perangai agak lasak tapi aku still seorang yang sangat manja dengan family dan orang terapat.. sape yang dah rapat dengan aku akan tau la semangat kemanjaan aku macam mane..hihihi

4)      Setia pada yang tahu menghargai.. tak kire la persahabatna, cinta mahupown harta benda aku.. mcm contoh mekap aku nie ha, dari aku form 1 sampai la sekarang nie aku setia dengan safi,x gadoh nak jadi testimony product yang macam2 kat luar tue…alhamdulilah  (murah pown murah) hihihi

5)      Aku dilahirkan di Ipoh, Perak, belajar kat perak, kerja tetap jer at alor setar.. orang kata muda2 nie elok la merantau ke tempat orang boleh belajar banyak benda.. serius aku jadi matang pown atas pemerhatian dan kajian yang aku lakukan selama 23 tahun aku hidup… alhamdulilah dari pengalaman menjadi pengajaran hidup yang teramat berguna..

6)      Sekali aku kata TIDAK, maka tidak la buat selama2nya takda sape yang boleh bantah selain diri aku sendiri yang ubah keputusan tue..

7)      Sanggup buat apa saja demi kegembiraan dan kebahagiaan mama papa walaupown benda tue akan melukakan hati aku sendiri..

8)      Lembut jangan disangka lemah.. dah banyak kali aku dengar orang sekeliling aku cakap macam nie “ kira nie Nampak jer lembut tapi garang yang amat atau sewaktu dengannya”

9)      Aku suke Buat calendar awal tahun untuk plan bila mase yang sesuai untuk aku ambik cuti panjang balik kampung… hihihi

10)  Pendiam, pemalu, penyenyap .. aku la tue kowt.. hihihi

5 comments:

fRaMe+LenSeS said...

waaahhhhhhh

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

Waahhhhhh...(tiru nadh)

=P

~Kirin Selama Perak~ said...

apa2 pon kau,apa2 pon sifat kau,kau tetap kembar aku !
:D

RUZZEZANIE said...

nak kumennn...

no 1 : normal..nk senang
no 2 : zaman bebudak,aku xknl ko lg..
no 3 : setuju!! ko mg manja.bukan ngn family je.ngn kwn terdekat pun..
no 4 : tu penjimat tndanyer..hihi
no 5 : yg ni aku nak bangga jap.. " wei,dak kiera ni 1 skul ngn aku tau..duk meja depan aku lg..budak baik ni.."
no 6 : huhu..yg tu aku no komen la..
no 7 : aku pun..kita serupe!!
no 8 : garang tu xpasti.pasal xpernah gado ngn ko.xmo gado pun.syg ko!! tp tegas aku setuju!
no 9 : balik tp xajak aku lepak pun..
no 10 : pendiam?pemalu?penyenyap? MACAM PELIK JE..

pape pun,dak nur syakira bt yaakub ni adalah sahabat yg baik.itu cik bebel setuju!

kiera'sakura said...

nadh + gksb :: nak waahhhhh jugak la..hihihi

ksp :: aku sayang kemo2 aku... =)

ruzz :: terima kasih la sudi komen pnjg2 kat aku.. terharu lak aku..hihihi.. pasal blk x lepak tue aku kan anak manja ,, sekali dh balik mama aku listkn siap2 mane yg patut aku pergi ngn die time cuti.. sory ye yunk..hihihi

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...